Peti Sejuk 1 : Kekuasaan Allah


Sedar tidak sedar sudah 24 hari saya meninggalkan pengalaman berada di dalam peti sejuk. Maha Suci Allah yang menciptakan sesuatu sesuai pada tempatnya. Dengan suhu yang mencecah -3°C berbanding suhu di Malaysia ketika itu kira2 29°C membuatkan saya dan rakan2 MPP seramai 18 orang termasuk Pegawai HEP, Puan Al-Uyuna tidak akan lupa pengalaman yang pertama itu. Pengalaman yang amat menarik yang ingin saya kongsi dengan sahabat2 sekalian. Mungkin saya tidak ulas dari pertama kali saya jejak kaki ke Beijing, Cina tetapi saya akan buat sedikit kesimpulan pengalaman dan berdasarkan pemerhatian saya.


Kekuasaan Allah


DIA lah Tuhan yang Maha Berkuasa. Menjadikan Nabi Adam a.s. dari tanah, menjadikan Hawa sebagai pasangan hidup, menghamparkan dunia untuk kemudahan manusia. Pasti semua mengetahui tentang teori big bang yang telah Allah s.w.t sebut di dalam kitab suci Al-Qur’an melalui wahyu yang diturunkan kepada kekasih Allah s.w.t, Nabi Muhammad s.a.w. Allahuakbar. Allah Maha Besar.


Sejak kecil saya mengimpikan untuk menaiki kapal terbang. Setiap kali saya kapal terbang melintasi atas kepala saya, saya menanam harapan supaya saya akan menaiki kenderaan itu. Kawan2 saya menyifatkan saya sebagai seorang yang berangan2 tinggi. Sehingga setiap kali kapal terbang melintas, rakan2 pasti memanggil saya. Pernah juga dihadiahkan dengan kapal terbang yang diperbuat daripada kayu oleh kawan saya, Ridzuan sewaktu di Sek. Men. Kebangsaan Tun Mamat, Tangkak. Angan-angan dan impian saya itu akhirnya tercapai. Berlinang air mata apabila pertama kali menjejak kaki ke dalam kapal terbang MAS MH370 penerbangan dari Malaysia ke Beijing. Alhamdulillah, akhirnya Allah s.w.t memakbulkan doa saya. Kenapa saya beria sangat nak naik kapal terbang? Bagi orang yang berduit pasti mengatakan, “Ah, flight murah sekarang. Boleh ulang alik Kelantan-KL bila2 je” “Same je naik kapal terbang ke, bas ke, keretapi ke, same je rase die”. Pada saya yang mungkin berfikiran kolot, ianya tidak sama. Bas biasanya melalui kawasan kampung, keretapi biasanya melalui kawasan hutan, kapal terbang sudah semestinya melalui udara. 3 keadaan yang berbeza. Saya selalu teringat kata2 ustaz, “tolong tunjukkan ustaz di mana Allah letak tongkat untuk menongkat langit??”. Sejak itu saya berkeinginan untuk melihat ciptaan Allah yang Maha Agung. Tidak ada walau sebatang pun tongkat yang menongkat langit. Maha suci Allah. Sebab itu didalam ilmu Tauhid, dalil untuk menunjukkan Allah itu wujud salah satunya ialah ayat


اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ

(Surah Qaff : 38)


Allah s.w.t menciptakan langit dan bumi menunjukkan semua itu ada pencipta dan pencipta itu adalah Allah s.w.t maka Allah itu ada.


Tercari2 mungkin terdapat kalimah Allah di awan2 yang terbentuk, mungkin belum rezki untuk melihat keajaiban itu. Tempoh 6 jam dalam kapal terbang mengubah suhu dari panas kepada sejuk. Allah Maha Pencipta segala apa pun di bumi. Jangan kita pernah lupa bahawa Allah s.w.t mampu membolak balik bumi ini dan seluruh planet apabila tiba waktu yang dikehendaki-Nya. Walaupun ketika itu salji telah berhenti di Beijing, tetapi kesejukkannya sampai ke tulang. Mujur persediaan rapi untuk menghadapinya telah kami semua lakukan sebelum sampai ke Beijing. Semua orang jadi macam beruang yang sangat comel =), Ustaz Alif yang kecil tiba2 jadi gemuk. Yang berisi apatah lagi. Hehe..


Sama2 kita mensyukuri apa yang Allah telah sediakan dan Allah tidak menciptakan manusia dengan sia2. Apabila ditanya oleh Saidatina ‘Aisyah kepada Rasulullah kenapa Baginda masih bertungkus lumus beribadat kepada Allah sedangkan Baginda telah dijanjikan syurga. Baginda menjawab dengan mudah, adakah Baginda tidak boleh mensyukuri segala nikmat yang Allah telah beri kepada Baginda? Baginda menunjukkan kesyukuran dengan tunduk syukur beribadat kepada Allah s.w.t. Bagaimana kita sahabat2 sekalian?

Read More......

Sudah-sudah la...


“sepatutnya die kene buat begini…”
“sy cakap dah dulu sepatutnya macamni…”
“tak dengar nasihat orang langsung...payah…”
“cikai gile idea die…macam budak tadika…”
“tengok, idea sy semua orang setuju…”
“tak terima idea sy pun tak pe, sy akan terus jugak dengan idea ni. Nak gaduh gaduh la…”
“entah apa-apalah dieorang ni buat kerja. Tu la tak tanya pendapat sy dulu…”
“ijtihad konon, tapi bile jadi perkara buruk nanti kite jugak yang kene bantu…”
“memang tak boleh cakap dah dengan die tu. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Keras kepala!” “memang orang-orang tarbiyah macamni. Tak boleh terbuka langsung…”
“tengok la klu jadi ape2 jangan harap sy nak tolong…”
“sejak dulu lagi sy rasa sangsi. Tengok2 betul2 jadi. Instinct sy selalu betul…”
“budak baru ape tau? Darah muda. Asik2 nak buat perubahan je…”
“idea sy tu. Dieorang ciplak je…”
“zaman sy dulu…”
“dulu tak pernah ade orang macam ni…”
“sy dah dulu makan garam dr awk…”
“sape kau? Saya ada kuasa dalam membuat keputusan. Itu hak sy…”
“baru setahun jagung dah pandai nak ajar orang…”

Bla… bla… bla…


Sudah-sudah la... Tak luak pun kalau mengalah dan cari persefahaman dengan perbincangan... Nampak macam simple, tp kesan die pasti ada... Elakkanlah...




Read More......

DIPERCAYAI lebih utama daripada DICINTAI

Sesuatu yang menarik saya temui. Banyak memberi iktibar buat diri saya yang kerdil. Moga dapat menjadi iktibar untuk semua.


Mudah-mudahan Allah izinkan kita semua memainkan peranan untuk Islam walau di mana, di bidang apa dan sebagai apa jua pun peranan kita dalam masyarakat. Kecil sekalipun jika ikhlas pasti berbekas. Insya-Allah.

Kita perlu akui bahawa semakin sukar mencari pemimpin yang boleh dipercayai. Padahal kalau ditanyakan apakah syarat utama untuk menjadi seorang pemimpin? Jawabnya ialah kepercayaan. Itulah yang cabarannya. Terlalu sukar untuk mempercayai seseorang pada masakini. Di Amerika, dengan nada sindiran ada yang mengungkapkan:

“We thought we could trust the military,
but then came Vietnam;
We thought we could trust the politicans,
But then came Watergate;
We thought we could trust the engineers,
But then came the Challenger disaster..
Tanpa kepercayaan, kita hilang segala-galanya. Kepercayaan adalah faktor paling utama yang menentukan kejayaan dalam satu-satu perhubungan, samada yang berbentuk personal mahupun profesional. Bila ada kepercayaan, prasangka, cemburu, marah, hasad dengki dan lain-lain sifat mazmumah yang boleh menggugat perhubungan akan dapat diatasi.

Bagaimana membina kepercayaan? Jawabnya, cakap dan sikap kita mesti selari. Itulah integriti – sifat amanah, jujur dan tulus yang dipraktikkan dalam apa jua keadaan dan masa. Itulah asas untuk orang mempercayai kita atau sebaliknya. Pengikut mesti percayakan pemimpinnya. Bila orang mempercayai kita, pengaruh kita akan meningkat. Bila pengaruh kita meningkat, kita akan berjaya dalam memimpin.

Ingat, kepimpinan adalah pengaruh. Inilah rahsia kejayaan kepimpinan Rasulullah s.a.w. Keunggulan kepimpinannya diawali oleh kepercayaan masyarakatnya sehingga bagainda digelar Al Amin sebelum kerasulannya dan diperkukuhkan lagi dengan sifat siddiq (benar) dan amanah selepas itu.

Kata bijak-pandai, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Kita selalunya merasa bertuah apabila dicintai – samada oleh isteri, ibu-bapa atau sahabat-sahabat. Tetapi percayalah, jika kurang dipercayai, lama kelamaan cinta orang kepada kita akan terhakis. Lihatlah betapa banyaknya perhubungan yang terputus antara ibu-bapa dengan anak, suami dengan isteri, pemimpin dengan pengikut, justeru hilangnya kepercayaan.

Bila hilang kepercayaan, rasa cinta, hormat, kasih dan taat akan musnah. Sampai bilapun manusia lebih mempercayai mata berbanding telinganya. Maksudnya, apa yang dilihat (perbuatan) lebih berkesan untuk meraih kepercayaan berbanding apa yang didengar (percakapan) – action speaks louder than words.

Jadi apabila kita merasakan orang bawahan (subordinate) kita samada isteri, anak, pekerja mahupun pengikut, semakin sukar memberi ketaatan, kerjasama dan kesetiaan itu adalah petanda kita sudah hilang pengaruh. Hilang pengaruh, kerana hilangnya kepercayaan dan hilangnya kepercayaan bila tidak ada integriti.

Tegasnya, kita tidak boleh memimpin hanya berbekalkan cinta, apatah lagi harta atau kuasa… kepercayaan lebih utama!



