Otak Bola...???



بسم الله الرحمن الرحيم


Berkali2 saya mencuba untuk update blog ini tetapi gagal dek kerana kerja2 sbg surirumah sedikit membantutkan percambahan idea dan pena ku. Tetapi malam ini bagai tidak sabar rasanya untuk saya menemui laptop yang usang ini. 5 tahun saya hidup bersama laptop yang kini sudah rosak sana sini. Tapi tak pe wahai laptop kesayanganku, takkanku buang dikau selagi masih boleh menaip dan melayari internet.


Kisah ini bukan untuk menjatuhkan sesiapa mahupun menghasut sesiapa namun ini kisah pengalaman yang saya lalui sendiri pada 29/6/2010 di Bukit Baru, Melaka.


Malam tadi saya berada di Melaka untuk menziarahi saudara di sana. Menaiki Viva meluncur laju melalui Kesang dan terus masuk ke Sungai Rambai sehingga singgah di perhentian kami yang pertama iaitu di Kampung Sebatu. Kami, saya mak dan abah, menghadiri majlis jamuan di Kg. Sebatu. Saya sangat kenal dengan kg. ini dek kerana saudara mara yang ramai di kawasan Sebatu, Kandang, Padang Temu dan sedikit di Merlimau. Berlaukkan gulai kambing dan kupang masak sweet sour (rasenye la), mak makan bertambah dan abah memang menggemari kambing namun saya kekenyangan setelah makan berbuka puasa tadi. Maka saya sekadar menghabiskan kupang yang sememangnya marvelous. Terima kasih warga Kg. Sebatu (^_^).


Meneruskan perjalanan ke destinasi dan saya menemui saudara mara saya berdekatan dengan pusat bandaraya Melaka. Setelah selesai sedikit perbincangan dan perkongsian, kami berhajat untuk pulang. Melalui Kg. Bukit Baru, Melaka pada awalnya,


”alamak, silap jalan daaa... sekali ramai orang daaa...”


Mula2 saya menyangka ada pasar malam di kawasan itu. Setelah hampir di gerombolan manusia di situ, kami terkejut dgn 2 puak besar yang berkumpul. Masing2 punya matlamat sendiri dengan dilengkapi peralatan pembesar suara yang sangat kuat. Polis berada di tepi2 jalan memerhatikan keadaan orang ramai yang lalu lalang bagi menjaga keselamatan orang ramai. Sedikit tingkat saya buka untuk mendengar apa butiran yang salah sebuah kumpulan itu suarakan.


”Jika kami diperintahkan berhenti dari mengdakan ceramah ini, kami minta pihak polis menghentikan juga kumpulan di sana sekarang juga...”


Wah, kes berat ni. Baru ku perasan lambaian2 bendera parti memenuhi ruang kawasan itu. Di sebelah sana, penuh dengan bendera parti UMNO dan di sebelah sini penuh dengan bendera parti PAS. Waaa… ini peluang kami untuk menyaksikan sendiri apa yang bakal berlaku kepada penentangan 2 kumpulan ini. Kami pun berhenti untuk sama2 menyertai pertarungan yang julung2 kali diadakan itu.


Kumpulan PAS memulakan ceramahnya dengan penceramah yang merupakan YB DAP bagi DUN Melaka. Memulakan sepak tendangnya dengan pendedahan2 penipuan dan rasuah yang di buat oleh BN dan kroninya. Pendedahan yang pertama di sertakan dengan gambar dan bahan bukti yang cukup rapi mengatakan pembikinan sebuah bustop yang sangat simple memakan kos sebanyak RM44 ribu. Sebuah bustop yang tempat duduknya hanya kayu biasa dan blooti atapnya yang sedikit di mamah anai2. Semua itu dipaparkan dan ditunjukkan kepada setiap orang yang hadir menggunakan gambar dan bukti yang di edarkan.


Dengan hanya jarak lebih kurang 100 meter dari tempat permulaan sepak sebentar tadi, pihak UMNO mengumpulkan ramai anak muda memulakan pencaknya dengan laungan ”hidup UMNO, hidup Melayu...!!!”. Skrin besar di pasang dan dipaparkan perlawanan bola antara Jepun dan Paraguey dengan disajikan buah durian yang banyak. ”mari, mari semua jemput makan durian...”. Sedikit tersengih saya dengan gelagat mereka.


Inikah tradisi mereka. Mak saya pun berbisik, ”dulu pernah macam ni Dah, mase Tuan Guru Haji Hadi datang Melaka ni. Macam ni jugak dulu...”


