Ikhlas Bingkai Pengorbanan

Kemuncak segalanya...
Justify Full
”die mesti marah ko ikut cakap abg kn? Sebab tu ko tak pegi ambik anugerah tu...”

Soal Uda dengan nada sinis. Entah apa puncanya kisah lama diungkit. Mungkin dek kerana terlalu terkilan hanya kerana RM500 tidak berada ditangan. Mungkin...

”Tak la... tak de kaitan dengan dia pun...” jawab ku dengan penuh hormat.

”Ade ke sebab ikut cakap orang tu tak pergi ambil anugerah tu. Tak patut betul...”

”Assalamua’alaikum... Pok De Seni, Pokde Bakor nak sembelih lembu dah”. Jam menunjukkan pukul 3 petang. Memang waktu seperti dijanjikan ada penyembelihan di sebelah rumahku...

Bingkas Uda bangun sambil meneruskan bicaranya.

”Syubhah ape syubhah??? Tok Guru Nik Aziz kate boleh ambil duit masa di Galas. Semua pengundi boleh ambil duit yang UMNO bagi. Mane syubhahnya???”

”Baru2 ni orang tanya dengan Ust. Idris Ahmad, pun jawapan die macamtu. Die mula2 sebut dalam jawapan ’kalau mati kat situ macamana?’” jawabku dengan ikhlas. Bukan saya menipu. Memang itu jawapan awal daripada Ust Idris.

Merah padam Uda mendengar bidasan ku tadi.

”Kenapa??? Mati kat situ masuk neraka??? Ni otak jenis apa? Senang-senang nak keluar pendapat lepastu bercanggah sesama sendiri. Tok Guru kata lain, Tuan Ibrahim ngan Ust Idris kate lain. Ni apa?”

Saya terdiam tidak terkata. Saya membalas dengan hujah2 yang diberi oleh Ust Idris dan Tuan Ibrahim Tuan Man. Sebelum tu saya mengatakan,

”Dah la... bende dah jadi. Tak payah la ungkit2...”

Geram Uda masih tidak berhenti. Uda yang seorang peguam sarat dengan hujjah2 nya yang langsung tak mampu saya bidas. Langsung. Dia sepenuhnya percaya dengan kata2 Tok Guru Nik Aziz yang mengatakan tidak mengapa kalau puak UMNO bagi kita ambil. Tak dikira rasuah. Saya tak tahu nak membidas bagaimana hujah itu kerana saya pun punya tsiqah yang tinggi pada Tok Guru Nik Aziz. Mana mungkin saya mengatakan hujah nya salah?

Saya membalas,
”itu untuk orang awam... memang la Tok Guru kata macamtu. Tapi kalau untuk orang yang nak menjaga diri dari perkara syubhah, mesti la kene tinggalkan...”

”Syubhah apa syubhah? Bila dieorang dapat, dieorang kata tak syubhah. Boleh ambil. Tapi bila kita ni orang susah nak pergi ambil, dia kata syubhah. Dalil apa yang dia pakai boleh tukar2?”

”Pemimpin apa ko macamni? Itu pun ko tak boleh kaji sendiri? Pergi bukak kitab2 yang ko belajar banyak2 tu. Cari apa hukum sebenarnya...!”

Hmmm... sejujurnya saya tidak mahu berdebat langsung dengan Uda. Kerana dia telah banyak berkorban demi keluarga. Dialah harapan keluarga kerana hanya dia berpendapatan tinggi. Kami sekeluarga terutama saya banyak bergantung kepadanya. Apabila diagih2 tanggungjawab keatas abang kakak, saya dibawah tanggungannya, adik dibawah tanggungan akak. Jadi banyak perkara yang perlu saya pertimbangkan terutama bila ia berkaitan dengan keputusan yang besar.

Saya tidak menyalahkan pihak lain yang campur tangan dalam proses membuat keputusan. Bos, sahabat2 terdekat, pun punya banyak pengorbanan yang telah diberikan. Mereka tidak membenarkan saya pergi namun keluarga menyuruh saya pergi dengan alasan tiada apa yang salah. Saya buntu. Sebenar2nya buntu.

