Otak Bola...???



بسم الله الرحمن الرحيم


Berkali2 saya mencuba untuk update blog ini tetapi gagal dek kerana kerja2 sbg surirumah sedikit membantutkan percambahan idea dan pena ku. Tetapi malam ini bagai tidak sabar rasanya untuk saya menemui laptop yang usang ini. 5 tahun saya hidup bersama laptop yang kini sudah rosak sana sini. Tapi tak pe wahai laptop kesayanganku, takkanku buang dikau selagi masih boleh menaip dan melayari internet.


Kisah ini bukan untuk menjatuhkan sesiapa mahupun menghasut sesiapa namun ini kisah pengalaman yang saya lalui sendiri pada 29/6/2010 di Bukit Baru, Melaka.


Malam tadi saya berada di Melaka untuk menziarahi saudara di sana. Menaiki Viva meluncur laju melalui Kesang dan terus masuk ke Sungai Rambai sehingga singgah di perhentian kami yang pertama iaitu di Kampung Sebatu. Kami, saya mak dan abah, menghadiri majlis jamuan di Kg. Sebatu. Saya sangat kenal dengan kg. ini dek kerana saudara mara yang ramai di kawasan Sebatu, Kandang, Padang Temu dan sedikit di Merlimau. Berlaukkan gulai kambing dan kupang masak sweet sour (rasenye la), mak makan bertambah dan abah memang menggemari kambing namun saya kekenyangan setelah makan berbuka puasa tadi. Maka saya sekadar menghabiskan kupang yang sememangnya marvelous. Terima kasih warga Kg. Sebatu (^_^).


Meneruskan perjalanan ke destinasi dan saya menemui saudara mara saya berdekatan dengan pusat bandaraya Melaka. Setelah selesai sedikit perbincangan dan perkongsian, kami berhajat untuk pulang. Melalui Kg. Bukit Baru, Melaka pada awalnya,


”alamak, silap jalan daaa... sekali ramai orang daaa...”


Mula2 saya menyangka ada pasar malam di kawasan itu. Setelah hampir di gerombolan manusia di situ, kami terkejut dgn 2 puak besar yang berkumpul. Masing2 punya matlamat sendiri dengan dilengkapi peralatan pembesar suara yang sangat kuat. Polis berada di tepi2 jalan memerhatikan keadaan orang ramai yang lalu lalang bagi menjaga keselamatan orang ramai. Sedikit tingkat saya buka untuk mendengar apa butiran yang salah sebuah kumpulan itu suarakan.


”Jika kami diperintahkan berhenti dari mengdakan ceramah ini, kami minta pihak polis menghentikan juga kumpulan di sana sekarang juga...”


Wah, kes berat ni. Baru ku perasan lambaian2 bendera parti memenuhi ruang kawasan itu. Di sebelah sana, penuh dengan bendera parti UMNO dan di sebelah sini penuh dengan bendera parti PAS. Waaa… ini peluang kami untuk menyaksikan sendiri apa yang bakal berlaku kepada penentangan 2 kumpulan ini. Kami pun berhenti untuk sama2 menyertai pertarungan yang julung2 kali diadakan itu.


Kumpulan PAS memulakan ceramahnya dengan penceramah yang merupakan YB DAP bagi DUN Melaka. Memulakan sepak tendangnya dengan pendedahan2 penipuan dan rasuah yang di buat oleh BN dan kroninya. Pendedahan yang pertama di sertakan dengan gambar dan bahan bukti yang cukup rapi mengatakan pembikinan sebuah bustop yang sangat simple memakan kos sebanyak RM44 ribu. Sebuah bustop yang tempat duduknya hanya kayu biasa dan blooti atapnya yang sedikit di mamah anai2. Semua itu dipaparkan dan ditunjukkan kepada setiap orang yang hadir menggunakan gambar dan bukti yang di edarkan.


