Takziah buat adikku Mariyam

Takziah buat Mariyam yang baru sahaja kehilangan ayahanda tercintanya. Al-Fatihah...

Adat hidup didunia. Yang hidup pasti akan kembali kepada Penciptanya. Bila dan dimana itu hak mutlak Allah s.w.t dan kita tidak mampu menjangka. Kerana itu kita perlu sentiasa bersedia untuk menyiapkan diri dengan pakaian amalan yang terbaik yang kita jahit dengan tangan kita sendiri.

Saya selalu terfikir, kuatnya sahabat2 yang sudah kehilangan bonda atau ayahandanya. Seperti juga sahabat yang saya kagumi, Ustazah Rafidah yang saya rasa tidak pernah hilang semangatnya untuk berjuang menegakkan Islam walaupun kehilangan ayahandanya baru2 ini. Maju dan terus laju. "Ana kagum dengan nti." Jika saya ditempat mereka, belum tentu saya mampu menghadapinya. Perlukan masa yang panjang untuk kembali bangkit barangkali. Begitu juga dengan sahabat saya yang lain yang sudah kehilangan salah seorang dari orang tua mereka. Basitah, Raihan, Syahmina, Maryam, Basirah dan ramai lagi. Ramai sahabat2 saya yang kuat. Saya kagum dengan kekuatan sahabat2 semua..

Teringat pula kisah yang saya tonton di TV yang mengisahkan barakahnya doa seorang ibu. Walaupun anaknya membuat kejahatan, namun disebabkan mudahnya makbul doa ibu maka dia terlindung dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t. Tetapi apabila ibunya tiada, segala kenikmatan yang dirasai sedikit demi sedikit terhakis. Kadang-kadang bila difikirkan betul juga apa yang dikisahkan dalam cerita ini. Saya rasa diri ini tidak cukup baik dan sentiasa terdedah dengan perkara2 yang buruk. Namun saya kira berkat rahmat dan kurnia Allah melalui doa ibu dan ayah saya, senantiasa saya akan kembali semula ke jalan yang benar. Seolah2 doa ibu dan ayah semasa hidupnya amat memberi kesan dalam hidup saya.

Apa akan jadi jika mak dan ayah saya sudah tiada? Mampukah saya berdiri di atas kaki sendiri tanpa berkat doa dari orang tua? Adakah saya akan hanyut dan terus hanyut? Itu perkara yang amat merunsingkan saya... ='(

0 comments:

Related Posts with Thumbnails