Apakah benar engkau pejuang??

Salam perjuangan. Agak bersawang laman ini nampaknya. Dek kerana kecemburuan masa dengan raya, tugasan pelajaran dan sebagainya. Akan muncul KarSis '09 USIM pada 3-11hb Oktober 2009. Ayuh bantu saya jayakannya beramai2.. Penyertaan anda bersama rakan-rakan USIM amat2 diharapkan. Apa yang penting??? Kerjasama!!! :-)

Belek punya belek, selak punya selak, terjumpa satu lagu lama yang amat memberi tamparan yang mampu meremukkan pipi saya. Ayuh kita hayati. Wahai pejuang-pejuang sekalian.. Adakah benar kita seorang pejuang?? Ayuh kita koreksi diri bersama2 kerana Islam..!!


Qatrunada - Apakah benar engkau pejuang???


Engkau ingin berjuang tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang tapi rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang tapi tidak begitu setiakawan
Engkau ingin berjuang tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang tapi ingin menjadi pemimpin
Engkau ingin berjuang menjadi pengikut agak segan

Engkau ingin berjuang tolak ansur tidak engkau amalkan
Engkau ingin berjuang tapi tidak sanggup terima cabaran
Engkau ingin berjuang kesihatan dan kerehatan tidak sanggup engkau korbankan

Engkau ingin berjuang tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang tapi rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang masa tidak sanggup engkau luangkan
Engkau ingin berjuang kerenah isteri tidak kau tahan
Engkau ingin berjuang rumahtangga lintang pukang
Engkau ingin berjuang diri engkau tidak engkau tingkatkan

Engkau ingin berjuang displin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang tetamu engkau abaikan

Engkau ingin berjuang anak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang pandangan engkau tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang iman dan taqwa engkau lupakan

Yang sebenarnya apa yang engkau hendak perjuangkan…???

~HATI KERING - Tak Lapar Dek Kutukan... Tak Kenyang Dek Pujian... Kerana Bukan Pejuang Sembarangan~

Read More......

Pemergianmu Ya Ramadhan..=(

Malam ini adalah malam yang terakhir buat ku.. Adakah kan kutemui malam sebegini selepas ini?? Ya Allah.. Adakah dosa-dosaku yang menggunung telah mendapat keampunan-MU Ya ALLAH?? Cinta-MU telah bertandang?? Redha-MU telah menjengah?? Allahua'lam.. Aku serahkan diriku pada-MU Ya Rabb.. Sesungguhnya solat ku, ibadah ku, hidup ku dan mati ku hanya kerana-MU Ya Allah Tuhan sekalian alam.. Pemergian Ramadhan satu kesedihan yang amat bagi kami umat kebanggaan kekasih-MU, Nabi Muhammad s.a.w.. Semoga diriku dan sahabat2 kesayanganku serta umat Islam yang lain mendapat keredhaan dan maghfirah dari-MU Ya Rabb..

Read More......

Bersyukurku pada-Mu Ya ALLAH...

Read More......

Buat yang bergelar SAHABAT


Read More......

Bina Jatidiri

Tiada kata seindah bicara. Madah kalam mengusir resah.

“die ni lurus bendul...ikut je cakap orang..” kata sepupuku Siti Salmah binti Salim kepada rakannya melalui telefon. Jadi, betul ke saya ni bendul??

Hmm.. Sebenarnya sukar untuk menidakkan bahawa saya memang seorang yang bendul. Seringkali mengikut telunjuk orang. Pernah saya berbincang perkara ini dengan seorang sahabat ketika di sekolah menengah. Jika diberi pilihan untuk saya menjadi pemimpin atau pengikut, saya akan memilih menjadi pengikut kerana itulah peribadi saya sejak kecil. Mungkin kerana kedudukan dalam adik beradik yang menjadikan saya tersusun dan disusun dari segala sudut. Kebergantungan saya kepada keluarga amat-amat tinggi kerana kebiasaannya saya yang paling dimajakan selain adik saya Muhammad Khairi.

Pola kehidupan ini berterusan sehingga saya menjadi seorang pengikut yang baik. Bila difikirkan semula, banyak benda yang saya rugi disebabkan saya banyak mengikut tanpa mempunyai idea dan pendirian sendiri hanya bergantung kepada keluarga. Tiada percambahan pengalaman dan otak pun tak bergerak dengan begitu aktif untuk mencari masalah dan menyelesaikan masalah.

Namun perubahan itu berlaku sedikit demi sedikit menyebabkan semuanya terbalik. Saya sudah mula mencari identity sendiri walaupun saya tidak kuat membangkang kerana setiap kali saya membangkang kata2 abang2 dan keluarga, airmata saya akan berlinang. Kekuatan itu masih lagi dibina sehingga kehari ini. Diluar saya dilihat seorang yang berani bercakap dan berhujah, tapi jauh disudut hati saya tidak. Saya tidak berani bercakap.

