Hanya Doa Kami Titipkan...

Segala puji bagi ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa, Yang Maha Menguasai Segala-galanya dan Tiada Tandingannya. Segala puji bagi ALLAH yang menguasai hidup dan mati kami, keluasan dan kesempitan kehidupan kami, kesenangan dan kesusahan hayat kami. Segala puji bagi ALLAH yang pada tanganMu terikat segala-galanya, yang pada kudratMu terkawal segala-galanya.

Selawat dan salam atas kekasihMu, Muhammad Rasulullah SAW, seluruh ahli keluarganya, para sahabatnya, serta semua mereka yang mengikuti mereka dari semasa ke semasa hinggalah pada hari yang KAU janjikan akan hancur segala-galanya.


Ya RABB, Ya JABBAR, Ya QAHHAR, Ya ‘AZIZ, KAU mendengar segala bicara kami, KAU melihat segala apa yang berlaku pada kami, KAU mengetahui segala-galanya, lebih dari apa yang kami ketahui. Hanya kepada KAU sahajalah kami tunduk menghinakan diri, hanya kepada KAU sahajalah kami sujud taat merendah diri, hanya kepada KAU sahaja yang kami adukan segala masalah kami,hanya kepada KAUsahaja segala pertolongan kami pinta, hanya kepada KAU sahaja tempat kami bergantung dalam segala hal dan perkara.


Maka bantulah kami, maka bantulah kami, maka bantulah kami.


Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH,


Saudara-saudara kami di Gaza dan seluruh Palestin sedan
g menderita dihentam oleh kaum yang pernah mengkhianatiMu. Saudara-saudara kami di Gaza dan seluruh Palestin sedang teruk diserang oleh musuh-musuhMu yang hendak memadamkan deenMu. Saudara-saudara kami di Gaza dan seluruh Palestin sedang tersepit dan terhimpit atas tindakan kaum Yahudi yang ingin memusnahkan deenMu.

Sesungguhnya KAU ya ALLAH, lebih tahu apa yang berlaku terhadap saudara kami di Gaza khasnya, dan di seluruh Palestin amnya. Maka kepada KAU sahajalah yang kami mampu adukan hal kami dan hal mereka. Sesungguhnya Ya ALLAH, tangan dan kaki kami terikat dari membantu mereka. Hanya doa dan aduan kepadaMu sahaja yang mampu kami lakukan.


Ya ALLAH, KAU perkuatkanlah saf pejuang-pejuang yang m
empertahankan deenMu di Gaza dan seluruh Palestin. Ya ALLAH, KAU bantulah hamba-hambaMu yang sedang bermatian mempertahankan deenMu di Gaza dan seluruh Palestin. Ya ALLAH, KAU bantulah hamba-hambaMu yang sedang dihimpit oleh musuh-musuh yang ingin memadamkan deenMu.

Ya ALLAH, KAUlah tuan kepada Masjidil Aqsa, KAUlah tuan kepada tanah suci Baitul Muqaddas, KAU jugalah tuan kepada nyawa-nyawa saudara kami yang sedang bermatian bertahan dan berjuang di Gaza dan seluruh Palestin. Maka dengan penuh hina, kami HAMBA, memohon kepada KAU, TUAN kepada segala-galanya untuk membantu segala benda yang menjadi milikMU. Bantulah hamba-hambaMu ya ALLAH, bantulah mereka, bantulah mereka.


Ya ALLAH, Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya Zal Jalali Wal Ikram,


Satukanlah saf pejuang-pejuangmu di Gaza dan seluruh Palestin. Kuatkanlah kaki-kaki mereka. Bantulah mereka dengan tentera-tentera yang KAU pernah turunkan di medan Badar pada masa dahulu, hantarkanlah angin taufan membantu mereka seperti KAU hantarkan ketika perang Khandaq, bantulah mereka dengan tentera-tentera tak terlihat seperti KAU lakukan ketika perang Hunain, jagalah mereka ya ALLAH, sebagaimana KAU menjaga tentera-tentera muslimin ketika Perang Mu’tah. Pertahankanlah mereka ya ALLAH, sebagaimana KAU menjaga RasulMu di medan Uhud.


Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH,


Tangan kami pendek tak tercapai ke sana, tanganMu jugalah yang berada di atas kekuatan kesatuan mereka. Bantulah mereka saudara-saudara kami di Gaza itu ya ALLAH. Bantulah mereka Ya ALLAH.


