Saturday, January 30, 2010

Kerinduan buat sahabat2 dan adik2 di USIM

video

“Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” surah Al-Anfal:63

Ketika ini kerinduan kepada sahabat2 menjengah. Puas aku memusing2 badan, memicit2 kepala, lelapkan mata namun kerinduanku kepada sahabat2 sgt2 mendalam. Ku bayangkan entah bila akanku berjumpa mereka. Duduk bermesra bersama2. Solat Berjemaah bersama2. Tazkirah bersama2. Bergurau senda. Saling ingat mengingati kepada kebaikan. Arrgghh… kerinduan ini menjalar dalam tubuhku. Tidak dapat ku perolehi semua itu di tempat sekarang.

Seorang sahabat r.a yg bertanya kepada Nabi Muhammad SAW : "Ya Rasulullah, siapa itu sahabat terbaik ?" Baginda menjawab : "Orang yg apabila engkau melihatnya, engkau teringat Allah; bila ia berbicara, pengetahuanmu bertambah; bila ia berbuat, engkau terpikir pada hari Akhir dan Kebangkitan"

Maka benarlah dirimu adalah sahabat2 sejati ku. Sahabat2 terbaik yang pernah kumiliki. Teman yang mengingatkanku tika aku lalai. Bersabar dengan perangai ku yang pelbagai. Menasihatiku dengan penuh hikmah. Mengajakku mengerjakan ibadah bersama2. Mendekatkanku kepada Allah yang Maha Pencipta. Dahulu aku selalu bertanya kepada diriku, “ade ke sahabat2 sebaik itu?”. Kiniku punya jawapan, sahabat2 itu sebenarnya berada di sekelilingku. Yang sentiasa bersedia untuk membantu ku bila2 masa. Walaupun dirimu menyedari bahawa aku tidak mudah untuk menceritakan permasalahanku sewenang2nya, namun dikau selalu memahami dan sabar menanti saatku bersedia menceritakannya. Cukup memahami.

Sahabat2, tak mampu ku ungkapkan dengan kata2 betapa aku menyayangimu melebihi diriku sendiri kerana Allah. Kerana aku ingin termasuk dalam ummat Nabi Muhammad s.a.w. Berjauhan dengan semua membuatkan hati gundah gulana. Apa yang kalian buat sekarang, sihat atau tidak, kehidupan berjalan lancar atau tidak, memerlukan pertolongan ku ke tidak. Ketika ini ku rasakan bagai ingin terbang ke sana menemui kalian.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Cintailah kekasihmu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi musuhmu pada suatu saat nanti. Dan bencilah musuhmu sesedehana mungkin, siapa tahu ia menjadi sahabat dekatmu pada suatu masa nanti."

Umar al-khattab berkata: "Janganlah cinta membuatmu dibelenggu oleh beban yang berat, dan janganlah rasa bencimu membuatmu hancur lebur."

Adakah ini bermakna aku tidak boleh sangat2 menyayangimu sahabat2 ku? Bagiku apa yang Rasulullah s.a.w maksudkan disini ialah sehingga kita mengabaikan kecintaan kepada Allah dan Rasulullah. Mencintai sahabat sehingga leka dan lupa bahawa pasti ada ujian dalam persahabatan. Sehingga melakukan apa sahaja yang boleh memudaratkan diri malah melanggar syariat hanya semata2 ingin menjaga hati sahabat. Persahabatan yang sejati bagiku adalah apabila sahabat kita benar2 kenal dan faham gerak geri kita, perasaan kita, perangai baik dan buruk kita, berani dan sanggup menghadapi apa sahaja untuk membetulkan apa yang salah bukan menyalahkan apa yang betul. Aku sanggup menempuhi apa sahaja jika kalian memerlukanku dan akanku berusaha sebaik mungkin untuk memberikan yang terbaik kepadamu.