”Ye ke???”. Desas desus yang mak saya dengar selama ini betul rupanya apabila kami sendiri berhadapan dengan situasi tersebut. Kami tak pernah melihat situasi ini di Muar atau mana2 kawasan di Johor. Sangat menarik perhatian kami lalu kami pun terus tetap berada di situ memerhati situasi tersebut sambil menjamah burger.


”Di sana bola, di sini hal memperjuangkan rakyat. Apa sebenarnya yang ada dalam pemikiran mereka ini sebenarnya?”. Sesekali hatiku berbisik mengajukan persoalan yang sama.


Setelah setengah jam mendengar ceramah yang bercampur dengan world cup itu, saya kira Pakatan Rakyat telah pun menjaringkan 1 gol kerana jumlah mereka ternyata lebih ramai dari pasukan yang satu lagi. Maka mereka menang dari sudut kehadiran.


”Kerajaan Negeri Selangor memberikan RM2500 kepada setiap orang yang meninggal di negeri itu tidak kira beragama Islam, Budha atau Hindu”. Kenyataan ringkas setelah sepakan ke 2 berlangsung mencerahkan mataku. Saya lihat ada seorang warga Cina sedikit terkejut dengan kenyataan itu dan serta merta senyum menandakan beliau merasakan haknya juga sebagai rakyat Malaysia. TAWAS (Tabung Warisan Anak Selangor) pula di ketengahkan oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Mustafa Kamil Ayub menaikkan lagi semangat para ayah dan ibu yang berada disitu. Setiap anak yang baru lahir (sblm usia 1thn) hanya memerlukan modal sebanyak RM100 sebagai permulaan tabung dan bakal mendapat hasil pulangannya sebanyak RM1500 ketika usianya mencecah 18 tahun. Layari http://www.tawas.org.my/


”Selangor boleh buat, masakan kerajaan Negeri Melaka yang kecil ini tak boleh buat?”.


”Ayat politik, biasa la tu...” bisikku...


Tiba2 terdengar suara penceramah sebelah BN mengatakan,


“habislah Melayu kalau Pakatan Rakyat memerintah…”


Hanya terdengar ayat itu sahaja. Menanti jawapan dari Naib Presiden PKR dan terbukti PKR mampu menjawab balas dengan cukup cantik.


”Kononlah, PAS dengan PKR ni ade orang Islam eh. Mestilah mereka akan memperjuangkan Melayu. Tapi DAP? Saya nak tegaskan pada malam ini, Pulau Pinang, pemerintahnya DAP (Lim Guan Eng), telah menaikkan peruntukan Majlis Agama Islam Pulau Pinang dari RM11 juta kepada RM24 juta tuan tuan. Itu DAP, PAS dan PKR apatahlagi. Mana mungkin Melayu dan Islam akan terkubur setelah Desember 2009 3 pemimpin besar Pakatan Rakyat menyetujui bahawa kita akan tetap memperjuangkan Islam dan dasar2nya setelah menang dalam masa yang sama memberi ruang kepada bangsa lain untuk mengamalkan budaya mereka”.


Lebih kurang begitu bunyi nya. Hati saya sentiasa gementar apabila setiap yang diungkap itu berunsurkan janji. Bimbang Allah akan uji pada mereka ini dengan hanya sekali hantaran dugaan. Semoga Allah istiqamah kan mereka dalam perjuangan yang baik ini. (jika benar niatnya untuk rakyat)


﴿يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ لِمَ تَقُولُونَ مَا لاَ تَفْعَلُونَ ﴾


﴿كَبُرَ مَقْتاً عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُواْ مَا لاَ تَفْعَلُونَ ﴾


2. Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?

3. Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

(As-Soff:2-3)


Deringan bunyi2 wisel di sebelah kumpulan anak2 muda itu merimaskan saya. Terasa ingin mengetahui apa sebenarnya matlamat mereka berkumpul, makan durian sambil menonton bola. Speaker besar di tepi2 mereka sangat membingitkan dan jeritan2 gol menunjukkan semangat yang jitu sangat mengecewakan. No point.


Inilah kesimpulan ke 2 yang saya buat, pasukan sini telah menjaringkan gol yang ke 2 dengan berasaskan matlamat yang jitu iaitu memberi info, penerangan dan nasihat.


