Syahid impianku

Pg tadi saya digemparkan dgn berita seorang senior di KUSZA bernama Maisarah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Al-Fatihah... semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Beliau mengambil jurusan Pentadbiran Islam (PERINTIS) dan suaminya yang kini masih berada di Hospital juga belajar di KUSZA (sekelas dgn K.Maisarah). Saya mendapat berita ini dari sahabat chating saya yg kini pensyarah di Sabah, K.Eton.

Ajal dan maut itu tidak kita ketahui bila waktunya. Yang pasti kita akan mati dan menghadap Allah s.w.t. yg Maha Esa. Harapanku semoga matiku tergolong dalam golongan syuhada'. Itu impianku. Kerana amalanku tidaklah begitu byk semoga syahid dpt membantuku memasuki syurga Allah s.w.t. dan bertemu Teringatku kepada Al-Marhum Ustaz Khairul Azhar Kamaruddin (ustaz K.A / Ustaz Khair), beliau byk memberi tunjuk ajar kepadaku. Pemergiannya pada 19mac 2009 jam 11.20mlm (khamis mlm jumaat) amat2 saya rasai kerana wlupun berjumpa seketika namun ilmu yang disampaikan amat2 memberi kesan kepada perjuanganku. Al-Fatihah buat Ustaz K.A.


Tidak pernah saya merasa sebegitu sebak apabila mendapat berita pemergiaannya. Mungkin kerana ilmu yang amat2 berkesan dan diakui oleh ramai bahawa beliau mempunyai personaliti yang amat berbeza sejak di Mesir lagi. Segala ilmu yang dicurahkan akan saya gunakan untuk kepentingan Islam pada masa hadapan Insya-Allah. semoga dengan itu amal kebajikan yang tidak putus akan kusampaikan buat pejuang Islam ini. Syahid dijalan Allah s.w.t. sepeti inilah impianku..

Read More......

Untuk Pejuang2 Islam


Terdapat 1 lagi golongan juga berjaya meraih gelaran musuh Islam iaitu orang Islam sendiri yang bukan sahaja tidak mahu menegakkan Syariat Islam malah ingin lihat Muslim itu hancur ditangan mereka sendiri semata-mata kerana kuasa, nafsu, dengaki, kejahilan, kebodohan, pangkat dan keselesaan hidup didunia. Kita tidak boleh menghadapinya sendirian tanpa orang lain dan kita memerlukan hikmah dari Allah untuk menyelesaikan segala polimik yang berlaku dewasa ini. Jangan kita hayal dengan mainan muzik yang mereka (glongan pnentang) mainkan.

Telah maklum bahawa kita sedang menghadapi ujian demi ujian sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah Subhanahu wa Taala dalam firmannya :

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّى نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنْكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ

“Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.”
( Surah Muhammad : 31)

Kita hendaklah yakin bahawa ujian ini adalah datangnya dari Allah Subhanahu wa Taala bagi menguji serta menapis para JUNDULLAH dikalangan kita yang benar-benar ikhlas serta bertaqwa dalam JIHAD memperjuangkan agamaNya.

Maka ujian ini perlu dihadapi sebagaimana golongan terdahulu menghadapinya. Terdapat suatu kaedah yang penting dalam menghadapi musuh dan ujian sebegini. Ini diajarkan oleh Allah Subhanahu wa Taala dalam firmanNya :

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh serta tipu daya mereka) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
( Surah Al-Anfal : 45 )

Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa :
1) Apabila bertemu musuh, hendaklah tetap teguh menghadapinya.
2) Apabila menghadapi ujian, tidak boleh berlepas diri tetapi perlu menanganinya.
3) Hendaklah sentiasa mengingati Allah.
4) Hendaklah sentiasa berdoa memohon pertolongan daripada Allah Subhanahu wa Taala.
5) Teguh dalam menghadapi musuh dan ujian serta mengingati Allah dan berdoa kepadaNya adalah jalan untuk mencapai kemenangan.

Maka dalam menghadapi ujian-ujian sebegini, janganlah kita melupakan Allah. Berbanyaklah berdoa kepada Allah yang Maha Mendengar lagi maha memustajabkan doa. Inilah senjata ampuh yang Allah Subhanahu wa Taala kurniakan kepada orang-orang yang beriman.

Rasulullah SAW menegaskan :

الدعاء سلاح المؤمن

“doa adalah senjata mukmin” (rawahu Abu Ya’la)

Disini saya titpkan doa rabitah untuk kita sama2 membacanya supaya kita sama2 berada dilandasan perjuangan yang betul dan kuat menghadapi dugaan dalam berjuang.