Dengan hanya jarak lebih kurang 100 meter dari tempat permulaan sepak sebentar tadi, pihak UMNO mengumpulkan ramai anak muda memulakan pencaknya dengan laungan ”hidup UMNO, hidup Melayu...!!!”. Skrin besar di pasang dan dipaparkan perlawanan bola antara Jepun dan Paraguey dengan disajikan buah durian yang banyak. ”mari, mari semua jemput makan durian...”. Sedikit tersengih saya dengan gelagat mereka.


Inikah tradisi mereka. Mak saya pun berbisik, ”dulu pernah macam ni Dah, mase Tuan Guru Haji Hadi datang Melaka ni. Macam ni jugak dulu...”


”Ye ke???”. Desas desus yang mak saya dengar selama ini betul rupanya apabila kami sendiri berhadapan dengan situasi tersebut. Kami tak pernah melihat situasi ini di Muar atau mana2 kawasan di Johor. Sangat menarik perhatian kami lalu kami pun terus tetap berada di situ memerhati situasi tersebut sambil menjamah burger.


”Di sana bola, di sini hal memperjuangkan rakyat. Apa sebenarnya yang ada dalam pemikiran mereka ini sebenarnya?”. Sesekali hatiku berbisik mengajukan persoalan yang sama.


Setelah setengah jam mendengar ceramah yang bercampur dengan world cup itu, saya kira Pakatan Rakyat telah pun menjaringkan 1 gol kerana jumlah mereka ternyata lebih ramai dari pasukan yang satu lagi. Maka mereka menang dari sudut kehadiran.


”Kerajaan Negeri Selangor memberikan RM2500 kepada setiap orang yang meninggal di negeri itu tidak kira beragama Islam, Budha atau Hindu”. Kenyataan ringkas setelah sepakan ke 2 berlangsung mencerahkan mataku. Saya lihat ada seorang warga Cina sedikit terkejut dengan kenyataan itu dan serta merta senyum menandakan beliau merasakan haknya juga sebagai rakyat Malaysia. TAWAS (Tabung Warisan Anak Selangor) pula di ketengahkan oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Mustafa Kamil Ayub menaikkan lagi semangat para ayah dan ibu yang berada disitu. Setiap anak yang baru lahir (sblm usia 1thn) hanya memerlukan modal sebanyak RM100 sebagai permulaan tabung dan bakal mendapat hasil pulangannya sebanyak RM1500 ketika usianya mencecah 18 tahun. Layari http://www.tawas.org.my/


”Selangor boleh buat, masakan kerajaan Negeri Melaka yang kecil ini tak boleh buat?”.


”Ayat politik, biasa la tu...” bisikku...


Tiba2 terdengar suara penceramah sebelah BN mengatakan,


“habislah Melayu kalau Pakatan Rakyat memerintah…”


Hanya terdengar ayat itu sahaja. Menanti jawapan dari Naib Presiden PKR dan terbukti PKR mampu menjawab balas dengan cukup cantik.


”Kononlah, PAS dengan PKR ni ade orang Islam eh. Mestilah mereka akan memperjuangkan Melayu. Tapi DAP? Saya nak tegaskan pada malam ini, Pulau Pinang, pemerintahnya DAP (Lim Guan Eng), telah menaikkan peruntukan Majlis Agama Islam Pulau Pinang dari RM11 juta kepada RM24 juta tuan tuan. Itu DAP, PAS dan PKR apatahlagi. Mana mungkin Melayu dan Islam akan terkubur setelah Desember 2009 3 pemimpin besar Pakatan Rakyat menyetujui bahawa kita akan tetap memperjuangkan Islam dan dasar2nya setelah menang dalam masa yang sama memberi ruang kepada bangsa lain untuk mengamalkan budaya mereka”.


Lebih kurang begitu bunyi nya. Hati saya sentiasa gementar apabila setiap yang diungkap itu berunsurkan janji. Bimbang Allah akan uji pada mereka ini dengan hanya sekali hantaran dugaan. Semoga Allah istiqamah kan mereka dalam perjuangan yang baik ini. (jika benar niatnya untuk rakyat)


﴿يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ لِمَ تَقُولُونَ مَا لاَ تَفْعَلُونَ ﴾


﴿كَبُرَ مَقْتاً عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُواْ مَا لاَ تَفْعَلُونَ ﴾


2. Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?

3. Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

(As-Soff:2-3)


Deringan bunyi2 wisel di sebelah kumpulan anak2 muda itu merimaskan saya. Terasa ingin mengetahui apa sebenarnya matlamat mereka berkumpul, makan durian sambil menonton bola. Speaker besar di tepi2 mereka sangat membingitkan dan jeritan2 gol menunjukkan semangat yang jitu sangat mengecewakan. No point.


Inilah kesimpulan ke 2 yang saya buat, pasukan sini telah menjaringkan gol yang ke 2 dengan berasaskan matlamat yang jitu iaitu memberi info, penerangan dan nasihat.


”majlis dengan sukacitanya menjemput Ketua Menteri kesayangan kita, Datuk Ali Rustam untuk memberikan ucapannya. Dengan segala hormatnya di persilakan.”


”Ait, ade Ketua Menteri pulak???”. Mak saya menggaru2 kepala yang tidak gatal itu tanda kepelikan melanda. Ditengah2 anak2 remaja bersorak menonton bola sambil makan durian, KM Melaka turun memberi ucapan? Sejujurnya saya tak pernah melihat penentangan seperti ini berlaku. Di sini pimpinan DAP, PKR dan PAS, di sana Pimpinan BN malah Pimpinan Negeri Melaka. Pelik bin ajaib. Pelawanan semakin menarik dan memasuki zon klimaks.


Sepakan seterusnya di mulakan dengan kata2 pujian kepada Allah dan Rasul junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. YB Salehudin Al-Ayubi melandaskan ceramahnya kepada ayat Al-Qur’an dan Al-Hadith. Cukup simple dengan pakaian kerja (ahli parlimen) berikutan baru tamat sesi penggulungan sidang parlimen untuk hari ini pada jam 8 mlm tadi.


Di seberang sana, KM Melaka juga memulakan dengan kata2 pujian kepada Allah s.w.t dan Rasulullah serta mengalu2kan kedatangan

para penonton yang rata2 anak muda Melaka. Di mulakan dengan penegasan jatidiri sebagai seorang Melayu, kepentingan orang Melayu dalam perlembagaan, menyentuh juga tentang Raja2 Melayu dan juga perjanjian contract sosial. Awalnya berbentuk menyantuni diri sebagai seorang Melayu dan kepentingan mempertahankan orang Melayu. Cukup indah ungkapan kata2 oleh KM Melaka. Sedikit terpersona dengan yang di sana.


”Haishhh... aku kene adil dalam pertandingan ini kerana aku pengadilnya...”. Hatiku menidakkan minatku.


Saya berpaling semula ke arah YB Salehudin, beliau membawa beberapa isu penting juga yang mesti saya mendengarnya dengan teliti sebagai seorang pengadil.


1- APCO

2- Blok minyak L dan M bernilai RM320 bilion telah diserahkan kepada Brunei

3- Lesen Judi

4- KWSP rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura

5- Penjualan air kepada Singapura


Wah... sungguh banyak isu yang saya baru tau pada malam ini. Isu pertama pemberian RM77 juta kepada APCO (Yahudi) untuk mengajar cara untuk berpersonaliti, berketerampilan dan penasihat media. Lebih kepada keperluan peribadi PM dan beberapa orang lain maka diambil APCO sebagai perunding. Menurut YB Salehudin, tidak ada seorang pun di dalam parlimen menafikan bahawa APCO diupah menjadi perunding malah ditampilkan alasan kenapa APCO yang terpilih sedangkan di Malaysia juga terdapat banyak agensi yang berkelayakan. Katanya agensi di Malaysia tak sehebat APCO yang bertaraf dunia. Hmmm...


Second, malas nak ulas... sebab isu ini sudah di ulas pun... boleh tengok blog Tok Det http://chedet.co.cc/chedetblog/2010/04/malaysias-generosity.html#more . Parlimen dirahsiakan dari isu ini namun mujur Allah s.w.t memberi ruang dan hidayah kepada TOk Det untuk membongkarkannya.