Hanya Allah tempat saya bergantung. Namun keperitan dari perbuatan2 sinis orang2 sekeliling saya sangat menyakitkan. Memang diwajah saya tidak menunjukkan reaksi jelas, namun dihati siapa tahu?

Uda, adikmu tidak berniat untuk mengabaikanmu. Banyak perkara yang telah dipertimbangkan. Izinkanku membuat keputusan dengan caraku sendiri. Ini kali pertama adikmu ini membuat keputusan sendiri dek kerana faktor persekitaran yang mendesak. Maafkan adikmu Uda...

Uda yang tadinya berdiri sudah buas menghayun tangan membawa hujah 2 terpakainya yang sebelum ini telah dikaji dengan teliti. Tapi malangnya Uda kurang mengkaji tentang ilmu kesufian. Ilmu menjaga diri dari perkara yang syubhah dan ragu2. Dan yang paling penting, ilmu tentang keredhaan dan ketentuan Allah... Hanya itu yang kukesali. Bukan menang yang ku cari. Kerana saya tahu benar dan salah itu milik Allah. Kita hanya berusaha membuat sesuatu seperti yang Allah gariskan. Mana yang kita ragu, Allah suruh tinggal. Diri saya, saya ragu2... jadi saya tinggalkan dan mengambil keputusan untuk tidak pergi. Itu keputusan saya. Dan itu telah pun berlalu.

”Ini benda khilaf. Bende khilaf tak de masalah. Tapi orang sendiri buat keputusan untuk tinggalkan dan malas nak pikir dah. Itu hak orang...!!!”

Berjujuran airmata ku tidak berhenti. Dihadapan mak, abah, andak, k.ti, anak2 saudara dan kakak ipar (isteri uda). Saya terpaksa membalas. Saya sakit dengan cemuhan2 selama 15minit yang dah uda lontarkan. Airmata tidak tertahan lagi dengan sikap Uda yang keterlaluan. Hanya sebab perkara ini dibiarkan kami bergaduh. Saya tak ingin ini berlaku. Tapi kenapa Uda mendesak begitu???

Astaghfirullahal’azim... didalam dada yang bergolak saya beristighfar...

Dadaku naik turun setelah meniggikan suara dengan begitu biadap dihadapan Uda.

”Hak engko...???!!! Hak engko???!!! Hak abang macamane? Hak abang sebagai penjamin YPJ ko? Abang suruh pegi ambil dan buat bayaran balik YPJ dengan duit RM500 tu. Itu pun susah ke? Itu hak abang. Kalau ko tak boleh bayar, abang jugak yang naik turun mahkamah…!!! Ko paham tak???”

”Sebab ini ko sanggup marah dengan abang?”

”orang bukan marah. Dah uda tinggikan suara, orang tinggikanlah suara” bidas ku

Saya terkedu dengan hujah yang kali ini. Langsung tiada kaitan dengan apa yang dibincang sebentar tadi. Rupa2nya inilah pokok segala masalah. Uda kesempitan wang dek kerana tanggungan yang begitu banyak. Uteh, abang atasku kini mula bermasalah. Dia tidak mampu membayar balik pinjaman YPJ setelah dia mendirikan rumahtangga. Akibatnya Uda yang terpaksa menanggung semuanya. Uda yang juga mempunyai hubungan yang baik dengan pihak YPJ mungkin berasa malu dengan insiden ini dan tak mahu saya mengulanginya lagi. Uda, saya bekerja bukan untuk suka2. Tetapi untuk membantu sara hidup keluarga. Jauh disudut hati saya untuk sambung belajar sambil bekerja kerana tahu kesempitan wang yang seringkali melanda keluarga kita. Namun harapan mak juga tak mampu saya abaikan. Saya akur dengan arahan mak untuk sambung belajar sepenuh masa. Sekali lagi saya dilema. Entah apa dalam hidup ini saya buat keputusan sendiri. Tiada.

Kali ini saya langsung tidak memandang wajah Uda. Airmata bercucuran tidak berhenti. Saya saup kemas dengan tangan kiri supaya tidak mengganggu penglihatan. Saya biarkan dia bersuara. Sesekali saya mendangnya yang kali ini juga berlinangan air mata. Uda... maafkan adik2 mu.

