Idola: Ambil perhatian teguran Wardina

Pertubuhan Jamaah Islah (JIM) menyokong sepenuhnya saranan pelakon, pengacara dan personaliti TV, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot agar masyarakat khususnya golongan remaja hari ini tidak terlalu ghairah menjadikan artis dan selebriti sebagai ikon atau idola untuk dicontohi.

Beliau dilaporkan mengemukakan saranan tersebut ketika menjadi salah seorang ahli panel yang mengupas tajuk 'Selebriti sebagai Ikon Masyarakat’ dalam program bual bicara anjuran Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Bharu minggu lepas.

Menurut beliau juga, dunia artis serta hiburan lebih banyak dipenuhi dengan keburukan daripada kebaikan dan hanya bersandarkan keseronokan.

JIM menyedari bukanlah mudah bagi Wardina membuat pendedahan sebegitu, yang tentunya akan menimbulkan pelbagai reaksi daripada banyak pihak. Wardina telah memilih untuk menyatakan kebenaran dan tidak berselindung di sebalik kepalsuan, sekaligus menunjukkan dia adalah seorang yang berfikiran matang dan mempunyai tanggungjawab sosial yang tinggi terhadap masyarakatnya.

Sebagai seorang yang pernah dan masih terlibat terus dalam dunia penyiaran, hiburan dan perfileman, Wardina tentunya merujuk kepada pengalaman sendiri yang dilaluinya. Amatlah wajar sekiranya teguran Wardina diambil serius dan dijadikan iktibar untuk rakan artis yang lain.

Selaras dengan itu, JIM ingin membuat penegasan agar:

Masyarakat umum khususnya golongan remaja tidak terlampau ghairah memuja dan menyanjung golongan artis, terutamanya mereka yang secara terang-terangan menunjukkan akhlak, sikap dan tingkah laku yang tidak sopan dan bertentangan dengan ajaran moral dan agama.

Golongan artis bersikap lebih bertanggungjawab mendidik diri masing-masing dengan ilmu pengetahuan, adab sopan, tatasusila dan tahap profesionalisme yang tinggi. Mereka juga harus sentiasa peka dengan sensitiviti masyarakat, dan bersedia menerima teguran dan membaiki kesilapan. Bagi tujuan ini disarankan golongan sarjana dan ilmuwan serta pihak berwajib didampingi agar artis menjadi contoh teladan yang baik kepada masyarakat.

Media massa tidak keterlaluan mendewa-dewakan golongan artis melalui lambakan program berbentuk hiburan dan realiti, ataupun sibuk membuat liputan mengenai kontroversi dan berita hangat yang berlegar di sekitar kehidupan artis.

JIM sedia membantu artis atau mana-mana pihak bagi menjalankan tanggungjawab sosial yang membina.

Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj,

Naib Presiden JIM

Di petik dari harakahdaily.net ( 11 Rabi'ul Awal 1431 H | 25 Februari 2010)

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25133:idola-ambil-perhatian-teguran-wardina&catid=109:remajawanita&Itemid=151

3 comments:

salamun alaikum bima sobartum,ukhti

alhamdulillah ,waktu cuti mid sem hari tue sempat berada di forum wardina di KB MALL.

yang best bila ada moderator yang hebat(Amin) dan juga habiburrahman al sherazy.


Bagi saya,mesej yang dilontarkan tidak sampai kepada saya.

Membicarakn tentang selebriti islamik yang patut dijadikan model.
(kontemporrari)


Habiburahman pula kerap menceritakan fenomena ketika cinta bertasbihnya yang kadang-kala fenomena cerita itu yang membangkitkan perasaan yang sepatutnya tidak ada kepada seseorang manusia yang cintanya sepatutnya kepada Allah.

Saya sarankan,mari kita kembali ke asas agama yang asal.Usul.

Hanya dengan itu,fitrah sebenar dapat kita temui.InshaAllah

~Pendapat hina dari seorang hamba yang hina..

Wallahualam.

wa'alaikumussalam w.b.t..

alhmdulillah, ade jgk org yg g mndgrnya sndiri. blh kite b'cerita scara realiti. mgkin pglmn ukhti mndgr sndiri forum ini lebih berguna. tp setiap org punya pndgn nya sendiri.

mgkin pembawakan dan kepelbagaian penyampaian yg tak berapa berkesan. menyebabkan hnya cenderung kpd satu contoh shja. perlu ditingkatkan msj yg hndk di bawa krn mereka termasuk wardina dan bro.amin bkn calang2 dan mgkin kata2 mereka akn mnjadi ikutan penonton.

ketika cinta bertasbih?sy masih blum smpat menonton cerita ini. jd sy tak blh menilai dgn hnya mndgr cerita dr org. namun, btl la kata ukhti td, yg perlu di tekankan bukan cerita tu, bkn jln cerita dlm tu, tp ade yg lebih penting dr cerita KCB tu. iaitu mengenal cinta kpd Allah.

kita takkan cinta kpd org lain slagi tidak cinta pd diri sendiri. kita takkan cinta pd diri sendiri sebelum cinta pd Allah Rabbul 'Izzati...

apepun, time kasih ats pndgn. ade pndgn lg??

untuk mereka yang mungkin terdedah dengan dunia selebriti,mungkin pendedahan wardina itu amat berkesan.

Setelah wardina bercakap tentang hal ini kepada media massa,ramai sangat artis yang tidak menyokong teguran wardina.

Walau bagaimanapun,tindakan wardina tepat.Beliau berada di dunia selebriti yang dakwahnya berbeza daripada kita untuk mad u yang juga dalam dunia itu.

Ketika cinta bertasbih..

Owh...cerita ini bagus sebenarnya,ramai sangat terikut2 nak jadi anna la..nak jadi azam la..
bagi diri saya sendiri,true speaking,


sebenarnya..pelambakan filem yang berunsur cinta ini(walau cinta islamik)kadang kala memberi effect kepada penonton.Bagaimana?

naluri inginkan teman secara islamik itu membuak2..

bukankah fitrah itu sepatutnya dihapuskan dengan cara tidak selalu diulang-ulang dalam minda?

Tindakan terbaik adalah melihat kepada diri sendiri juga.

Setelah popularnya cerita ini,fitrah cinta yang terdapat dalam jiwa anak muda terbangun dan terus terangkat?wajar?Ia bergantung..

Apapun,tak salah menontonnya.Pengalaman memberi pengajaran dan ilmu.

Tontonlah apa apa pun,asalkan kita tegar untuk menganalisisnya kembali.


Apapun,pulang pada Allah.

Cinta Allah segala-gala.


Usah risau.yang solehah pasti cantik,dan yang baik dan terbaik akan sama-sama memiliki.

Wallahualam.:))

Keep smile:)

Related Posts with Thumbnails