Lesen judi. Siapa yang mula2 ingin menghalalkan lessen judi? Bagi sesiapa yang mengikuti isu ini pasti tau puncanya dari mana. Didedahkan oleh YB Salehudin tadi dengan menyebut semula perkataan Tan Sri Vincent Tan yang mengatakan PM main2 setelah berjanji untuk menghalalkan lesen judi namun ditarik semula. Ini berlaku kerana Pakatan Rakyat dan rakyat bangkit untuk membantah termasuk YB Rasah (DAP) yang bangkit di dalam Parlimen dengan menyatakan bahawa ”judi bukan budaya kami orang tionghua (cina)”. Dengan izin Allah, penghalalan judi ini ditangguh. Namun YB Salehudin mengingatkan bahawa, BN telah kerugian banyak setelah lesen judi ini tidak jadi dihalalkan. Maka bersedialah semua untuk sama2 menghadapi zaman peningkatan harga barang kawalan. (prediction). Atau apa2 bahan ganti kepada kerugian yang di alami oleh BN.


Wow... sangat banyak input yang saya dapat dari sini berbanding yang di sana. Kelihatan yang di sana seolah2 tiada bahan untuk bercerita.


YB Salehudin, “jangan jadi macam otak mereka, otak bola. Diluar cantik di dalam kosong... Kalau berani ayuh kita berdebat secara terbuka di media massa…”


“apa die kata???”


2 kali saya terdengar KM Melaka bertanyakan begitu menggunakan microphone nye. Mak saya gelak besar dek kerana sikap yang di tunjukkan oleh KM Melaka itu seolah2 mengadakan majlis itu sekadar untuk mengambil perhatian orang yang datang mendengar ceramah Pakatan Rakyat. Sebaris ucapan, ketawa. Sebaris ucapan, ketawa. Seterusnya begitu sehingga selesai majlis itu. Mak saya berkerut tanda kepelikan perangai yang ditunjukkan oleh KM Melaka. Apa sebenarnya yang ingin mereka buktikan? Penonton yang ramai kah? Penyokong yang ramai kah? Berceramah paling sedap kah? Speaker paling besar kah?


Seusai ceramah tersebut, kami terus pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang, mak dan abah saling bertukar2 fikiran tentang apa yang kami lihat sebentar tadi. Seakan tidak percaya apa yang berlaku di Melaka. Pertandingan terbuka sebegitu seolah2 tidak bertamadun. Jika mahu berlawan, banyak lagi platform yang ada boleh digunakan namun kenapa memilih jalan seperti itu? Bukankah itu meruntuhkan maruah mereka sendiri?


”dulu pernah macam ni Dah, mase Tuan Guru Haji Hadi datang Melaka ni. Macam ni jugak dulu...” Terngiang bisikan mak pada saya.


Saya tak sanggup nak membuat kesimpulan penilaian setelah PR menang 2-0 keatas BN sepanjang penelitian saya. Saya serah kepada anda untuk tentukannya sendiri...



Inikah yang di katakan politik? Atau ini hanyalah politik nafsu yang dimainkan oleh pemain2nya yang tidak bertamadun? Sampai bila politik negara kita akan berubah kepada bentuk gentlemen seperti yang di lakukan di negara lain? Nak bicara soal negara maju 2020, namun politik negara masih belum sepenuhnya bebas dan negara masih menanggung bebanan hutang yang banyak sehingga 2019.


Hmmm... terkadang muak dengan politik di Malaysia. Tolonglah... Yang salah tolonglah mengaku salah dan yang betul tolonglah tunjuk dengan cara yang terbaik. Demi anak2 kami nanti sebagai bangsa pewaris tanah air ini.


"Kita bukan mewarisi bumi ini tetapi kita meminjamnya dari anak2 kita"


Segala salah dan silap harap dimaafkan. Sekali lagi saya tegaskan, kisah ini bukan untuk menjatuhkan sesiapa mahupun menghasut sesiapa namun ini kisah pengalaman yang saya lalui sendiri pada 29/6/2010 di Bukit Baru, Melaka.


والله أعلم

0 comments:

Related Posts with Thumbnails