Nukilan hatiku


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Pengasihani


Hening pg ini menyusuk sehingga ke tulangku. Ku hamparkan tikar sejadah untuk kembali menginsafi diri menghapuskan dosa yg sentiasa ku lakukan. Aku lemah Ya Allah. Aku insan hina Ya Allah. Janganlah KAU palingkan muka-MU dari melihatku. Walau aku tak layak langsung digelar pejuang. Aku tak buat ape pun untuk Islam.

Dengan penuh rasa rendah diri nukilan ini hanya untuk menyedapkan hati yg kian gusar. Semoga tiada sesiapapun dikalangan pembaca yg slh sangka dgn apa jua ucapanku.

Pakcik2, Makcik2, Abang2, Kakak2, Adik2, sahabat2 seperjuanganku. Mari sama2 kita ingat bahawa kita adalah sama. Perjuangan kita sama. Tujuan hidup kita sama. Mengapa perlu ada pertelagahan sesama kita? Kenapa perlu ada rendah merendah antara satu sama lain? Kenapa perlu ada yg tak sggup nk berpimpin tgn utk sama2 bergerak? Kenapa perlu kita balas membalas keperitan yang telah kita lalaui? Sistem tarbiyah yg bagaimana yg perlu kite utamakan?

Ya.. Saya bukan seorang yg berjiwa kental. Itulah kelemahan saya yg saya lindungi selama ini. Kerana saya yakin saya boleh atasi kelemahan ini suatu hari nanti. Sebab itu blog ini dinamakan Hati Kering kerana ingin memotivasikan diri supaya menjadi lebih kental. Supaya saya benar2 tekad untuk menjadi pejuang Agama Allah. Kerana saya tahu untuk berjuang itu perlukan jiwa yg kental. Allah telah janjikan bahawa setiap org yg beriman itu pasti akan diuji. Kubimbangi diri ini termasuk dalam orang2 yg tidak tahan dgn ujian lalu berundur dari perjuangan. Na’uzubillahiminzalik.

Sahabat2 sekalian, saya sering mendengar masalah dalam pelbagai organisasi dan gerakan yg tidak mengiktiraf pandangan dan pendekatan orang lain. Contohnya apa yg berlaku kepada Wahabi dan Al-Ahbasy. Contoh yg lain seperti yg dikisahkn oleh Saifulislam.com tentang sahabatnya Dr. Maza yg dikatakan byk memberi hujjah berdasarkan dalil yg cukup mantap tetapi mengapa masih lg beliau menimbulkan kontrovosi di Malaysia? Begitu juga dengan apa yg berlaku didunia kampus yg masing2 menyalahkan gerakan lain kerana merasakan pendekatan yg dibawa itu lah yg terbaik. Sebenarnya siapa pemilik yg TERBAIK? Hanya Allah yg mengetahui apa yg terbaik utk hambanya. Waqi’iyyah juga satu sebab kenapa kita berkhilaf. Tetapi adakah waqi’yyah itu alasan sehingga menyebabkan tidak boleh bersatu dengan yg lain? Matlamat? JIM, ABIM, PKPIM, GAMIS, Isma, Pembina, PMI, Ma’ruf Club, adakah semuanya mempunyai matlamat sama? Saya pasti pelbagai jawapan akan timbul tetapi persoalannya ialah adakah tidak ada titik persamaan? Jawapannya ialah ada. Islam. Itu lah persamaan yg paling nyata.

Salahkah kita beikhtilaf? Dua hari yang lepas saya baru selesai menjawab peperiksaan untuk madah Adab Al-Ikhtilaf. Prof. Madya Dr. Syamsul Andi Galigo banyak memberi tunjuk ajar tentang bagaimana caranya untuk beradab semasa berikhtilaf. Tidak salah untuk berikhtilaf diatas perkara2 furu’ dan perkara2 ijtihadiyyah supaya manusia sama2 mencari kebenaran yg terselindung. Namun begitu ikhtilaf tidak boleh sehingga kita memutuskan tali persaudaraan dan mewujudkan perpecahan. Antara perkara yg paling penting ketika berikhtilaf ialah niat, persaan insaf dan keterbukaan. Mungkin saya hanya pandai berteori tetapi ini yg saya pelajari.

