Selamat Menduduki Peperiksaan


Salam perjuangan buat sahabat2..

Musim peperiksaan telah berkunjung tiba. Sahabat2 di IPTA seluruh negara sedang bertungkus lumus berjihad bagi mendapatkan keputusan yang terbaik untuk memudahkan pencaturan strategi pergerakan seterusnya. Kami di USIM akan menurut jejak sahabat2 bermula 2-18 november 2009. Sebagai seorang da'ie saya terpanggil untuk sama2 menasihati diri serta sahabat2 untuk sama2 kita berusaha hingga ke titisan terakhir bagi mendapatkan keputusan yang terbaik untuk Islam.

Ada orang yang tidak bersetuju dengan pendapat saya dengan mengatakan bahawa peperiksaan bukanlah medan terbaik untuk membuktikan sesuatu untuk Islam. Dikatakan yang penting ikhlas. Cemerlang atau tidak itu no 2. Baru2 ini Exco JAKSA Nilam Court, Saudari Nurhanisah Abdullah telah berjaya menganjurkan satu forum sempena peperiksaan pada Jumaat malam, 23 Oktober 2009 dengan panel jemputan yang amat berkaliber iaitu Saudara Alif Ismail, YDP MPP USIM dan Saudari Fasihah dari UM. Diserikan lagi dengan raja analogi, Saudara Abdullah Long, pendebat USIM mahasiswa tahun 2 FSU sebagai moderator pada malam itu. Banyak yang mereka kupas mengenai kemampuan mahasiswa mencipta impak maksima.

Alif membawakan hujah yang kuat berdasarkan pembacaannya bahawa kejayaan sebenar itu bukanlah sepenuhnya bertitik tolak berdasarkan keputusan yang diterima tetapi kemampuan mengutip mutiara2 sepanjang perjalanan untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Saya sepenuhnya bersetuju dengan pendapat beliau bahawa amat rugi bagi sesetengah mahasiswa yang hanya memikirkan pelajaran kuliah setiap hari tanpa mengutip mutiara2 yang bertaburan dibumi USIM dan diluar kampus. Tidaklah disebut sebagai mahasiswa jika tidak mampu berfikir secara kritis, kreatif, berfakta dan sebagainya. Mahasiswa bukan sahaja boleh didefinasikan sbg orang yang belajar di perguruan tinggi namun mahasiswa adalah calon kepimpinan, pembaharu, cendikiawan dan pengubah masa hadapan.
Ada juga yang mengatakan campuslife adalah zaman untuk melatih diri untuk menjadi seseorang didalam masyarakat. Bagaimana ingin memimpin masyarakat jika tidak bermasyarakat? Bagaimana untuk mengubah sesuatu jika tidak mampu berfikiran kreatif tanpa dipengaruhi orang lain? Idealisma mahasiswa mestilah diberikan hak sepenuhnya. Kerana mahasiswa perlu mengutip mutiara2 untuk menjadi seseorang dan berkhidmat kepada masyarakat demi Islam tercinta.

Hujah dikuatkan lagi oleh saudari fasihah yang saya kagumi. Sedar tidak sedar, semakin saya ramai kenalan, semakin saya mengagumi orang2 disekeliling saya. Bila la saya akan menjadi seperti anda semua sahabat2 ku. Saya akan terus berusaha insyaAllah.. Fasihah, bekas pelajar Darul Qur'an menyambut baik pendapat YDP dengan menambah mutiara yang dikutip bukan untuk diri sendiri tetapi mestilah ditabur dan ditiup manfaatnya kepada orang lain. Fasihah mengatakan berdasarkan pengalamannya dan pengalaman sahabat2nya, kejayaan itu bukan lah semata2 keputusan yang terbaik. Tetapi kejayaan itu adalah kepuasan apabila mampu mendapat keputusan yang baik disamping dapat memberi manfaat kepada orang lain. Beliau maksudkan bukan pointer yang perlu dikejar tetapi sejauh mana ilmu yang diambil itu memberi manfaat kepada orang lain. Biar sikit tapi mencukupi dan blh diberi pd org lain. Contohnya org yang mampu mendapat 3.8 hanya kerana dia pergi kuliah, balik kuliah, makan, tidur. Berbeza dengan orang yang dapat 3.3 tetapi die pergi kuliah, buat program, meeting, manage team, rehat sikit, ulangkaji sikit, tidur sikit dan mulakan semula rutinnya. Dimana perginya perbezaan 0.5 mata antara 2 gaya hidup tadi. Disitulah yang disebut sebagai mutiara, keberkatan dan kepuasan. Mampu atau tidak untuk mendapat kerja? Mampu jika selain dari kerja yang berkait dengan pengajaran ilmu. Untuk menyambung pelajaran dalam Master agak susah tapi untuk menjadi manger atau kerja2 lain pasti itu mencukupi bahkan melebihi. Saya tak berminat untuk menghurai panjang tentang isu kerjaya tp hanya mahu menumpukan perbincangan tentang pencapaian mahasiswa.

