Selamat Datang Adik-adik Tamhidi USIM


(ISTIMEWA UNTUK ADIK2)
5 PERKARA JANGAN DILAKUKAN:

1. JANGAN lupa tanggungjawab:


· Tanggungjawab adik-adik yang utama ketika di Universiti ialah menuntut ilmu. Kerana ilmu tidak akan diperolehi tanpa usaha. Menuntut ilmu tanpa guru umpama belajar dengan syaitan. Sesungguhnya amat berbeza orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu.

· Tanggungjawab yang seterusnya ialah menyebarkan dakwah. Ilmu yang dipelajari tidak akan kekal dalam dada jika tiada amal tindakan yang sewajarnya. Dakwah adalah sesuatu yang dituntut didalam Islam. Dakwah mengikut cara dan kebolehan tersendiri amalah digalakkan. Disini keluarlah istilah PROTAZ iaitu professional ustaz. Saya terpanggil dengan istilah ini. Kenapa tidak didahulukan istilah ustaz dulu baru professional? Lebih elok jika ustaz2 yang hanya pandai berceramah ini diketengahkan menjadi professional (easy to say but difficult to do it). Yang penting di sini, siapa pun kita, tugas berdakwah itu terpundak dibahu kita. Sekali kita mengucap 2 kalimah syahadah, kita bertanggungjawab sepanjang hayat.

· Janganlah anda merasa sayang untuk mencurahkan segala apa yang anda mampu melalui fikiran dan tenaga bekerja yang Allah kurniakan kepada anda untuk berdakwah. Samada dengan tulisan atau dengan ucapan.

· Harus memperkenalkan hakikat Islam dengan secara terperinci, agar anda semua benar-benar menjadi muslim, baik dari segi ilmu pengetahuan mahupun dari segi fikiran. Tunjukkan mereka apa itu keindahan Islam. Jangan diikut pemikiran barat kerana semua itu hanya perangkap untuk menjatuhkan Islam.

· Memperbetulkan budi pekerti yang telah menyeleweng, memperbaiki adat yang telah rosak. Kita sendiri yang perlu memulakan budi pekerti yang betul dan mengikut landasan Islam. Kalau tidak kita yang memperjuangkan Islam siapa lagi?

· Hendaklah anda gabungkan tiap-tiap orang yang berminat dengan dakwah Islamiyah kepada usrah dan kumpulan anda. Ini penting kerana kita sebagai manusia biasa tidak akan mampu terus hidup sendirian kerana tugas membangunkan Islam ini bukanlah tugaas yang mudah. Penuh dengan cubaan, dugaan, mehnah dan tribulasi. Oleh sebab itu medium yang betul dan secara beramai-ramai adalah satu keperluan.

· Mesti bekerja keras menyebar dakwah di kalangan orang-orang awam hingga anda boleh menyingkap kabus kejahilan mereka. Sebagai seorang yang berpelajaran dan mampu menilai sesuatu yang baik dan buruk mengikut landasan yang sebenar, tunjuk ajar kita kepada masyarakat amat penting untuk sama-sama melalui jalan kebenaran.

· Jangan anda cuba membangun dasar-dasar Islam di atas asas yang tidak sihat, di atas tiang seri yang lemah dan di atas tunjang yang bergoyang. Islam yang kukuh mestilah terbina diatas asasnya yang tersendiri. Tidak boleh mencampur-adukkan Islam dan liberal ataupun selainnya. Teringat saya fenomena yang menjenggelkan iaitu bacaan doa dimulakan sebelum majlis tari menari yang amat memalukan. Ini seolah-olah mempermainkan Islam itu sendiri. Masih terngiang-ngiang kata-kata sahabat sewaktu sekolah menengah dulu, “MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA”

(Hasil rujukan dari ucapan Sheikh Abul A’la Al-Maududi : Tanggungjawab Pemuda Islam)


2. JANGAN sia-siakan masa muda:


· mula menumpuk dan memperbanyak amal kebajikan
· masa menghitung dan muhasabah diri
· masa penuh semangat dan jiwa membara untuk membangun dan beramal sebanyak-banyaknya
· masa segenap kemampuan dan tenaga dicurahkan serta
· masa yang penuh dengan kesempatan emas untuk melakukan berbagai ketaatan dan kebaikan


Kata-kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna :
“Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.”
“Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.”

Kata-kata Bekas Presiden Indonesia (Sukarno):
“Berikan aku 10 orang pemuda nescaya akan aku goncangkan dunia”

3. JANGAN tersilap pilih sahabat:

Ciri-ciri sahabat sejati:
· Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu
· Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu
· Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu
· Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik
· Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
· Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya
· Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
· Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu
· Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
· Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
· Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu
· Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan
· Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
· Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat


Ciri-ciri yang patut dijauhi:
· Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
· Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong, dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
· Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
· Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan melepak pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
· Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.