Teringat di suatu perjumpaan, aku menyuruh adik2 saling menampar sahabat di sebelahnya jika mereka pernah nampak sahabat itu ada kesalahan. Waktu itu aku dapat melihat kasih sayang mereka. Sengaja aku ingin menguji tahap kasih sayang sesama mereka samada benar2 berukhuwah Islamiyah ataupun tidak. Akhirnya tidak ada seorang pun yang menampar sahabat yang di sebelahnya. Lalu aku pun membuat sesuatu yg luar biasa. Maaf buat adik2. Bukan niat untuk membuli, tetapi untuk membantu mengeratkan ukhuwah sesame kalian. Mungkin hikmahnya tidak digunakan waktu ini tetapi 10 or 20 tahun akan datang mungkin. Mana mungkin tiada kesalahan atau kelemahan. Hanya ukhuwah yang belum mantap sahaja yang tidak dapat melihat sahabat ada kelemahan dan kesalahan. Dan ukhuwah yang mantap sahaja yang berani membetulkan dan menegur walaupun akan dimarah seketika oleh sahabat. Itu lah yang mesti kita terapkan. Kasih sayang melebihi kemarahan. Lenyaplah kemarahan oleh hembusan ukhuwah kasih sayang.

Hadith Rasulullah bermaksud: "Tidaklah dua orang yang saling mencintai kerana Allah, kecuali orang yang lebih besar cintanya adalah lebih utama di antara keduanya" riwayat Bukhori dlm kitab al Adab al Mufrad.

Sahabat2, tiada kata yang mampu kuungkapkan lagi. Semoga ukhuwah kita akan terus kekal abadi sehingga membawa kita bersama2 ke syurga yang diidamkan. Ada orang mengatakan “biarlah kita merangkak untuk mendapat kasih sayang daripada melompat yang sememangnya lebih seronok pada awalnya tetapi merosot pada akhirnya” Yang di maksudkan disini ialah jangan mula2 je rasa kasih sayang tetapi dah lama2 hilang perasaan itu. Mari kita sama2 suburkan dan kekalkan kasih sayang sesame kita.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu di letakkan ke atasnya” hadis riwayat Al-Bukhari

Di kesempatan ini salam kemaafan buat semua sahabat2 dan adik2 di USIM. Saya memang suka buat perangai, baru ada seri..=) Tetapi hakikatnya kalian pun tau betapa saya sayang kalian.

Khusus buat adikku Maisarah (ex-PA), uhibbuki fillah. Terus kuat ye adikku. Jangan berubah kerana manusia, tetapi berubahlah kerana kesedaran diri untuk menggapai cinta Ilahi. Ayuh kita bersama2 pimpin tangan menuju syurga ilahi.

“Ya Allah, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana MengasihiMu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’atMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya ( yang sebenar). Penuhkan (piala) hati ini denagn cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan.”

"Cinta ialah sumbernya adalah menyerupakan esensi jiwa orang yg dicintai dg jiwa si pecinta. Hampir seluruh kesukaan si pencinta berada dlm karakteristik orang yg dicintai, yg berasal dari jiwa orang yg dicintai. Ini membuat jiwa lembut, rindu, asyik, dan memberikan perasaan halus yg melepaskannya dari kebisingan dunia"

Sesungguhnya Engkau tahu

Bahwa hati ini tlah berpadu

Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan

Bersatu dalam perjuangan

Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya Tegakkanlah cintanya

Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu

Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…

Rapatkanlah dada kami

Dengan karunia iman

Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu

Matikan dalam syahid di jalanMu E

ngkaulah pelindung dan pembela R

apatkanlah dada kami

Dengan karunia iman

Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu

Matikan dalam syahid di jalanMu

Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya

Tegakkanlah cintanya

Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu Y

ang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…

Ya Robbi bimbinglah kami…

Ya Robbi bimbinglah kami…

video

Friday, January 29, 2010

Aku Cinta Allah

Andaikan diriku bisa
Seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai

*
Aku lemah tanpaMu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Yaa Allah

Reff:
Setiap air mataku mengalir
Allah,aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah,jangan tinggalkan aku lagi

**
Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku Cinta Allah

Hei!

Hei!

Nape termenung?

Masih berfikir dan terus berfikir?

Masih tak jumpa penyelesaian?

Masalah yang semalam dah selesai?

Kenapa berani tanggung masalah lain?


Hei!

Benarkah kau pejuang Islam?

Dah jumpa pengertian berjiwa besar?

Dah jumpa pengertian hati kering?

Bila boleh jadi berjiwa besar dan berhati kering?