Petikan dari http://genta-rasa.com/2009/11/06/dipercayai-lebih-utama-daripada-dicintai/#comment-1422

Read More......

Nukilan hatiku


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Pengasihani


Hening pg ini menyusuk sehingga ke tulangku. Ku hamparkan tikar sejadah untuk kembali menginsafi diri menghapuskan dosa yg sentiasa ku lakukan. Aku lemah Ya Allah. Aku insan hina Ya Allah. Janganlah KAU palingkan muka-MU dari melihatku. Walau aku tak layak langsung digelar pejuang. Aku tak buat ape pun untuk Islam.

Dengan penuh rasa rendah diri nukilan ini hanya untuk menyedapkan hati yg kian gusar. Semoga tiada sesiapapun dikalangan pembaca yg slh sangka dgn apa jua ucapanku.

Pakcik2, Makcik2, Abang2, Kakak2, Adik2, sahabat2 seperjuanganku. Mari sama2 kita ingat bahawa kita adalah sama. Perjuangan kita sama. Tujuan hidup kita sama. Mengapa perlu ada pertelagahan sesama kita? Kenapa perlu ada rendah merendah antara satu sama lain? Kenapa perlu ada yg tak sggup nk berpimpin tgn utk sama2 bergerak? Kenapa perlu kita balas membalas keperitan yang telah kita lalaui? Sistem tarbiyah yg bagaimana yg perlu kite utamakan?

Ya.. Saya bukan seorang yg berjiwa kental. Itulah kelemahan saya yg saya lindungi selama ini. Kerana saya yakin saya boleh atasi kelemahan ini suatu hari nanti. Sebab itu blog ini dinamakan Hati Kering kerana ingin memotivasikan diri supaya menjadi lebih kental. Supaya saya benar2 tekad untuk menjadi pejuang Agama Allah. Kerana saya tahu untuk berjuang itu perlukan jiwa yg kental. Allah telah janjikan bahawa setiap org yg beriman itu pasti akan diuji. Kubimbangi diri ini termasuk dalam orang2 yg tidak tahan dgn ujian lalu berundur dari perjuangan. Na’uzubillahiminzalik.

Sahabat2 sekalian, saya sering mendengar masalah dalam pelbagai organisasi dan gerakan yg tidak mengiktiraf pandangan dan pendekatan orang lain. Contohnya apa yg berlaku kepada Wahabi dan Al-Ahbasy. Contoh yg lain seperti yg dikisahkn oleh Saifulislam.com tentang sahabatnya Dr. Maza yg dikatakan byk memberi hujjah berdasarkan dalil yg cukup mantap tetapi mengapa masih lg beliau menimbulkan kontrovosi di Malaysia? Begitu juga dengan apa yg berlaku didunia kampus yg masing2 menyalahkan gerakan lain kerana merasakan pendekatan yg dibawa itu lah yg terbaik. Sebenarnya siapa pemilik yg TERBAIK? Hanya Allah yg mengetahui apa yg terbaik utk hambanya. Waqi’iyyah juga satu sebab kenapa kita berkhilaf. Tetapi adakah waqi’yyah itu alasan sehingga menyebabkan tidak boleh bersatu dengan yg lain? Matlamat? JIM, ABIM, PKPIM, GAMIS, Isma, Pembina, PMI, Ma’ruf Club, adakah semuanya mempunyai matlamat sama? Saya pasti pelbagai jawapan akan timbul tetapi persoalannya ialah adakah tidak ada titik persamaan? Jawapannya ialah ada. Islam. Itu lah persamaan yg paling nyata.

Salahkah kita beikhtilaf? Dua hari yang lepas saya baru selesai menjawab peperiksaan untuk madah Adab Al-Ikhtilaf. Prof. Madya Dr. Syamsul Andi Galigo banyak memberi tunjuk ajar tentang bagaimana caranya untuk beradab semasa berikhtilaf. Tidak salah untuk berikhtilaf diatas perkara2 furu’ dan perkara2 ijtihadiyyah supaya manusia sama2 mencari kebenaran yg terselindung. Namun begitu ikhtilaf tidak boleh sehingga kita memutuskan tali persaudaraan dan mewujudkan perpecahan. Antara perkara yg paling penting ketika berikhtilaf ialah niat, persaan insaf dan keterbukaan. Mungkin saya hanya pandai berteori tetapi ini yg saya pelajari.

Teringat pula kepada slogan 1 malaysia. Islam telah lama menggunakan istilah wehdatul fikr dan wehdatul ‘amal. Inilah kunci kepada penyatuan ummat Islam zaman ini dan kita terus bersama2 seiringan memperkukuhkan Islam didunia ini. Seorang ustaz yg saya kagumi bertanya kenapa Ukhuwah diletakkan diakhir arkanul bai’ah dalam buku Syeikh Fathi Yakan “Kenapa saya memeluk Islam”. Terkebil2 saya kerana tidak pernah terfikir untuk menyelidiki kenapa strukturnya begitu. Syeikh Imam Hassan Al-Banna mengatakan bahawa ukhuwah sebenarnya tidak begitu penting dlm arkanul bai’ah itu tetapi tanpa ukhuwah kepincangan dan ketidaksepaduan akan berlaku sehingga mengganggu yg lain. Ini menunjukkan ukhuwah juga penting sehingga dimasukkan juga dalam rukun bai’ah.

Tanpa kita sedari, banyak permasalahan yg berlaku dewasa ini berkisar tentang ukhuwah dan kesepaduan diantara kita ummat Islam. Tidak hairan lah jika UMNO berpuak2 dan PAS bermasalah. Berbalik kepada kunci yg saya nyatakan td iaitu persefahaman dan persepaduan.

Syeikh Imam Hassan Al-Banna pernah memberikan ucapan kepada ahli2 Ikhwanul muslimin semasa muktamar keenam tentang matlamat Ikhwanul Muslimin:

Pertama-
ialah melibatkan diri dengan kerja-kerja kebajikan umum walau apapun bentuknya dan memberikan khidmat kemasyarakatan apabila peluang tersedia. Apabila seorang saudara berhubung dengan Ikhwan, dia dituntut supaya membersihkan jiwanya, memperbaiki akhlaknya, mempersiapkan roh, akal dan jasmaninya untuk mengharungi jihad yang lama yang akan ditempuhinya satu masa nanti. Setelah itu dia diminta pula untuk mengembangkan semangat itu kepada ahli keluarganya, sahabat-sahabatnya dan orang-orang di sekelilingnya. Seorang akh akan hanya menjadi seorang muslim yang sebenar jika dia melaksanakan hukum dan akhlak Islam. Dia juga perlu berpegang kuat dengan segala perintah dan larangan yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. daripada Tuhannya.

Kedua-
Ikhwan al-Muslimin bekerja supaya sistem ini disokong oleh pemerintah supaya sebuah Negara Islam yang baru akan muncul, supaya segala hukum-hakam Islam ini dilaksanakan sepenuhnya, supaya muncul sebuah kerajaan Islam di tengah masyarakat yang akan didokong oleh umat Islam. di mana kehidupan masyarakat ini akan diatur menurut syariat Islam sepertimana perintah Allah yang disampaikan kepada Nabi s.a.w. di dalam kitabNya. Firman Allah:

Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar). Sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkanmu sedikitpun dari (azab) Allah (kalau engkau menurut mereka); dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu setengahnya menjadi penolong dan penyokong bagi setengahnya yang lain (dalam perkara yang salah); dan (sebaliknya) Allah menjadi penolong dan pelindung bagi orang-orang yang bertaqwa (yang engkaulah pemimpinnya). (Al-Jathiyah: 18-19)

Petikan ucapan ini saya bawakan kerana dilihat gerakan Islam dewasa ini pincang dan menjadi tanggungjawab kita bersama2 tautkan hati dan segala sendi menolak segala sentimen untuk mengukuhkan pergerakan. Suka saya menyatakan bahawa matlamat yg sama tidak membezakan kita. Mungkin berbeza cara dan gaya tetapi matlamatnya sama. Kualiti atau tidak itu yg boleh dipersoal tetapi cara dan gaya tidak perlu diperlekeh. Raikan sahaja org yg ingin berjuang dengan gaya yang tersendiri. Kita tidak tahu gaya mana yg terbaik selagi tidak bertentangan dengan syariat Allah.

Namun saya amat2 bimbang dengan hati2 yg ingin berjuang. Seperti saya sendiri contohnya yg sering lalai dan alpa tentang kewajipan kepada Al-Baasit Yang Maha Agung. Sehingga menyebabkan hubungan saya dan sahabat2 seperjuangan terjejas dek kerana hubungan dengan Allah yg tidak terjaga. Semoga sahabat2 diluar sana dapat menegur dan memberi peringatan. Jangan ada yg mengadu domba. Seringkali sampai dicuping telinga saya tentang umpatan2, kutukan2, hinaan2, dan sebagainya yg tidak sepatutnya kita lakukan sebagai ummat Islam. Cukuplah... Ayuh kita sama2 bantu-membantu bergerak demi Islam.

Hamba yg naïf ini menyusun 10 jari memohon kemaafan diatas segala kekhilafan yg berlaku. Entah apa yg bermain difikiran. Sebelum ini saya sering bermonolog dalam diri menyatakan bahawa “saya BENCI dgn diri saya” namun 1 mggu 2 ini saya sering bermonolog bahawa “saya BANGGA menjadi diri saya”. Tetapi pg ini saya kembali bermonolog “Saya BENCI diri saya. Sememangnya saya tidak layak menjadi pejuang Agama Allah. Bimbang merosakkan gerakan.”

Entah kenapa semua ini tidak menyebabkan jiwa saya kental lagi? Malah saya lebih jatuh. Mungkin masih kurang keikhlasan dalam diri dan hati yang kotor. Ampunkan ku Ya Allah…

Kepada sahabat yg saya kira dia akan baca post ini 1 hari nanti, salam kemaafan dari ana. Terima kasih kerana telah banyak membantu ana dan memberi secebis kenangan yg cukup indah buat ana. Bukan mudah untuk mengubah sikap ana ini. Maafkan ana. Bukan layaknya ana untuk menjadi sahabat sesiapapun kerana bimbang diri akan merosakkan orang sekeliling. Teruskan melangkah berjuang menegakkan kalimah Allah. Ana akan memerhati dari jauh. Mungkin itu yang terbaik bg ana. Ana masih berjiwa besar tetapi dengan kadar kemampuan ana. Ana mengaku ana tidak elok seperti yg disangka. Hanya indah luaran kerana niat utk membantu sekeliling. Jangan bimbang, ana tidak akan lama dalam ini.

Syukran atas semua yg membaca post ini. Sekadar membuat luahan hati. Doakan hati saya kental dan tabah seperti anda semua dan kekal kental sehingga mati. Kalau ade kaunselor boleh la tawar diri untuk saya buat temujanji dengan anda. Sedikit sebanyak mungkin membantu meningkatkan semangat diri. Ini masalah psychology saya tahu. Tetapi masih memerlukan orang untuk disisi. Ibu bapaku lah yg paling pantas saya dampingi.

Salam perjuangan untuk semua.

~Ainul Faridah Abdullah~
7 November 2009
4.55 pagi

Read More......

Palpitasi


Pengenalan

Berdebar-debar juga dikenali sebagai satu keadaan di mana degupan jantung menjadi laju atau tidak teratur. Ia adalah satu keadaan biasa yang kebanyakannya disebabkan faktor seperti tekanan tetapi biasanya tidak teruk/serius. Kebanyakan pengidapnya mengalami keadaan ini sekali sekala dan tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun sekiranya serangan menjadi kerap dapatkan nasihat dan rawatan doktor. Degupan jantung yang cepat dan deras yang biasanya dirasai oleh pesakit sebagai denyutan jantung yang tidak normal.


Tanda dan Gejala

Gejala utama berdebar-debar ialah keadaan di mana kita mengalami perasaan degupan jantung menjadi terlalu laju/kencang hingga menimbulkan rasa tidak selesa di bahagian depan dada. Pesakit juga mengalami rasa degupan jantung menjadi kuat, laju dan berulang-ulang. Berdebar-debar juga boleh terjadi bersama gejala lain seperti pengsan, gangguan emosi, kerap berpeluh, tangan dan kaki menjadi sejuk dan keletihan.


Sebab-Sebab

Faktor penyebab antaranya:

Kefina (Caffein)
Terlalu teruja
Takut
Tekanan perasaan
Bimbang ( panic attack, panic disorder, generalized anxiety disorder)
Masalah
Selepas senaman berat
Bernafas dengan cepat (Hyperventilation)
Hyperthyrodism (satu pengeluaran hormon tiriod yang berlebihan berpunca dari kelenjar tiriod yang terlalu aktif)
Penyakit jantung
Hypoglycaemia (kekurangan gula dalam darah)
Arrhythmia (Degupan jantun yang tidak teratur)
Anemia
Sebelum putus haid/tempoh masa pra-menopos
Ubatan tertentu


Rawatan

Rawatan bergantung kepada faktor penyebab.


Pencegahan

Pesakit yang mengalami masalah berdebar-debar dinasihatkan mengelakkan pengambilan minuman seperti kopi, teh, coklat, minuman ringan, alkohol dan pewarna makanan. Pesakit perlu diajar bertenang/rehat. Melakukan senaman seperti berjalan pantas, berenang, skiping dan mengayuh basikal.


Pemulihan

Pemulihan bergantung kepada faktor penyebab.

Semakan akhir: 22 April 2008
* terima kasih kepada yang tolong mencari web ini

Read More......

Selamat Menduduki Peperiksaan


Salam perjuangan buat sahabat2..

Musim peperiksaan telah berkunjung tiba. Sahabat2 di IPTA seluruh negara sedang bertungkus lumus berjihad bagi mendapatkan keputusan yang terbaik untuk memudahkan pencaturan strategi pergerakan seterusnya. Kami di USIM akan menurut jejak sahabat2 bermula 2-18 november 2009. Sebagai seorang da'ie saya terpanggil untuk sama2 menasihati diri serta sahabat2 untuk sama2 kita berusaha hingga ke titisan terakhir bagi mendapatkan keputusan yang terbaik untuk Islam.

Ada orang yang tidak bersetuju dengan pendapat saya dengan mengatakan bahawa peperiksaan bukanlah medan terbaik untuk membuktikan sesuatu untuk Islam. Dikatakan yang penting ikhlas. Cemerlang atau tidak itu no 2. Baru2 ini Exco JAKSA Nilam Court, Saudari Nurhanisah Abdullah telah berjaya menganjurkan satu forum sempena peperiksaan pada Jumaat malam, 23 Oktober 2009 dengan panel jemputan yang amat berkaliber iaitu Saudara Alif Ismail, YDP MPP USIM dan Saudari Fasihah dari UM. Diserikan lagi dengan raja analogi, Saudara Abdullah Long, pendebat USIM mahasiswa tahun 2 FSU sebagai moderator pada malam itu. Banyak yang mereka kupas mengenai kemampuan mahasiswa mencipta impak maksima.

Alif membawakan hujah yang kuat berdasarkan pembacaannya bahawa kejayaan sebenar itu bukanlah sepenuhnya bertitik tolak berdasarkan keputusan yang diterima tetapi kemampuan mengutip mutiara2 sepanjang perjalanan untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Saya sepenuhnya bersetuju dengan pendapat beliau bahawa amat rugi bagi sesetengah mahasiswa yang hanya memikirkan pelajaran kuliah setiap hari tanpa mengutip mutiara2 yang bertaburan dibumi USIM dan diluar kampus. Tidaklah disebut sebagai mahasiswa jika tidak mampu berfikir secara kritis, kreatif, berfakta dan sebagainya. Mahasiswa bukan sahaja boleh didefinasikan sbg orang yang belajar di perguruan tinggi namun mahasiswa adalah calon kepimpinan, pembaharu, cendikiawan dan pengubah masa hadapan.
Ada juga yang mengatakan campuslife adalah zaman untuk melatih diri untuk menjadi seseorang didalam masyarakat. Bagaimana ingin memimpin masyarakat jika tidak bermasyarakat? Bagaimana untuk mengubah sesuatu jika tidak mampu berfikiran kreatif tanpa dipengaruhi orang lain? Idealisma mahasiswa mestilah diberikan hak sepenuhnya. Kerana mahasiswa perlu mengutip mutiara2 untuk menjadi seseorang dan berkhidmat kepada masyarakat demi Islam tercinta.

Hujah dikuatkan lagi oleh saudari fasihah yang saya kagumi. Sedar tidak sedar, semakin saya ramai kenalan, semakin saya mengagumi orang2 disekeliling saya. Bila la saya akan menjadi seperti anda semua sahabat2 ku. Saya akan terus berusaha insyaAllah.. Fasihah, bekas pelajar Darul Qur'an menyambut baik pendapat YDP dengan menambah mutiara yang dikutip bukan untuk diri sendiri tetapi mestilah ditabur dan ditiup manfaatnya kepada orang lain. Fasihah mengatakan berdasarkan pengalamannya dan pengalaman sahabat2nya, kejayaan itu bukan lah semata2 keputusan yang terbaik. Tetapi kejayaan itu adalah kepuasan apabila mampu mendapat keputusan yang baik disamping dapat memberi manfaat kepada orang lain. Beliau maksudkan bukan pointer yang perlu dikejar tetapi sejauh mana ilmu yang diambil itu memberi manfaat kepada orang lain. Biar sikit tapi mencukupi dan blh diberi pd org lain. Contohnya org yang mampu mendapat 3.8 hanya kerana dia pergi kuliah, balik kuliah, makan, tidur. Berbeza dengan orang yang dapat 3.3 tetapi die pergi kuliah, buat program, meeting, manage team, rehat sikit, ulangkaji sikit, tidur sikit dan mulakan semula rutinnya. Dimana perginya perbezaan 0.5 mata antara 2 gaya hidup tadi. Disitulah yang disebut sebagai mutiara, keberkatan dan kepuasan. Mampu atau tidak untuk mendapat kerja? Mampu jika selain dari kerja yang berkait dengan pengajaran ilmu. Untuk menyambung pelajaran dalam Master agak susah tapi untuk menjadi manger atau kerja2 lain pasti itu mencukupi bahkan melebihi. Saya tak berminat untuk menghurai panjang tentang isu kerjaya tp hanya mahu menumpukan perbincangan tentang pencapaian mahasiswa.

Saya secara peribadinya amat2 bersetuju dengan kesemua hujah yang diberikan namun pendapat saya melangkaui jauh dari apa yang disebut. Sememangnya benar apa yang disebut oleh sahabat2 panel yang amat saya kagumi. Saudara YDP saya mempunyai pengaruh yang amat besar di kampus begitu juga dengan Saudari UM. Mereka hebat dalam pelbagai sudut.

Sahabat2 sekalian, penting atau tidak kita berusaha untuk mendapatkan keputusan yang terbaik dan cemerlang? Ya.. amat penting bagi kita sebagai seorang da'ie dan pejuang Islam. Saya pernah tebaca satu artikel yang sentiasa melekat didalam ingatan saya.

"Jangan sampai keputusan itu menjadi fitnah kepada perjuangan Islam seluruhnya".

Apa yang dimaksudkan sebagai fitnah? Saya bagi satu contoh ye.. Cuba bayangkan kita ni seorang yang mampu berharakah dengan penuh gaya. Seorang yang alim, berkepimpinan, mampu berceramah sehingga memukau orang sekeliling. Tetapi sayang seribu kali sayang akademik kita abaikan semasa zaman sekolah dan universiti sehingga masyarakat mengatakan,

"eleh.. ceramah je pandai.. bukan bijak pun.. belajar entah ke mana.. tibe2 nak pimpin rakyat.. jangan harap kami nak undi orang macam ni.. alim je tp tak leh wat pembangunan punye la.. sama je orang macam ni..bukan leh percaya.."

Begitu juga jika menjadi da'ie dimana hampir 70% keberkesanan dakwah itu bil hal bukan dengan kata2. Mentaliti mesyarakat begini yang perlu kita sangkal. Tp takkan kita nak sangkal dengan kita marah masyarakat? Tidak.. Masyarakat itu orang awam yang hanya memandang apa yang mereka nampak. Tiada yang salah pada masyarakat tetapi bagaimana kita nak menjiwai dan memenangi hati masyarakat. Itu strategi kita. Sampai bila kita nak terikat dengan kata2 sebegini? Sebab itu kita perlu memotivasikan diri kita masing2 untuk bersungguh2 dalam menuntut ilmu disamping mengutip mutiara2 yang sahabt2 saya telah nyatakan.

Kesungguhan+tawakal=kecemerlangan. Kecemerlangan+tawakal=keredhaan Allah.

Realiti zaman kita pada hari ini memerlukan keringat yang lebih dari kita mahasiswa IPT yang semakin dipandang enteng. Perubahan perlu kita lakukan bersama dengan mengubah mentaliti kita menjadi mahasiswa yang terbaik dalam semua aspek. Semoga usaha kita semua diberkati Allah. Ameen..

Cuma sebelum saya menutup entry ini, jangan pula kita mengejar yang tidak pasti dengan meninggalkan kewajipan kita iaitu sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah. Bimbang matlamat jika tidak tercapai, kita akan menyalahkan Allah sedangkan kita hanya berusaha tetapi Allah yang menentukan segalanya.

Selamat berusaha sahabat2ku di USIM dan di seluruh IPT.. Selamat menduduki peperiksaan..

Chaiyok!!! (",)

Read More......

Al-Fatihah buat adik Nur Fatimah..


Dalam kesibukan, terpanggil saya untuk bersama2 melahirkan perasaan sedih ke atas pemergian puteri k.dijah dan ust ramadhan, Nur Fatimah pada 6.20 pagi 22 Oktober 2009 . Walaupun saya tidak rapat sangat dengan mama dan baba Nur Fatimah namun saya juga terasa sedih atas dugaan yg diterima kerana pemergianmu adik Nur Fatimah. Semoga pemergianmu memberi keberkatan kepada k.dijah dan suami. Bercucuran juga airmata bila baca post2 dari sahabat2 k.dijah. Sungguh tabah jiwa seorang ibu dan ayah. Sehingga anaknya juga menunjukkan tanda semangat jiwa seorang pejuang yang tabah. Mampu bertahan bertarung nyawa sehingga berhari2. Tabahnya dirimu wahai anak. Tamparan yang hebat buat kita kakak2, abang2, ibu2, ayah2, makcik2, pakcik2 yang sudah layu dek kerana ujian yang kecil. Hanya kerana dugaan sedikit, kita sudah tidak mampu bertahan. Alangkah malunya..
Ya Allah tabahkan hatiku dan kuatkan jiwaku, semoga aku mampu mengharungi semua dugaan-MU seperti mana tabahnya k.dijah,ust ramadhan dan Adik Nur Fatimah.

Kepada k.dijah dan ust ramadhan, semoga terus tabah dalam menghadapi dugaan ini. Ana yakin Allah beri dugaan pada hamba-NYA yang istimewa seperti k.dijah dan ust kerana kekuatan yang akk dan ust miliki. Sesungguhnya Allah menyayangi Nur Fatimah lebih dari kita menyayanginya. Beruntung akk dan ust dapat puteri bertuah seperti Nur Fatimah.

Sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah buat adik Nur Fatimah..

Read More......

Cerpen Muhasabah

Cerpen ini dipetik dari blog Mohd Dzul Khairi Mohd Noor.

Banyak iktibar dan pengajaran yang dapat diperolehi. Sama2 kita muhasabah diri. Saya juga insan yang naif...


“Anakku, tahukah kamu, dengan apa kamu akan dimasukkan ke dalam syurga dan dengan apa kamu dijauhkan dari neraka?”.

Guru melemparkan persoalan sulungnya dalam munaqasyah hari itu. Ribuan ulama yang hadir di kala itu dan mereka sedang bermuhasabah sesama mereka. Guru mengambil kesempatan untuk melihat sejauh manakah ketajaman makrifat saya kini.

Saya menjawab, “Dengan erti taqwa yang saya sembahkan kepada Allah, saya akan dimasukkan ke dalam syurga. Dan dengan erti khauf saya dijauhkan dari sambaran api neraka, guru,” saya menjawab dengan penuh keyakinan.

Guru menepuk bahu saya sambil menggeleng kepala. Ia bererti, jawapan saya salah. Zun Nun al-Misri datang dari belakang seraya berkata, “Nampaknya, makrifat anak muda ini masih lemah. Ia menyangka ia memberi kepada Allah. Walhal ibadat yang ia lakukan bukanlah untuk Allah. Taqwanya bukanlah memberikan kebaikan kepada Allah,” saya tidak faham apa yang dimaksudkan.

Guru kelihatan menyalami tangan Zun Nun al-Misri sambil menciumnya. Saya menuruti perbuatan guru. « Anakku, ingat pesan aku. Ibadah yang kamu lakukan sebenarnya hanya untuk dirimu. Taqwa itu hanya untuk dirimu. Khauf dan raja’ itu juga untuk dirimu. Bukan untuk Allah, » ucapan al-Misri menggoncangkan jiwa saya.

Guru tersenyum. Al-Misri meneruskan bicaranya, « Ajarilah muridmu ini, bahawa dakwah juga tidak mampu mengubah manusia. Usrah dan tarbiah juga tidak mampu memberikan apa-apa untuk Islam. Yang menjaga hati manusia dan membersihkannya hanyalah Allah. Kita hanya alat, » ujar al-Misri kemudiannya meninggalkan kami.

Saya kekeliruan. « Guru, telusnya, saya tidak memahami ungkapan al-Misri. Guru menarik saya merapatinya. Sambil guru berbisik, « Anakku, apakah layak taqwa kita yang cetek ini untuk memasukkan kita ke dalam syurgaNya yang seluas langit dan bumi ? Apakah mampu ketakutan yang kita sembahkan kepada Allah memadamkan neraka ? »

Saya terkedu. Teringat satu kalam Allah yang berbentuk ancaman. “Hari yang mana Kami bertanya kepada Jahannam, masihkah ada ruang kosong? Jahannam bertanya balik, “Apakah masih ada manusia yang ingin dilemparkan ke dalamku.”

Neraka ini tempat kotoran. Guru membuat tamsilan. Seolah-olah engkau merapatkan hidungmu ke dalam mangkuk tandas dan menjilat serta menggigit najisnya. Aduh, loya saya mendengarnya.

Seolah-olah, ambil tahi yang kotor dan dilumurkan ke muka engkau. Sanggupkah?

Bahkan neraka jauh lebih teruk berbanding itu. Guru bertanya lagi, “Anakku, sudahkah kamu bersedia menghadapi kehidupan selepas kematian? Sudahkah kamu mendidik adik-adik usrahmu agar bersedia menghadapi saat-saat itu? Saat yang mana tiada guna kelantangan suara kamu menentang kezaliman sedangkan hati kamu kotor.

“Saat yang mana tiada guna perjuangan kamu jika jiwa kamu penuh dengan daki-daki maksiat. Saat itu adalah saat untuk orang yang berhati bersih.”

Sebagaimana firman Allah. Yang berhati bersih itu adalah yang takut kepada Allah ketika ia sendirian.

Guru bertanya lagi. “Apakah kamu pernah menitiskan air mata? Atau kamu hanya banyak ketawa. Anakku, sesungguhnya Allah menyeru agar sedikitkan ketawa dan banyakkan menangis. Hati yang gelap itu mudah menerima kotoran maksiat. Bermakna hati kamu jika tidak dibersihkan, adalah ibarat tandas yang penuh dengan limpahan tahi.”

Saya menangis mendengar kata-kata guru. Ia sangat menusuk hati. Saya tidak mampu lagi menahan esaknya.

“Anakku, Iman dan ilmu yang kamu miliki, tidak mampu memberikan kesan yang besar kepada Islam. Maafkan aku anakku. Aku melihat kamu kuat berjuang namun nafsumu sentiasa kecundang. Namun kamu menyangka kamu telah memberikan sumbangan yang besar kepada Islam. Kamu silap anakku.”

Saya terus memeluk guru sambil memohon ampun kepadanya. “Anakku, jangan mohon ampun dariku. Mohonlah kepada Allah. Bukan hanya dengan solat taubat dan istighfar lidah. Sebaliknya dengan penuh perasaan kesal dan keazaman untuk tidak mengulanginya.”

Pejuang Islam sekarang menurut guru, kuat daya juangnya namun lemah ketahanan imannya. Lantang suaranya menentang kezaliman namun perlahan bisikan hatinya di lembah keimanan. Jasadnya sanggup bersusah payah bersama perjuangan rakyat namun nafsunya sentiasa ingin bersenang lenang.

Solat taubat. Bukan solat taubat yang mendekatkan kita kepada Allah. Tetapi keinginan kita ingin meninggalkan kotoran maksiat dan melakukan taat.

Saya kemudiannya merapati al-Sakandari untuk memohon petunjuknya. Guru yang meminta saya berbuat demikian.

Al-Sakandari melihat saya. Lalu ia menangis. Teringatlah saya kata guru. Jika kamu ngin melihat kepada orang yang sentiasa berasa dirinya penuh dengan maksiat, jiwanya jauh dari taat, maka lihatlah kepada al-Sakandari. Ia sentiasa merasakan dirinya pelaku dosa yang besar.

“Guru, berikanku pesan.”

Al-Sakandari menangis. Ia meraung kuat. « Aduh, hari ini orang memohon nasihat dariku sedangkan diriku sendiri tenggelam dalam lautan kedurhakaan. Aduh, bagaimana hatiku ingin berkilau-kilauan dengan cahaya keimanan sedangkan bayangan duniawi selalu menyelimutiku, » ia pengsan dan saya tergamam.

Read More......

Rintihan..