Saya secara peribadinya amat2 bersetuju dengan kesemua hujah yang diberikan namun pendapat saya melangkaui jauh dari apa yang disebut. Sememangnya benar apa yang disebut oleh sahabat2 panel yang amat saya kagumi. Saudara YDP saya mempunyai pengaruh yang amat besar di kampus begitu juga dengan Saudari UM. Mereka hebat dalam pelbagai sudut.

Sahabat2 sekalian, penting atau tidak kita berusaha untuk mendapatkan keputusan yang terbaik dan cemerlang? Ya.. amat penting bagi kita sebagai seorang da'ie dan pejuang Islam. Saya pernah tebaca satu artikel yang sentiasa melekat didalam ingatan saya.

"Jangan sampai keputusan itu menjadi fitnah kepada perjuangan Islam seluruhnya".

Apa yang dimaksudkan sebagai fitnah? Saya bagi satu contoh ye.. Cuba bayangkan kita ni seorang yang mampu berharakah dengan penuh gaya. Seorang yang alim, berkepimpinan, mampu berceramah sehingga memukau orang sekeliling. Tetapi sayang seribu kali sayang akademik kita abaikan semasa zaman sekolah dan universiti sehingga masyarakat mengatakan,

"eleh.. ceramah je pandai.. bukan bijak pun.. belajar entah ke mana.. tibe2 nak pimpin rakyat.. jangan harap kami nak undi orang macam ni.. alim je tp tak leh wat pembangunan punye la.. sama je orang macam ni..bukan leh percaya.."

Begitu juga jika menjadi da'ie dimana hampir 70% keberkesanan dakwah itu bil hal bukan dengan kata2. Mentaliti mesyarakat begini yang perlu kita sangkal. Tp takkan kita nak sangkal dengan kita marah masyarakat? Tidak.. Masyarakat itu orang awam yang hanya memandang apa yang mereka nampak. Tiada yang salah pada masyarakat tetapi bagaimana kita nak menjiwai dan memenangi hati masyarakat. Itu strategi kita. Sampai bila kita nak terikat dengan kata2 sebegini? Sebab itu kita perlu memotivasikan diri kita masing2 untuk bersungguh2 dalam menuntut ilmu disamping mengutip mutiara2 yang sahabt2 saya telah nyatakan.

Kesungguhan+tawakal=kecemerlangan. Kecemerlangan+tawakal=keredhaan Allah.

Realiti zaman kita pada hari ini memerlukan keringat yang lebih dari kita mahasiswa IPT yang semakin dipandang enteng. Perubahan perlu kita lakukan bersama dengan mengubah mentaliti kita menjadi mahasiswa yang terbaik dalam semua aspek. Semoga usaha kita semua diberkati Allah. Ameen..

Cuma sebelum saya menutup entry ini, jangan pula kita mengejar yang tidak pasti dengan meninggalkan kewajipan kita iaitu sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah. Bimbang matlamat jika tidak tercapai, kita akan menyalahkan Allah sedangkan kita hanya berusaha tetapi Allah yang menentukan segalanya.

Selamat berusaha sahabat2ku di USIM dan di seluruh IPT.. Selamat menduduki peperiksaan..

Chaiyok!!! (",)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails