Bina Jatidiri

Tiada kata seindah bicara. Madah kalam mengusir resah.

“die ni lurus bendul...ikut je cakap orang..” kata sepupuku Siti Salmah binti Salim kepada rakannya melalui telefon. Jadi, betul ke saya ni bendul??

Hmm.. Sebenarnya sukar untuk menidakkan bahawa saya memang seorang yang bendul. Seringkali mengikut telunjuk orang. Pernah saya berbincang perkara ini dengan seorang sahabat ketika di sekolah menengah. Jika diberi pilihan untuk saya menjadi pemimpin atau pengikut, saya akan memilih menjadi pengikut kerana itulah peribadi saya sejak kecil. Mungkin kerana kedudukan dalam adik beradik yang menjadikan saya tersusun dan disusun dari segala sudut. Kebergantungan saya kepada keluarga amat-amat tinggi kerana kebiasaannya saya yang paling dimajakan selain adik saya Muhammad Khairi.

Pola kehidupan ini berterusan sehingga saya menjadi seorang pengikut yang baik. Bila difikirkan semula, banyak benda yang saya rugi disebabkan saya banyak mengikut tanpa mempunyai idea dan pendirian sendiri hanya bergantung kepada keluarga. Tiada percambahan pengalaman dan otak pun tak bergerak dengan begitu aktif untuk mencari masalah dan menyelesaikan masalah.

Namun perubahan itu berlaku sedikit demi sedikit menyebabkan semuanya terbalik. Saya sudah mula mencari identity sendiri walaupun saya tidak kuat membangkang kerana setiap kali saya membangkang kata2 abang2 dan keluarga, airmata saya akan berlinang. Kekuatan itu masih lagi dibina sehingga kehari ini. Diluar saya dilihat seorang yang berani bercakap dan berhujah, tapi jauh disudut hati saya tidak. Saya tidak berani bercakap.

Sewaktu di bangku sekolah rendah dulu, ada satu peristiwa yang tidak akan saya lupakan sewaktu saya disuruh menyertai pertandingan syarahan anjuran UMNO kawasan Maharani. Ketika itu saya tidak pernah bercakap dikhalayak ramai, apatah lagi menyampaikan syarahan. Terbayang sebelum menaiki pentas, macam2 ayat saya baca untuk hilangkan perasaan takut saya. Rasa nak balik je waktu tu. Peserta yang lain pula hebat2 belaka. Tiba2 nama saya dipanggil. Bismillahirrahmanirrahim… Dengan lafaz bismillah saya melangkah kaki. Tak saya sedar bila saya sampai di mikrofon dan bila angkat kepala je, terus darah tu mengalir deras. Dada berombak menyatakan pemberontakan hati. Macam2 perasaan yang timbul. Nak nangis pun ada. Namun tahukah apa yang saya syarahkan?? Hehehe… Nothing… Saya tak ingat langsung apa yang saya telah hafal dan cakap hanya kata2 aluan. Ya Allah… Waktu itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa malunya saya dengan semua pelajar2 dari pelbagai sekolah. Malu gilerrr… Tapi itu adalah titik tolak saya untuk belajar apa yang saya tidak mahir. Malu bukan alasan kerana dari kesalahan akan terbina jatidiri yang lebih mantap.

Point yang saya nak sampaikan disini ialah:

  • KELUARGA didahulukan UKHUWAH diutamakan

  • PEMIMPIN yang hebat mempunyai ciri2 PENGIKUT yang hebat.

  • Kita MAMPU buat sesuatu dengan izin Allah.

  • CUBA dulu baru tau.

  • JANGAN mudah berkata Yes kepada yang kita benar2 tidak mampu dan JANGAN seringkali berkata No untuk memberi alasan.
  • KESALAHAN adalah pengalaman. PENGALAMAN menjana kehidupan berkualiti. KEHIDUPAN berkualiti untuk akhirat yang bahagia. AKHIRAT yang bahagia hanya dengan REDHA ALLAH s.w.t.

  • Always think POSITIVE so that we can manage something without amarah and personal judgement.

  • Kesalahan boleh membina JATIDIRI muslim yang sempurna dengan syarat menjadikan ianya iktibar.

  • Manusia PASTI boleh berubah kepada yang lebih baik.
  • Semoga kita sama2 sentiasa berusaha meningkatkan imej dan bi'ah Islam di mana jua kita berada.

Saya pasti sahabat2 pengunjung semua juga mempunyai pengalaman yang hampir serupa. Kita bertambah banyak ilmu dan pengalaman, namun orang yang berilmu akan berkata “masih banyak ilmu yang perlu aku pelajari”. Bererti kita tidak akan pernah sempurna dan perlu meningkatkan diri dari semasa ke semasa. Boleh kah kita melakukannya sendiri tanpa mengikut panduan Al-Qur’an dan As-sunnah, tanpa berserah kepada Allah? Kita mungkin akan dapat memulakan perubahan namun istiqamah sesuatu itu lebih susah untuk dijaga. Perlu ada pendinding supaya kita sentiasa istiqamah. Kita tidak mampu berdiri seorang kerana itulah Allah menimbulkan perasaan Ukhuwah (persaudaraan). Bak kata sahabat saya “siapa kita nak mengaku kita hebat kan, so selagi tidak hebat kenalah sentiasa bersama sahabat2”.

Semoga bermanfaat…

0 comments:

Related Posts with Thumbnails