Ya ALLAH,


Sesungguhnya Yahudi dan segala kuncu-kuncunya, dengan segala manusia yang bersekongkol dengannya, telah melampau-lampau. Mereka telah membunuh ramai para nabi dan RasulMu, mereka juga menyakiti hati Rasulullah SAW kekasihMu. Hari ini mereka hendak memadamkan ummat Rasulullah SAW kekasihMu. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang menderhaka kepadaMua tanpa henti. Telah KAU hantar ratusan utusan untuk mereka, tetapi tidak mereka ikuti. Hinggalah hari ini ya ALLAH, mereka telah menyakiti saudara-saudara kami, mereka hendak memadamkan deenMu ya ALLAH….


Sesungguhnya Ya ALLAH, KAU jugalah pemilik nyawa dan hati mereka, KAU jugalah pemilik kekuatan dan keperkasaan mereka. Pada tangan KAU lah terletak segala perancangan dan kemampuan mereka.


Kami memohon kepadaMu ya ALLAH, agar KAU tarik segala keperkasaan mereka dan berikan kepada mujahidin yang berjuang atas jalanMu, tariklah segala keberanian mereka, dan berikanlah kepada mujahidin yang berjuang atas jalanMu, tariklah segala kekuatan mereka, dan berikanlah kepada mujahidin yang sedang mempertahankan deenMu.


Ya ALLAH, KAU lah pemilik ketakutan dan kelemahan, KAU lah pemilik kehancuran dan kehinaan. Maka campakkanlah ketakutan atas hati-hati pejuang yahudi dan kuncu-kuncunya. Lemahkanlah segala kekuatan mereka. Hancurkanlah segala keperkasaan mereka. Hinakanlah segala kemuliaan mereka.


Ya ALLAH, hancurkanlah mereka dengan segala kekuatanMu. Ya ALLAH, hantarkanlah api dari langit yang pernah KAU turunkan atas kaum ‘Ad, hantarkanlah teriakan yang pernah KAU hantarkan pada kaum Thamud, hantarkanlah taufan yang pernah kau hantarkan pada Kaum Nuh, tenggelamkanlah mereka seperti mana kau tenggelamkan Firaun dan Haman. Ya ALLAH, gegarkanlah bumi mereka, bunuhlah semua tentera mereka sehingga tidak tertinggal seorang pun dari mereka.


ALLAH.. ALLAH.. ALLAH..


Kami ini lemah, mungkin kerna dosa kami maka saudara kami diuji sebegini rupa. Maka kami sujud menghina diri, kami meletakkan dahi kami ke tanah memohon kepadaMu RABBI, agar KAU maafkan dan ampunkan dosa-dosa kami. Ya ALLAH… KAMI hambaMu memohon ampun, KAMI hambaMu memohon maaf atas segala kesilapan dan kelalaian kami. Mungkin kerna kelalaian kami maka saudara kami diuji. YA ALLAH…


Ya ALLAH, KAU sahajalah yang sentiasa bersama-sama hamba-hambaMu. Kami memohon kepadaMu ya ALLAH, sentiasalah KAU berada di sisi pejuang-pejuang yang mempertahankan deenMu di Gaza dan Palestin. Ya ALLAH… kasihanilah mereka. Andai dosa kami besar sehingga KAU tidak memandang kami, maka KAU pandanglah darah-darah yang tersembur dari tubuh pejuang-pejuangMu di Gaza dan Palestin sana. YA ALLAH.. kasihanilah mereka. Ya ALLAH, kasihanilah mereka.


Ya ALLAH, bantulah mereka dan bantulah kami. Kuatkanlah saudara-saudara kami di Gaza dan Palestin itu dan kuatkanlah kami. YA ALLAH, musnahkanlah musuh-musuh mereka dan musuh-musuh kami. YA ALLAH, bantulah saudara-saudara kami dan bantulah diri kami.


YA ALLAH yang sentiasa mendengar doa, ya ALLAH yang lebih dekat dari urat nadi kami, ya ALLAH yang telah berjanji kepada kami,


“Berdoalah kepadaKu, nescaya akan AKU perkenanka
n”

Ya ALLAH yang telah berkata kepada kami,


“Kalau hambaKu bertanya kepadamu mengenai AKU, sesungguhnya AKU amat dekat…”


Maka kami menuntut janji-janji itu. Perkenankanlah doa-doa kami. Bantulah kami. Bantulah saudara-saudara kami. Sesungguhnya kami yang lemah ini hanya mempunyai kekuatanMu sebagai payung dari hujan kejahatan musuh-musuh kami dan musuh-musuhMu.