Tertarik pertama kali membaca kata2 yang di petik dari salah sebuah web sosial. Disebut sebagai syair Imam Syafie. Walau dari manapun asal kata2 ini, semoga dapat kita ambil sedikit penghayatan melaluinya.


Ku sembahkan rintihan kepadaMu
Tuhan sekalian makhluk
Akan harapanku
Sekalipun aku orang yang berdosa
Wahai yang Maha Pemberi dan Pemurah

Bilamana keras hatiku
Dan terasa sempit perjalanku
Ku jadikan rayuan rintihan daripadaku
Sebagai jalan untuk mengharap keampunanMu

Bilamana Engkau yang memiliki keampunan
Menghapuskan dosa yang berterusan ini
KurniaMu dan KeampunanMu
Adalah Rahmat dan kemuliaan
Bukankah engkau yang memberi aku makan
Serta hidayah kepadaku
Dan janganlah engkau hapuskan kurniaan
Anugerah dan nikmat itu kepadaku
Walau aku sorang yang sentiasa berdosa

Semoga orang memiliki ihsan
Mengampuni kesalahanku
Dan menutup dosa-dosaku
Serta setiap perkara yang telah lalu
Sekiranya Engkau ampunkan aku
Ampunkan dari kederhakaan,
kezaliman dan penganiayaan
Yang tak akan terhapus
Di hari berhimpun kesedihan

Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku
Aku tidak akan berputus asa
Sekalipun dosa-dosaku itu
Akan memasukkan aku ke dalam neraka
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut Rabbanya
Dan bila mana dia bersama selain Tuhannya
Di dunia ini dia membisu

Dia...Rasulullah saw berkata .....
Kekasihku...Engkaulah tempatku meminta dan berharap
Cukuplah Engkau bagi yang berharap
Sebagai tempat bergantung dan memohon
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

Di saat ku jaga, aku rindu...
Dan di saat ku lelap, aku berharap
Mengiringi langkahku
Dengan penuh semangat dan berulang
Sesungguhnya dosaku adalah besar
Sejak dulu dan kini...
Namun ku tahu keampunanMu yang
Mendatangi hamba
Adalah lebih besar....(agung)...dan lebih mulia......

Read More......

Bicara Wanita 2


Bicara Wanita 2 akan menutup tirai pada hari ini dengan perbincangan yang cukup menarik dan dikupas oleh seorang tokoh perubahan yang pernah memenangi beberapa anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Pernah saya menimba pengalaman dengan beliau sewaktu beliau menjadi supervisor K.Fida (Noor Hafida, akk saya dari Kelantan. Banyak klu nak hurai tentang dia ni. Kire anak angkat family la). Banyak perkara menarik yang saya temui sepanjang tempoh yang singkat itu. K.Fida membuat kajian tentang perubahan warna dalam Rosselle dan dengan itu banyak yang saya belajar mengenai inovasi dan sedikit sebanyak membolehkan saya biasa dengan istilah2 dalam bioteknologi makanan.

Dijemput semua hadir memeriahkan Bicara Wanita 2 terakhir sesi ini dan selepas ini kita akan menumpukan sepenuhnya kepada peperiksaan yang akan berlangsung bermula 2 - 18 November 2009 ini.

Tarikh: 16 Oktober 2009
Masa: 12.30 tengahari
Tempat: DKP 3
Tajuk: Wanita dan Masa Hadapan
Penceramah: Prof. Madya Dr. Zaiton Hassan (Pensyarah Kanan FST)
Semua dijemput hadir.

* p/s-war2kan pd sume yek..syukran..;-)

Read More......

Me as a Muslimah


Find more videos like this on DERIAISLAH COMMUNITY

Read More......

KarSis '09

“Akak.. update la aktiviti KarSis 09 dalam blog akak..” Baik.. akanku tunaikan apa yang dikau pinta wahai adik2ku..(“,)

Karnival Mahasiswa USIM 2009 (KarSis ’09) banyak mendapat kritikan membina dari pelbagai pihak. Hatta nama singkatannya jadi bualan orang. Kata orang, indah nama indahlah rupanya. Betul ke? Emm.. Orang kata bukan kita kata kan? Tak indah ke nama tu? Aha.. Mari saya bongkarkan sejarah KarSis ’09.

KarSis tercetus dari idea Majlis Perwakilan Pelajar sesi ini sendiri tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Tujuan utama KarSis ’09 ini dijalankan adalah utk menyatupadukan dan mengeratkan lagi hubungan antara Kelab dan Persatuan di bawah MPP USIM khususnya dan Persatuan diluar kelolaan MPP umumnya.

Senarai Kelab dan Persatuan yang bernaung dibawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar:

Majlis Perwakilan Pelajar
Kelab Islam Hadhari
Kelab Penyayang
Kelab Pemadam
Kelab Debat
Sekretariat Permuafakatan Siswa/i
Urusetia Kesenian Pelajar
Sekretariat pencegah rasuah
Pembimbing Rakan Universiti
Sekretariat rukun Negara
Kolej Kediaman Nilam Court
Kolej Kediaman Desa Jati
Kolej Kediaman Camelia Court
Kolej Kediaman Pandan Indah
Kolej Kediaman Sutera Indah
Urusetia Pembangunan Mahasiswa
Kolej Kediaman Acacia
Urusetia Sukan dan Rekreasi Pelajar
Sekretariat Rakan Muda

Pelbagai persoalan yang timbul disebabkan ketidaksepaduan MPP dan Kelab & Persatuan yang sedikit sebanyak membantutkan pergerakan gerakan mahasiswa USIM. Sempena 10 tahun USIM, perkara ini dilihat perlu diselesaikan dan diselaraskan segera dengan menjalinkan semula hubungan baik diantara gerakan mahasiswa.

Disamping itu, KarSis ’09 dengan temanya “Mahasiswa Pemacu Minda Pragmatis” digerakkan istimewa untuk mahasiswa USIM bagi bersama membina semangat kemahasiswaan yang tebal untuk menjadi pemimpin masa hadapan yang lebih berwibawa. Zaman ini bukan zaman merenung dan termenung. Zaman ini adalah zaman bergerak dan berlari lebih pantas dan terus pantas. Jangan dek kerana terbelenggu dan terikat dengan pemikiran yang jumud menyebabkan kita masih berada ditakuk yang lama.

MPP dengan motto nya Motivasi, Professional, Perubahan berhasrat untuk mencapai ketiga-tiga hasrat disamping memastikan impak kepada mahasiswa. Namun segalanya tidak akan berlaku jika tidak mendapat kerjasama dari sahabat-sahabat mahsiswa yang lain. Apa yang penting??? Kerjasama!!! (trade mark ku semasa sesi pengenalan calon) Sebagai hadiah kepada mahasiswa, kami menghidangkan pelbagai program yang kami harap tidak ada istilah ‘syok sendiri’ sekaligus memberi manfaat kepada mahsiswa untuk mengambil intipati yang terbaik.

Dari mahasiswa kami datang, kepada mahasiswa kami berbakti. Jadi, segala program yang disediakan didalam KarSis ’09 demi meningkatkan pemikiran dan kematangan mahasiwa disamping mengikut syariat dan landansan yang tepat. Jika ada yang kurang tepat, dialu-alukan untuk melaporkan dan berhujjah dengan tenang dan berhikmah.

Diantara program2 lengkap yang dirancang didalam KarSis ’09 ialah :


Perasmian Pembukaan & Konsert Rabbani

PIC : Hilmi
ULPM
Kelab Debat
Ajk konsert c-fest ke-5

Tarikh : 2 Oktober 2009
Masa : 8.30 malam – 11.30 malam
Tempat : Pusat Kemudahan Pelajar
Jemputan : Prof. Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah, Timbalan Naib Canselor HEP.
Kumpulan Rabbani, Atra dan Sekretariat.

Program ini telah lepas dan sokongan dari semua agak memberangsangkan Alhamdulillah. Terima kasih kepada PIC program yang telah menjayakan majlis perasmian ini dengan jayanya. Terima kasih tidak terhingga kepada mahasiswa yang menonton live perasmian pembukaan dan penampilan pertama Rabbani di IPT tanpa Allahyarham Ust Asri. Warga USIM bertuah dan terima kasih diucapkan Rabbani.

Karnival Muslimah Cergas 09

PIC : Ainul Faridah Abdullah
Maisarah Mohd Rafie
USRP (Razlan)
JAKSA Acacia, Jati, Nilam, Camelia.

Tarikh : 10 Oktober 2009
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat: Pavillion dan Pusat Sukan
Pertandingan : Bola Jaring
Bola Tampar
Bola Baling
Futsal
Yuran : RM 2 setiap seorang

Karnival khusus untuk mahasiswi julung-julung kali diadakan di USIM dimana dijangkakan hampir 0 muslimin semasa pertandingan berlangsung. Namun kita tak dapat nafikan persediaan untuk menjalankan pertandingan ini menggunakan tenaga gagah dan pengalaman dari muslimin terutamanya. Ini kerana pertandingan seumpama ini masih belum pernah dijayakan secara besar-besaran di USIM.
Walaupun kompleks sukan wanita yang heboh dibincangkan tidak wujud di USIM tapi itu insyaALLAH tidak menjadi penghalang untuk kita menjalankan perkara yang dituntut syara’. Jangan membuat alasan diatas perkara yang bukan masalah. Bimbang kita diketawa orang dek kerana kebodohan kita. Sama-sama kita menjayakannya dan mendoakan semoga Karnival sukan wanita akan berjaya dilaksanakan.