4. JANGAN lupa masa hadapan:

Sebagai seorang mahasiswa/i, sepatutnya kita mempunyai matlamat jangkamasa yang panjang. Apa yang aku ingin jadi 5 tahun akan datang;10 tahun akan datang? Planning without action also bad. Sudah rancang perlu ada tindakan. Untuk menjadi pensyarah contohnya, perlu dapat CGPA yang tinggi, BI dan Arab kene kuasai, komunikasi kene kuasai, pelbagai teknik mencari bahan dan penggunaan ilmu perlu berada dalam genggaman. Perlu ada pelan tindakan untuk menjayakan sesuatu. Tetapi kene sentiasa ingat, “kita merancang Allah juga merancang, namun perancangan Allah itu lebih sempurna.”


Kahwin. Semua orang ada cita-cita untuk kahwin. Siapa yang kita akan kahwin? Teringat saya sewaktu didalam bilik YDP MPP USIM yang pada waktu itu penurunan kuasa YDP kepada NYDP 1 (ustaz Najib) dek kerana ustaz Alif praktikal di Tanjung Malim. Soalan yang mengejutkan, “Ainul, berapa umur wanita akan runsing kalau tidak kahwin lagi?” tak termimpi untuk dihujani soalan itu. Saya yang ketika itu sibuk memikirkan kertas kerja KarSis USIM ’09 cuba menjawab dengan berhemah tanpa menjatuhkan maruah wanita. “26, 27 or 28 dah mula runsing dah ustaz. Untuk mahasiwa biasanya usia ana ni tak runsing lagi. Menunjukkan ana ni muda lagi..” Ustaz Najib mengangguk2 tanda faham. Tetapi bagi saya, siapa kita untuk menentukan jodoh kita. Bila, dengan siapa, semua itu hak mutlak Allah s.w.t. kita hanya mampu berdoa sambil memperbetulkan diri untuk mendapat pemuda yang juga diredhai Allah. Jangan piker tak de orang nak kahwin dengan kita, tapi pikir apa yang kita boleh sumbang kepada orang sekeliling selagi belum bergelar “Isteri”. Jangan runsing orang ade pakwa kita tak de pakwa. Nonsence. Masa depan dan tanggungjawab lebih penting. Belajar dan berjuang itu yang paling dekat dengan kita.

Dewasa ini remaja-remaja banyak terjebak dalam masalah ‘couple’ yang merunsingkan semua pihak. Nak salahkan siapa? Remaja sendiri? Mak Ayah? Cikgu? Semua pihak perlu mengambil peranan. Kesian tengok sesetengah mak ayah yang bertungkus lumus mendidik anak-anak mereka namun bi’ah yang dibentuk orang pihak berwajib dan media menyebabkan anak-anak mereka tidak dapat diselamatkan. Semester lepas saya mengambil subjek Media dan Masyarakat. Terbukti bahawa media mengambil peranan yang besar dalam mengubah culture. Saranan kepada media, tolonglah kami yang naif ini untuk tidak menyiarkan filem-filem dan drama-drama yang melalaikan. Kepada adik-adik dan sahabat2 pembaca sekalian, bercintalah sewaktu telah berumahtangga. Tiada istilah cinta sebelum kahwin. Itu semua mainan barat untuk mengalihkan peradigma kita sebagai muslim yang memperjuangkan Islam kepada memperjuangkan cinta sehingga rela bunuh diri dan tinggalkan keluarga. Harap sangat sama-sama kita JANGAN bercinta/ couple2 sebelum kahwin. Berdoalah kita semoga mendapat pasangan yang menjadi penyejuk mata penawar dihati.

5. JANGAN lupa nasihat menasihati:

Demi Masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. (Surah Al-Asr)


Kita sebagai orang yang beriman tidak lari dari tanggungjawab nasihat menasihati antara satu sama lain. Bukan mudah menasihati sebab itu diakhir surah Allah s.w.t menyebut tentang kesabaran. Tetapi itu bukan alasan untuk tidak nasihat menasihati. Saya akui saya juga pemarah mungkin kerana keturunan Bugis yang mengalir dalam diri. Seringkali apabila orang yang menasihati dengan kekerasan tidak mudah untuk saya menerima. Oleh sebab itu kita kene kenal siapa mad’u kita supaya kita dapat kenal pasti bagaiman cara terbaik untuk menasihati mereka. Sejujurnya saya salah seorang yang memerlukan nasihat yang berterusan dari orang yang saya percayai. Pendek kata, nasihat menasihati penting supaya apabila kita buat salah ada orang yang menasihati. Terfikir saya bagaimana anak-anak saya nanti kalau mereka buat salah tanpa saya ketahui. Inisiatif yang saya ambil ialah dengan membantu menasihati sesiapapun selagi mampu supaya pahala itu akan terus mengalir kepada zuriat2 nanti..


* Nasihat ini bukan sahaja untuk adik-adik malah untuk ingatan kepada diriku jua. To be continued...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails