Kalau Ada Jodoh Tak Ke Mana...


(Dia)- Kami tidak berzina!
(Saya)- Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

(Dia)- Kami hanya bebual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum.. adakah menghampiri zina ?
(Saya)- Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah penzinaan.

(Dia)- Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat kearah itu...

(Saya)- Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengenai sasaran. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula terlupa. Siapalah kita jika dibandingkan dengan Adam dan Hawa? Iblis amat licik. Pengalaman banyak, Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah s.a.w: ”Jangan engakau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan” (Riwayat Tabrani). Syaitan akan menghembuskan nafas berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.

(Dia)- Tidak semstinya semua orang bercinta menjurus kepada perzinaan. Ada yang hanya bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja dan tak pernah bersua pun!!
(Saya)- Betul! Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis, akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya??

(Dia)- Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke?
(Saya)- Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina yang jelas (betul-betul punya), ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w: ”Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya berjalan (menuju ke tempat dating) . Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman (Riwayat Muslim dan Abu Daud) Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada perzinaan.

(Dia)- Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!
(Saya)- Berdiskusi pelajaran...betul ke? jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNYA. Kita belajar nak cari keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak di berkati oleh Allah s.w.t,kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebih lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan di tulis oleh malaikat Raqib dan Atid? Fikir-fikirkan...

(Dia)- Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni “ study group”
(Saya)- Study Group..? Nampak lain macam je, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua je. Kalau ya pun, carilah study group yang ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni, tak nama group. Betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu dihabiskan dengan fantasi cinta!

(Dia)- Taklah, sungguh berbincang pelajaran.
(Saya)- Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat yang tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia yang ada nafsu.

(Dia)- Kami sama-sama belajar,study group, saling memberi semangat dan motivasi...
(Saya)- Tak adakah rakan yang sama jantina yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah rakan yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan rakan yang sama jantina. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

(Dia)- takkan tak ada ruang langsung dalam ISLAM untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
(Saya)- Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu. Tidak! Islam tidak akan melakukan perkara yang dilakukan oleh paderi dan sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jagan jadi malaikat! Kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan seisinya akan hambar tanpa naluri dan nafsu. Tapi pengawalan yang perlu dipertingkat.

(Dia)- Tentu ada cinta secara Islam.
(Saya)- Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab dan qabul. Cinta selepas kahwin. Itulah cinta yang suci dan kudus. Cinta bermaruah, bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, ISLAM. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentu ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa “sesuatu” yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah s.a.w : “Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Riwayat Ibni Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.

(Dia)- Kalau begitu, cinta remaja masa kini semua menghampiri kepada penzinaan?
(Saya)- Ya. Kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan terusik. Kemudian perasaan dilayan, kemudian teringat, rindu. Kemudian di atur pertemuan, kemudian duduk berdua-duaan, kemudian mencari tempat sunyi sedikit, kemudian berbual sehingga malam gelap. Hubungan semakin akrab, dah pegang tangan, duduk semakin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam… Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan?
Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibubapa yang telah melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda.

(Dia)- Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji...
(Saya)- Allah yang menciptakan manusia, maka DIA tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.

(Dia)- Jadi manusia itu tak tahan di uji??
(Saya)- Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa. Sejak dari awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak akan tahan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar bagi manusia. Allah tegah Adam dan Hawa dari memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh dimakan. Allah memang mencipta manusia ada kelemahannya, manusia tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok khuldi itu . Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi tersebut. Tetapi Allah tahu sifat kelemahan Adam dan Hawa. Jika mereka menghampiri tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina, di tegah berzina. Maka, jalan kearah penzinaan itu juga di larang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar dari pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

(Dia)- Tetapi cinta selepas kahwin banyak maslah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan untuk berkahwin.
(Saya)- Bolehkah kita percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai2 lagi. Masa cinta adalah lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang dah kecewa dek kerana tertipu dengan keperibadian semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza, macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah sesuatu kepuraaan atau hipokrit. Digalakkan pula pertunangan. Haaa, masa ini siapa kata kita tak boleh kenal pasangan? Dengan menyelidiki latarbelakang dari keluarga dan rakan sekeliling, informasi itu lebih valid berbanding kita bercinta bagai nak mati dengan pasangan itu.

(Dia)- Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.
(Saya)- Bagaimana di harap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hamba NYA yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapai keredhaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan berumahtangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tetntu prosesnya bukan bercinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapatkan keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana pula kesudahannya??

(Dia)- Nak tanya sedikit.. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke ? ganti bercinta…
(Saya)- Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru, kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya tetap sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah satu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya ‘angkat’ ini sebenarnya telah masuk kedalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk di korbankan. Namakan apa sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan ke akhirnya akan bertemu dengan zina.

(Dia)- Jadi, seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?
(Saya)- Mengukur maruah diri bukan dengan ditentukan oleh manusia, tetapi oleh Pencipta manusia. Sebab ukuran manusia berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk cinta akan menyatakan orang yang sedang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga dirinya, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci itu. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah di tentukan oleh Allah.

(Dia)- Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
(Saya)- Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah menggadai maruahnya kerana mereka menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman: ((Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik. Dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman)) ( Surah An Nur:3). Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah ianya satu penghinaan Allah???

(Dia)- Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
(Saya)- Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

(Dia)- Kami telahpun berjanji sehidup semati…
(Saya)- Apa ada pada janji setia cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Jangan percaya penuh. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang.

(Dia)- Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab...
(Saya)- Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki apabila mengambil wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok, suka berfoya-foya, lelaki biasanya memilih perempuan murahan kerana itu suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

(Dia)- Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
(Saya)- Tentu, mana ada lelaki yang normal suka pada barang “second hand” sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka akan menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di show room sahaja ”display only”. Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula kata, sekadar sepinggan mee goring dan segelas sirap, bawalah kehulu-hilir. Sedihkan?? Itulah hakikatnya..

(Dia)- Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini ?
(Saya)- Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti, pasti mereka ada pasangannya. Firman Allah:
((Dan orang2 lelaki yang memelihara kehormatannya serta perempaun yang memelihara kehormatannya. Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar)) ( Al- Ahzab: 35)

(Dia)- Bagaimana kami ?
(Saya)- Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dari-NYA. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-NYA.

(Dia)- Kami ingin mendapat redha Allah. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha?
(Saya)- Taubat yang murni adalah taubat yang sebenar-benarnya, iaitu taubat yang memenuhi 3 syarat:

a) Tinggalkanlah perbuatan maksiat. Putuskanlah hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
b) Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
c) Berazam. Bertekad didalam hati tidak bercinta lagi dengan sesiapa selain yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab qabul.

Ya Allah, hambamu telah tersesat jalan, ampunilah dosa-dosa hamba-Mu ini. Sesungguhnya Engkau maha Pengampun dan Penerima taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkanlah diriku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan ahklak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Kau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa ku curahkan kasih itu kepada orang lain. Oh Tuhan, hamba Mu berdosa.

KITA BERPISAH KERANA ALLAH.. KALAU ADA JODOH TIDAK KE MANA...!!!

Read More......

Membina Ketahanan Diri


Sedikit Perkongsian...

Petikan buku siri motivasi Membina Ketahanan Dirii' oleh GEORGE LEONARD et. al.

Dalam diri kita terdapat timbunan tenaga yang belum digunakan, di mana jumlahnya jauh lebih besar daripada yang kita bayangkan boleh digunakan. Seandainya kita dapat menggali 10% daripada tenaga ini dan menambahkannya pada tenaga yang sekarang kita miliki, maka hidup kita akan mengalami perubahan yang besar. Berikut adalah cara untuk menggali tenaga yang tersembunyi itu:

1. MANFAATKAN RASA MARAH


Ada ketikanya kita perlu melontarkan kemarahan kita dan biarlah dunia ini mengetahuinya. Sungguhpun begitu, selalu terbuka kemungkinan bagi kita menyalurkan tenaga dari kejengkelan, bahkan kemarahan, dan menyalurkannya bagi suatu kegiatan yang positif. bila anda rasa kemarahan itu mula mendidih, maka carilah pekerjaan yang anda senangi dan salurlah kemarahan itu dengan memberikan tumpuan pada pekerjaan yang anda senangi itu.

2. BERILAH PENEKANAN PADA SIKAP POSITIF MENGHADAPI BERBAGAI KEADAAN

Berbagai pemelitian telah membuktikan bahawa orang yang memandang kehidupan ini dengan positif akan lebih kecil kemungkinannya untuk menderita sakit, daripada orang yang memandang kehidupan ini dengan pandangan yang negatif. Mereka juga memiliki lebih banyak tenaga. Bila kita mengakui suatu hal yang negatif, maka itu bukan bererti kita meratapinya, tetapi kita menghadapi kenyataan itu dan berjalan terus. Dengan mengutarakan hal-hal buruk yang anda alami pada seorang teman, maka ada kemungkinan anda akan merasa lebih segar dan bertenaga.

3. KATAKAN HAL YANG BENAR

Teknik pengutaraan kebenaran ini baru dapat memberikan hasil yang besar, apabila ia dipakai untuk mengungkapkan hati nurani anda, bukan untuk mengejek orang lain dan memaksakan kehendak sendiri. Dalam teknik pengutaraan kebenaran ini juga terdapat unsur risiko, cabaran, sukacita dan yang lebih penting lagi ia membangkitkan tenaga.

4. TENTUKAN KEUTAMAAN

Ada suatu fakta penting yang perlu kita tetapkan dalam membuat pilihan. Fakta itu ialah, bahawa untuk bergerak ke suatu arah tertentu, maka anda perlu mengenepikan arah lainnya. Niat yang jelas untuk melakukan suatu tindakan, kerapkali dapat menghilangkan kelesuan semangat. Pilihan yang salah adalah lebih baik daripada tidak melakukan pilihan sama sekali. Mulalah meyusun senarai keutamaan kerja yang akan anda lakukan bagi satu hari, satu minggu dan satu bulan. Selain pembahagian janga pendek, anda juga disarankan untuk membuat pembahagian yang sama untuk matlamat jangka panjang.

5. BUATLAH KOMITMEN

Tiada hal yang lebih membangkitkan tenaga daripada penetapan batas waktu yang mantap dan kukuh. Kita semua tentu pernah mengalamisituasi bagaimana kita terpaksa berjaga malam untuk mengejar batas waktu penyerahan suatu makalah, atau penyerahan dokumen tender. Oleh itu, kita haruslah membuat komitmen dengan mengumumkan batas waktu yang anda tetapkan sendiri pada orang lain. Semakin kukuh batas waktunya, semakin sukar ia hendak dilanggar dan semakin besar tenaga yang dituntut daripada anda untuk menyelesaikan pekerjaan.

6. TERUSLAH BERGERAK


Anda tidak dapat menggali tenaga secara paksa. Anda tidak dapat membangunkannya kalau anda tidak menggunakannya. Berdiam diri sebentar adalah sebahagian daripada setiap rencana tindakan. Tetapi sikap berdiam diri yang tidak disusuli dengan tindakan positif akan membuat anda putus asa. Hakikatnya, masih terdapat banyak pekerjaan yang konstruktif dan kreatif untuk dilakukan. Semua kita berkeupayaan meningkatkan tenaga diri kita.

Read More......

Ukhuwwah

Ini adalah sebuah kisah tentang kepemimpinan Ali ibn Abi Thalib dalam Khulafa' Ar-rasyidin yang sangat patut kita teladani.

Tidak ada khalifah yang paling mencintai ukhuwwah, ketika orang berusaha menghancurkannya seperti Ali ibn Abi Thalib. Baru saja dia memegang tampuk pemerintahan, beberapa orang tokoh sahabat melakukan pemberontakan. Dua orang di antara pemimpin Muhajirin meminta izin untuk melakukan umrah. Ternyata mereka kemudian bergabung dengan pasukan pembangkang. Walaupun menurut hukum Islam pembangkang harus diperangi, Ali memilih pendekatan persuasif. Dia mengirim beberapa orang utusan untuk menyadarkan mereka. Beberapa pucuk surat dikirimkan. Namun, seluruh upaya ini gagal. Jumlah pasukan pemberontak semakin membengkak. Mereka bergerak menuju Basra.

Dengan hati yang berat, Ali menghimpun pasukan. Ketika dia sampai di perbatasan Basra, di satu tempat yang bernama Alzawiyah, dia turun dari kuda. Dia melakukan shalat empat rakaat. Usai shalat, dia merebahkan pipinya ke atas tanah dan air matanya mengalir membasahi tanah di bawahnya. Kemudian dia mengangkat tangan dan berdo'a: "Ya Allah, yang memelihara langit dan apa-apa yang dinaunginya, yang memelihara bumi dan apa-apa yang ditumbuhkannya. Wahai Tuhan pemilik 'arasy nan agung. Inilah Basra. Aku mohon kepada-Mu kebaikan kota ini. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya. Ya Allah, masukkanlah aku ke tempat masuk yang baik, karena Engkaulah sebaik-baiknya yang menempatkan orang. Ya Allah, mereka telah membangkang aku, menentang aku dan memutuskan bay'ah-ku. Ya Allah, peliharalah darah kaum Muslim."

Ketika kedua pasukan sudah mendekat, untuk terakhir kalinya Ali mengirim Abdullah ibn Abbas menemui pemimpin pasukan pembangkang, mengajak bersatu kembali dan tidak menumpahkan darah. Ketika usaha ini pun gagal, Ali berbicara di hadapan sahabat-sahabatnya, sambil mengangkat Al-Qur'an di tangan kanannya: "Siapa di antara kalian yang mau membawa mushaf ini ke tengah-tengah musuh. Sampaikanlah pesan perdamaian atas nama Al-Qur'an. Jika tangannya terpotong peganglah Al-Qur'an ini dengan tangan yang lain; jika tangan itu pun terpotong, gigitlah dengan gigi-giginya sampai dia terbunuh."

Seorang pemuda Kufah bangkit menawarkan dirinya. Karena melihat usianya terlalu muda, mula-mula Ali tidak menghiraukannya. Lalu dia menawarkannya kepada sahabat-sahabatnya yang lain. Namun, tak seorang pun menjawab. Akhirnya Ali menyerahkan Al-Qur'an kepada anak muda itu, "Bawalah Al-Qur'an ini ke tengah-tengah mereka. Katakan: Al-Qur'an berada di tengah-tengah kita. Demi Allah, janganlah kalian menumpahkan darah kami dan darah kalian."

Tanpa rasa gentar dan penuh dengan keberanian, pemuda itu berdiri di depan pasukan Aisyah. Dia mengangkat Al-Qur'an dengan kedua tangannya, mengajak mereka untuk memelihara ukhuwwah. Teriakannya tidak didengar. Dia disambut dengan tebasan pedang. Tangan kanannya terputus. Dia mengambil mushaf dengan tangan kirinya, sambil tidak henti-hentinya menyerukan pesan perdamaian. Untuk kedua kalinya tangannya ditebas. Dia mengambil Al-Quran dengan gigi-giginya, sementara tubuhnya sudah bersimbah darah. Sorot matanya masih menyerukan perdamaian dan mengajak mereka untuk memelihara darah kaum Muslim. Akhirnya orang pun menebas lehernya.

Pejuang perdamaian ini rubuh. Orang-orang membawanya ke hadapan Ali ibn Abi Thalib. Ali mengucapkan do'a untuknya, sementara air matanya deras membasahi wajahnya. "Sampai juga saatnya kita harus memerangi mereka. Tetapi aku nasihatkan kepada kalian, janganlah kalian memulai menyerang mereka. Jika kalian berhasil mengalahkan mereka, janganlah mengganggu orang yang terluka, dan janganlah mengejar orang yang lari. Jangan membuka aurat mereka. Jangan merusak tubuh orang yang terbunuh. Bila kalian mencapai perkampungan mereka janganlah membuka yang tertutup, jangan memasuki rumah tanpa izin, janganlah mengambil harta mereka sedikit pun. Jangan menyakiti perempuan walaupun mereka mencemoohkan kamu. Jangan mengecam pemimpin mereka dan orang-orang saleh di antara mereka."

Sejarah kemudian mencatat kemenangan di pihak Ali. Seperti yang dipesankannya, pasukan Ali berusaha menyembuhkan luka ukhuwwah yang sudah retak. Ali sendiri memberikan ampunan massal. Sejarah juga mencatat bahwa tidak lama setelah kemenangan ini, pembangkang-pembangkang yang lain muncul. Mu'awiyah mengerahkan pasukan untuk memerangi Ali. Ketika mereka terdesak dan kekalahan sudah di ambang pintu, mereka mengangkat Al-Qur'an, memohon perdamaian. Ali, yang sangat mencintai ukhuwwah, menghentikan peperangan. Seperti kita ketahui bersama, Ali dikhianati. Karena kecewa, segolongan dari pengikut Ali memisahkan diri. Golongan ini, kelak terkenal sebagai Khawarij, berubah menjadi penentang Ali. Seperti biasa, Ali mengirimkan utusan untuk mengajak mereka berdamai. Seperti biasa pula, upaya tersebut gagal.

Dari: Islam Aktual. Jalaluddin Rakhmat. Mizan, Jakarta 1991

Read More......

Terus Melangkah...


Pagi ini terasa nak pergi kerja lewat sedikit. Saya tidak akan duduk didalam office harini dek kerana tugasan ke Pagoh. 'jejak niaga' / 'task fos k' diberi nama. Mencari dan menyedarkan peniaga2 serta orang ramai tentang pentingnya berzakat dan bagaimana cara untuk berzakat.

Semalam. Sekali lagi saya berada dibumi USIM yg barakah. Tajdid ruhul jihad. InsyaAllah... Pada awalnya saya terasa begitu semangat untuk sama2 sahabat untuk meneruskan langkahku. Tetapi pada akhirnya, masalah yang sama menjengah. Dek kerana harapan yang masih tinggal, saya berusaha sehingga langkah yang terakhir kerana bimbang diri dibenci atau tidak di maafkan oleh mana2 manusia.

"maafkan saya..." ujarku dengan penuh ikhlas. Pada awalnya hanya anggukan yang dibalas. Namun apabila kuulang kali kedua, "Ya..." terasa amat2 lega dengan jawapan itu. Cukup bagiku sebagai manusia yang berdosa untuk mendengar kata2 itu.

Namun ada sesuatu yang masih ku kurang pasti. Adakah benar2 saya dimaafkan atau itu hanya dibibir?


خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ

Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh.

(QS. Al-A’raf 7:199)

وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلَا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

“…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”

(QS. An Nuur, 24:22)


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلَادِكُمْ عَدُوًّا لَكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ وَإِنْ تَعْفُوا وَتَصْفَحُوا وَتَغْفِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

"… dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."

(QS. At Taghaabun, 64:14)

الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

“Yaitu orang2 yang menginfakkan hartanya ketika lapang dan sempit dan menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain.”

(QS. Ali ‘Imraan, 3:134)

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

(Surah Ali Imraan : 103)


Dalil2 yang saya bawakan menunjukkan sangat penting memaafkan orang lain yang melakukan kesalahan. Di samping keterbuktian dari sudut Islam, saintifik juga menunjukkan memaafkan orang lain sangat penting untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik. Jika kita melupakan apa yang telah orang lain lakukan kepada kita, pemikiran kita akan kembali positif dan gerak geri kita akan semakin lancar. Sama konsepnya dengan memberi hadiah, memberi sedekah, berkorban sesuatu. Konsep ikhlas dan redha, menidakkan 'hubbu al-dunya' mencintai dunia sangat2 diterapkan dalam ilmu tasawwuf. Apabila yang kita sebut tentang hadiah, lupakan terus bahawa kita pernah memberi hadiah. Jika benar kita ikhlas, takkan pernah kita mengungkit bahawa kita pernah memberi hadiah, sumbangan, itu dan ini. Bimbang akan rosaknya pahala pemberian itu. Begitu juga dengan pengorbanan yang telah diberikan, jangan sesekali kita mengingat2 kembali apa yang telah kita buat, yang hakikatnya sangat kecil pengorbanan itu disisi Allah s.w.t. Alangkah malunya jika kita hendak membanggakan apa yang kecil.

Konsep maaf juga begitu. Satu yang perlu kita ingat, memaafkan bukannya rugi. Malah dirahmati Allah kerana kita kembali menyatukan hati2 seorang muslim. Rasulullah s.a.w pernah berpesan:


ولا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ

Ertinya : Dan tidak halal bagi seorang Muslim itu meninggalkan ( tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara seIslamnya lebih dari 3 hari”

( Riwayat Al-Bukhari, 5/2253)


Imam An-Nawawi menyebutkan :-

تحرم الهجرة بين المسلمين أكثر من ثلاث ليال بالنص وتباح في الثلاث بالمفهوم وإنما عفى عنه في ذلك لأن الآدمي مجبول على الغضب

Ertinya : “Diharamkan tidak bertegur sapa di antara Muslimin ( yang disebabkan punca pergaduhan dunia) lebih dari 3 hari secara jelas dari Nas hadith, dan secara mafhumnya difahami harus untuk melakukan itu (jika perlu) selama 3 hari, dan sesungguhnya dimaafkan sifat demikian kerana manusia sentiasa terbawa-bawa sifat marah”

( Syarah Sohih Muslim, 16/117)


Cukuplah dengan dalil2 yang saya bawakan untuk sama2 kita mengambil iktibar dalam apa jua keadaan. Bukan sahaja persahabatan, perjuangan juga perlu kepada kesepaduan. Jadi jika kita kurang memahami konsep jelas yang di gariskan oleh Islam, maka akan porak perandalah pergerakan kita. Ingatan jua buat diri yang alpa.

Maaf telah saya pinta, 'husnuzzon' bersangka baik yang saya tinggalkan. Bersangka baik dengan Allah bahawa ini takdir ketetapan yan ditentukan buat saya. Jika baik, maka baik lah. Jika buruk, maka itu akibat kelemahan diri saya.


كتب عليكم القتال وهو كره لكم وعسي ان تكرهوا شيئا وهو خير لكم وعسي ان تحبوا شيئا وهو شر لكم والله يعلم وانتم لا تعلمون
(Al-Baqarah:216)

Hanya sampai sini sahaja usaha saya secara zahir, kini hanya tinggal doa dan tawakal. Itu sahaja kudrat saya sebagai manusia. Kerana yang memegang hati2 manusia ialah DIA yang Maha Mengetahui apa yang nampak dan yang tidak nampak.

Ketika hatimu terluka dalam, maka saat itu kau sedang belajar tentang meMAAFkan. Ketika kau merasa lelah dan kecewa, maka saat itu kau sedang belajar tentang keSUNGGUHan. Ketika kau merasa sepi dan sendiri, maka saat itu kau sedang belajar tentang keTANGGUHAN. ... Muslimah adalah seperti mutiara. Terbentukdari sekian lamanya berada dalam karang. Wahai muslimah indahkan dirimu seperti mutiara. Jangan katakana: YA ALLAH, AKU PUNYA MASALAH YANG LUAR BIASA... Namun katakanlah: HEI MASALAH, AKU ADA KUASA LUAR BIASA KERANA ALLAH BERSAMAKU...

Walau apapun, pepatah Arab ini mungkin saya boleh dijadikan sebagai satu panduan. “Sayangilah insan yang kamu sayangi berpada-pada, boleh jadi dia menjadi insan yang kamu benci satu hari kelak, dan bencilah insan yang kamu benci berpada-pada, boleh jadi dia akan menjadi insan yang kamu sayangi satu hari kelak”.

Syok baca tulisan ummi. Jom layan...

http://ummuayman.blogspot.com/2010/04/allah-ajarkan-untuk melepaskannya.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+ajarkanaku+%28Ajarkan+aku+Ya+Allah+...%29

Kini, setelah habis usaha dan hanya tinggal tawakal, saya perlu meneruskan langkah. Banyak agenda telah tergendala dek kerana masalah hati. Ini yang perlu kita elak sebagai seorang pejuang. Ambil pengajaran dari peristiwa yang saya alami. Sampai muntah2 pikir masalah ni. Agenda??? yeah... Islam pasti akan tertegak. InsyaAllah... usaha dan terus berusaha. Strategi akan kembali ku garap. Tesis semakin selesai, langkahku akan kembali mengaum. InsyaAllah... Hanya keranaMU Ya Allah... aku akan terus melangkah...


Read More......
Related Posts with Thumbnails