Oh CINTA di dunia..

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa setiap manusia ada potensi untuk terjerat dengan percintaan duniawi. Usah dinafikan kerana itu fitrah. Namun kuperlukan hati kering untuk menidakkan fitrah yang tidak mengikut syariat. Kisah yang dilalui mesti dilupakan...

Read More......

Ramadhan Kareem

Ramadhan…
Kehadiranmu dinanti
Kegembiraan bukan kepalang
Semua insan menyambutnya
Masjid surau kembali imarah

Ramadhan…
Bulan yang penuh barakah
Bulan turunnya Al-Qur’an petunjuk sepanjang zaman
Didalammu penuh kisah gembira
Panduan buat kita insan terkemudian

Ramadhan…
Allah s.w.t mengurniakanmu sebagai penawar
Penawar bagi segala penyakit
Rohani dan jasmani direpair
Mencari lesen berjumpa-Mu Ya Allah

Ramadhan…
Amalan diganda syaitan dibelenggu
Peluang untuk mendidik nafsu
Yang semakin hari semakin mengganas
Peluang ini tidak akan kusiakan


Ramadhan…
Harapanku semoga segala amalanku diterima
Semoga aku dapat manfaatkanmu kali ini
Kecuaian yang lalu cuba kuhindar
Bimbang ini Ramadhan yang terakhir

~nukilan meknol~


* Salam Ramadhan buat semua. Salam kemaafan dari saya.

Read More......

"Pergi Tak Kembali"


11.34 pagi 13 Ogos 09, telifon saya berbunyi, saya memandang kepada telifon saya.

Hussian dari Layar Consult

“Assalamualaikum syeikh, apa cerita?”

Kata saya“Waalaikumusalam, ustaz dah dengar berita ke belum?” tanya Hussain.

“Berita apa?” Tanya saya kembali.

“Ustaz Asri Rabbani meninggal” kata Hussain lagi.

“Innalillah wa Inna Ilaihi Rajiun” spontan kalimah ini keluar dari mulut saya walaupun seakan-akan belum percaya dengan berita yang saya dengar ini.

“Sekarang jenazah ada di Hospital Pantai di Bangsar” kata Hussain lagi.

Setelah menyiapkan beberapa urusan, saya terus mengambil kereta dan terus ke Bangsar.

Saya sampai ke Hospital jam 12.25, terus turun.

Samsul, anak buah saya terus mencari parking.

Ramai orang berkumpul. Saya bersalaman dengan mereka yang sedang berkumpul di tempat berhampiran bahagian kecemasan ini.

Tiba-tiba, Rosli staf dari Layar Consult menghampiri saya.

“Ustaz, mari kita turun ke bilik mayat, pihak hospital dah nak turukan jenazah ustaz ke situ" katanya.

Saya pun berjalan bersama beberapa orang yang lain. Saya sampai ke bilik menunggu jenazah.

Jam di tangan menunjukkan pukul 12.30 tengah hari.

Di bilik ini belum ramai orang.

Tak ramai yang tahu jenazah akan dibawa ke sini. Masih ramai yang di atas.

Saya menjengah di satu sudut.“Muslim Preparation Room No. 1” papan tanda bilik jenazah di Hospital Pantai ini.12.36, jenazah di usung turun ke tempat ini.

Tiba-tiba, kawasan ini dibanjiri manusia. Bersesak-sesak orang, ada wartawan, ahli kumpulan Rabbani dan sebagainya.

“Ok, masuk dua-dua ye” kata pengurus bahagian jenazah.

Kumpulan pertama terdiri dari dua orang masuk. Di dalam telah terdapat beberapa ahli kumpulan Rabbani sedang membacakan surah Yasin.

Pintu tertutup dan dikunci dari dalam.

Tak lama selepas itu, pintu dibuka, saya mahu masuk, tiba-tiba seorang Dato’ meminta laluan. Saya memberinya laluan.