DOA RABITAH (دعاء الرابطة)


اَللّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوْبَ قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَي مَحَبَّتِكَ، وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ، وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ، وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نُصْرَةِ شَرِيْعَتِكَ، فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا، وَأَدِمْ وُدَّهَا، وَاهْدِهَا سُبُلَهَا، وَامْلَأَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِيْ لاَ يَخْبُوْا، وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الْإِيْمَانِ بِكَ، وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ، وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ، وَأَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِيْ سَبِيْلِكَ إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرِ، اَللَّهُمَّ أَمِيْنَ وَصَلِّ اللَّهُمَّ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ.

Terjemahan doa:-

"Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu, bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu. Oleh itu, Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar, serta penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami".

Tanamkan dalam hati bila membaca doa ini supaya kita sama2 tetap dalam satu matlamat iaitu mendaulatkan Islam dan mencari keredhaan Allah s.w.t. Bersama2 bangun tahajjud, solat taubat, solat hajat untuk membersihkan diri kita semula supaya jangan kerana dosa2 kita tertangguhnya kemenangan Islam na’uzibillah. Semoga Allah menunjukkan jalan penyelesaian yang terbaik buat kita semua pejuang2 Islam. Amin...

Read More......

Jatidiri sebagai Muslim

­Umat Islam dewasa ini mengalami polimik, pelbagai masalah dan penentangan dari pelbagai sudut. Kita diserang bertubi2 dengan serangan yang berbentuk mental dan fizikal. Teringat sewaktu belajar subjek تيّار التنصيري yang diajar oleh Syiekh dari Mesir, Dr. Mustofa yang menjadikan saya faham situasi dunia. Walaupun ustaz mengajar sepenuhnya dalam b.arab, namun apa yang ingin disampaikan alhamdulillah sampai ke pengetahuanku. Teringat sewaktu saya mengambil peperiksaan subjek itu, ustaz amat2 risau kalau2 saya tak dapat menjawab soalannya. Jelas diwajahnya menunjukkan kerisauan dan kerap lalu lalang ditempat dudukku didalam dewan peperiksaan. Terima kasih ustaz atas keperihatinan ustaz dan ilmu yang tak pernah ana lupa.

Rupa2nya Islam ini ingin diserang dengan pelbagai cara oleh pihak musuh. Dari kiri, kanan, depan, belakang, atas dan bawah semuanya diserang oleh musuh2 Islam. Musuh Islam terdiri daripada orang-orang Yahudi dan Kristian serta Agama-agama selain agama Islam. Sebelum perang salib berlaku dan menyaksikan kemenangan besar umat Islam pada waktu itu, serangan kepada umat Islam berbentuk fizikal dan kekerasan. Berbentuk peperangan. Namun setelah mereka tewas, mereka faham bahawa kekuatan umat Islam adalah pada selongan JIHAD FI-SABILILLAH!!!. Mereka yakin bahawa mereka tidak akan menang lagi dengan cara peperangan. Tetapi kita mesti ingat firman Allah dalam surah Al-Baqarah : 120

وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللّهِ مِن وَلِيٍّ وَلاَ نَصِيرٍ
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
Sememangnya kita tidak boleh berburuk sangka kepada orang lain tetapi kita perlu berhati2 dengan golongan yang telah disebut oleh Allah s.w.t ini kerana sejarah mungkin berulang. Setelah perang salib mereka datang dengan pelbagai ideologi2 pemikiran yang menyesatkan tanpa kita sedari. Sebagai tindakan awal mereka, mereka mewujudkan sekumpulan orentalis yang mempelajari Islam dan mendalami bait2 bahasa Al-Qur’an dengan tujuan untuk memesongkan ayat2 suci Al-Qur’an tetapi Allah telah menjanjikan kesempurnaan dan mukjizat ayat2 Al-Qur’an tidak boleh digugat dan diubah sehingga akhir zaman. Yang boleh diubah hanyalah pengertian dan huraiannya. Orentalis merancakkan program memesongkan pengertian dan huraian ayat2 Al-Qur’an supaya dapat mengawal pemikiran dan pandangan Muslim. Mereka tidak berjaya pada awalnya namun mereka byk menghasilkan kitab2 orentalis yang amat2 bahaya bagi umat Islam.

Seterusnya mereka masih tidak berdiam diri, mereka datang dengan sekularisme yang mengasingkan agama dengan kehidupan seharian. Kesan daripada sekularisme dapat kita lihat sehingga sekarang membuktikan mereka berjaya mengubah minda kita dengan sistematik. Kita umat Islam perlu memikirkan suatu elemen penting untuk menghapuskan agenda sekularisme ini terpadam. Perancangan 10tahun, 20tahun, 50tahun perlu dibuat dengan segera kerana mereka telah merancangnya dengan teliti 50tahun yang lalu.