Teringat pula kepada slogan 1 malaysia. Islam telah lama menggunakan istilah wehdatul fikr dan wehdatul ‘amal. Inilah kunci kepada penyatuan ummat Islam zaman ini dan kita terus bersama2 seiringan memperkukuhkan Islam didunia ini. Seorang ustaz yg saya kagumi bertanya kenapa Ukhuwah diletakkan diakhir arkanul bai’ah dalam buku Syeikh Fathi Yakan “Kenapa saya memeluk Islam”. Terkebil2 saya kerana tidak pernah terfikir untuk menyelidiki kenapa strukturnya begitu. Syeikh Imam Hassan Al-Banna mengatakan bahawa ukhuwah sebenarnya tidak begitu penting dlm arkanul bai’ah itu tetapi tanpa ukhuwah kepincangan dan ketidaksepaduan akan berlaku sehingga mengganggu yg lain. Ini menunjukkan ukhuwah juga penting sehingga dimasukkan juga dalam rukun bai’ah.

Tanpa kita sedari, banyak permasalahan yg berlaku dewasa ini berkisar tentang ukhuwah dan kesepaduan diantara kita ummat Islam. Tidak hairan lah jika UMNO berpuak2 dan PAS bermasalah. Berbalik kepada kunci yg saya nyatakan td iaitu persefahaman dan persepaduan.

Syeikh Imam Hassan Al-Banna pernah memberikan ucapan kepada ahli2 Ikhwanul muslimin semasa muktamar keenam tentang matlamat Ikhwanul Muslimin:

Pertama-
ialah melibatkan diri dengan kerja-kerja kebajikan umum walau apapun bentuknya dan memberikan khidmat kemasyarakatan apabila peluang tersedia. Apabila seorang saudara berhubung dengan Ikhwan, dia dituntut supaya membersihkan jiwanya, memperbaiki akhlaknya, mempersiapkan roh, akal dan jasmaninya untuk mengharungi jihad yang lama yang akan ditempuhinya satu masa nanti. Setelah itu dia diminta pula untuk mengembangkan semangat itu kepada ahli keluarganya, sahabat-sahabatnya dan orang-orang di sekelilingnya. Seorang akh akan hanya menjadi seorang muslim yang sebenar jika dia melaksanakan hukum dan akhlak Islam. Dia juga perlu berpegang kuat dengan segala perintah dan larangan yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. daripada Tuhannya.

Kedua-
Ikhwan al-Muslimin bekerja supaya sistem ini disokong oleh pemerintah supaya sebuah Negara Islam yang baru akan muncul, supaya segala hukum-hakam Islam ini dilaksanakan sepenuhnya, supaya muncul sebuah kerajaan Islam di tengah masyarakat yang akan didokong oleh umat Islam. di mana kehidupan masyarakat ini akan diatur menurut syariat Islam sepertimana perintah Allah yang disampaikan kepada Nabi s.a.w. di dalam kitabNya. Firman Allah:

Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar). Sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkanmu sedikitpun dari (azab) Allah (kalau engkau menurut mereka); dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu setengahnya menjadi penolong dan penyokong bagi setengahnya yang lain (dalam perkara yang salah); dan (sebaliknya) Allah menjadi penolong dan pelindung bagi orang-orang yang bertaqwa (yang engkaulah pemimpinnya). (Al-Jathiyah: 18-19)

Petikan ucapan ini saya bawakan kerana dilihat gerakan Islam dewasa ini pincang dan menjadi tanggungjawab kita bersama2 tautkan hati dan segala sendi menolak segala sentimen untuk mengukuhkan pergerakan. Suka saya menyatakan bahawa matlamat yg sama tidak membezakan kita. Mungkin berbeza cara dan gaya tetapi matlamatnya sama. Kualiti atau tidak itu yg boleh dipersoal tetapi cara dan gaya tidak perlu diperlekeh. Raikan sahaja org yg ingin berjuang dengan gaya yang tersendiri. Kita tidak tahu gaya mana yg terbaik selagi tidak bertentangan dengan syariat Allah.