“Polis dah ada, tengah tunggu keluarga datang untuk menuntut jenazah” kata beberapa pegawai hospital, menjawab soalan pengunjung yang ada pada ketika itu.

Tak lama selepas itu, dua orang keluar.“Ok dua orang lagi”, kata penjaga bilik mayat.

Saya terus masuk. Di dalam bilik terdapat tujuh orang.Surah Yasin yang dibaca telah hampir sampai ke penghujung.

Saya melihat sesosok tubuh yang baring telah siap dikafankan.

Kain putih yang bersih dengan tangan yang diletakakan dibadan.

Saya menatap wajah sahabat saya ini. Wajahnya bersih, tersenyum.

Saya membacakan fatihah kepadanya.

Perlahan-lahan saya menghampiri jenazahnya, saya cium dahinya yang bersih ini. Biasanya dahi ini akan ditemankan dengan kopiah beliau.

Saya menghampiri telinga beliau, saya bisikan.

“aku saksikan, bahawa engkau telah banyak berjuang untuk agama”

Tiba-tiba saya menjadi sebak. Pada ketika itu air mata saya berlinang. Saya cuba menahannya tetapi saya tidak mampu. Saya menundukkan kepala saya, mengesat air mata yang mengalir di kelopak.

Saya cium dahinya untuk kali kedua. Kali ini saya pegang bahu beliau, saya ucapakan lagi padanya:-

“sahabat, selamat berehat”Saya bangun. Berdiri tegak, selepas saya, barulah ada beberapa lagi yang datang dan mencium dahinya.Saya cuba menahan air mata saya. Tetapi saya tidak mampu.

Teringat lirik nasyid beliau “Pergi takkan kembali”Saya menarik nafas panjang. Mengesat air mata yang berlenang.

Membacakan fatihah sekali lagi untuknya.Saya mula melangkah keluar. Di pintu daun pintu, saya terdengar satu ucapan:-

“Terima kasih ustaz”, saya tidak memandang siapa yang mengucapkan pada saya itu. Saya terus berjalan, merentasi kesesakan orang ramai.

Hari ini, Negara kehilangan seorang pejuang di dalam seni suara.

“InsyaAllah, semoga nanti kita dikumpulkan di syurga bersama kekasih kita junjungan besar Nabi SAW” bisik hati saya.

Saya meninggalkan Hospital Pantai. Melihat tempat berakhirnya seorang pejuang seni Islam.

Takziah untuk seluruh ahli keluarga dan kumpulan Rabbani. Tabahlah.

Yang tinggal akan meneruskan perjuangan ini.

Al-Fatihah untuk al-Ustaz Asri bin Ibrahim

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

13 Ogos 09, jam 3.18 petang.


Read More......

Dilema Program??

0148412489... Ringing again and again.. Saya yang dalam bengkel ni rasa agak terganggu sikit dgn panggilan misteri ini. Saya mesej no td. Lalu die pun membalas "tadi ade mesej akk sal dakwah talk esk. hadir or tak??".. Baru saya tersedar ade 1 mesej yang tak berbalas dr pg td. Bukan sengaja saya tak bls tapi masih dilema nak pegi mana satu program. Esok akan berlangsung 2 program best yang berlangsung serentak. 1 program Dakwah Talk 3 anjuran BPSK MPP sendiri dan 1 lg program Bengkel Penulisan dan Editorial anjuran PTS dgn kerjasama Unit Kaunseling dan Pembangunan Sahsiah USIM. Dilema oh Dilema..


Antara aturcara program Dakwah Talk 3 esk ialah:

Pembentangan Kertas Kerja 1
Oleh : Encik Najib Abdullah
(Jabatan Peguam Negara)
Tajuk : “Krisis Murtad dari Sudut Perundangan
& Isu-isu Terkini”

Pembentangan Kertas Kerja 2
Oleh : Encik Kamaruzaman
(Pensyarah FSU USIM)
Tajuk : “Senario Murtad; Asas Ajaran Hindu Sebagai Perbandingan Agama di Malaysia”

Pembentangan Kertas Kerja 3
Oleh : Y.Bhg. Dr. Ridhuan Tee Abdullah
(Pensyarah Kanan UPNM)
Tajuk : “Senario Murtad; Asas Ajaran Buddha Sebagai Perbandingan Agama di Malaysia”

Pembentangan Kertas Kerja 4
Oleh : Tuan Hj. Muhammad Abdullah Nicholas Silvester
(Pengasas Hidayah Center JIM)
Tajuk : “Senario Murtad; Asas Ajaran Hindu Sebagai Perbandingan Agama di Malaysia”

Best kan?? tp bg saya ini semua teori kerana saya pernah menganjurkan program ini semasa memegang tanggungjwb sebagai exco Pembangunan Insan MPP sesi lepas. Selok beloknya telah saya ketahui namun pendekatan kali ini amat berbeza dan menggunakan ramai pembentang kertas kerja. Itu yang menarik.




Bro Shahkirit sewaktu Dakwah Talk 2.. Best..

Tetapi Bengkel Penulisan dan Editorial masih belum pernah saya ikuti dan ianya berkaitan dengan skill yang tak mungkin saya blh dapat di luar. Nama program pun 'bengkel' yang pastinya akan memberi input tentang skill dan teknik. Ianya bertepatan sekali dengan cita-cita saya.

Macamana ni? Akhirnya saya pun membalas kpd Sekretariat Biro Pembangunan Sahsiah dan Kerohanian (BPSK) sebentar td, "saya sebenarnya baru dipertanggjwbkan utk mmbntu backup sahabat saya (Aida) yang kini di asingkan kerana demam kuat. Aida sepatutnya menguruskan bahagian protokol. Berat untuk mengatakan tidak. Cuma sekarang jika Aida sihat, sy akan ke bengkel PTS namun klu sy lebih diperlukan di Dakwah Talk 3, saya akan ke sana.."
Dilema oh Dilema.. Kenapa la buat program best2?? =)... Semoga Berjaya BPSK MPP USIM!!! Chayok !!!


*Lupa nak ucap ribuan terima kasih kepada semua yang telah memeriahkan majlis Solat Hajat semalam. Ramai... Alhamdulillah. Barakallahufikum..

Read More......

Solat Hajat Elak H1N1


Jom kita beramai-ramai solat Taubat dan Hajat untuk mengelakkan Pedemik Influenza A H1N1. Butiran program seperti berikut:

Tarikh : 7 Ogos 2009 (Jumaat)

Masa : 7.00 petang

Tempat : Dataran Kolej Kediaman Nilam Court

Ajuran : Majlis Perwakilan Pelajar & Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Bas : Dari Kolej Kediaman jam 6.15 petang


Semua Dijemput Hadir

Sama-sama kita berdoa dan berikhtiar berlindung dari wabak yang merbahaya.

Read More......

Rendang kayu kerana daunnya, Terpandang Melayu kerana pantunnya.


Kalau berladang kurang tekun
Lesap padi ditelan belukar
Kalaulah hilang tukang pantun
Senyap sunyi bandar yang besar.

Kapal belayar dari Arakan
Selit besi jadi kemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati “ambo” kerana budi

Tuan Puteri ke Tanjung Keling
Bilah mengkuang dianyam tenang
Biar isteri benci menjeling
Tetaplah abang terkenang-kenang.

Naik bertamu di Pulau Tawar
Singgah menjala di Kg. Bantal
Pahit jeling jadi penawar
Abang simpan di bawah bantal.

Ujung rusuk patah tulang
Kena tindih kayu rasak
Kalau sungguh rindukan bulan
Tunggu dulu lepas Isya’.

Tebuk kayu dengan pahat
Kelek mangkuk pakai topi
Kata mahu keluar jihad
Nampak tersangkut di kedai kopi?

Anak ayam turun lapan
Mati seekor tinggal tujuh
Harap berdoa kepada Tuhan
Supaya terang jalan bersuluh.

