Allah ajarkanku erti pengorbanan

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Allahuakbar… Allahuakbar… Allahuakbar…

Takbir ‘Eidul Adha bergema. Usai berbuka puasa sambil menunggu giliran pulang ke kampung menaiki kereta. Pulang dengan penuh kegembiraan. Walau hati terdetik khuatir keluarga pasti menyalahkanku kerana pulang lewat pada malam raya. Bukan kerana bimbangkan keselamatanku, tetapi geram tidak pulang awal menyelesaikan tugasan2 yang rutinnya saya penyiapnya. Namun demi meraikan sahabat yang sangat disayangi, saya tunggu dengan penuh kesabaran.

”moga Allah permudahkan urusan kita nanti kalau kita usaha untuk permudahkan urusan orang”

Monolog diri tanpa suarakan perasaan gundah dengan akibat yang bakal saya tempuh. Semoga bantuan Allah bersamaku.

Alhamdulillah selamat sampai dalam tempoh 2 jam ke kampung halaman. Allahuakbar... seperti yang dijangka, mimpi buruk itu benar2 terjadi. Walaupun anak2 saudara kesayanganku menyambut kepulanganku dengan gembira, tetapi lain pula raut wajah adik beradik ipar duai ku. Termasuk ibu ku sendiri. Hanya Allah yang tahu persaaan sedihku disindir dan dimarah dengan sewenang2nya. Tanpa memberi saya peluang untuk mengungkapkan kata maaf atas kelewatan.

Wajah emak saya tatapi. Tangannya saya rangkul untuk bersalaman. Namun dingin tangannya sedingin hatinya. Terserlah kepenatannya dari raut wajahnya. Kesian emak. Saban kali letih keseorangan jika disitu tiadanya saya. Namun tiada pertanyaan yang keluar dari mulutnya, ”kenapa lambat balik?”. Saya sangat2 mengharapkan soalan itu supaya dapat saya jelaskan keadaan sebenar. Namun malam berlalu begitu sahaja tanpa sepatah kata dari emak. Kami tidak bertegur sapa. Saya tahu hati emak pedih. Tak putus2 saya berdoa agar mak sejuk dan kembali seperti sedia kala.

’Eidul Adha kali ini ku anggap hambar. Entah kenapa perasaan yang hadir tidak seperti biasa. Peristiwa malam raya mungkin antara penyebab segalanya.

”die mesti marah ko ikut cakap abg kn? Sebab tu ko tak pegi ambik anugerah tu...”

Soalan yang langsung tidak terfikir dibenakku. Peristiwa yang kuanggap lama dan basi diungkit kembali. Anugerah Nadi Negara Pergerakan Wanita UMNO 2010. Rabu, 20 Oktober 2010. Saya salah seorang penerima anugerah itu.

Pada awalnya saya memutuskan untuk pergi mengambil anugerah itu di PWTC. Seminggu sebelum hari kejadian saya meminta izin dari bos untuk cuti pada hari tersebut. Namun setelah persoalan, pertikaian dan bantahan dari bos, beliau mengakhiri ucapan dengan,
”kami boleh bagi cuti tapi dengan syarat, anggaplah kami tak tahu cuti tu untuk apa”.

Siapa tak tersentak dengan ucapan itu? Bererti 200% bos tak setuju untuk saya mengambil anugerah itu. 10 persoalan yang bos bawakan untuk saya berfikir semula samada patut atau tidak saya ke sana untuk mengambil anugerah itu. Saya yang asalnya sudah membuat keputusan untuk pergi terpaksa mencari2 sumber kekuatan hujjah dan pandangan untuk membolehkan saya membuat keputusan yang tepat.

