Apakah benar engkau pejuang??

Salam perjuangan. Agak bersawang laman ini nampaknya. Dek kerana kecemburuan masa dengan raya, tugasan pelajaran dan sebagainya. Akan muncul KarSis '09 USIM pada 3-11hb Oktober 2009. Ayuh bantu saya jayakannya beramai2.. Penyertaan anda bersama rakan-rakan USIM amat2 diharapkan. Apa yang penting??? Kerjasama!!! :-)

Belek punya belek, selak punya selak, terjumpa satu lagu lama yang amat memberi tamparan yang mampu meremukkan pipi saya. Ayuh kita hayati. Wahai pejuang-pejuang sekalian.. Adakah benar kita seorang pejuang?? Ayuh kita koreksi diri bersama2 kerana Islam..!!


Qatrunada - Apakah benar engkau pejuang???


Engkau ingin berjuang tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang tapi rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang tapi tidak begitu setiakawan
Engkau ingin berjuang tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang tapi ingin menjadi pemimpin
Engkau ingin berjuang menjadi pengikut agak segan

Engkau ingin berjuang tolak ansur tidak engkau amalkan
Engkau ingin berjuang tapi tidak sanggup terima cabaran
Engkau ingin berjuang kesihatan dan kerehatan tidak sanggup engkau korbankan

Engkau ingin berjuang tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang tapi rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang masa tidak sanggup engkau luangkan
Engkau ingin berjuang kerenah isteri tidak kau tahan
Engkau ingin berjuang rumahtangga lintang pukang
Engkau ingin berjuang diri engkau tidak engkau tingkatkan

Engkau ingin berjuang displin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang tetamu engkau abaikan

Engkau ingin berjuang anak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang pandangan engkau tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang iman dan taqwa engkau lupakan

Yang sebenarnya apa yang engkau hendak perjuangkan…???

~HATI KERING - Tak Lapar Dek Kutukan... Tak Kenyang Dek Pujian... Kerana Bukan Pejuang Sembarangan~

2 comments:

bukan ke ada hadith yg mengatakan ALLAH lbh menyayangi mereka yg sihat(kuat) dripada yg lemah. kenapa perlu korbankan kesihatan sedangkan kesihatan salah satu elemen penting bg pejuang utk cpai kemenengan? just wondering.....

kadangkala dalam sibuk berjuang, kesihatan akan terkorban.Bila sihat memanjang lazimnya kita sering lupa yg di atas sana. Hati manusia yang bergelar pejuang pasti lunak utk mencari tempat bergantung saat lemah.

Ikhtiyar utk menjaga kesihatan lain pula ceritanya. Jd,sakit pun ujian..sihat pun ujian. Sekadar pandangan. :)

Related Posts with Thumbnails