Sidang Pleno USIM

PIC : Mohd Hazimin Harun
Mohad Sulaiman Abdullah
Umar Mukhtar Mohd Noor
Nursyuhada M.Zulkifli

Tarikh : 4 Oktober 2009
Masa : 2.00 pagi – 5.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat FSU
Usul/domain yang disentuh:
Akademik
Kerohanian
Kebudayaan
Kepimpinan
Etika dan Sahsiah diri
Kesukanan

Sidang Pleno telah berjaya dijalankan semalam disertai oleh kebanyakan kelab dan persatuan USIM termasuk Majlis Perwakilan Pelajar yang dipengerusikan oleh YDP MPP, Saudara Alif Ismail. Sidang pleno USIM julung-julung kali diadakan ini ala parlimen yang membincangkan isu-isu dasar yang pelbagai menggunakan kaedah pembentangan usul dan perbahasan usul.
Berlaku sedikit perdebatan di dalam Sidang Pleno yang diadakan membuktikan mahasiswa USIM hakikatnya mempunyai intelektual kelas pertama yang perlu diasah lagi supaya USIM dapat merealisasikan usaha untuk melahirkan pemimpin yang berwibawa dimasa hadapan.
Walaupun dilihat masih ada kekurangan dan kelompongan, namun itu dianggap sebagai titik permulaan kearah pemikiran mahasiswa yang pragmatis. Diharap MPP sesi depan akan meneruskan perjuangan ini untuk melahirkan mahasiswa yang berjatidiri unggul. Untuk pengetahuan semua, resolusi hasil dari pembentangan usul dan perbahasan perwakilan akan diwar-warkan kepada seluruh masyarakat kampus melalui Speaker Corner yang akan kita jalankan mulai hari Isnin sehingga Khamis didataran Pusat Kemudahan Pelajar (PKP). Semoga usaha ini dihargai oleh semua dan ucapan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat kelab dan persatuan serta pemerhati yang memberi kerjasama yang padu bagi memastikan kelancaran Sidang Pleno USIM. Syukran.


Taklimat AUKU

Tarikh : 17 Oktober 2009
Masa : 2.00 pagi – 5.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat FSU

Publisiti yang menyeluruh telah dibuat untuk program ini namun program ini terpaksa ditunda kepada tarikh yang lain disebabkan hal-hal yang diluar kawalan KarSis ‘09. Pelbagai usaha dijalankan namun masih tidak mampu dijalankan didalam minggu KarSis ’09. Warga KarSis ’09 kesal dengan penangguhan Taklimat Auku ini kerana gerak kerja telah pun dijalankan namun terpaksa ditangguhkan ke tarikh yang akan diberitahu kemudian.


Pameran Persatuan

Tarikh : 5 – 8 Oktober 2009
Masa : 8.00 pagi – 5.30 petang
Tempat : Pusat Kemudahan Pelajar
Jemputan : Tiada

Pameran persatuan sememangnya dijalankan setiap tahun bagi memperkenalkan kelab dan persatuan yang bernaung dibawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Tahun lepas ia diadakan di bangunan FSU namun tahun ini kita buka di PKP kerana disitu kita akan mulakan speaker corner dan pelbagai aktiviti dipentas berhampiran dengan kelab dan persatuan tersebut. Semoga pameran ini akan menarik minat mahasiswa untuk bergiat aktif dengan kelab dan persatuan didalam USIM bagi mendapatkan bukan sekadar sijil tetapi pengalaman yang berharga. Hidup ini bukan selamanya, berusahalah bermula dari detik ini untuk menjadi orang yang berguna supaya akan memberi manfaat kepada orang lain dimasa hadapan. Bimbang jika tidak ada niat dari sekarang, kita meninggal dunia dengan tiada bakti jaksa bahkan niat dan usaha pun tidak ke arah itu. Ayuh kita sama-sama membina jatidiri kita masing-masing kearah pembinaan umat Islam yang lebih unggul. Islam pasti menang. Yakin dan bersedialah untuk menjadi pimpinan Islam.


Dialog 1 Malaysia

Tarikh : 7 Oktober 2009
Masa : 2 pagi – 6.00 petang
Tempat: DKF 1.2 (FKP)
Jemputan : Jemputan Luar
* program sepenuhnya dikelolakan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Pelbagai komentar yang dapat dilihat dari blog KarSis ’09, http://www.karsis09.blogspot.com/. Jangan mudah melatah wahai mahasiswa yang professional. Jika anda melatah membuktikan MPP masih tidak berjaya menyerapkan kreadibiliti mahasiswa yang professional sepertimana kami canangkan didalam moto kami, Motivasi Professional, Perubahan.
Ilmu adalah ilmu. Jangan dicampur adukkan ilmu dengan sentimen yang tidak baik. Biarkan ilmu itu berlegar dengan sendiri dan jangan dihalang. Proses penyerapan dan penerimaan itu yang perlu diambil kira. Adakah kita mengambil yang positif dan membuang yang negative atau sebaliknya. Tiada masalah dengan dialog 1 malaysia ini kerana kita menyokong gagasan 1 Malaysia yang diwar-warkan oleh YAB PM kita. Adakah anda faham dan arif tentang apa itu 1 Malaysia? Belum bukan? Sebelum kita menyokong atau menolak, dengar dan perincikan dulu. Bimbang kita tersalah membuat keputusan dek kerana nafsu amarah yang tidak terkawal. Be professional. Kita mahasiswa yang membawa suara mahasiswa bukan mana-mana sentimen luar. Teruskan mencari ilmu dan pengalaman. Kita masih muda dan neutral, jangan keruhkan peranan kita sebagai mahasiswa yang intelektualnya kelas pertama. Mahasiswa USIM terbaik insyaAllah..


Jom Masuk ‘U’

PIC : Nur Fadhilah Dalilah Daiyana
Kelab Pemadam
Kelab Penyayang

Tarikh : 8 Oktober 2009
Masa : 8.00 pagi – 3.00 petang
Tempat: DKF 1.2 (FKP)
Jemputan : SMKA Shams, Seremban
SMAP, Kajang
SMA Sharifah Rodziah, Melaka

KarSis ’09 bukan sahaja bermain dikalangan mahasiswa untuk mahasiswa didalam USIM malah mahasiswa untuk masyarakat luar supaya kita dapat mengaplikasikan terus apa yang kita katakana “mahasiswa bersama masyarakat”. Ramia orang pertikaikan USIM tidak nampak peranannya kepada masyarakat sekelilingnya terutama sekali masyarakat di Nilai. Tapi wahai warga Malaysia sekalian, ketahuilah bahawa kebanyakan masjid di Nilai dan berdekatan Nilai adalah mahsiswa USIM. Macam-macam sumbangan yang mahasiswa USIM telah beri termasuklah tusyen dan kelas membaca Al-Qu’an.
Kesinambungan dari itu, KarSis ’09 menjemput adik-adik dari 3 buah sekolah ini untuk melawat dan mengenali USIM supaya suatu hari nanti USIM akan menjadi pilihan mereka yang pertama selain memberi motivasi untuk berjaya sampai ke menara gading. Tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal…cinta la kan? Hehehe.. kita boleh guna kata-kata ini dalam hal ini tp tidak dalam hal tertentu. Selamat datang adik-adik Seremban, Kajang dan Sharod. Inilah bakti kami untuk anda.


Seminar Seronok Berpersatuan

PIC : Pembimbing Rakan Sebaya

Tarikh : 9 Oktober 2009
Masa : 3.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : DKF 1.2 (FKP)
Jemputan : Saudara Razlan Ahmad

Seminar ini adalah untuk menggalakkan mahasiswa menceburkan diri dan mencari pengalaman bekerja membuat program serta menjadi pengurus yang berjaya. Softkill adalah value added yang diperlukan dewasa ini. Perkara ini tidak boleh dipaksa tetapi mestilah datang dari kerelaan hati sendiri untuk membina jatidiri dan jiwa yang kental. Hanya diri sendiri yang merubah diri. Jangan kita berubah kerana orang lain bimbang kita akan kecewa kerana orang lain juga adalah manusia biasa yang pastinya akan melakukan kesilapan. Apabila kesilapan telah terbongkar atau kehilangan orang, perubahan itu akan dianggap penyesalan. Berubahlah kerana ALLAH kerana hanya DIA yang kasihNYA tidak berubah dan wujudNYA sampai bila2.


Solat Hajat dan Motivasi

PIC : Afiq dan Aida
Pembimbing Rakan Universiti

Tarikh : 9 Oktober 2009
Masa : 7.00 petang – 9.30 malam
Tempat: Dataran Kolej Kediaman Nilam Court
Jemputan : Penceramah Luar

Solat hajat ini diawalkan kerana bagi kami di pihak MPP, bermulanya solat hajat ini bukanlah 1minggu sebelum peperiksaan tetapi lebih awal lagi. Jadi kami harap perubahan ini juga dapat merubah persepsi masyarakat umumnya dan kampus khususnya tentang peranan solat hajat ini dalam kehidupan kita seharian. Marilah kita sama-sama memperbanyakkan solat sunat bagi meningkatkan keimanan dan kecintaan kita kepada Allah. Bimbang penumpuan yang melampau terhadap dunia melalaikan kita tentang peripentingnya hal akhirat. Akhirat yang utama. Kejar akhirat, dunia pun dapat kerana untuk mendapat kebahagiaan akhirat itu wasilahnya didunia.
Ayuh kita sama-sama turun dan menjayakan solat hajat dan motivasi ini. Semoga Islam sentiasa menang dan unggul di seluruh pelusuk dunia dengan berkat pengorbanan kita menjayakan amal ma’ruf.