7 orang selain bos saya tanya pendapat mereka samada wajar atau tidak saya mengambil anugerah itu. 2 orang mengatakan jangan pergi, selebihnya mengatakan pergi. Sedikit lega dengan keputusan itu. Tanpa dilupakan, saya menghubungi ahli keluarga untuk mendapat keputusan yang lebih valid. Uda, nama yang seringkali disebut2 dikalangan ahli keluarga jika ada sesuatu keputusan yang hendak dikeluarkan. Uda pun memberi galakan untuk pergi mengambil anugerah itu. Malah dia antara yang paling berharap saya pergi dan mengambil hadiah2 yang ditawarkan itu. RM500, jam tangan trissot, piala anugerah dan sijil. Saya terus mengorak langkah memberi maklumat peribadi dll. kepada pihak yang berkenaan.

”Ana nak pergi jumpa Tuan Ibrahim Tuan Man. Nti nak ana tanyakan?”

Saya sangat berbesar hati ada sahabat yang ingin membantu. Pastilah jawapannya ”ya...”

Sepulangnya dari perjumpaan dengan Tuan Ibrahim Tuan Man, lain pula keputusannya. 100% beliau mengatakan jangan pergi. Ya Allah... ini tokoh besar yang saya kagumi. Kupasannya tentang kitab pra-syarat kemenangan sangat menarik dan menjadikan saya sangat kagum dengannya. Oleh kerana tsiqah yang tinggi kepada pimpinan PAS, saya mula berfikir semula. Kerana apa??? Sebab yang benar itu hanya milik ALLAH... Hanya ALLAH tahu mana yang benar dan apa yang terbaik untuk kita.

Kekuatan rohani sangat penting ketika saat2 genting seperti ini. Mak, Abah, abang, kakak, bos, sahabat, PAS, masyarakat. Semua berlegar2 dalam fikiranku. Pendapat siapa yang paling benar Ya Allah...???

Tahajjud, hajat, istikharah. Itu harapanku yang terakhir. Kerana Allah sahaja Maha Mengetahui segala sesuatu.

”Ya Allah... KAU titipkanlah hidayah untukku supaya aku dapat membuat keputusan selaras dengan kehendak-MU Ya Allah... Tanpa menggadaikan prinsip perjuanganku Ya Allah... Ya Rahman... Ya Raheem...”

Realiti kehidupan kita, bijak macamana pun kita, hebat macamana pun kita, besar macamana pun kita, akan ada satu dugaan yang kita langsung tak mampu nak fikir penyelesaiannya apa. Bohong kalau anda mengatakan tiada. Saya tidak mengharapkan keajaiban tetapi saya mengharapkan bantuan dari Allah.

Berkat hidayah dari Allah, saya lepaskan anugerah itu dengan pengharapan agar semua orang menerima keputusan itu dengan lapang hati. Sejujurnya saya masih kabur dengan sebab keputusan itu dibuat, tapi entah kenapa Allah gerakkan hati saya untuk tidak menerima anugerah itu. Saya redha. Bukan pilihan saya itu kerana seseorang, tetapi saya biarkan ALLAH sentuh hati saya dan mencucuk hidayah dalam hati saya. Lapang dada sangat penting jika kita benar2 ingin membuat penyerahan keputusan kepada ALLAH. Maka itu hasilnya. ALLAH kata tak payah pergi.

Selepas dari hari itu, bertubi2 saya ditanya,

” tak rugi ke tak ambil duit RM500 tu? Ambil je tapi jangan buat jadi darah daging...”
“ape la ko ni, g je la ambik...”
“tak de nye syubhah, bukan ko ambil jadikan darah daging. nape orang lain boleh buat time pilihanraya tapi kita tak boleh buat?”
“kita bukan orang senang... kite tak de duit... duit yang dapat tu kite boleh guna... kenapa ko tak pergi ambil???”

Persoalan terus membelenggu dalam diri. Sebenarnya harus atau tidak saya mengambilnya??? Perkara sudah berlalu namun masih ramai yang mempertikaikannya.
Hmmm... “Tunjukkanlah aku jawapan yang sebenarnya Ya ALLAH...”


0 comments:

Related Posts with Thumbnails