Masih memikirkan layakkah kau?


Hei!

Dimana tahap ibadah kau?

Sudah ganti ruku' sujud yang tertinggal dulu?

Sudah dapat kemaafan dari semua orang?

Sudah bayar semua hutang piutang wang dan budi orang?

Sudah bersedia untuk mati?


Hei!

Kenapa banyak persoalan yang tak mampu kau jawab?

Tak jumpa jawapan?

Atau sebenarnya kau malas untuk mengambil tindakan jika kau ternyata mampu jawab?

Anggota tubuh badan kau untuk apa?

Sekadar menghabiskan nafsu di dunia? Kau tak ingat ke ade hari kebangkitan?


Hei!

Sudah2 la termenung

Sudah2 la meratapi kesedihan

Sudah2 la menjadi pengecut

Sudah2 la bodoh sombong

Sudah2 la sakitkan hati orang lain

Sudah2 la peningkan dan susahkan orang lain

Sudah2 la berangan sebagai pejuang Islam kalau diri tak betul

Sudah2 la meknol oooiiii

Sudah2 laaaaaa

Ingat mati…

Monday, January 11, 2010

Indahnya pengalaman

Indahnya pengalaman… Seawal jam 7.55 pg saya berjalan menuju tempat perhentian bas. Keadaan bangunan yang tinggi mencakar langit di blok 140 Pasir Ris Street 11 #02-185 (maknanya tingkat 2 rumah ni 185) sedikit janggal berbeza dengan rumah kampung yang apabila melangkah kaki keluar pasti ada saja yang senyum pada kita =) (kucing atau ayam). Saya naiki bas no 359 menuju ke Central (White Sands) yang pemandu semuanya kaum cina dan baru2 ini dikatakan gaji mereka dinaikkan lg meningkat sehingga $500.

“tittt…” bunyi mesin yang saya akan temui di mana2 sahaja. Ez-Link. Hanya tag di mesin yg di sediakan, then baru blh naik bas/kmtr/parking dll.. Seorang kanak2 berambut kerinting berbaju uniform biru dipimpin oleh ibunya sering menarik perhatianku. Saya senyum padanya setiap pagi namun di balas dengan renungan yang penuh kepelikkan. Maklum la pakaian orang Malaysia berbeza dengan yang lain. “arrrrggghhh.. nak susu..!!!” teriak kanak2 tu dibalas dengan “no, no, no, cannot, see many people.. see.. see” Setiap pagi begitu.. Macam2 ragam. Tapi kebiasaanya kami sahaja penumpang yang berbangsa Melayu manakala yang lain berbangsa Cina/India/omputeh.

Laluan bas warna kuning di sebelah kiri hanya blh digunakan oleh bas pada waktu sesak (pick hour) amat2 berkesan bagi mengelakkan public transport juga mengahadapi masalah kelewatan. Boleh dikatakan jangkaan waktu bas tiba di setiap station itu tepat dan ini langsung tidak menyukarkan penumpang yang menggunakan kenderaan awam. Bas 359 biasenya akan ada 10min sekali.

“Waaaahhhh”.. Kagum melihat sesetengah warga yang sanggup mengambil langkah menggunakan basikal untuk ke station MRT. Setiap pagi pasti akan ade satu pasangan cina menaiki basikal berpakaian lengkap untuk ke pejabat. Lelaki hensem bonceng perempuan cun. So sweet..=) Setiap hari.. Laluan pembawa basikal di buat di semua tempat, traffic light dll. Ia juga di gunakan oleh orang kurang upaya yang berkerusi roda. Seringkali saya melihat orang berkerusi roda berjalan sendirian tanpa memerlukan pertolongan orang lain dek kerana kemudahan yang disediakan untuknya cukup lengkap. Pernah juga saya terfikir, orang kurang upaya ni macamane la nak hidup di Malaysia dalam keadaan struktur jalanraya, kesibukannya, kemudahannya, dll yang masih kurang.

