Peti Sejuk 1 : Kekuasaan Allah
Sedar tidak sedar sudah 24 hari saya meninggalkan pengalaman berada di dalam peti sejuk. Maha Suci Allah yang menciptakan sesuatu sesuai pada tempatnya. Dengan suhu yang mencecah -3°C berbanding suhu di Malaysia ketika itu kira2 29°C membuatkan saya dan rakan2 MPP seramai 18 orang termasuk Pegawai HEP, Puan Al-Uyuna tidak akan lupa pengalaman yang pertama itu. Pengalaman yang amat menarik yang ingin saya kongsi dengan sahabat2 sekalian. Mungkin saya tidak ulas dari pertama kali saya jejak kaki ke Beijing, Cina tetapi saya akan buat sedikit kesimpulan pengalaman dan berdasarkan pemerhatian saya.
Kekuasaan Allah
DIA lah Tuhan yang Maha Berkuasa. Menjadikan Nabi Adam a.s. dari tanah, menjadikan Hawa sebagai pasangan hidup, menghamparkan dunia untuk kemudahan manusia. Pasti semua mengetahui tentang teori big bang yang telah Allah s.w.t sebut di dalam kitab suci Al-Qur’an melalui wahyu yang diturunkan kepada kekasih Allah s.w.t, Nabi Muhammad s.a.w. Allahuakbar. Allah Maha Besar.
Sejak kecil saya mengimpikan untuk menaiki kapal terbang. Setiap kali saya kapal terbang melintasi atas kepala saya, saya menanam harapan supaya saya akan menaiki kenderaan itu. Kawan2 saya menyifatkan saya sebagai seorang yang berangan2 tinggi. Sehingga setiap kali kapal terbang melintas, rakan2 pasti memanggil saya. Pernah juga dihadiahkan dengan kapal terbang yang diperbuat daripada kayu oleh kawan saya, Ridzuan sewaktu di Sek. Men. Kebangsaan Tun Mamat, Tangkak. Angan-angan dan impian saya itu akhirnya tercapai. Berlinang air mata apabila pertama kali menjejak kaki ke dalam kapal terbang MAS MH370 penerbangan dari
اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ
(Surah Qaff : 38)
Allah s.w.t menciptakan langit dan bumi menunjukkan semua itu ada pencipta dan pencipta itu adalah Allah s.w.t maka Allah itu ada.
Tercari2 mungkin terdapat kalimah Allah di awan2 yang terbentuk, mungkin belum rezki untuk melihat keajaiban itu. Tempoh 6 jam dalam kapal terbang mengubah suhu dari panas kepada sejuk. Allah Maha Pencipta segala apa pun di bumi. Jangan kita pernah lupa bahawa Allah s.w.t mampu membolak balik bumi ini dan seluruh planet apabila tiba waktu yang dikehendaki-Nya. Walaupun ketika itu salji telah berhenti di
Sama2 kita mensyukuri apa yang Allah telah sediakan dan Allah tidak menciptakan manusia dengan sia2. Apabila ditanya oleh Saidatina ‘Aisyah kepada Rasulullah kenapa Baginda masih bertungkus lumus beribadat kepada Allah sedangkan Baginda telah dijanjikan syurga. Baginda menjawab dengan mudah, adakah Baginda tidak boleh mensyukuri segala nikmat yang Allah telah beri kepada Baginda? Baginda menunjukkan kesyukuran dengan tunduk syukur beribadat kepada Allah s.w.t. Bagaimana kita sahabat2 sekalian?