”majlis dengan sukacitanya menjemput Ketua Menteri kesayangan kita, Datuk Ali Rustam untuk memberikan ucapannya. Dengan segala hormatnya di persilakan.”


”Ait, ade Ketua Menteri pulak???”. Mak saya menggaru2 kepala yang tidak gatal itu tanda kepelikan melanda. Ditengah2 anak2 remaja bersorak menonton bola sambil makan durian, KM Melaka turun memberi ucapan? Sejujurnya saya tak pernah melihat penentangan seperti ini berlaku. Di sini pimpinan DAP, PKR dan PAS, di sana Pimpinan BN malah Pimpinan Negeri Melaka. Pelik bin ajaib. Pelawanan semakin menarik dan memasuki zon klimaks.


Sepakan seterusnya di mulakan dengan kata2 pujian kepada Allah dan Rasul junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. YB Salehudin Al-Ayubi melandaskan ceramahnya kepada ayat Al-Qur’an dan Al-Hadith. Cukup simple dengan pakaian kerja (ahli parlimen) berikutan baru tamat sesi penggulungan sidang parlimen untuk hari ini pada jam 8 mlm tadi.


Di seberang sana, KM Melaka juga memulakan dengan kata2 pujian kepada Allah s.w.t dan Rasulullah serta mengalu2kan kedatangan

para penonton yang rata2 anak muda Melaka. Di mulakan dengan penegasan jatidiri sebagai seorang Melayu, kepentingan orang Melayu dalam perlembagaan, menyentuh juga tentang Raja2 Melayu dan juga perjanjian contract sosial. Awalnya berbentuk menyantuni diri sebagai seorang Melayu dan kepentingan mempertahankan orang Melayu. Cukup indah ungkapan kata2 oleh KM Melaka. Sedikit terpersona dengan yang di sana.


”Haishhh... aku kene adil dalam pertandingan ini kerana aku pengadilnya...”. Hatiku menidakkan minatku.


Saya berpaling semula ke arah YB Salehudin, beliau membawa beberapa isu penting juga yang mesti saya mendengarnya dengan teliti sebagai seorang pengadil.


1- APCO

2- Blok minyak L dan M bernilai RM320 bilion telah diserahkan kepada Brunei

3- Lesen Judi

4- KWSP rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura

5- Penjualan air kepada Singapura


Wah... sungguh banyak isu yang saya baru tau pada malam ini. Isu pertama pemberian RM77 juta kepada APCO (Yahudi) untuk mengajar cara untuk berpersonaliti, berketerampilan dan penasihat media. Lebih kepada keperluan peribadi PM dan beberapa orang lain maka diambil APCO sebagai perunding. Menurut YB Salehudin, tidak ada seorang pun di dalam parlimen menafikan bahawa APCO diupah menjadi perunding malah ditampilkan alasan kenapa APCO yang terpilih sedangkan di Malaysia juga terdapat banyak agensi yang berkelayakan. Katanya agensi di Malaysia tak sehebat APCO yang bertaraf dunia. Hmmm...


Second, malas nak ulas... sebab isu ini sudah di ulas pun... boleh tengok blog Tok Det http://chedet.co.cc/chedetblog/2010/04/malaysias-generosity.html#more . Parlimen dirahsiakan dari isu ini namun mujur Allah s.w.t memberi ruang dan hidayah kepada TOk Det untuk membongkarkannya.


Lesen judi. Siapa yang mula2 ingin menghalalkan lessen judi? Bagi sesiapa yang mengikuti isu ini pasti tau puncanya dari mana. Didedahkan oleh YB Salehudin tadi dengan menyebut semula perkataan Tan Sri Vincent Tan yang mengatakan PM main2 setelah berjanji untuk menghalalkan lesen judi namun ditarik semula. Ini berlaku kerana Pakatan Rakyat dan rakyat bangkit untuk membantah termasuk YB Rasah (DAP) yang bangkit di dalam Parlimen dengan menyatakan bahawa ”judi bukan budaya kami orang tionghua (cina)”. Dengan izin Allah, penghalalan judi ini ditangguh. Namun YB Salehudin mengingatkan bahawa, BN telah kerugian banyak setelah lesen judi ini tidak jadi dihalalkan. Maka bersedialah semua untuk sama2 menghadapi zaman peningkatan harga barang kawalan. (prediction). Atau apa2 bahan ganti kepada kerugian yang di alami oleh BN.


Wow... sangat banyak input yang saya dapat dari sini berbanding yang di sana. Kelihatan yang di sana seolah2 tiada bahan untuk bercerita.


