Membina Motivasi Diri ::WINNER::
Dah berapa lama kita hidup didunia ini? Mustahil jika tidak ada sekalipun kita terasa lemah dan memerlukan semangat yang baru... Rasulullah s.a.w yang mempunyai peribadi terunggul juga punya perasaan sedih dan kecewa. Kadang2 terdetik dihatinya namun Allah s.w.t tetap memelihara kekasihnya dengan menurunkan ayat2 Al-Qur'an sebagai wahyu untuk memotivasikan Rasulullah s.a.w. Apatahlagi kita hamba yang hina dan punya 1001 kesalahan sudah pasti memerlukan motivasi diri di satu2 masa.
Ada ketika tiba-tiba anda berasa tidak bermaya sekali. Hidup terasa tiada erti. Nyata anda telah kehilangan motivasi diri. Apa yang harus anda lakukan?
Sebelum mengambil sebarang langkah seterusnya. Seperti yang biasa saya sarankan, duduk sejenak. dan tarik nafas panjang kemudian lepaskan sekali gus. Bukan niat untuk mengeluh tetapi mengeluarkan sediri ketenangan. Kemudian pejamkan mata. Beri salam kepada diri sendiri sambil memegang dada dan katakan, “Hai diri, engkau dijadikan bukan untuk berkeluh-kesah.”
Kemudian bangkitlah dan
1. Perbaiki imej anda
Kalau selama ini jarang mengenakan tali leher, kenakan tali leher, tukar
Jika anda wanita, tukar imej kusam kepada kemas, elegen dan aktif. Perkemaskan pakaian dan kenakan sedikit wangi wangian supaya anda berasa segar. Kenakan warna-warna ceria pada tubuh anda, pada baju dan tudung. Hiasi jari dengan sebentuk cincin untuk menambah seri.
Jangan terlalu pendiam tetapi jangan pula terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringan mulut jika orang minta pendapat dan diam ketika orang bercakap hal-hal yang sensitif dan mengumpat.
2. Lakukan senaman ringan
Tubuh yang lemah, lembik dan lembam boleh dipulihkan dengan melakukan sedikit gerakan tubuh. Tubuh tidak perlu melakukan senaman2 yang berat kerana itu akan menyebabkan tubuh anda letih. Keletihan menyebabkan anda kembali tidak bermaya. Malah mengikut kajian, bukan semua orang sesuai melakukan senaman berat. Ada sesetengah orang, atas sebab kesihatan dan fizikal semulajadinya lebih digalakkan supaya tidak bersenam dengan berat. Senamkan juga minda anda dengan membaca atau mencuba sesuatu yang berhalangan. Bermain computer game mungkin salah satunya tetapi untuk lebih santai senamkan minda dengan membaca, merenung, mempersepsi dan juga membuat ta'akulan.
3. Senyum
Senyum boleh mengubah segala-galanya. Dalam mood yang tidak baik, memang sukar untuk melakukan ini, tapi ingat jika anda senyum pulangannya serupa. Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang insyaAlllah anda akan mendapat senyumannya semula. "Senyumlah jika ingin orang senyum kepada kita"
Sifir kehidupan ini mudah, anda berbuat baik kepada orang lain anda akan dibalas kebaikan yang sama atau mungkin lebih baik. Cepat atau lambat itu bukan persoalannya. Namun yang penting kita bahagia dengan berbuat amal kebaikan.
4. Berfikiran positif
Berfikiran positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insya-ALLAH rezeki pun akan meluas.
Berfikiran positif bakal melahirkan idea-idea positif. Idea-idea positif melahirkan tindakan-tindakan yang positif. Tindakan-tindakan positif selalunya membuahkan kejayaan dan kecemerlangan.
5. Dapat tidur yang mencukupi
Runsing, marah-marah mahupun berbentak2 kadangkala disebabkan keletihan akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi. Berehatlah seenaknya dan jika perlu, tidur.
Kita memang memerlukan tidur yang berkualiti untuk mendapat kesegaran tubuh yang betul. Kalau telur ayam pun boleh digredkan mengikut kualitinya, bersasakan berkualiti atau tidaknya ayam itu, demikianlah hal-hal yang berkaitan dengan manusia, termasuklah tidur. Tidur-tidur ayam adalah tidur yang tidak berkualiti dan menyebabkan minda anda terdera serta tidak mendapat kerehatan yang secukupnya.