Sewaktu di bangku sekolah rendah dulu, ada satu peristiwa yang tidak akan saya lupakan sewaktu saya disuruh menyertai pertandingan syarahan anjuran UMNO kawasan Maharani. Ketika itu saya tidak pernah bercakap dikhalayak ramai, apatah lagi menyampaikan syarahan. Terbayang sebelum menaiki pentas, macam2 ayat saya baca untuk hilangkan perasaan takut saya. Rasa nak balik je waktu tu. Peserta yang lain pula hebat2 belaka. Tiba2 nama saya dipanggil. Bismillahirrahmanirrahim… Dengan lafaz bismillah saya melangkah kaki. Tak saya sedar bila saya sampai di mikrofon dan bila angkat kepala je, terus darah tu mengalir deras. Dada berombak menyatakan pemberontakan hati. Macam2 perasaan yang timbul. Nak nangis pun ada. Namun tahukah apa yang saya syarahkan?? Hehehe… Nothing… Saya tak ingat langsung apa yang saya telah hafal dan cakap hanya kata2 aluan. Ya Allah… Waktu itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa malunya saya dengan semua pelajar2 dari pelbagai sekolah. Malu gilerrr… Tapi itu adalah titik tolak saya untuk belajar apa yang saya tidak mahir. Malu bukan alasan kerana dari kesalahan akan terbina jatidiri yang lebih mantap.

Point yang saya nak sampaikan disini ialah:

  • KELUARGA didahulukan UKHUWAH diutamakan

  • PEMIMPIN yang hebat mempunyai ciri2 PENGIKUT yang hebat.

  • Kita MAMPU buat sesuatu dengan izin Allah.

  • CUBA dulu baru tau.

  • JANGAN mudah berkata Yes kepada yang kita benar2 tidak mampu dan JANGAN seringkali berkata No untuk memberi alasan.
  • KESALAHAN adalah pengalaman. PENGALAMAN menjana kehidupan berkualiti. KEHIDUPAN berkualiti untuk akhirat yang bahagia. AKHIRAT yang bahagia hanya dengan REDHA ALLAH s.w.t.

  • Always think POSITIVE so that we can manage something without amarah and personal judgement.

  • Kesalahan boleh membina JATIDIRI muslim yang sempurna dengan syarat menjadikan ianya iktibar.

  • Manusia PASTI boleh berubah kepada yang lebih baik.
  • Semoga kita sama2 sentiasa berusaha meningkatkan imej dan bi'ah Islam di mana jua kita berada.

Saya pasti sahabat2 pengunjung semua juga mempunyai pengalaman yang hampir serupa. Kita bertambah banyak ilmu dan pengalaman, namun orang yang berilmu akan berkata “masih banyak ilmu yang perlu aku pelajari”. Bererti kita tidak akan pernah sempurna dan perlu meningkatkan diri dari semasa ke semasa. Boleh kah kita melakukannya sendiri tanpa mengikut panduan Al-Qur’an dan As-sunnah, tanpa berserah kepada Allah? Kita mungkin akan dapat memulakan perubahan namun istiqamah sesuatu itu lebih susah untuk dijaga. Perlu ada pendinding supaya kita sentiasa istiqamah. Kita tidak mampu berdiri seorang kerana itulah Allah menimbulkan perasaan Ukhuwah (persaudaraan). Bak kata sahabat saya “siapa kita nak mengaku kita hebat kan, so selagi tidak hebat kenalah sentiasa bersama sahabat2”.

Semoga bermanfaat…

Read More......

Takziah buat adikku Mariyam

Takziah buat Mariyam yang baru sahaja kehilangan ayahanda tercintanya. Al-Fatihah...

Adat hidup didunia. Yang hidup pasti akan kembali kepada Penciptanya. Bila dan dimana itu hak mutlak Allah s.w.t dan kita tidak mampu menjangka. Kerana itu kita perlu sentiasa bersedia untuk menyiapkan diri dengan pakaian amalan yang terbaik yang kita jahit dengan tangan kita sendiri.

Saya selalu terfikir, kuatnya sahabat2 yang sudah kehilangan bonda atau ayahandanya. Seperti juga sahabat yang saya kagumi, Ustazah Rafidah yang saya rasa tidak pernah hilang semangatnya untuk berjuang menegakkan Islam walaupun kehilangan ayahandanya baru2 ini. Maju dan terus laju. "Ana kagum dengan nti." Jika saya ditempat mereka, belum tentu saya mampu menghadapinya. Perlukan masa yang panjang untuk kembali bangkit barangkali. Begitu juga dengan sahabat saya yang lain yang sudah kehilangan salah seorang dari orang tua mereka. Basitah, Raihan, Syahmina, Maryam, Basirah dan ramai lagi. Ramai sahabat2 saya yang kuat. Saya kagum dengan kekuatan sahabat2 semua..

Teringat pula kisah yang saya tonton di TV yang mengisahkan barakahnya doa seorang ibu. Walaupun anaknya membuat kejahatan, namun disebabkan mudahnya makbul doa ibu maka dia terlindung dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t. Tetapi apabila ibunya tiada, segala kenikmatan yang dirasai sedikit demi sedikit terhakis. Kadang-kadang bila difikirkan betul juga apa yang dikisahkan dalam cerita ini. Saya rasa diri ini tidak cukup baik dan sentiasa terdedah dengan perkara2 yang buruk. Namun saya kira berkat rahmat dan kurnia Allah melalui doa ibu dan ayah saya, senantiasa saya akan kembali semula ke jalan yang benar. Seolah2 doa ibu dan ayah semasa hidupnya amat memberi kesan dalam hidup saya.

Apa akan jadi jika mak dan ayah saya sudah tiada? Mampukah saya berdiri di atas kaki sendiri tanpa berkat doa dari orang tua? Adakah saya akan hanyut dan terus hanyut? Itu perkara yang amat merunsingkan saya... ='(

Read More......
Related Posts with Thumbnails