Setelah beberapa serangan kini datang pula liberalisme. Idea untuk menyamaratakn hak2 manusia dari pelbagai aspek. Hak2 kesamarataan sebagai individu, pesaing, pronsip reformasi, hal pendidikan, sosial, perdagangan, media dan macam-mcam lagi. Kononnya perjuangan mereka ialah untuk menegakkan kebenaran dan membantu yang dizalimi. Apabila menyentuh isu ini, saya terpanggil untuk menyatakan bantahan keatas SIS yang semakin hari membuatkan saya meluat dengan tindakan mereka yang kononya ingin menegakkan hak wanita khusunya wanita Islam di Malaysia. Sister in Islam yang mempunyai pakatan besar dalam pentadbiran malaysia ini mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Imam Besar Aminah Wadud. Saya tidak ingin menghurai kes ini namun inilah bentuk2 serangan yang kita sebagai umat Islam perlu hadapi dan tidak hanya menuding jari menyalahkan sama sendiri dek kerana kesalahan yang remeh temeh. Banyak lagi agenda kebersamaan untuk kepentingan Islam yang perlu kita utamakan.

Saya selalu berpegang kepada kata2 ini, “tiada siapa yang akan menegakkan Islam melainkan umat Islam sendiri. Mana mungkin orang agama lain yang ingin melihat Islam tertegak dibumi ini”. Sama2 lah kita renung2kan..

Read More......

Muhasabah Buat Diri...



Hati yang lupa berzikrullah lebih keras daripada batu
Oleh: DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI




SYEIKH As-Sya'rawi berkata dalam tafsirnya: Kenapa Allah menyebut hati dan menyifatkannya dengan keras, di samping tidak menyebut berkenaan jiwa atau nafsu? Ini kerana hati merupakan tempat yang lembut, rahmat, kasih sayang dan lain-lain. Apabila kita mengisi hati kita dengan banyak zikrullah, nescaya ia memenuhi rahmat dan kasih sayang. Hati merupakan anggota yang menentukan segala permasalahan hidup. Jika ia dimakmurkan dengan keyakinan dan iman, sudah tentu segala anggota akan mengikut dengan penuh keimanan.

Untuk kita melihat betapa kuat, kuasa dan luasnya hati dengan keimanan, Allah Taala menjelaskannya dalam Surah az-Zumar ayat 23 yang bermaksud: Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik iaitu al-Quran yang serupa (nilai ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka pada waktu mengingati Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjukkan siapa yang yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya.
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: Ketahuilah bahawa pada jasad terdapat segumpal darah, apabila elok nescaya eloklah seluruh jasad dan apabila rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itulah hati.


Kalaulah begitu, hati merupakan tempat cahaya keyakinan dan keimanan. Sebagaimana iman boleh bertapak dalam hati, begitu juga kekerasan dan kekufuran juga boleh bertapak dalam hati. Hati yang lupa untuk berzikrullah akan menjadi keras, kenapa? Ini kerana ia beriktikad bahawa tiada di sana kecuali kehidupan dunia sahaja dan maddi (kebendaan). Justeru, ia cuba mendapatkannya semampu mungkin dan dengan apa cara sekalipun sehingga melangkaui hak-hak dengan melakukan kezaliman, kerosakan dan mengambil hak mereka yang daif. Inilah puncanya.


KEMUDIAN SESUDAH ITU, HATI KAMU JUGA MENJADI KERAS SEPERTI BATU, BAHKAN LEBIH KERAS LAGI. PADAHAL DI ANTARA BATU-BATU ITU ADA YANG TERPANCAR DAN MENGALIR AIR SUNGAI DARIPADANYA; DAN ADA PULA DI ANTARANYA YANG PECAH-PECAH TERBELAH LALU KELUAR MATA AIR DARIPADANYA; DAN ADA JUGA DI ANTARANYA YANG JATUH KE BAWAH KERANA TAKUT KEPADA ALLAH; SEDANGKAN ALLAH TIDAK SEKALI-KALI LALAI DARIPADA APA YANG KAMU KERJAKAN.
(Surah al-Baqarah ayat 74)

Firman Allah Taala: Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras sehingga kamu tidak dapat menerima sebarang peringatan dan tazkirah selepas melihat mukjizat yang nyata lagi terang.
Abu al-Laith meriwayatkan dengan sanadnya daripada Abu Darda' r.a. bahawa dia mendengar Salman al-Farisi r.a. mahu membeli seorang hamba sebagai khadam, lantas beliau menulis surat kepada Salman. Di antara isinya:
"Wahai saudaraku, gunakanlah masa hidupmu untuk kepentingan ibadat sebelum tiba bala yang menyebabkan kamu tidak dapat beribadat, dan gunakanlah kesempatanmu untuk mendapat berkat doa daripada orang yang menderita bala, dan rahmatilah anak yatim, usaplah kepalanya dan berikan makanan kepadanya supaya lembut hatimu dan terlaksana hajatmu.
"Wahai saudaraku, saya pernah menyaksikan ketika Nabi s.a.w. didatangi seseorang yang mengeluh kerana berasa keras hatinya, maka sabda Nabi s.a.w.: 'Adakah kamu mahu supaya hatimu menjadi lembut dan diperkenankan hajatmu?' Jawabnya: 'Ya.' Sabda Nabi s.a.w.: 'Rahmatilah anak yatim dan usaplah kepalanya, dan berikanlah makanan kepadanya, nescaya akan lembut hatimu dan tercapai hajatmu.'
"Saudaraku, jadikan masjid seperti rumahmu, kerana sesungguhnya saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Masjid-masjid itu sebagai rumah orang-orang bertaqwa, dan Allah telah menjamin orang-orang yang menjadikan masjid itu seperti rumahnya dengan kelapangan hati, kesenangan, kepuasan serta mudah menyeberangi titian sirat dan selamat daripada api neraka dan segera menuju keredhaan Allah Taala".
Demikianlah iktibar yang dapat diambil daripada tulisan Abu Darda' kepada sahabatnya tentang betapa isu keras hati menjadi perkara utama dibahaskan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat.