Malam Kebudayaan Siswi

PIC : Ainul Faridah Abdullah
Arijan
Maisarah Mohd Rafie

Tarikh : 9 Oktober 2009
Masa : 8 malam – 11.30 malam
Tempat : DKP 2
Jemputan : Tiada
Pertandingan :

Nasyid Berkumpulan
Nyanyian solo/duet
Sajak/Puisi
Yuran : RM 2 setiap seorang

Program ini khusus untuk muslimah dimana kita akan membuka ruang dan peluang untuk menunjukkan bakat. Ada yang kurang bersetuju mengatakan kenapa mesti tertutup? Kalau terbuka barulah menaikkan semangat keberanian mahasiswi untuk berhadapan dengan orang ramai. Dikatakan realiti masyarakat dewasa ini memerlukan wanita yang berani bercakap dikhalayak ramai tidak kira lelaki atau perempuan.
Tuan hamba yang bercakap… Ni nak pesan… Cakap siang pandang-pandang na… itu bab bercakap/dakwah. Bukan mengalunkan suara.
Jawapan dia panjang kerana banyak perbahasan mengenai isu ini. Apa pendekatan yang KarSis ‘09 sesi ini ingin tonjolkan adalah imej sebenar kebudayaan Islam. Islam tak boleh menyanyi ke? Tak boleh berpuisi ke? Tak boleh manari ke? Tak boleh berdikir ke? Siapa kata tak boleh? Islam itu syumul. Sempurna dari semua sudut. Tetapi ada batasannya.. kerana apa? Untuk menjaga kemaslahatan manusia. Allah s.w.t yang mencipta kita, maka kepada Allah jualah kita kembali. Macamana nak tau yang betul dan yang salah? Allah utuskan Rasulullah s.a.w yang tercinta. Rasulullah dah wafat macamana? Rasulullah s.a.w sebelum wafatnya telah meniggalkan 2 benda yang amat berharga. Jika kita pegang yang ini insyaALLAH tidak akan sesat. Apa dia? Al-Qur’an dan As-Sunnah.. Sumber rujukan kita sebagai Muslim.
Bila nak hurai isu ini panjang. Jadi mari kita jayakan dahulu program ini sebaik mungkin agar membuka mata sesetengah pihak tentang beza yang hak dan yang batil. Jangan kita menyokong atau cenderung kepada yang batil, bimbang kita termasuk dikalangan mereka. Seperti juga jangan kita lakukan apa2 yang kita ragui/syak.


National Talk

PIC : Sepenuhnya Exco Akademik dan Linguistik MPP

Tarikh : 11 Oktober 2009
Masa : 9.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : DKP 3
Jemputan : Penceramah Luar

Program ini juga julung-julung kali diadakan. Jemputan yang hebat-hebat akan membincangkan isu yang kritikal. Rugi jika tidak menyertainya. Tak dapat nak hurai panjang program ini kerana bukan dibawah pantauan saya. Boleh alert dengan poster dan publisiti di kampus ye.


Opkim

PIC : Najib Taha
Kelab Islam Hadhari
Sekretariat Rakan Muda

Tarikh : 11 Oktober 2009
Masa : 8.00 pagi – 10.30 malam
Tempat : Batang Benar

Mahasiswa bersama masyarakat. Program ini berbentuk khidmat masyarakat yang didalamnya terdapat pelbagai aktiviti menarik yang mampu membina kemahiran komunikasi dikalangan mahasiswa. Turun dan berhubung terus dengan masyarakat sebenar bukan perkara yang mudah dan memerlukan kesabaran, kemahiran dan kesungguhan untuk memahami kehendak masyarakat luar yang mempunyai latarbelakang yang berbeza. Program ini seringkali dilakukan oleh kelab SRM, PRU dan sebagainya. Namun KarSis ’09 akan mencuba angle yang terbaik membezakan program ini dengan program yang biasa2. Sokongan anda amatlah diharapkan.

Read More......

Apakah benar engkau pejuang??

Salam perjuangan. Agak bersawang laman ini nampaknya. Dek kerana kecemburuan masa dengan raya, tugasan pelajaran dan sebagainya. Akan muncul KarSis '09 USIM pada 3-11hb Oktober 2009. Ayuh bantu saya jayakannya beramai2.. Penyertaan anda bersama rakan-rakan USIM amat2 diharapkan. Apa yang penting??? Kerjasama!!! :-)

Belek punya belek, selak punya selak, terjumpa satu lagu lama yang amat memberi tamparan yang mampu meremukkan pipi saya. Ayuh kita hayati. Wahai pejuang-pejuang sekalian.. Adakah benar kita seorang pejuang?? Ayuh kita koreksi diri bersama2 kerana Islam..!!


Qatrunada - Apakah benar engkau pejuang???


Engkau ingin berjuang tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang tapi rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang tapi tidak begitu setiakawan
Engkau ingin berjuang tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang tapi ingin menjadi pemimpin
Engkau ingin berjuang menjadi pengikut agak segan

Engkau ingin berjuang tolak ansur tidak engkau amalkan
Engkau ingin berjuang tapi tidak sanggup terima cabaran
Engkau ingin berjuang kesihatan dan kerehatan tidak sanggup engkau korbankan

Engkau ingin berjuang tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang tapi rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang masa tidak sanggup engkau luangkan
Engkau ingin berjuang kerenah isteri tidak kau tahan
Engkau ingin berjuang rumahtangga lintang pukang
Engkau ingin berjuang diri engkau tidak engkau tingkatkan

Engkau ingin berjuang displin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang tetamu engkau abaikan

Engkau ingin berjuang anak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang pandangan engkau tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang iman dan taqwa engkau lupakan

Yang sebenarnya apa yang engkau hendak perjuangkan…???

~HATI KERING - Tak Lapar Dek Kutukan... Tak Kenyang Dek Pujian... Kerana Bukan Pejuang Sembarangan~

Read More......

Pemergianmu Ya Ramadhan..=(

Malam ini adalah malam yang terakhir buat ku.. Adakah kan kutemui malam sebegini selepas ini?? Ya Allah.. Adakah dosa-dosaku yang menggunung telah mendapat keampunan-MU Ya ALLAH?? Cinta-MU telah bertandang?? Redha-MU telah menjengah?? Allahua'lam.. Aku serahkan diriku pada-MU Ya Rabb.. Sesungguhnya solat ku, ibadah ku, hidup ku dan mati ku hanya kerana-MU Ya Allah Tuhan sekalian alam.. Pemergian Ramadhan satu kesedihan yang amat bagi kami umat kebanggaan kekasih-MU, Nabi Muhammad s.a.w.. Semoga diriku dan sahabat2 kesayanganku serta umat Islam yang lain mendapat keredhaan dan maghfirah dari-MU Ya Rabb..

Read More......

Bersyukurku pada-Mu Ya ALLAH...

Read More......

Buat yang bergelar SAHABAT


Read More......

Bina Jatidiri

Tiada kata seindah bicara. Madah kalam mengusir resah.

“die ni lurus bendul...ikut je cakap orang..” kata sepupuku Siti Salmah binti Salim kepada rakannya melalui telefon. Jadi, betul ke saya ni bendul??

Hmm.. Sebenarnya sukar untuk menidakkan bahawa saya memang seorang yang bendul. Seringkali mengikut telunjuk orang. Pernah saya berbincang perkara ini dengan seorang sahabat ketika di sekolah menengah. Jika diberi pilihan untuk saya menjadi pemimpin atau pengikut, saya akan memilih menjadi pengikut kerana itulah peribadi saya sejak kecil. Mungkin kerana kedudukan dalam adik beradik yang menjadikan saya tersusun dan disusun dari segala sudut. Kebergantungan saya kepada keluarga amat-amat tinggi kerana kebiasaannya saya yang paling dimajakan selain adik saya Muhammad Khairi.

Pola kehidupan ini berterusan sehingga saya menjadi seorang pengikut yang baik. Bila difikirkan semula, banyak benda yang saya rugi disebabkan saya banyak mengikut tanpa mempunyai idea dan pendirian sendiri hanya bergantung kepada keluarga. Tiada percambahan pengalaman dan otak pun tak bergerak dengan begitu aktif untuk mencari masalah dan menyelesaikan masalah.

Namun perubahan itu berlaku sedikit demi sedikit menyebabkan semuanya terbalik. Saya sudah mula mencari identity sendiri walaupun saya tidak kuat membangkang kerana setiap kali saya membangkang kata2 abang2 dan keluarga, airmata saya akan berlinang. Kekuatan itu masih lagi dibina sehingga kehari ini. Diluar saya dilihat seorang yang berani bercakap dan berhujah, tapi jauh disudut hati saya tidak. Saya tidak berani bercakap.

Sewaktu di bangku sekolah rendah dulu, ada satu peristiwa yang tidak akan saya lupakan sewaktu saya disuruh menyertai pertandingan syarahan anjuran UMNO kawasan Maharani. Ketika itu saya tidak pernah bercakap dikhalayak ramai, apatah lagi menyampaikan syarahan. Terbayang sebelum menaiki pentas, macam2 ayat saya baca untuk hilangkan perasaan takut saya. Rasa nak balik je waktu tu. Peserta yang lain pula hebat2 belaka. Tiba2 nama saya dipanggil. Bismillahirrahmanirrahim… Dengan lafaz bismillah saya melangkah kaki. Tak saya sedar bila saya sampai di mikrofon dan bila angkat kepala je, terus darah tu mengalir deras. Dada berombak menyatakan pemberontakan hati. Macam2 perasaan yang timbul. Nak nangis pun ada. Namun tahukah apa yang saya syarahkan?? Hehehe… Nothing… Saya tak ingat langsung apa yang saya telah hafal dan cakap hanya kata2 aluan. Ya Allah… Waktu itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa malunya saya dengan semua pelajar2 dari pelbagai sekolah. Malu gilerrr… Tapi itu adalah titik tolak saya untuk belajar apa yang saya tidak mahir. Malu bukan alasan kerana dari kesalahan akan terbina jatidiri yang lebih mantap.

Point yang saya nak sampaikan disini ialah:

  • KELUARGA didahulukan UKHUWAH diutamakan

  • PEMIMPIN yang hebat mempunyai ciri2 PENGIKUT yang hebat.

  • Kita MAMPU buat sesuatu dengan izin Allah.

  • CUBA dulu baru tau.

  • JANGAN mudah berkata Yes kepada yang kita benar2 tidak mampu dan JANGAN seringkali berkata No untuk memberi alasan.
  • KESALAHAN adalah pengalaman. PENGALAMAN menjana kehidupan berkualiti. KEHIDUPAN berkualiti untuk akhirat yang bahagia. AKHIRAT yang bahagia hanya dengan REDHA ALLAH s.w.t.

  • Always think POSITIVE so that we can manage something without amarah and personal judgement.

  • Kesalahan boleh membina JATIDIRI muslim yang sempurna dengan syarat menjadikan ianya iktibar.