Tiang sehasta dibuat galah
Berpanjang lengan kait melati
Berjuang kita ke jalan Allah
Biar dengan sepenuh hati.

Manis sungguh dokong tuan
Malam resah pelita mati
Payah apa sokong bulan
Mungkin susah tapi tak mati.

Apa dirisau hantu jembalang
Quran dibaca berhari-hari
Tubuh besar janggut panjang
Bunyi wisel kenapa lari?

Dayung sambil pasir kemudi
Air deras di Ulu Tersat
Jangan diambil jalan Yahudi
Itu sah menuju sesat.

Ikan belanak ditutup saji
Saji dianyam oleh Pak Mahat
Orang khianat jangan dipuji
Makin dipuji makinlah jahat.

Sejak kera masuk negeri
Anak merbah mati tersepak
Sejak ketua sibuk mencuri
Anak buah jadi perompak.

Burung punai burung kelicap
Hinggap berkawan di hujung dahan
Tiada guna lawa dan kacak
Jika melawan hukum Tuhan.

Tanam halia tumbuh lengkuas
Semak daun si api-api
Apa guna kaya rasuah
Esok dipanggang di atas api.

Terbang kunang di tengah malam
Hinggap masuk di tiang seri
Tangan kanan ajak bersalam
Apa maksud pisau di kiri.

Hujung kota patik menanti
Orang Kaya Laksamana Bentan
Tuan berkata sesuka hati
Karamlah saya tujuh lautan.

Tuanku umpama emas segetus
Segak bertempat indah seorang
Hamba umpama selipar yang putus
Tiba bertempat dilupa orang

Bermamah sirih di tengah pelita
Pahit mulut sampai ke pagi
Terbit suluh batilpun pergi.

Biar bersambung bedilan ferenggi
Takku tinggal ini kota
Islam berbumbung di awan tinggi
Mengatasi segala mainan kata

Gua Bama sungai hulu
Kuala Damak berbatu karang
Hamba umpama dagang lalu
Nasi ditanak milik orang.

Rata lapang gunung Tahan
Bukit Rapat Bukit Cekati
Kita menumpang bumi Tuhan
Jangan dibuat sesuka hati.

Daun palas ikan kelah
Mari diikat dengan tali
Niat ikhlas kerana Allah
Syirik tidak sekali-kali.

Papan tualang mari diukir
Buat tongkat sikayu jati
Siang malam hidup berzikir
Kuat ibadat sebelum mati.

Akar tersat jambu batu
Ikat kolek bertali kain
Resam ibadat niat bertentu
Bukan boleh dibuat main.

Jalan bengkok terkial-kial
Sambil mengupas limau langkap
Tengokkan songkok bagaikan kiyai
Kenapa membaca tergagap-gagap?

Apa guna berkain batik
Jika labuh berbayang-bayang
Apa guna beristeri cantik
Jika Subuh tidak sembahyang.

Teluk Rokan tempat memancing
Angkat raga berisi gelas
Jika ikan umpannya cacing
Syarat Syurga ialah ikhlas

Tunas selasih dibuat rebung
Asah belati diasap damar
Bercerai kasih boleh disambung
Berpisah mati putuslah amal.

Putus amal jika mati
Itu muktamad dari Allah
Cuma ada 3 kecuali
Anak soleh, ilmu dan sedaqah

Lantang bersahut burung bebarau
Kayu jati dibuat sarang
Adab hidup kita bergurau
Sudah mati terguling seorang.

Dari Demak ke Mekasar
Bergalah perahu tidak berbaju
Maafkan hamba jika terkasar
Allah jua tempat dituju.

Pinang dusun kacip cekati
Sirih dibilas luar rumah
Saya berpantun dari hati
Tuan balas tiba dirumah.

Indah sungguh Tanjung Sedeli
Pulau Seratus dilambai NyonyaS
epanjang mana seutas tali
Akan ada tirus hujungnya.

*Pengalaman yang luas dan ilmu yang banyak menyebabkan saya menghormatinya..

Read More......
Related Posts with Thumbnails