Seperti batu bahkan lebih keras lagi: Sebahagian hati sama seperti batu dan sebahagian yang lain lebih keras daripada batu seperti besi. Ini kerana di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; yang begitu banyak air dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah, lalu keluar mata air daripadanya; dan daripada batu yang pecah kerana takut kepada kebesaran Allah sehingga keluar air.
Syeikh an-Nasafi dalam tafsirnya, Madarik at-Tanzil, berkata: "Bahawa ia merupakan penerangan betapa kerasnya hati mereka berbanding batu. Kerana batu yang pejal tersebut boleh mengeluarkan air yang banyak, sedangkan hati akan menjadi gersang dan kering". "Di samping itu, sebahagian batu gugur dari puncak gunung semata-mata kerana berasa takut dan gerun kepada Allah". "Ia sentiasa mengikut fitrah Allah, sedangkan hati tidak tunduk dan patuh kepada segala yang diperintahkan."
Dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; ada yang jatuh dari gunung-ganang kerana takut kepada Allah, sedangkan kamu wahai Yahudi tidak memberi kesan dan tidak takut kepada Allah: Ia sebagaimana firman Allah Taala dalam Surah al-Hasyr ayat 21 yang bermaksud: Kalau sekiranya Kami menurunkan al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir. Sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan. Dan pasti Allah membalasnya pada Hari Kiamat: Iaitu ingatlah bahawa Allah Taala tidak terlepas pandang sesuatu pun dan Maha Mengetahui atas setiap perbuatanmu dan pasti kamu bertemu dengan-Nya pada Hari Kiamat serta amat berhajat dengan segala rahmat dan keampunan-Nya.


Justeru, jangan sekali-kali menjadikan hatimu keras sehingga dibuang daripada mendapat rahmat Allah sebagaimana sunyi hatimu daripada zikrullah. Sayid Qutub berkata: "Apabila hati mereka dibandingkan dengan batu, tiba-tiba hati mereka lebih kering dan lebih keras lagi daripada batu". Batu yang dibandingkan dalam ayat ini ialah batu yang pernah diketahui mereka sebelum ini kerana mereka telah melihat batu yang mengalirkan dua belas mata air, dan mereka juga melihat batu-batu bukit bergegar apabila Allah bertajalli di bukit itu dan Musa a.s. rebah pengsan, tetapi hati mereka tidak juga lembut dan tidak juga melahirkan degup takut dan taqwa. Hati mereka terus keras, pejal, kering dan kafir. Oleh sebab itulah al-Quran menyebut ancaman ini kepada mereka.


* semoga sama-sama kita sentiasa mengingati Allah dengan menyebut nama dan puji-pujian hanya kepada Allah s.w.t. sama-sama lah kita...

Read More......

Duhai Diri...


Kenapa AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." - Surah Al-Ankabut : Ayat 2-3

Kenapa AKU TAK DAPAT APA yang AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah : Ayat 216

Kenapa UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah : Ayat 286

Rasa FRUST?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
- Surah Al-Imran : Ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." - Surah Al-Imran : Ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah : Ayat 45

APA YANG AKU DAPAT daripada SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... - Surah At-Taubah : ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah : Ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

"... ..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." - Surah Yusuf : Ayat 12

Read More......

Selamat Datang Adik-adik Tamhidi USIM


(ISTIMEWA UNTUK ADIK2)
5 PERKARA JANGAN DILAKUKAN:

1. JANGAN lupa tanggungjawab:


· Tanggungjawab adik-adik yang utama ketika di Universiti ialah menuntut ilmu. Kerana ilmu tidak akan diperolehi tanpa usaha. Menuntut ilmu tanpa guru umpama belajar dengan syaitan. Sesungguhnya amat berbeza orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu.