Kali terakhir saya meminta duit dari Uda adalah tahun lepas ketika saya memerlukan wang bantuan untuk belanja di Beijing. Itu kali terakhir saya meminta. Selepas dari itu semuanya Uda yang bagi. Dek kerana takut Uda kecil hati, saya ambil setiap kali diberi. Setiap kali pergi ke JB, saya pasti singgah ke rumah dia walaupun sebenarnya niat tidak mahu menyusahkannya. Jika ada saudara mara yang tidak bertandang dirumahnya pasti akan dimarahinya. Itulah Uda. Seorang yang garang dan penuh dengan ketegasan.

Airmata tidak mampu disela lagi. Uda terus mengungkit2 kisah pengorbanannya. Saya tidak membalas sedikit pun. Tiba2 kelibat akak yang sulung pulang dari beraya dirumah mak mertuanya. Bingkas saya bangun masuk kedalam bilik bimbang aurat rambut terbuka dihadapan abang ipar. Terus saya menekap kemas muka dengan bantal sambil menangis semahu2nya.

”Apa salahku Ya Allah.... sebegitu susah aku nak buat keputusan, pun aku ditentang hebat... aku tidak mampu menjaga hati siapapun. Mak, abah, uda, akak, bos, sahabat2... Aku tidak mampu...!!!” monolog ku sendiri sambil airmata berjuraian.

Uda menyapa langkahku, ”abang bukan apa, nk buka minda ko tu. Jangan tertutup sangat minda tu...!!!” terus dia pun beredar pergi ke tempat penyembelihan yang telah 45minit berlalu.

”Ape la... Pasal RM500 pun bergaduh adik beradik Bukan 5 juta pun...!” ujar andak ku yang dari tadi hanya memerhatikan gelagat kami berdua setelah uda keluar dari rumah. Tidak ada siapa pun dikalangan adik beradik kami yang berani membalas segala hujah2 uda. Hanya saya saja yang sering membidas hujah2nya. Bukan kemenangan yang saya cari, tetapi hak yang mesti tetegak.

Benar, hanya kerana RM500 pun boleh bergaduh adik beradik. Inilah hal yang menimpa ummat Islam dewasa ini. Bila keadaan terdesak, segalanya mungkin terjadi. Pada saya itu dah ketentuan Allah. Redha je la. Perkara dah jadi maknanya tak ada rezeki kita. Itu yang kita kena pegang sentiasa. Sejak dulu saya berfikiran begitu. Malangnya Uda tidak begitu. Pernah dulu saya kehilangan RM100 didalam bank sewaktu namun Allah kembalikan 2 hari selepas itu dengan kemasukan pinjaman sebanyak RM1000. Kuasa Allah. Pernah juga saya memberikan RM200 kepada orang yang sangat terdesak. Namun Allah pulangkan dengan RM400 hasil dari titik peluh saya sendiri. Perkara yang tidak pernah saya terduga. Allah pulangkan semula jika kita benar2 ikhlas menganggap itu hak Allah dalam menentukan rezeki kita. Jangan pernah mengungkit dalam pengorbanan. Kerana itu umpama api menjilat kertas. Hancur semuanya dan menjadi sia2.

Jika bergaduh itu kerana nak membuka minda, medan perbincangan yang elok boleh dibuka. Bukan dengan cara bergaduh. Sebab akar matlamat ialah untuk mendapat pencerahan, bukan perpecahan.

Saya sarankan kepada semua ayah, ibu, abang, kakak, janganlah salurkan perjalanan yang tidak elok kepada adik2. Sungguh adik2mu sangat memerlukanmu. Adik2mu menjadikanmu role model sejak dar kecil lagi. Mereka adalah adik... Yang masih menurut segala pendapat dan pandangan anda. Pandanglah mereka dengan penuh kasih sayang.

Saya tidak mengatakan Uda tidak sayang pada saya. Dia adalah abang yang paling saya sayang. Kali terakhir dia mengusapkan kepalaku ketika saya menerima segulung Ijazah baru2 ini. Dia memandangku dengan penuh kasih sayang. Namun mungkin dek kerana keadaan yang menekan dan ilmu yang dibawa berdasarkan emosi bukan campuran kefahaman menyebabkan dia tidak dapat mengawal emosinya.

