Sekilas Majlis Konvokesyen UDM kali pertama



Adikku Muhammad Khairi Abdullah bersama Ayahanda dan Bondaku


Terkenang sewaktu Majlis konvokesyen KUSZA yang terakhir yang dilakukan 2 or 3thn lepas. Itu lah konvokesyen terakhir yg dilakukan atas nama KUSZA dan menggunakan lambang KUSZA sepenuhnya. Sedih dan pilu mengenangkan KUSZA yang tertubuh sekian lama kini hanya tinggal sbg cawangan. KUSZA dahulunya adalah antara institusi yang amat disegani. Di situ lah lahirnya cendiakawan dan cerdik pandai dalam Islam. Bermula dengan hanya sebuah pondok kecil sehingga menjadi intitusi tersohor. Namun semuanya hanya tinggal kenangan. Segala penat lelah pejuang2 masa lampau ditinggalkan begitu sahaja.


Buktinya baru2 ini saya ke KUSZA setelah lama tidak menjejakkan kaki ke tempat ilmu itu dengan harapan yang cukup berbunga. Mengharapkan KUSZA dan ahlinya tidak berubah dan masih mengekalkan imej Islam yang dulu diwarisi. Namun semuanya hampa. Jejaknya saya disana disambut dengan dentuman konsert yang menggegarkan. Melihat pemakaian Mahasiswa UDM amat2 menyedihkan. Pergaulan tidak terbatas. Tidak dapat dinafikan masih ada yang mengekalkan imej sebagai muslimah namun yang ramainya sudah hilang imej berjubah dan berbaju kurung.


Dulu saya ditarbiyah di KUSZA dengan diwajibkan turun dari bilik (wlupun dlm hostel/blog) hanya dibenarkan memakai jubah or baju kurung. Tak kira la dalam jubah tu baju kelawar ke, baju tido ke, yang pasti mesti memakai jubah dan stokin. Bi'ah itu yang mengajarku apa itu pemakaian Muslimah. Saya yang berasal dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mamat, amat2 terkesan dengan perubahan yang terpaksa saya lakukan namun keterpaksaan itulah yang menghasilkan muslim yang sejati.


Itu baru cerita tentang pemakaian. Belum lagi tentang Ikhtilat muslimin dan muslimat. Hanya berjumpa muslimin jika ada hal pembelajaran atau kerja persatuan. Itu pun berbatu2 jauhnya bercakap. Bimbang timbul fitnah. Pernah sekali saya berjumpa dengan adik (Khairi). Waktu tu saya tahun 3 dan die tahun 1. Disebabkan adik beradik, kami pun jumpa la dekat2. Tak perasan yang orang lain tak tahu itu adik saya. Semua pakat jeling bila lalu depan saya. Bisik seorang sahabat baik saya (shahirah said) "jauh sikit, orang tengok. Sheikh Hassan Basri tengok macam nak makan". Baru la saya tersedar bahawa saya dikawasan umum bukan dirumah. Dek kerana takut fitnah, cepat2 saya menghabiskan cerita dengan adik dan bg duit sikit (tujuan biasa adik jumpa saya).


Itu lah kenangan yang tidak dapat dilupakan di KUSZA. Suasana itu juga tidak wujud di USIM. bila kita akan sama2 wujudkan suasana itu??kurindukan bi'ah solehah..


Kepada adik2 di UDM, tolonglah berjuang untuk mengekalkan apa yang kita dah ada sejak dulu. KUSZA akan terus jadi bumi barakah insya-Allah. Tegur-menegur lah sesama sendiri.


Kepada warga USIM seluruhnya. Bukan niat utk banding2. Tetapi kita lebih teruk dari UDM. Ayuh kita bangunkan bersama2 bi'ah solehah dan tegur menegur antara satu sama lain. Itu adalah tanggungjawab kita bersama. Setiap manusia ada tanggungjawab berdakwah setelah dia melafazkan kalimah 'azim kalimah shahadah. Ayuh kita bina generasi pendukung Islam. Islam akan menang, yakinlah...


* Kemaafan dipinta jika ada yang terguris. Hanya meluahkan apa yang terbuku dihati.


5 comments:

akak...trun blog ke blok?hehe..

Betul2..kakak ana pernah dulu blajar di KUSZA tahun 2002-2003 kot, dia ambik diploma kat kusza..ana time tu berada d bangku sek men. Jd mmg slalula gi mlawat, sekolah diajak join xtvt kat sana, suasana mmg sgt islamik..skrg dah byk berubah. Kak ana prnh dipilih mganggotai Dewan Tertinggi Pelajar (DTP) cam MPP la, dia ketua editor so an tgokla majalah yg pernah dia buat, kpimpinan time tu sgt mantap, mungkin jauh brbeza drpd skrg. Moga2 UDM sekarang kembali kpd KUSZA yg dahulu, nama xpela nak tukar tp biah islam di sana prlu dikembangkan.

to sarah:t'silap tulis la..huhuhu..blok..teruja sgt dgn blog..haha..luahan perasaan mmg la tersilap..jom sama2 wujudkan bi'ah solehah..
to anonymous:ana stuju sgt dgn pndpt td.zaman DTP dulu mmg amat2 mgjar ana erti hidup mnjadi Muslim. blh nangis klu tengok perbezaan 2 zaman itu..

kembalikan kusza yg asal....itu harapan kami yg berada disini...la tahzan ya ukht....nahnu jundullah...kami2 generasi penyambung mata rantai KUSZA tak pernah gentar..pada perubahan ini..yakinla..mrk cuba mgubah corak kusza pd udm...tp allah taala merancg penuh ketelitian..tggu masanya..nnt..doakan ana n sahabt2 di sini...KUSZA malahirkan geberasi ulama'...ikhlas minni-www.sirrulasraru.blogspot.com

barakallufikum..smoga akn terus ttp b'juang tegakkan Islam dibumi Kusza dan dimana2 jua..lahirkan generasi Ulamak yg mnjd pemimpin.Insya-Allah..amin

Related Posts with Thumbnails