· Tanggungjawab yang seterusnya ialah menyebarkan dakwah. Ilmu yang dipelajari tidak akan kekal dalam dada jika tiada amal tindakan yang sewajarnya. Dakwah adalah sesuatu yang dituntut didalam Islam. Dakwah mengikut cara dan kebolehan tersendiri amalah digalakkan. Disini keluarlah istilah PROTAZ iaitu professional ustaz. Saya terpanggil dengan istilah ini. Kenapa tidak didahulukan istilah ustaz dulu baru professional? Lebih elok jika ustaz2 yang hanya pandai berceramah ini diketengahkan menjadi professional (easy to say but difficult to do it). Yang penting di sini, siapa pun kita, tugas berdakwah itu terpundak dibahu kita. Sekali kita mengucap 2 kalimah syahadah, kita bertanggungjawab sepanjang hayat.

· Janganlah anda merasa sayang untuk mencurahkan segala apa yang anda mampu melalui fikiran dan tenaga bekerja yang Allah kurniakan kepada anda untuk berdakwah. Samada dengan tulisan atau dengan ucapan.

· Harus memperkenalkan hakikat Islam dengan secara terperinci, agar anda semua benar-benar menjadi muslim, baik dari segi ilmu pengetahuan mahupun dari segi fikiran. Tunjukkan mereka apa itu keindahan Islam. Jangan diikut pemikiran barat kerana semua itu hanya perangkap untuk menjatuhkan Islam.

· Memperbetulkan budi pekerti yang telah menyeleweng, memperbaiki adat yang telah rosak. Kita sendiri yang perlu memulakan budi pekerti yang betul dan mengikut landasan Islam. Kalau tidak kita yang memperjuangkan Islam siapa lagi?

· Hendaklah anda gabungkan tiap-tiap orang yang berminat dengan dakwah Islamiyah kepada usrah dan kumpulan anda. Ini penting kerana kita sebagai manusia biasa tidak akan mampu terus hidup sendirian kerana tugas membangunkan Islam ini bukanlah tugaas yang mudah. Penuh dengan cubaan, dugaan, mehnah dan tribulasi. Oleh sebab itu medium yang betul dan secara beramai-ramai adalah satu keperluan.

· Mesti bekerja keras menyebar dakwah di kalangan orang-orang awam hingga anda boleh menyingkap kabus kejahilan mereka. Sebagai seorang yang berpelajaran dan mampu menilai sesuatu yang baik dan buruk mengikut landasan yang sebenar, tunjuk ajar kita kepada masyarakat amat penting untuk sama-sama melalui jalan kebenaran.

· Jangan anda cuba membangun dasar-dasar Islam di atas asas yang tidak sihat, di atas tiang seri yang lemah dan di atas tunjang yang bergoyang. Islam yang kukuh mestilah terbina diatas asasnya yang tersendiri. Tidak boleh mencampur-adukkan Islam dan liberal ataupun selainnya. Teringat saya fenomena yang menjenggelkan iaitu bacaan doa dimulakan sebelum majlis tari menari yang amat memalukan. Ini seolah-olah mempermainkan Islam itu sendiri. Masih terngiang-ngiang kata-kata sahabat sewaktu sekolah menengah dulu, “MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA”

(Hasil rujukan dari ucapan Sheikh Abul A’la Al-Maududi : Tanggungjawab Pemuda Islam)


2. JANGAN sia-siakan masa muda:


· mula menumpuk dan memperbanyak amal kebajikan
· masa menghitung dan muhasabah diri
· masa penuh semangat dan jiwa membara untuk membangun dan beramal sebanyak-banyaknya
· masa segenap kemampuan dan tenaga dicurahkan serta
· masa yang penuh dengan kesempatan emas untuk melakukan berbagai ketaatan dan kebaikan


Kata-kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna :
“Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.”
“Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.”

Kata-kata Bekas Presiden Indonesia (Sukarno):
“Berikan aku 10 orang pemuda nescaya akan aku goncangkan dunia”

3. JANGAN tersilap pilih sahabat:

Ciri-ciri sahabat sejati:
· Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu
· Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu
· Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu
· Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik
· Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
· Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya
· Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
· Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu
· Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
· Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
· Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu
· Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan
· Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
· Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat


Ciri-ciri yang patut dijauhi:
· Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
· Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong, dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
· Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
· Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan melepak pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
· Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.


4. JANGAN lupa masa hadapan:

Sebagai seorang mahasiswa/i, sepatutnya kita mempunyai matlamat jangkamasa yang panjang. Apa yang aku ingin jadi 5 tahun akan datang;10 tahun akan datang? Planning without action also bad. Sudah rancang perlu ada tindakan. Untuk menjadi pensyarah contohnya, perlu dapat CGPA yang tinggi, BI dan Arab kene kuasai, komunikasi kene kuasai, pelbagai teknik mencari bahan dan penggunaan ilmu perlu berada dalam genggaman. Perlu ada pelan tindakan untuk menjayakan sesuatu. Tetapi kene sentiasa ingat, “kita merancang Allah juga merancang, namun perancangan Allah itu lebih sempurna.”