Ya RABB… YA RABB… YA RABB..


KAU Sahaja tempat kami mengadu atas kesusahan kami dan kelemahan kami


KAU makbulkanlah doa ini atas doa hamba-hambaMu yang soleh, KAU makbulkan doa ini atas amalan soleh yang telah kami lakukan secara sengaja atau tak sengaja. KAU makbulkanlah doa ini atas cinta dan kasihMu kepada Rasulullah SAW…


Ya ALLAH… Ya ALLAH… Ya ALLAH…


Selamatkanlah kami hamba-hambaMu ini dari tangan-tangan yahudi dan segala kuncu-kuncunya.


Sesungguhnya KAU sahajalah penjaga kami, kepada KAU sahajalah kami berharap, kepada KAU sahajalah kami bergantung harap.


Tinggikanlah ISLAM, tinggikanlah ISLAM, tinggikanlah ISLAM.


Segala puji kami rafa’kan kepadaMu Yang Paling Besar, Yang Paling Kuat, Yang Paling Perkasa, Yang Paling Agung. Selawat dan salam kami utuskan kepada Rasulullah SAW, seluruh ahli keluarganya, seluruh sahabatnya, dan semua mereka yang menuruti mereka hingga masa ke semasa hingga ke hari kiamat.


Amiiin…



Read More......

Konvoi Gaza: 16 mati, kapal dirampas

Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 31 Mei: (12.30 tengah hari waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas kapal-kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada pagi ini, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel.

Laman web Haluan Palestin melaporkan, konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65 km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.

Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup ketika mereka memasuki dan merampas kapal.

Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.

“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan,” katanya.

Ketika ini, ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.

Untuk makluman, seramai lapan orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama empat orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Muslim Care.

Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus

Sementara itu, Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) akan mengadakan sidang media tergempar pada hari ini (Isnin, 31 Mei 2010) berhubung perkembangan serangan Israel terhadap Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza atau Freedom Flotilla pada jam 3.00 petang bertempat di Hotel De Palma Inn, Seksyen 19, Shah Alam. Semua wakil media dijemput hadir.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi; Saudara Solehuddin Shuib, Setiausaha CMT-LL4G Telefon: 019 5511 600.

Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada di atas kapal dan Allah SWT sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah SWT.

Untuk mengikuti lintas langsung perkembangan tersebut, sila layari http://www.livestream.com/insaniyardim/


Read More......

Tahukah Engkau, Dimana Ia Bersemayam?


tahukah engkau, di mana ia bersemayam?

dialah saudaramu...ke mana ia melangkah?

sanggupkah matamu memandangnya?

sedang matanya tak sanggup menatapmu?

saudaramu hidup laksana sejarah

berjalan beriringan mengikuti langkahmu

tanpa bahasa yang dapat menyapa

bercucur air mata jika bersua

jika bumi menghimpitnya

hanya hatimu tempal mengadu

engkau bermurah hati tanpa pamrih

memupus duka nestapa yang ia derita

engkau memikul beban berat tanggungannya

ketika letih pilu merasuk kedua bahunya

jika bumi menghimpitnya

hanya hatimu tempat mengadu

engkau selimutkan tirai di sekujur tubuhnya

ketika syaitan datang memperdayanya

engkau tersenyum bangga dengan ranum buah akhindit

engkau bahagia pula dengan kesuburan

ladang dunia saudaramu

jika bumi menghimpitnya

hanya hatimu tempat mengadu

~catatan hati~






Aku bukan seperti engkau sangkakan


pura-pura di dalam berjuang

aku tak pandai menyulam rahsia

juga tak pandai bermadah pujangga


Jika ada benci dihati

oh katakanlah padaku

relaku terima walau kutukan

asalkan aqidah terjaga


Kerana tidak sanggup lagi

mempermainkan dustur Ilahi

hakikat hati tak terluka

walau zahirnya ada yang ketawa


Tuhan...mohon keampunan

ketelanjuran yang berulang kali

teman...kita patrikan disini

berakhir sebuah lamunan duniawi

terima syukur taufik Ilahi


~ikhlas dariku~

Read More......

Karnival Aura Ungu 2010

Oleh Hazayani Zakaria
Petikan dari ruangan kampus http://www.harakahdaily.net

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Wanita Islam, Nisa' mengambil tanggungjawab menyediakan alternatif kepada masyarakat khususnya golongan belia untuk berhibur, dengan menganjurkan Karnival Aura Ungu (KAU '10).

Karnival yang dijadualkan berlangsung pada 21 dan 22 Mei di Kompleks Belia dan Kebudayaan, Shah Alam ini merangkumi tiga aktiviti utama iaitu ekspo aura ungu, pertandingan nyannyian (PESONA) dan konsert aura ungu (ekslusif untuk wanita) yang merupakan acara kemuncak kepada karnival ini.

Konsert berkenaan akan menampilkan dua selebriti terkenal tanah air iaitu Aishah yang terkenal dengan lagu 'Syurga di Bawah Telapak kaki Ibu' dan bekas pelajar Akademi Fantasia (Af 5).

Bercakap pada satu sidang media di Intekma Resort & Konvensyen Centre, Shah Alam hari ini, pengarah program, Dian Adline Md Jalaluddin berkata, KAU '10 mensasarkan remaja dan belia terdiri daripada pelajar sekolah, penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT), ibu bapa serta masyarakat umum dengan menetapkan beberapa objektif.

"KAU '10 berhasrat untuk memperkenalkan Nisa' sebagai gerakan dakwah kepada umum dan menjadikan hiburan sebagai salah satu wasilah dakwah bagi meraikan komuniti setempat yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat terutama golongan wanita," katanya.

Selain itu, KAU '10 bermatlamat untuk menjadikan hiburan Islam sebagai alternatif kepada hiburan semasa untuk golongan wanita serta dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat, pemimpin, dan pihak kerajaan negeri.

Karnival berkenaan mendapat kerjasama daripada Green Tea Colustrum (GTC) sebagai penaja utama, Kolej Masterskill, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kerajaan Negeri Selangor, dan Nasyeed.com.

Sementara itu, Pengarah Nisa' Malaysia. Dr. Rosni Adam berharap karnival berkenaan dapat membuka mata masyarakat agar lebih memahami konsep kepelbagaian dalam berdakwah.

"Kita nak tunjukkkan kepada masyarakat bahawa Islam tidak menutup ruang untuk kita berhibur. Sebanarnya banyak aktiviti yang kita boleh lakukan asalkan betul caranya," katanya.

Bagi Pengarah Eksekutif Ar Raihan Food Industries, Zulaimi Kazin pula, beliau sangat berbesar hati untuk menaja KAU '10 sebagai salah satu usaha menyokong program-program yang dapat mendekatkan masyarakat khususnya wanita kepada Islam.

"Apa-apa sahaja program yang baik kita kena taja. Bagi saya program Nisa' ini adalah untuk menarik minat golongan muda wanita khususnya untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang baik dan mengelakkan mereka terjebak ke dalam gejala sosial.

"Saya dah kenal Nisa' lama masa mereka anjurkan Nisa' games di kelantan dulu.Ini satu program yang menarik dan memang kita menyokong program dakwah dan ada rezeki kita taja lebih banyak lagi," katanya.


Tiket konsert boleh didapati di kaunter pendaftaran Nisa' atau tempahan melalui online di website Nisa' malaysia, http://kau2010.webnisa.net/

Read More......

Sebelum Kita Mengeluh...

  1. Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik, pikirkan tentang seseorang yang tidak: dapat berbicara sama sekali.
  2. Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu, pikirkan tentang seseorang yang tidak: punya apapun untuk dimakan.
  3. Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, pikirkan tentang seseorang: yang meminta-minta dijalanan.
  4. Sebelum kamu mengeluh bahwa kamu buruk, pikirkan tentang seseorang: yang berada pada tingkat yang terburuk di dalam hidupnya.
  5. Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau isterimu, pikirkan tentang seseorang: yang memohon kepada Allah untuk diberikan teman hidup.
  6. Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, pikirkan tentang seseorang: yang meninggal terlalu cepat.
  7. Sebelum kamu mengeluh tentang anak-anakmu, pikirkan tentang seseorang: yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
  8. Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor kerana pembantumu tidak mengerjakan tugasnya, pikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
  9. Sebelum kamu mengeluh tentang jauhnya kamu telah menyetir, pikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan.
  10. Dan disaat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, pikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.
  11. Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahwa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa.

Read More......

Jom Hiburan Bersyari'at


Click di gambar untuk maklumat lanjut...
Jangan ketinggalan.. Yok ramai2 kan...

Read More......

Sabar v/s Mengeluh

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan ketika itu aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu.

Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap masa terkena musibah dan dugaan dari Allah.

Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi:

" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram.

Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda:

" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Allah yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Read More......
Related Posts with Thumbnails