Fuh.. perjalanan yang cukup berbeza. Hayunan kaki begitu deras namun masih ada saja warga yang melintasiku. Pasti saya tengok berapa panjang kakinya, berapa besar langkahannya dan berapa laju hayunannya. Kagum melihat suasana itu saya menjadi terikut2. Ops. Ez-Link dah berbaki kurang dari $3 bermakna perlu di tambah. Mesin (mcm bayar parking kat KLIA) disediakan. “tittt…” saya menekan symbol top up cash di mesin touch screen itu. Siap.. Larian di teruskan lagi.. Masa cuma tinggal 40 minit untuk sampai di sana. Escalator di sediakan namun keunikkannya ialah, “ikut kiri jika tidak memotong”. Pendek kate sape nak cepat/lari ikut kanan escalator kalau tak, stay kiri. Dekat Malaysia mungkin ada system tu, tp tak pernah tgk. Ni bukan system yang di tetapkan tau tetapi culture yang terbentuk mencipta system itu.

Sampai di atas, tidak pernah saya melihat tiada train di situ ini kerana Pasir Ris adalah stesen MRT terakhir (mcm seremban). Bezanya ialah, ketika pick hour 7-9 pg & 5-7 ptg MRT akan bergerak 2 hingga 4 minit sekali. Tetapi jika bukan pick hour 4-6min sekali. Masa ketibaan MRT tepat seperti mana tertera di skrin pemberitahuan. Kgum saya melihatnya.
Sekali lagi.. “Waaaahhhh” luasnya train itu menyebabkan saya terpegun. Jauh berbeza dengan keluasan KTM. Mungkin kerana baru maka design die lebih menepati citarasa dan keselesaan penumpang. Kire kalau tak de orang tu, boleh main badminton dalam train tu =). “Paya Lebar” jeng-jeng-jeng… Dah sampai.. Bersedia untuk meneruskan larian menuju ke destinasi sejauh 10minit. 8.55pg biasanya saya akan masuk melangkah ke destinasi…

Sedikit coretan dari saya yang dah lama tak update blog ni. Maaf jika ada yang ternanti2. Itu perbezaan kehidupan dan kemajuan yang kita nampak antara Malaysia dan Singapura. Masih banyak yang perlu kite perbaiki dari sudut kemajuan tetapi dari sudut kesedaran pemikiran, kepekaan terhadap isu-isu Islam, keberanian kita menegakkan yang hak dan mendaulatkan Islamiyah, itu mesti di puji. Kerana kita terkehadapan dari sudut ini. Saya tidak menghina mana2 pihak. Ini berdasarkan pengamatan saya sepanjang berada di Singapura. Namun dari sudut gerakan dakwah kepada bukan Islam, Singapura mesti di puji kerana purata jumlah mu’allaf tahun 2009 sebanyak 2 orang 1 hari (sumber:Muslim Converts’ Association of Singapore). Jumlah yang cukup membanggakan bagi saya.

Itu tentang dakwah kepada bukan Islam. Di sini saya secara peribadi menyeru kepada warga Singapura, bangkitlah dari tidur yang lena. Jangan takut lagi dengan bayang2 sendiri. Hidupkan semula semangat jihad menegakkan Islam dari pelbagai sudut. Khususnya yang semakin Muslim Singapura lupakan, jihad untuk menegakkan Daulah Islamiyah. Politik dalam Islam cukup cantik dan punya asas dan ikutan yang cukup indah dari Rasulullah s.a.w. Mari kita sama2 bergerak seiring dengan Muslim Malaysia untuk menjadikan impian hidup dalam suasana Islam sepenuhnya tercapai. Saya tidak menafikan ada sesetengah Muslim Singapura yang peka dengan permasalahan berkaitan Islam. Namun kebanyakannya warga yang telah berumur. Pemuda dan remaja hanyut di buai arus secularisme. Sedih saya melihat anak2 Muslim yang berpakaian, bertingkahlaku tidak elok sehingga sukar untuk di bezakan adakah mereka ini Muslim atau tidak. Melayu atau Cina. Nak di bezakan dari percakapan tak boleh dah, semua bertutur dalam bahasa inggeris. Saya berfikir sendirian “kalau pemuda sekarang begini, apakan jadi Muslim Singapura 5 atau 10 tahun akan datang?

Saya sedari, ini adalah permainan mereka (bukan Islam) untuk mengusai kita sebagai orang Islam kerana mereka tahu kita adalah orang yang selayaknya memimpin bukan mereka. Jadi mereka melakukan serangan pemikiran dengan menyekat mana2 saluran yang boleh menyebabkan Muslim berfikir tentang Islam dan Politik Islam. Khusunya sistem pengajaran dan pembelajaran tentang Islam. Ia amat-amat merunsingkan saya sebagai seorang Muslim yang sama2 melihat masalah yang berlaku kepada Muslim Singapura. Ayuh saudara2 ku, ayuh kita berganding bahu memikirkan perancangan untuk mencari jalan keluar dari semua ini. Usah dibiar Islam ditindas jika benar kita sayang kepada Islam dan jika benar kita ummat yang mengucapkan kalimah ‘azim yang sama “LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH”. Bukan saya maksudnya di sini menyeru kepada tindakan ekstrim tetapi perancangan rapi yang bijaksana lebih adalah sesuai mengikut waqi’ kita sebagai warga Asia. Mentaliti perlu di ubah. Terus terang saya katakan pemikiran Muslim Singapura sudah sealiran dan tidak mengini perubahan kepada pemerintahan Islam kerana mereka sudah selesa dengan apa yang dimiliki sekarang ini. Ada orang ahli agama sampai menyebut dan menyalahgunakan ayat didalam surah An-Nisa’:59 tentang ketaatan kepada Allah, Rasulullah dan ulil amri. Yang di momok2kan oleh sesetengah madrasah dengan mengatakan kepatuhan kepada ulil amri itu termasuk pemimpin yang berlaku zalim. Malaysia juga telah menular pandangan sebegini. Namun ayuh kita sama2 saling ingat mengingati. Jika Muslim Malaysia punya kesilapan, silalah tegur dengan cara yang betul. Tidak perlu dinafi kita banyak kelemahan dari sudut kemajuan dan pendidikan walaupun tidak semua yang lemah.

Ini sekadar coretan menggetarkan jiwa2 pejuang Islam. Jangan kita hanya memikirkan permasalah yang berlaku di kampus, luaskanlah penglihatan dan pengamatanmu ke peringkat Malaysia dan dunia. Tenaga dan pemikiran anda sebagai cerdik pandai dalam Islam amat2 di perlukan dalam sama2 membangunkan dan menegakkan kalimah hak “LA ILAHA ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH”.

Thursday, December 24, 2009

Peti Sejuk 1 : Kekuasaan Allah


Sedar tidak sedar sudah 24 hari saya meninggalkan pengalaman berada di dalam peti sejuk. Maha Suci Allah yang menciptakan sesuatu sesuai pada tempatnya. Dengan suhu yang mencecah -3°C berbanding suhu di Malaysia ketika itu kira2 29°C membuatkan saya dan rakan2 MPP seramai 18 orang termasuk Pegawai HEP, Puan Al-Uyuna tidak akan lupa pengalaman yang pertama itu. Pengalaman yang amat menarik yang ingin saya kongsi dengan sahabat2 sekalian. Mungkin saya tidak ulas dari pertama kali saya jejak kaki ke Beijing, Cina tetapi saya akan buat sedikit kesimpulan pengalaman dan berdasarkan pemerhatian saya.


Kekuasaan Allah


DIA lah Tuhan yang Maha Berkuasa. Menjadikan Nabi Adam a.s. dari tanah, menjadikan Hawa sebagai pasangan hidup, menghamparkan dunia untuk kemudahan manusia. Pasti semua mengetahui tentang teori big bang yang telah Allah s.w.t sebut di dalam kitab suci Al-Qur’an melalui wahyu yang diturunkan kepada kekasih Allah s.w.t, Nabi Muhammad s.a.w. Allahuakbar. Allah Maha Besar.


Sejak kecil saya mengimpikan untuk menaiki kapal terbang. Setiap kali saya kapal terbang melintasi atas kepala saya, saya menanam harapan supaya saya akan menaiki kenderaan itu. Kawan2 saya menyifatkan saya sebagai seorang yang berangan2 tinggi. Sehingga setiap kali kapal terbang melintas, rakan2 pasti memanggil saya. Pernah juga dihadiahkan dengan kapal terbang yang diperbuat daripada kayu oleh kawan saya, Ridzuan sewaktu di Sek. Men. Kebangsaan Tun Mamat, Tangkak. Angan-angan dan impian saya itu akhirnya tercapai. Berlinang air mata apabila pertama kali menjejak kaki ke dalam kapal terbang MAS MH370 penerbangan dari Malaysia ke Beijing. Alhamdulillah, akhirnya Allah s.w.t memakbulkan doa saya. Kenapa saya beria sangat nak naik kapal terbang? Bagi orang yang berduit pasti mengatakan, “Ah, flight murah sekarang. Boleh ulang alik Kelantan-KL bila2 je” “Same je naik kapal terbang ke, bas ke, keretapi ke, same je rase die”. Pada saya yang mungkin berfikiran kolot, ianya tidak sama. Bas biasanya melalui kawasan kampung, keretapi biasanya melalui kawasan hutan, kapal terbang sudah semestinya melalui udara. 3 keadaan yang berbeza. Saya selalu teringat kata2 ustaz, “tolong tunjukkan ustaz di mana Allah letak tongkat untuk menongkat langit??”. Sejak itu saya berkeinginan untuk melihat ciptaan Allah yang Maha Agung. Tidak ada walau sebatang pun tongkat yang menongkat langit. Maha suci Allah. Sebab itu didalam ilmu Tauhid, dalil untuk menunjukkan Allah itu wujud salah satunya ialah ayat


اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ

(Surah Qaff : 38)


Allah s.w.t menciptakan langit dan bumi menunjukkan semua itu ada pencipta dan pencipta itu adalah Allah s.w.t maka Allah itu ada.


Tercari2 mungkin terdapat kalimah Allah di awan2 yang terbentuk, mungkin belum rezki untuk melihat keajaiban itu. Tempoh 6 jam dalam kapal terbang mengubah suhu dari panas kepada sejuk. Allah Maha Pencipta segala apa pun di bumi. Jangan kita pernah lupa bahawa Allah s.w.t mampu membolak balik bumi ini dan seluruh planet apabila tiba waktu yang dikehendaki-Nya. Walaupun ketika itu salji telah berhenti di Beijing, tetapi kesejukkannya sampai ke tulang. Mujur persediaan rapi untuk menghadapinya telah kami semua lakukan sebelum sampai ke Beijing. Semua orang jadi macam beruang yang sangat comel =), Ustaz Alif yang kecil tiba2 jadi gemuk. Yang berisi apatah lagi. Hehe..


Sama2 kita mensyukuri apa yang Allah telah sediakan dan Allah tidak menciptakan manusia dengan sia2. Apabila ditanya oleh Saidatina ‘Aisyah kepada Rasulullah kenapa Baginda masih bertungkus lumus beribadat kepada Allah sedangkan Baginda telah dijanjikan syurga. Baginda menjawab dengan mudah, adakah Baginda tidak boleh mensyukuri segala nikmat yang Allah telah beri kepada Baginda? Baginda menunjukkan kesyukuran dengan tunduk syukur beribadat kepada Allah s.w.t. Bagaimana kita sahabat2 sekalian?

Thursday, November 19, 2009

Sudah-sudah la...


“sepatutnya die kene buat begini…”
“sy cakap dah dulu sepatutnya macamni…”
“tak dengar nasihat orang langsung...payah…”
“cikai gile idea die…macam budak tadika…”
“tengok, idea sy semua orang setuju…”
“tak terima idea sy pun tak pe, sy akan terus jugak dengan idea ni. Nak gaduh gaduh la…”
“entah apa-apalah dieorang ni buat kerja. Tu la tak tanya pendapat sy dulu…”
“ijtihad konon, tapi bile jadi perkara buruk nanti kite jugak yang kene bantu…”
“memang tak boleh cakap dah dengan die tu. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Keras kepala!” “memang orang-orang tarbiyah macamni. Tak boleh terbuka langsung…”
“tengok la klu jadi ape2 jangan harap sy nak tolong…”
“sejak dulu lagi sy rasa sangsi. Tengok2 betul2 jadi. Instinct sy selalu betul…”
“budak baru ape tau? Darah muda. Asik2 nak buat perubahan je…”
“idea sy tu. Dieorang ciplak je…”
“zaman sy dulu…”
“dulu tak pernah ade orang macam ni…”
“sy dah dulu makan garam dr awk…”
“sape kau? Saya ada kuasa dalam membuat keputusan. Itu hak sy…”
“baru setahun jagung dah pandai nak ajar orang…”

Bla… bla… bla…


Sudah-sudah la... Tak luak pun kalau mengalah dan cari persefahaman dengan perbincangan... Nampak macam simple, tp kesan die pasti ada... Elakkanlah...




Monday, November 9, 2009

DIPERCAYAI lebih utama daripada DICINTAI

Sesuatu yang menarik saya temui. Banyak memberi iktibar buat diri saya yang kerdil. Moga dapat menjadi iktibar untuk semua.


Mudah-mudahan Allah izinkan kita semua memainkan peranan untuk Islam walau di mana, di bidang apa dan sebagai apa jua pun peranan kita dalam masyarakat. Kecil sekalipun jika ikhlas pasti berbekas. Insya-Allah.

Kita perlu akui bahawa semakin sukar mencari pemimpin yang boleh dipercayai. Padahal kalau ditanyakan apakah syarat utama untuk menjadi seorang pemimpin? Jawabnya ialah kepercayaan. Itulah yang cabarannya. Terlalu sukar untuk mempercayai seseorang pada masakini. Di Amerika, dengan nada sindiran ada yang mengungkapkan:

“We thought we could trust the military,
but then came Vietnam;
We thought we could trust the politicans,
But then came Watergate;
We thought we could trust the engineers,
But then came the Challenger disaster..
Tanpa kepercayaan, kita hilang segala-galanya. Kepercayaan adalah faktor paling utama yang menentukan kejayaan dalam satu-satu perhubungan, samada yang berbentuk personal mahupun profesional. Bila ada kepercayaan, prasangka, cemburu, marah, hasad dengki dan lain-lain sifat mazmumah yang boleh menggugat perhubungan akan dapat diatasi.

Bagaimana membina kepercayaan? Jawabnya, cakap dan sikap kita mesti selari. Itulah integriti – sifat amanah, jujur dan tulus yang dipraktikkan dalam apa jua keadaan dan masa. Itulah asas untuk orang mempercayai kita atau sebaliknya. Pengikut mesti percayakan pemimpinnya. Bila orang mempercayai kita, pengaruh kita akan meningkat. Bila pengaruh kita meningkat, kita akan berjaya dalam memimpin.

Ingat, kepimpinan adalah pengaruh. Inilah rahsia kejayaan kepimpinan Rasulullah s.a.w. Keunggulan kepimpinannya diawali oleh kepercayaan masyarakatnya sehingga bagainda digelar Al Amin sebelum kerasulannya dan diperkukuhkan lagi dengan sifat siddiq (benar) dan amanah selepas itu.

Kata bijak-pandai, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Kita selalunya merasa bertuah apabila dicintai – samada oleh isteri, ibu-bapa atau sahabat-sahabat. Tetapi percayalah, jika kurang dipercayai, lama kelamaan cinta orang kepada kita akan terhakis. Lihatlah betapa banyaknya perhubungan yang terputus antara ibu-bapa dengan anak, suami dengan isteri, pemimpin dengan pengikut, justeru hilangnya kepercayaan.

Bila hilang kepercayaan, rasa cinta, hormat, kasih dan taat akan musnah. Sampai bilapun manusia lebih mempercayai mata berbanding telinganya. Maksudnya, apa yang dilihat (perbuatan) lebih berkesan untuk meraih kepercayaan berbanding apa yang didengar (percakapan) – action speaks louder than words.

Jadi apabila kita merasakan orang bawahan (subordinate) kita samada isteri, anak, pekerja mahupun pengikut, semakin sukar memberi ketaatan, kerjasama dan kesetiaan itu adalah petanda kita sudah hilang pengaruh. Hilang pengaruh, kerana hilangnya kepercayaan dan hilangnya kepercayaan bila tidak ada integriti.

Tegasnya, kita tidak boleh memimpin hanya berbekalkan cinta, apatah lagi harta atau kuasa… kepercayaan lebih utama!



Petikan dari http://genta-rasa.com/2009/11/06/dipercayai-lebih-utama-daripada-dicintai/#comment-1422