YB Salehudin, “jangan jadi macam otak mereka, otak bola. Diluar cantik di dalam kosong... Kalau berani ayuh kita berdebat secara terbuka di media massa…”


“apa die kata???”


2 kali saya terdengar KM Melaka bertanyakan begitu menggunakan microphone nye. Mak saya gelak besar dek kerana sikap yang di tunjukkan oleh KM Melaka itu seolah2 mengadakan majlis itu sekadar untuk mengambil perhatian orang yang datang mendengar ceramah Pakatan Rakyat. Sebaris ucapan, ketawa. Sebaris ucapan, ketawa. Seterusnya begitu sehingga selesai majlis itu. Mak saya berkerut tanda kepelikan perangai yang ditunjukkan oleh KM Melaka. Apa sebenarnya yang ingin mereka buktikan? Penonton yang ramai kah? Penyokong yang ramai kah? Berceramah paling sedap kah? Speaker paling besar kah?


Seusai ceramah tersebut, kami terus pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang, mak dan abah saling bertukar2 fikiran tentang apa yang kami lihat sebentar tadi. Seakan tidak percaya apa yang berlaku di Melaka. Pertandingan terbuka sebegitu seolah2 tidak bertamadun. Jika mahu berlawan, banyak lagi platform yang ada boleh digunakan namun kenapa memilih jalan seperti itu? Bukankah itu meruntuhkan maruah mereka sendiri?


”dulu pernah macam ni Dah, mase Tuan Guru Haji Hadi datang Melaka ni. Macam ni jugak dulu...” Terngiang bisikan mak pada saya.


Saya tak sanggup nak membuat kesimpulan penilaian setelah PR menang 2-0 keatas BN sepanjang penelitian saya. Saya serah kepada anda untuk tentukannya sendiri...



Inikah yang di katakan politik? Atau ini hanyalah politik nafsu yang dimainkan oleh pemain2nya yang tidak bertamadun? Sampai bila politik negara kita akan berubah kepada bentuk gentlemen seperti yang di lakukan di negara lain? Nak bicara soal negara maju 2020, namun politik negara masih belum sepenuhnya bebas dan negara masih menanggung bebanan hutang yang banyak sehingga 2019.


Hmmm... terkadang muak dengan politik di Malaysia. Tolonglah... Yang salah tolonglah mengaku salah dan yang betul tolonglah tunjuk dengan cara yang terbaik. Demi anak2 kami nanti sebagai bangsa pewaris tanah air ini.


"Kita bukan mewarisi bumi ini tetapi kita meminjamnya dari anak2 kita"


Segala salah dan silap harap dimaafkan. Sekali lagi saya tegaskan, kisah ini bukan untuk menjatuhkan sesiapa mahupun menghasut sesiapa namun ini kisah pengalaman yang saya lalui sendiri pada 29/6/2010 di Bukit Baru, Melaka.


والله أعلم

Read More......

Apabila diri dalam dilema...


Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan
dia akan mejadi teman menapaki hidup
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan diantara kami
Agar kemesraan itu abadi
Dan ya Allah... ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan ia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku

Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya

Dan ya Allah yang tercinta...
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah ya Tuhanku...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku
Karena Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini

Ya Allah...
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini

----------------------------------------
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
----------------------------------------

Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau ridhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh

Amin... Ya Rabbal 'Alamin



*Nukilan kali ini sekadar nak menyingkap fitrah manusia. Namun apa yang lebih penting adalah kasih sayang Allah. Jangan dipikirkan sangat hal ini. Bimbang hanyut di bawa arus pelangi yang seakan indah... Teruskan berjuang dan capai matlamat mendapat redha Allah. Baitul Muslim memang perlu namun jangan kerananya kita lupa segalanya dan jangan sampai merosakkan hati kita dan prinsip Islam.

Sekadar pandangan dari yang dhoif

"Genggam dunia di dalam tangan namun jangan letaknya di hati kerana bimbang kita takut untuk melepaskan bila tiba waktunya..."

Read More......

Again, this is for you my friend...




Read More......

Pemuda Kesayangan



Dakwah menjadi kewajipan kepada kita sebagai ummat Islam. Pemuda...!!! Pemuda kesayangan Islam yang paling bertanggungjawab membela Islam.

