C-Fest 7 Cipta Rekod!!!



Tahniah diucapkan kepada urustia Pesta Konvokesyen ke-7 dibawah seliaan Exco Keushawanan dan Kerjaya bersama Exco Sukan dan Kebudayaan Majlis Perwakilan Pelajar USIM kerana telah berjaya membuktikan kemampuan menjayakan target kali ini seramai lebih 1450 orang menyertai karangan B.Arab paling ramai di Malaysia sekaligus memecahkan rekod The Malaysian Book of Records yang diumumkan oleh Encik Ricky Yap tepat jam 5.45ptg.

Penyertaan terdiri dari semua mahasiswa USIM yang mengarang sekurang-kurangnya 200 patah perkataan dalam masa kurang dari 1jam 30min di Dewan Kuliah Pusat 2, 3 dan 4 bermula pada pukul 2.30ptg-4ptg. Penyertaan luar jangkaan diberikan oleh mahasiswa USIM membuktikan bahawa kita mampu untuk menguasai Bahasa Al-Qur'an Insya-Allah.



Walaupun pelbagai 'kesukaran' disebalik kejayaan itu, C-Fest 7 sememangnya telah mencatatkan nama baik USIM dipersada Malaysia setelah C-Fest ke 5 dan 6 tidak berjaya melakukannya. Tahniah kepada semua mahasiswa USIM yang memberi kerjasama khususnya Sekretariat C-Fest 7 yang bertungkus lumus sejak dari bulan 5 lagi. Tahniah. Menitis juga airmata ini bila menggambarkan kejayaan yang besar bagi MPP kali ini. Semuanya dengan kerjasama sahabat-sahabat Sekretariat C-Fest 7. Saya bangga dengan semua. Saya bangga menjadi warga USIM.

Kepada semua warga USIM, teruskan memberi komitmen kepada program-program yang bakal berlangsung sepanjang Pesta Konvokesyen ke-7 ini dan memeriahkan majlis kami. Kerjasama yang kami pinta untuk menghilangkan rasa penat di kaki, badan, fizikal dan semuanya. Teringat pula dengan sahabat MPP yang terpaksa tidur di stadium pada malam ini untuk menjaga barang-barang jualan. Semoga Allah memberkati segala usaha antum. Saya bangga dengan komitmen semua MPP dan Skretariat C-Fest 7. Doakan kesihatan seorang sahabat seperjuangan C-Fest 7 yang ditahan wad malam tadi. Semoga beliau cepat sembuh dan tiada perkara-perkara yang buruk berlaku. Amin...

Jom join C-Fest 7...! Mai jangan tak mai...!=)

7 comments:

jom meriahkan grai n pameran c fest 7!!macam2 ada...ru gi x datang...!

Syabas!
ayt last 2 mcm pernah dngaq ja.. ala2 trademark Festival Kedah Sejahtera..

hehe..ciplak sikit..hehe..teringat lagu kedah, mai chek mai oii chek mai kita pergi ke negeri kedah..mai oii bagi ramai ... ape nth lg.tak ingt..hikhik..apepun..jom join c-fest7!!!

Bnyk hruf jtuh 2..sanad x brp sohih. Ni yg bet0i..
mai cek mai cek mai, kita ke negeri kedah, mai oii bagi ghamai, jamu nasik kawah..hehe

ooo..cmtu bunyi die eh..jom sume kite g kedah..fazareez ajak..hahaha..jgn lupe g c-fest..tggl 2 hari je lg..wall climbing harini..jom!!

Saya berpandangan, mpp usim perlu mengubah gaya penganjuran c-fest.saya lihat sudah jadi trend ikut-mengikut nak buat "pecah rekod" yang bagi saya sudah lapuk.

saya cadangkan c-fest akan datang stop sebentar acara pecah rekod ni.

erm..utk pgetahuan Kamal, stlh 2thn cubaan utk adakan mlaysia book of record x b'jaya.so mknenye anjuran itu tradisi tp kjyaan itu ssuatu yg baru.kali ini kami jdkan knyataan bg mgharumkn nama usim.btul,sy stuju mgkin mpp akn dtg blh wat yg lbih baik dr itu dgn mgubh sdkit sbyk aturcara c-fest ke-8 nnti.byk pnmbh baikan yg perlu dibuat.insyaAllah..skretariat c-fest ke-7 b'tgkus lumus mmbuat krja dismping myiapkn manual utk pnduan mpp masa dpn yg sblum ini tak disediakn oleh mpp 07/08.smoga dipermudahkan..

Related Posts with Thumbnails