Kahwin. Semua orang ada cita-cita untuk kahwin. Siapa yang kita akan kahwin? Teringat saya sewaktu didalam bilik YDP MPP USIM yang pada waktu itu penurunan kuasa YDP kepada NYDP 1 (ustaz Najib) dek kerana ustaz Alif praktikal di Tanjung Malim. Soalan yang mengejutkan, “Ainul, berapa umur wanita akan runsing kalau tidak kahwin lagi?” tak termimpi untuk dihujani soalan itu. Saya yang ketika itu sibuk memikirkan kertas kerja KarSis USIM ’09 cuba menjawab dengan berhemah tanpa menjatuhkan maruah wanita. “26, 27 or 28 dah mula runsing dah ustaz. Untuk mahasiwa biasanya usia ana ni tak runsing lagi. Menunjukkan ana ni muda lagi..” Ustaz Najib mengangguk2 tanda faham. Tetapi bagi saya, siapa kita untuk menentukan jodoh kita. Bila, dengan siapa, semua itu hak mutlak Allah s.w.t. kita hanya mampu berdoa sambil memperbetulkan diri untuk mendapat pemuda yang juga diredhai Allah. Jangan piker tak de orang nak kahwin dengan kita, tapi pikir apa yang kita boleh sumbang kepada orang sekeliling selagi belum bergelar “Isteri”. Jangan runsing orang ade pakwa kita tak de pakwa. Nonsence. Masa depan dan tanggungjawab lebih penting. Belajar dan berjuang itu yang paling dekat dengan kita.

Dewasa ini remaja-remaja banyak terjebak dalam masalah ‘couple’ yang merunsingkan semua pihak. Nak salahkan siapa? Remaja sendiri? Mak Ayah? Cikgu? Semua pihak perlu mengambil peranan. Kesian tengok sesetengah mak ayah yang bertungkus lumus mendidik anak-anak mereka namun bi’ah yang dibentuk orang pihak berwajib dan media menyebabkan anak-anak mereka tidak dapat diselamatkan. Semester lepas saya mengambil subjek Media dan Masyarakat. Terbukti bahawa media mengambil peranan yang besar dalam mengubah culture. Saranan kepada media, tolonglah kami yang naif ini untuk tidak menyiarkan filem-filem dan drama-drama yang melalaikan. Kepada adik-adik dan sahabat2 pembaca sekalian, bercintalah sewaktu telah berumahtangga. Tiada istilah cinta sebelum kahwin. Itu semua mainan barat untuk mengalihkan peradigma kita sebagai muslim yang memperjuangkan Islam kepada memperjuangkan cinta sehingga rela bunuh diri dan tinggalkan keluarga. Harap sangat sama-sama kita JANGAN bercinta/ couple2 sebelum kahwin. Berdoalah kita semoga mendapat pasangan yang menjadi penyejuk mata penawar dihati.

5. JANGAN lupa nasihat menasihati:

Demi Masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. (Surah Al-Asr)


Kita sebagai orang yang beriman tidak lari dari tanggungjawab nasihat menasihati antara satu sama lain. Bukan mudah menasihati sebab itu diakhir surah Allah s.w.t menyebut tentang kesabaran. Tetapi itu bukan alasan untuk tidak nasihat menasihati. Saya akui saya juga pemarah mungkin kerana keturunan Bugis yang mengalir dalam diri. Seringkali apabila orang yang menasihati dengan kekerasan tidak mudah untuk saya menerima. Oleh sebab itu kita kene kenal siapa mad’u kita supaya kita dapat kenal pasti bagaiman cara terbaik untuk menasihati mereka. Sejujurnya saya salah seorang yang memerlukan nasihat yang berterusan dari orang yang saya percayai. Pendek kata, nasihat menasihati penting supaya apabila kita buat salah ada orang yang menasihati. Terfikir saya bagaimana anak-anak saya nanti kalau mereka buat salah tanpa saya ketahui. Inisiatif yang saya ambil ialah dengan membantu menasihati sesiapapun selagi mampu supaya pahala itu akan terus mengalir kepada zuriat2 nanti..


* Nasihat ini bukan sahaja untuk adik-adik malah untuk ingatan kepada diriku jua. To be continued...

Read More......

Atuk Kata...


ORANG KATA... enjoy sementara muda, hidup panjang lagi, dah tua nanti taubatlah.
ATUK KATA... orang muda hidup memang baru bermula, tapi belum tentu masih panjang lagi, entah esok lusa Izrail datang menjemput.
AKU RASA... betul jugak tu...

ORANG KATA... exams tu susah, kena banyak sacrifice, constant study... past year papers...etc... etc... etc...
ATUK KATA... exams tu senang aje, dah ada tarikh untuk diuji, dah ada syllabus untuk diikut, kalau ajal... entah bila siapapun tak tahu, banyak pula tu peringkat ujiannya, Munkar Nakir, Neraca Mizan, tayangan slide...
AKU RASA... betul jugak tu...
ORANG KATA... have fun on your birthday, panggil kengkawan and sedara mara, berpartylah sepanjang malam, make it a memorable one!!
ATUK KATA... setiap hari jadi, kita semakin hampir, hampir setahun dengan kematian, setahun lagi diberi peluang untuk beramal, bertaubat...

AKU RASA... betul jugak tu....

ORANG KATA... kerja mesti sungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat... baru hati puas!
ATUK KATA... ye ke hati dah puas?? dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas? dah siap kenderaan meluncur Titian Sirat? dah cukup zikir untuk santapan rohani? dah cukup amal nak 'book' tempat Jannah Al-Firdaus?

AKU RASA... betul jugak tu...

ORANG KATA... successful people have a good time management, ada bisnes di KL, NewYork, Tokyo... masih sempat berkempen untuk pilihanraya, masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke, masih sempat pasang perempuan 2-3, baru orang boleh respect!
ATUK KATA... setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari, tapi... ada masa ke untuk sujud disejadah 5 kali sehari semalam? ada masa ke nak selak Al-Quran sekali sehari? ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung, sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?

AKU RASA... err... betul jugak tu...

Wallahu'alam...

Read More......

Cuti2 Malaysia



Al-kisah.. Tersebutlah kisah..
29hb mak n abah ajak g Utara. Katanya nak hantar spupu nak tunang. Udin oh Udin. Pasal la cari jauh2 sampai ke Perlis. Puas dimarah dek Ust Najib bile same2 memikirkan kerja berlambak yg tak siap. KarSis USIM '09 bermula 10 Julai - 18 Julai. Banyak perkara yg perlu diselesaikan. Hasrat hati memang tak nak bercuti, tapi yg nama Anak bukan mudah untuk membantah. Maka perjalanaku pun bermula..

Hari Pertama : 'Azab kabiir nak sampai ke Perlis dari selatan. Uda ku Husni, K.izan, Nazmi Irham, Huda Izati, Nazmi Imran mula journey dari JB. Mak, Abah Khairi tunggu di Highway Tangkak. Dan ku hanya tunggu di Nilam Court, Nilai. Setibanya di Perlis, jam 9mlm, Asrama Sek. Keb. Guar Nangka Arau menjadi tempat penginapan 30org rombongan.

Hari Kedua : Keesokan harinya rombongan meminang pun sampai kerumah pihak perempuan. Pergi meminang sekejap je, berjalan yg selebihnya. ngeh ngeh ngeh. Sejurus lepas meminang Padang Besar menjadi tempat tumpuan mak yg smemangnya teruja dgn tempat2 shoping. Dapat la pow sikit. Hehehe.

Hari Ketiga : Sambung pulak kat Pekan Rabu. Kebetulan Adik ku Khairi ambik degree di Kolej Universiti Insaniah so dia paham la selok belok kat sana. Jumpa la spupu yg ada kt Aloq Staq die saran g Gunung Jerai. Tinggi tuuu.. Itulah pertama kali menaiki gunung dgn kereta. Berasap kereta dibuatnya. Mak yg ketakutan mengatasi kerisauan dgn berleter. Hehe.. Macam2..
Terus ke Tg. Dawai. Melawat pantai pulak. Makan dan cari hotel. Nak jd ceritanya, keliling Tg. Dawai tu tak ada hotel/rmh tmpangn/chalet. yg ada hanya kem latihan PLKN/Damai Resort. Disebabkan serik naik ke Gunung Jerai, perasaan waspada tinggi bile tmpat2 di Tg. Dawai tu keliling dgn hutan. Tak jumpa tempat berteduh kami terus ke Sg. Petani dan jumpa tempat tinggal di Hotel CT View. Pencarian hotel tu cukup kelakar. Yuan Homestay.. 1 papan tanda kecil yg ku ternampak. Tempat'y didalam taman. Suluh punya suluh, 3org amoi tunggu depan rumah. Rupanya rumah tumpangan. Huuhu. Nasib tak daftar masuk lg. Pekena sup tulang kat pekan cukup puas hati.

Hari Ke-empat : Esoknya pergi pulak ke Kota Kuala Muda utk jumpa dgn spupu sebelah mak. Banyak sejarah Tsunami terpalit di Kuala Muda. Terimbau saat bencana Tsunami ku berada di KUSZA, Terengganu. Tragedi yg cukup menyedihkan. Pergi pula tempat kesan Tsunami juga, Pantai Merdeka. Pekena pulak mee udang kat Kg. Pulau Sayak lepas tu. 1st time rasa kenikmatan mee udang. Alhamdulillah, laziz jiddan.
Disebabkan dah janji dgn Irham, Huda, Imran, terpaksa pulak cari hotel yg ada kolam renang. Singgah di Hotel Cinta Sayang, SP. Bermandi mandalah di sana. Tak pandai berenang pun. Huhu..

Hari Ke-lima : Perjalanan diteruskan lagi ke Sungai Dua, Perak. Jalan-jalan cari makan. Pekena Mee Udang lg skali kat situ. smemangnya mee udang menu utama ditempat itu. Memang sedap. Berbaloi-baloi. Harganya pun sedap. Huhuhu.. Singgah sekejap lepas tu ke rumah abg k.izan(akak ipar). Minum2 sikitterus gerak ke Lumut, Perak. Tak boleh nafi Malaysia ni memang cantik dan semulajadi. Permandangan memukau kalbu. Sebelum sampai di Lumut, kami singgah elihat permandangan di Damar Laut. Subhanallah. Cantik dan sempurna ciptaan Allah. Sambung pulak ke Teluk Batik. Menginap di Lumut Marina Cove Resort (ade kolam renang). Cantik permandangan di sana.

Hari Ke-enam : Makan free pg tu. Macam2 ada. Susahnya nak sampai ke Nilai. Macam2 program. Singgah pulak di Ipoh, Perak. Sahabat karib uda tunggu di sana. Selesai semuanya, terus balik ke Nilai, N.Sembilan. Bersedia mengadap kerja yg berlambak. 'Azab kabiir. Bersedia telinga nak dengar kemarahan sahabat2 di sana. Maaf sahabat2 MPP dan yg lain. Ku terpaksa. Dilema oh Dilema..

Firman Allah dalam Surah al-Fatir ayat 27-28: (maksudnya) Tidakkah Engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya dan ada juga yang hitam legam; Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? sebenarnya yang takutkan Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.

Melihat keindahan alam amat di galakkan dalam Islam supaya kita kenal penciptanya. Manusia seringkali lupa dan alpa berdiri dan berjalan dimuka bumi ini. Melihat dengan mata hati menyaksikan keindahan ciptaanNya satu sunnah yang digalakkan untuk kita sentiasa sedar datangnya kita dari tanah dan kembalinya juga ke tenah.

Ribuan terima kasih kepada uda dan k.izan yg banyak support kami jalan2 cari makan. Pengalaman ni takkan dapat dilupakan. Terima Kasih.

Read More......

Doa Pembuka Bicara Pemberi Kekuatan

Segala puji bagiMu wahai Penguasa sekalian alam. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Penguasa di hari pembalasan. Hanya kepadaMu kami menyembah dan hanya kepadaMu kami mohon pertolongan. Tunjukkanlah kami pada jalan yang benar. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat. Bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat.

Salam dan salawat berikanlah kepada Nabi kami Muhammad s.a.w. Kepada keluarga serta para sahabatnya dan kepada segenap kaum Muslim yang telah berjuang menegakkan agamaMu. Dan kami ini masukkanlah diantara mereka.

RahmatMu limpahkanlah kepada kedua orang tua kami, kepada guru-guru kami, kepada saudara-saudara kami sekandung dan seperguruan. Berikanlah kepada mereka kebahagiaan di dunia ini dan kebahagiaan di akhirat kelak.

Tuhan yang Maha Perkasa. Bagi kami hanya Engkaulah yang Maha Perkasa. Tuhan yang Maha Pengasih. Bagi kami hanya Engkaulah pelindung kami. Hari ini kembali kami berusaha untuk mendidik diri-diri kami. Agar lebih mengenal diri kami sendiri. Sehingga kami dapat melaksanakan segenap tugas dan kewajiban kami. Sebagaimana yang engkau kehendaki.

Tuhan yang Maha Perkasa. Beri kami kekuatanMu. Tuhan yang Maha Pengasih. Beri kami lindunganMu. Hanya kepadaMu kami serahkan seluruh hidup dan mati kami. Dan hanya kepadaMu kami mohonkan:
"Jadikanlah kami ini hamba-hambaMu yang sejati"

Amien...Ya Rabbal 'Alamin...

Read More......

Doa Wehdah

Tiada Tuhan selain ALLAH
Tuhan yang Maha Esa dan kami berserah kepadaNya,

Tiada Tuhan yang disembah selain ALLAH
kami tidak menyerah selain kepadaNya
kami mengikhlaskan tunduk kepadaNya walaupun dibenci oleh org musyrik,

Tiada Tuhan selain ALLAH
Tuhan kami dan Tuhan nenek moyang kami yang terdahulu,

Tiada Tuhan yang disembah selain ALLAH
Tuhan yang Esa, Tuhan yang Esa, Tuhan yang Esa
Dia telah menunaikan janjiNya
Dia telah memenangkan hambaNya
Dia telah memuliakan tenteraNya
dan Dia telah mengalahkan musuhNya berseorangan,

Bagi ALLAH segala kerajaan, dan bagiNya segala pujian
Dia yang menghidupkan dan mematikan
Dia yang mematikan dan menghidupkan
dan sedangkan Dia Maha Hidup dan tidak mati,

Dalam segala kekuasaan dan kebajikan
dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu,

ALLAH Maha Besar!!!
ALLAH Maha Besar!!!
ALLAH Maha Besar!!!

Read More......
Related Posts with Thumbnails