Kijang Kasturi

"Biarkan masa menghela nafas ketenangannya" ayat penyedap hati yang selalu ku ungkapkan. Sebenarnya pasrah dengan apa jua takdir yang Allah tetapkan untukku. Kerana ku yakin Allah hanya memberi yang terbaik kepada hamba2nya.


Firman Allah dalam Hadis Qudsi :
Barang siapa yang bersangka buruk pada-Ku, nescaya Aku akan mengikuti sangkaan-sangkaan buruk hamba-Ku itu.

Sahabat2 sekalian, mengapa kita tak sentiasa tanam dalam diri untuk sentiasa bersangka baik dengan Allah. Akui dan datangkan dalam setiap doa pujian bahawa Allah Maha Pemurah, Maha Penyayang, Maha Pengampun, Maha Pemberi rezeki, Maha Adil dll. Hadirkan dalam setiap doa kita agar kata2 dalam hati kita terdorong untuk bersangka baik dengan Allah s.w.t. InsyaAllah mudah-mudahan bantuan Allah sampai pada kita. Cepat atau lambat, itu perkara no 2. (^_^)

Sahabat Ibnu Mas’ud meriwayatkan dari hadis lain, ia menyebut :
“Bahawasanya tiada seorang muslim pun yang tertimpa kerosakan dan penyakit, atau bencana yang lebih ringan lagi, kecuali Allah Ta’ala akan menggugurkan dosa dosanya, bagaikan gugurnya daun dari dahan pohon”

Ummul Mukminin Sayidatina Aisyah ra. meriwayatkan pula sabda junjungan Rasulullah s.a.w :
“Barangsiapa diuji dengan beberapa kesulitan, dan ia dapat mengatasi kesulitan itu dengan ketabahan dan menerimanya dengan ikhlas, tertulis baginya di sisi Allah dengan darjat yang mulia dan dihapus dosa dosanya”

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
“Allah Ta’ala menguji seorang hamba dengan bencana. Apabila si hamba sabar menerima, maka ia termasuk pilihan. Apabila ia reda menerima, maka ia termasuk orang istimewa”

Jadi kesimpulannya, apa jua yang kita telah hadapi, sedang hadapi, akan hadapi, serahlah pada Allah. Sabar, doa, usaha, tawakal, redha. Tawakal dan redha yang sangat2 susah nak direalisasikan. Maka ayuh didik dan latihlah diri kita untuk sentiasa tawakal dan redha setelah berusaha.


Terasa rugi sangat kalau tak kongsi ilmu yang saya dapat dari ceramah Ust Sulaiman Sarip, seorang ustaz yang punya 3 sijil pentauliahan. Beliau boleh berceramah dimana sahaja di Negeri Johor. Usianya lebih kurang dengan usia abah ku. 70-an. Orang veteran yang sangat berpengaruh,berilmu dan berpengalaman.

Permulaan ceramahnya dimulakan dengan kisah seekor kijang betina dengan Nabi Adam a.s. Didalam kitab Kitab Al-Alqaa ’IQ’ dan juga Kitab Jaami Karaamat Al-Aliyaa ada menceritakan tentang kisah kijang dengan Nabi Adam ini.

Seperti yang kita maklum, Nabi Adam a.s di campakkan ke muka bumi atas kesilapannya melanggar peraturan yang telah Allah tetapkan setelah isterinya dihasut oleh iblis. Setibanya di muka bumi, Nabi Adam tidak berpakaian dan terpaksa menggunakan daun untuk menutup hadapan dan belakangnya. Pada suatu hari, datang seekor kijang betina kepada Nabi Adam a.s. Nabi Adam telah menghadiahkan secebis dari daun itu kepada kijang tersebut. Setelah itu kijang tersebut pulang ke kampung halamannya semula. Dengan izin Allah, kijang itu menjadi harum dan wangi. Tiba2 sultan kijang dan menteri2nya cemburu dgn kewangian kijang betina tadi. Kijang betina ditanya bagaimana boleh menjadi begitu harum? Kijang betina menjawab, Nabi Adam yang memberi sedikit daun kepadanya. Maka sultan kijang pun mengumpul semua menteri2nya dan kuncu2nya untuk pergi berjumpa dengan Nabi Adam a.s.

Setibanya di sana, sultan kijang meminta daun sama yang diberi kepada kijang betina. Nabi Adam a.s terpaksa memberi setelah dipaksa. Atas niat untuk menjadi wangi, dengan bongkaknya sultan kijang dan menteri2nya pulang dan merasakan diri sudah wangi.

Tiba2 seekor menteri kijang menegur, "sultan, kenapa bau kita semakin busuk? bukankah sepatutnya kita semakin wangi?”

Sultan baru menyedari bahawa dirinya semakin busuk dan semakin busuk. Dengan marahnya sultan mengarahkan rombongan tersebut patah balik untuk berjumpa dengan Adam a.s semula untuk mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.

Setibanya kepada Nabi Adam a.s, kijang tersebut marah2 dan mengatakan Nabi Adam tipu dan meminta daun lain yang sama dengan yang diberikan kepada kijang betina. Namun Nabi Adam mengatakan tiada daun lain selain daun tersebut. Dengan marah dan hampanya sultan kijang dan rombongannya terpaksa pulang ke negerinya dengan bau yang semakin busuk lebih busuk dari sebelum keluar dari negeri tersebut.

Moral of the story, bersyukurlah dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita. Itulah yang terbaik untuk kita dan itulah yang sesuai untuk diri kita. Mungkin nikmat yang lebih itu akan menjadikan kita lebih angkuh, maka Allah limitkan sikit untuk menjaga diri kita. DIA yang cipta kita, maka panduan manualnya DIA yang sediakan, pegang dan mafhum. Bukan kita.

Kijang betina tadi punya keikhlasan yang tinggi. Bukan haruman yang dikejar, tetapi hadiah yang diberi itu diraikan.

Sultan angkuh dan koncu2nya (mcm U_N_), penuh dengan sifat tamak dan tiada keikhlasan langsung tidak mendapat apa2 malah lebih teruk lagi. Ingatlah, siifat pentingkan diri sendiri dan menganggap diri lebih baik dari orang akan memakan diri sendiri.

Bau haruman kasturi asalnya dari syurga dan bau inilah yang terdapat pada kijang betina. Hasil jujur dan ikhlas melangkau dari wangian yang wujud di bumi ini. Ikhlaslah batang pokok nan rendang. Tanpanya, tak de la ranting dan bunga serta buah yang kita dapat rasa nikmatnya.

Renung-renungkan dan selamat beramal... ^_^

*Panjang lagi sebenarnya nak kongsi. Nanti sambung lagi. (",)

1 comments:

Terima kasih sudi kongsi ilmu..tp jgn disamakan @ dicontohkan sikap angkuh kijang tersebut dgn mana2 pihak..kurang 1 pahala yg sepatutnya kita patut dapat..maksud saya ( U_N_ )

Related Posts with Thumbnails