  • Manusia PASTI boleh berubah kepada yang lebih baik.
  • Semoga kita sama2 sentiasa berusaha meningkatkan imej dan bi'ah Islam di mana jua kita berada.

Saya pasti sahabat2 pengunjung semua juga mempunyai pengalaman yang hampir serupa. Kita bertambah banyak ilmu dan pengalaman, namun orang yang berilmu akan berkata “masih banyak ilmu yang perlu aku pelajari”. Bererti kita tidak akan pernah sempurna dan perlu meningkatkan diri dari semasa ke semasa. Boleh kah kita melakukannya sendiri tanpa mengikut panduan Al-Qur’an dan As-sunnah, tanpa berserah kepada Allah? Kita mungkin akan dapat memulakan perubahan namun istiqamah sesuatu itu lebih susah untuk dijaga. Perlu ada pendinding supaya kita sentiasa istiqamah. Kita tidak mampu berdiri seorang kerana itulah Allah menimbulkan perasaan Ukhuwah (persaudaraan). Bak kata sahabat saya “siapa kita nak mengaku kita hebat kan, so selagi tidak hebat kenalah sentiasa bersama sahabat2”.

Semoga bermanfaat…

Read More......

Takziah buat adikku Mariyam

Takziah buat Mariyam yang baru sahaja kehilangan ayahanda tercintanya. Al-Fatihah...

Adat hidup didunia. Yang hidup pasti akan kembali kepada Penciptanya. Bila dan dimana itu hak mutlak Allah s.w.t dan kita tidak mampu menjangka. Kerana itu kita perlu sentiasa bersedia untuk menyiapkan diri dengan pakaian amalan yang terbaik yang kita jahit dengan tangan kita sendiri.

Saya selalu terfikir, kuatnya sahabat2 yang sudah kehilangan bonda atau ayahandanya. Seperti juga sahabat yang saya kagumi, Ustazah Rafidah yang saya rasa tidak pernah hilang semangatnya untuk berjuang menegakkan Islam walaupun kehilangan ayahandanya baru2 ini. Maju dan terus laju. "Ana kagum dengan nti." Jika saya ditempat mereka, belum tentu saya mampu menghadapinya. Perlukan masa yang panjang untuk kembali bangkit barangkali. Begitu juga dengan sahabat saya yang lain yang sudah kehilangan salah seorang dari orang tua mereka. Basitah, Raihan, Syahmina, Maryam, Basirah dan ramai lagi. Ramai sahabat2 saya yang kuat. Saya kagum dengan kekuatan sahabat2 semua..

Teringat pula kisah yang saya tonton di TV yang mengisahkan barakahnya doa seorang ibu. Walaupun anaknya membuat kejahatan, namun disebabkan mudahnya makbul doa ibu maka dia terlindung dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t. Tetapi apabila ibunya tiada, segala kenikmatan yang dirasai sedikit demi sedikit terhakis. Kadang-kadang bila difikirkan betul juga apa yang dikisahkan dalam cerita ini. Saya rasa diri ini tidak cukup baik dan sentiasa terdedah dengan perkara2 yang buruk. Namun saya kira berkat rahmat dan kurnia Allah melalui doa ibu dan ayah saya, senantiasa saya akan kembali semula ke jalan yang benar. Seolah2 doa ibu dan ayah semasa hidupnya amat memberi kesan dalam hidup saya.

Apa akan jadi jika mak dan ayah saya sudah tiada? Mampukah saya berdiri di atas kaki sendiri tanpa berkat doa dari orang tua? Adakah saya akan hanyut dan terus hanyut? Itu perkara yang amat merunsingkan saya... ='(

Read More......

Oh CINTA di dunia..

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa setiap manusia ada potensi untuk terjerat dengan percintaan duniawi. Usah dinafikan kerana itu fitrah. Namun kuperlukan hati kering untuk menidakkan fitrah yang tidak mengikut syariat. Kisah yang dilalui mesti dilupakan...

Read More......

Ramadhan Kareem

Ramadhan…
Kehadiranmu dinanti
Kegembiraan bukan kepalang
Semua insan menyambutnya
Masjid surau kembali imarah

Ramadhan…
Bulan yang penuh barakah
Bulan turunnya Al-Qur’an petunjuk sepanjang zaman
Didalammu penuh kisah gembira
Panduan buat kita insan terkemudian

Ramadhan…
Allah s.w.t mengurniakanmu sebagai penawar
Penawar bagi segala penyakit
Rohani dan jasmani direpair
Mencari lesen berjumpa-Mu Ya Allah

Ramadhan…
Amalan diganda syaitan dibelenggu
Peluang untuk mendidik nafsu
Yang semakin hari semakin mengganas
Peluang ini tidak akan kusiakan


Ramadhan…
Harapanku semoga segala amalanku diterima
Semoga aku dapat manfaatkanmu kali ini
Kecuaian yang lalu cuba kuhindar
Bimbang ini Ramadhan yang terakhir

~nukilan meknol~


* Salam Ramadhan buat semua. Salam kemaafan dari saya.

Read More......

"Pergi Tak Kembali"


11.34 pagi 13 Ogos 09, telifon saya berbunyi, saya memandang kepada telifon saya.

Hussian dari Layar Consult

“Assalamualaikum syeikh, apa cerita?”

Kata saya“Waalaikumusalam, ustaz dah dengar berita ke belum?” tanya Hussain.

“Berita apa?” Tanya saya kembali.

“Ustaz Asri Rabbani meninggal” kata Hussain lagi.

“Innalillah wa Inna Ilaihi Rajiun” spontan kalimah ini keluar dari mulut saya walaupun seakan-akan belum percaya dengan berita yang saya dengar ini.

“Sekarang jenazah ada di Hospital Pantai di Bangsar” kata Hussain lagi.

Setelah menyiapkan beberapa urusan, saya terus mengambil kereta dan terus ke Bangsar.

Saya sampai ke Hospital jam 12.25, terus turun.

Samsul, anak buah saya terus mencari parking.

Ramai orang berkumpul. Saya bersalaman dengan mereka yang sedang berkumpul di tempat berhampiran bahagian kecemasan ini.

Tiba-tiba, Rosli staf dari Layar Consult menghampiri saya.

“Ustaz, mari kita turun ke bilik mayat, pihak hospital dah nak turukan jenazah ustaz ke situ" katanya.

Saya pun berjalan bersama beberapa orang yang lain. Saya sampai ke bilik menunggu jenazah.

Jam di tangan menunjukkan pukul 12.30 tengah hari.

Di bilik ini belum ramai orang.

Tak ramai yang tahu jenazah akan dibawa ke sini. Masih ramai yang di atas.

Saya menjengah di satu sudut.“Muslim Preparation Room No. 1” papan tanda bilik jenazah di Hospital Pantai ini.12.36, jenazah di usung turun ke tempat ini.

Tiba-tiba, kawasan ini dibanjiri manusia. Bersesak-sesak orang, ada wartawan, ahli kumpulan Rabbani dan sebagainya.

“Ok, masuk dua-dua ye” kata pengurus bahagian jenazah.

Kumpulan pertama terdiri dari dua orang masuk. Di dalam telah terdapat beberapa ahli kumpulan Rabbani sedang membacakan surah Yasin.

Pintu tertutup dan dikunci dari dalam.

Tak lama selepas itu, pintu dibuka, saya mahu masuk, tiba-tiba seorang Dato’ meminta laluan. Saya memberinya laluan.

“Polis dah ada, tengah tunggu keluarga datang untuk menuntut jenazah” kata beberapa pegawai hospital, menjawab soalan pengunjung yang ada pada ketika itu.

Tak lama selepas itu, dua orang keluar.“Ok dua orang lagi”, kata penjaga bilik mayat.

Saya terus masuk. Di dalam bilik terdapat tujuh orang.Surah Yasin yang dibaca telah hampir sampai ke penghujung.

Saya melihat sesosok tubuh yang baring telah siap dikafankan.

Kain putih yang bersih dengan tangan yang diletakakan dibadan.

Saya menatap wajah sahabat saya ini. Wajahnya bersih, tersenyum.

Saya membacakan fatihah kepadanya.

Perlahan-lahan saya menghampiri jenazahnya, saya cium dahinya yang bersih ini. Biasanya dahi ini akan ditemankan dengan kopiah beliau.

Saya menghampiri telinga beliau, saya bisikan.

“aku saksikan, bahawa engkau telah banyak berjuang untuk agama”

Tiba-tiba saya menjadi sebak. Pada ketika itu air mata saya berlinang. Saya cuba menahannya tetapi saya tidak mampu. Saya menundukkan kepala saya, mengesat air mata yang mengalir di kelopak.

Saya cium dahinya untuk kali kedua. Kali ini saya pegang bahu beliau, saya ucapakan lagi padanya:-

“sahabat, selamat berehat”Saya bangun. Berdiri tegak, selepas saya, barulah ada beberapa lagi yang datang dan mencium dahinya.Saya cuba menahan air mata saya. Tetapi saya tidak mampu.

Teringat lirik nasyid beliau “Pergi takkan kembali”Saya menarik nafas panjang. Mengesat air mata yang berlenang.

Membacakan fatihah sekali lagi untuknya.Saya mula melangkah keluar. Di pintu daun pintu, saya terdengar satu ucapan:-

“Terima kasih ustaz”, saya tidak memandang siapa yang mengucapkan pada saya itu. Saya terus berjalan, merentasi kesesakan orang ramai.

Hari ini, Negara kehilangan seorang pejuang di dalam seni suara.

“InsyaAllah, semoga nanti kita dikumpulkan di syurga bersama kekasih kita junjungan besar Nabi SAW” bisik hati saya.

Saya meninggalkan Hospital Pantai. Melihat tempat berakhirnya seorang pejuang seni Islam.

Takziah untuk seluruh ahli keluarga dan kumpulan Rabbani. Tabahlah.

Yang tinggal akan meneruskan perjuangan ini.

Al-Fatihah untuk al-Ustaz Asri bin Ibrahim

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

13 Ogos 09, jam 3.18 petang.


Read More......
Related Posts with Thumbnails