6. Luahkan pada seseorang
Anda memerlukan seorang sahabat ketika anda berasa tidak stabil seperti ini, bahkan dalam suasana yang biasa pun anda memerlukan seorang sahabat. Sahabat adalah sahabat yang amat memahami anda dan sedia menjadi sahabat biar dalam keadaan apa sekalipun.
Seorang kawan boleh meninggalkan anda dalam keadaan demikian tetapi tidak jika 'dia' bernama 'sahabat'. Seorang sahabat adalah seseorang yang sudi berkongsi masalah anda serta sentiasa berdiri di sisi anda dengan nasihat2nya. Pilihlah sahabat yang baik, berbudi dan beriman kerana ciri2 yang ada pada dirinya itu adalah cermin keperibadian anda juga.
7. Curah semua di kertas
Curahkan semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala2nya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar dan hanyutkan ke sungai. InsyaAllah anda akan berasa lega.
8. Bersedia untuk berubah
Jangan teragak2 untuk melakukan perubahan Jika orang lain boleh, mengapa anda tidak? Apa istimewanya orang lain, sedangkan anda juga makhluk Allah yang dikurniakan dengan pelbagai keistimewaan dan kelebihan tersendiri.
Bulatkan hati, kuatkan tekad dan oraklah langkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Tanpa berkalau2 lagi. Lakukan perubahan sepenuh hati dan lihatlah hasilnya nanti.
Kejayaan selalu berkait rapat dengan kesungguhan. Kesungguhan bermula daripada hati yang bulat dan tekad yang padu. Semuanya ini hanya akan menjadi jika benar2 ada kesediaan untuk melakukan perubahan. Semuanya berkait dan bertimbal balik.
9. Cari kegemaran baru
Sesetengah daripada kesukaan kita akan sampai kepada penghujungnya. Dalam perkataan lain, setiap kegemaran kita ada jangka hayatnya. Kalau dahulu sewaktu kecil kita sangat suka bermain bola sepak, sekarang tidak lagi. Mungkin sewaktu di di sekolah atau di universiti dulukita cukup gemar berpersatuan, sekarang tidak lagi. Mungkin juga sewaktu remaja kita galak bercinta sekarang nurani itu sudah tiada lagi, berganti dengan matlamat membina kecemerlangan keluarga.
Semuanya dalam hidup kita ada jangka hayatnya yang tersendiri. Begitu juga dengan usia kita. Apabila sampai pada penghujung hayat, kita akan meninggalkan alam ini. Hobi juga begitu. Maka apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong carilah kegemaran-kegemaran baru. Tidak salah bermain game misalnya, untuk melihat apakah minat anda boleh tumbuh di sini. Begitu juga tidak salah memelihara ikan hiasan untuk melihat apakah hobi baru ini boleh memberi ketenangan kepada anda.
10. Bertegaslah
Bertegaslah dengan diri anda sendiri. Apabila anda mengambil satu-satu keputusan anda berpegang teguh dengan keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa anda akan berjaya. Apabila mengatakan pada diri sendiri untuk kembali ceria, bertegaslah untuk terus berkata begitu biarpun kadang kala perasaan anda seperti dibuai-buai untuk mengatakan anda sedang bad mood sekarang.
Bertegas pada diri bukan ertinya anda tidak boleh memanjakan diri sendiri. Sekali-sekala layanlah diri anda sendiri sebagaimana anda melayani tetamu. Pergi makan di tempat-tempat mewah dan berikan hadiah untuk diri sendiri. Itu pun salah satu cara menghargai diri anda sendiri dan ini dari sudut motivasi dipanggil HDT iaitu Hormat Diri Tinggi. Lawan bagi sifat ini ialah HDR iaitu Hormat Diri Rendah.
Jika anda sendiri tidak selesa untuk menghormati diri anda, apakah wajar anda mengharap demikian daripada orang lain?
~ Wadah Insan Synergy Training & Consultancy~ ::WINNER T&C::
0 comments:
Post a Comment