Namun saya amat2 bimbang dengan hati2 yg ingin berjuang. Seperti saya sendiri contohnya yg sering lalai dan alpa tentang kewajipan kepada Al-Baasit Yang Maha Agung. Sehingga menyebabkan hubungan saya dan sahabat2 seperjuangan terjejas dek kerana hubungan dengan Allah yg tidak terjaga. Semoga sahabat2 diluar sana dapat menegur dan memberi peringatan. Jangan ada yg mengadu domba. Seringkali sampai dicuping telinga saya tentang umpatan2, kutukan2, hinaan2, dan sebagainya yg tidak sepatutnya kita lakukan sebagai ummat Islam. Cukuplah... Ayuh kita sama2 bantu-membantu bergerak demi Islam.

Hamba yg naïf ini menyusun 10 jari memohon kemaafan diatas segala kekhilafan yg berlaku. Entah apa yg bermain difikiran. Sebelum ini saya sering bermonolog dalam diri menyatakan bahawa “saya BENCI dgn diri saya” namun 1 mggu 2 ini saya sering bermonolog bahawa “saya BANGGA menjadi diri saya”. Tetapi pg ini saya kembali bermonolog “Saya BENCI diri saya. Sememangnya saya tidak layak menjadi pejuang Agama Allah. Bimbang merosakkan gerakan.”

Entah kenapa semua ini tidak menyebabkan jiwa saya kental lagi? Malah saya lebih jatuh. Mungkin masih kurang keikhlasan dalam diri dan hati yang kotor. Ampunkan ku Ya Allah…

Kepada sahabat yg saya kira dia akan baca post ini 1 hari nanti, salam kemaafan dari ana. Terima kasih kerana telah banyak membantu ana dan memberi secebis kenangan yg cukup indah buat ana. Bukan mudah untuk mengubah sikap ana ini. Maafkan ana. Bukan layaknya ana untuk menjadi sahabat sesiapapun kerana bimbang diri akan merosakkan orang sekeliling. Teruskan melangkah berjuang menegakkan kalimah Allah. Ana akan memerhati dari jauh. Mungkin itu yang terbaik bg ana. Ana masih berjiwa besar tetapi dengan kadar kemampuan ana. Ana mengaku ana tidak elok seperti yg disangka. Hanya indah luaran kerana niat utk membantu sekeliling. Jangan bimbang, ana tidak akan lama dalam ini.

Syukran atas semua yg membaca post ini. Sekadar membuat luahan hati. Doakan hati saya kental dan tabah seperti anda semua dan kekal kental sehingga mati. Kalau ade kaunselor boleh la tawar diri untuk saya buat temujanji dengan anda. Sedikit sebanyak mungkin membantu meningkatkan semangat diri. Ini masalah psychology saya tahu. Tetapi masih memerlukan orang untuk disisi. Ibu bapaku lah yg paling pantas saya dampingi.

Salam perjuangan untuk semua.

~Ainul Faridah Abdullah~
7 November 2009
4.55 pagi

4 comments:

ghuraba' melangkah beriringan. walau sedikit tp ada. walau terkadang tak sehaluan tetap bersama. walau perlahan tp tertib. kdg kala tersadung akar mehnah, terpijak kerikil tribulasi. tp langkah tetap diteruskan. berpanas hujan di redah dengan sabar dan tawakal..menggenggam bara Islam ditengah hiruk pikuk dunia. dengan tekad hati PASTILAH ISLAM GEMILANG LAGI..!
slm terus juang sahabatku..

salam mahabbah ya ukhti, maksud yang mendalam tu, "ana tidak akan lama dalm ini" terharu diri ini tidak dapat dikeluarkan dengan kata-kata, jasamu, pengorbananmu, kepimpinamu memang tiada nilaian, bukan pujian tetapi nukilan hatiku jua, kadang2 Allah patahkan semangat kita utk selamatkan jiwa kita, dia patahkan hati untuk membuatkan kita lebih bersemangat, dia memberi kita sakit supaya m'jd lebih kuat, dia memberi kita kegagalan utk m'buat kita rendah diri,dia menghantar penyakit supaya kita boleh menjaga diri sendiri, kadang2 Allah ambil segala2nya dari kita supaya kita bl bljr menghargai sgl nikmat yg dberi olehnya, olh itu, msama2lah kite redha dengan segala takdir keatas diri kita, uhibbuki fillah, ya ukhti. Bangkit3, muslimat power!!!

cool kak ainul...
hidup mesti rock

K.Ainul mmg terbaik..

ht ana pn x sekering n seteguh k.Ainul..

Chaiyok2x..muslimat power3x

usah depeduliin kata2 org

Related Posts with Thumbnails