”Apa yang ko cakap dekat uda tadi sebenarnya...” tanya akak sulungku yang tadinya tidak menyaksikan peristiwa itu. Saya yakin kalau ada akak semasa peristiwa itu, perkara itu takkan berlarutan kerana Uda sangat menghormati akak sebagai yang sulung.

Saya yang tadi mengharapkan malam yang bakal berlalu ceria menghilangkan duka2 dipetang tadi mula kembali kusam.

”orang tak kata apa kak... Cuba akak tanya siapa mula dulu. Cuba akak tanya. Akak paham2 je la Uda tu. Dia kan suka mengungkit2...” jawabku sambil mengais2 nasi semalam yang bakal ku buang.

”dah la... lepas ni tentu arah ko mintak ngan akak je ape2 pun... tentu arah akak ni tak ngungkit2... akak tak ingat langsung akak bagi ape pada adik2 akak...” nasihat akakku.

Memang, akak seorang yang sangat baik hati. Dia langsung tidak berkira walaupun dia hanya bekerja sebagai seorang guru lepasan Maktab yang mempunyai 6 orang anak. Jika dia tidak ada duit, dia hanya akan bagitau, ”akak cuma ada ini je...” tidak pernah dia mengatakan akak tak ada duit. Saya sangat kagumi satu2nya akak saya ini. Baik hatinya menyerap masuk keadalam diriku. Akanku teladani insyaAllah.

Namun disebabkan persoalan itu, saya yang tadinya ceria setelah sepetangan bertimpuh ditikar sejadah mengharap pengampunan dan bimbingan Allah, kembali muram. Saya kembali memikirkan peristiwa hitam tadi. Uda telah selamat pulang ke JB ketika saya duduk menyendiri bertafakkur menginsafi kesalahan diri. Mungkin ini balasan diatas perbuatan2 dosa ku. Solat hajat dan taubat berkali2 kuulang. Taubat untuk penghapus dosa, hajat untuk lembutkan hati uda dan satukan semula hati kami.

Terlintas dimindaku, saya tidak bangun tahajjud malam semalam. Mungkinkah sebab ini Allah tidak menjagaku??? Atau sebab dosa2ku yang menggunung tinggi??? Ampunkan dosa2ku Ya Allah...

Sebagai penutup, apalah erti pengorbanan jika tidak dibingkaikan keikhlasan. Jadi tanamkan dalam diri kita ikhlas dalam segala hal. Lupakan hal yang tidak patut kita ingat supaya perjalanan hidup kita ke ’sana’ lebih mudah.

**terima kasih kepada adikku yang menjadi tempat meluahkan perasaan tikaku dalam kesusahan... terima kasih banyak2 dik... semoga Allah memudahkan urusanmu... ameen**

Wallahua’lam...




4 comments:

salam k.ainul..

smg mahkota sabar sntiasa bersama dgn akk..terharu bc kisah akk, Allah mahu tnjuk erti dn hikmah pengorbanan yg sgt bsar, ssuai dgn hr ry korban ni..

sy doakn akk trus tabah, dn mndpt petunjuk ilahi dlm stiap tndkn..=)

"La 'ala Allahu yusahhiluki"
Siiru 'ala Barakatillah

akak..baru sempat bace post ni..byk sgt hikmah di sebalik ujian yg menimpa akak ni..byk benda yg akak blaja dr ujian ni kan..ujian hebat utk org yg hebat kak..ALLAH sentiasa ada utk akak...mg ALLAH kurniakan ketenangan dan kekuatan utk akak hadapi ujian ni..insha-ALLAH smuanye akan kembali mcm biase...=)

Saya paling beruntung. Dapat dengar versi live dari Muar ke Nilai. Panas2 macam pisang goreng. hehe

Terus bangkit Ya Mujahidah.

Lawan tetap lawan! :P


p/s : Allah sangat dekat pada jiwa yang butuh padaNya :)

Related Posts with Thumbnails