Allah berfirman:

إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى
Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka (Surah Al-Kahfi: 13)

Di sini saya kongsikan ulasan buku tulisan Imam Hasan Al-Banna, tokoh yang semua gerakan Islam kagumi. Beliau memberi peringatan yang tegas dan ulasan yang cukup cantik mengenai Pemuda Islam. Semoga sama2 kita dapat mengambil sedikit pengajaran dan ingatan.

Pemuda adalah harapan semua ummat untuk mengembalikan ummat. Perlukan:

  • Fikir tentang ummat lebih banyak dari fikir diri sendiri.
  • Faham dakwah yang betul

Dakwah kurun ke 15 Hijrah:

  • Hanya satu dakwah yang boleh menyelamat manusia - ISLAM (5:3) manusia sedang menunggu-nunggu.
  • Ianya perlukan pengorbanan (Kisah Sirah Nabi dan Sahabat)
  • Fikrah Islam hendaklah tulen (tanpa seleweng , tambah atau kurang). (3:85) Musuh telah cuba merosakkan Islam beberapa lama.

Tugas kita:

  • Menceritakan hakikat Islam dengan jelas (teori).
  • Mengajak beramal dengan Islam yang syumul (amali).
  • Menjadikan Al-Quran & Sunnah rujukan utama.
  • Berjuang terus hingga mati.
  • Slogan kita : ‘Allah matlamat - Rasul Ikutan - Quran perlembagaan - Jihad jalan & Mati syahid cita-cita tertinggi’.
  • Berkeyakinan diri ; kita adalah 'tuan' di bumi ini. Kemenangan adalah milik kita.

Titik kekuatan:

  • Iman
  • Ukhuwwah
  • Zahir (Tubuh badan, senjata, peralatan, pengurusan dsb)

Program kita:

  • Individu Muslim
  • Rumahtangga Muslim
  • Ummat Islam
  • Kerajaan Islam
  • Watan Islam (Tanahair)
  • Menawan balik negeri Islam yang dirampas.
  • Menjadi pemerintah dunia.

Lain-lain

  • Disangka angan-angan oleh manusia. Siapa tidak bekerja kearah ini maka sila cari cara lain.
  • Kita bukan lemah (3:173)
  • Kita tidak akan memisahkan agama dan negara, solat dan masyarakat dll.
  • Islam adalah sistem yang sempurna.
  • Mengapa orang sangat memperelokkan solat tetapi melalaikan bidang Islam yang lain?
  • Orang Islam ialah: Pendita dimalam hari dan satria disiangnya.
  • Kita tidak mengabaikan negara dan bangsa kita tapi semua kerana Iman.
  • Kebangsaan kita adalah semua negara Islam.
  • Kita hendaklah maju dalam semua perkara kerana kemunduran akan merosakkan kita.
  • Hendaklah melepaskan dari sebarang fahaman lain selain Islam.
  • Hendaklah menguntukkan seluruh tenaga dan masa untuk Akidah ini.
  • Kita akan capai antara 2 kebaikan: Menang atau Syahid.
  • Siapa yang masih teragak-teragak dan berdolak dalih, Tentera Allah akan terus berjalan meninggalkannya tanpa mengira sedikit atau ramai (3:126)


Read More......

Let's Avoid


Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yg. menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yg. mendatangkan keburukan kepada kita.


Di bawah ini terdapat 24 perkara-perkara yg. jangan dilakukan yg. seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri:


1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.


2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.


3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.


4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.


5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)


6. Jangan makan tanpa membaca بسم الله الرحمن الرحيم dan doa makan. Nanti makanan yg dimakan adalah dari muntah syaitan.


7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.


8. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.


9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.


11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.


12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.


13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim.


14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.


15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.


16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.


17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.


18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.


19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.


20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.


21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.


22. Jangan lupa membaca بسم الله الرحمن الرحيم dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.


23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepada-NYA.


24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui.

Read More......

Membina Motivasi Diri ::WINNER::




Dah berapa lama kita hidup didunia ini? Mustahil jika tidak ada sekalipun kita terasa lemah dan memerlukan semangat yang baru... Rasulullah s.a.w yang mempunyai peribadi terunggul juga punya perasaan sedih dan kecewa. Kadang2 terdetik dihatinya namun Allah s.w.t tetap memelihara kekasihnya dengan menurunkan ayat2 Al-Qur'an sebagai wahyu untuk memotivasikan Rasulullah s.a.w. Apatahlagi kita hamba yang hina dan punya 1001 kesalahan sudah pasti memerlukan motivasi diri di satu2 masa.


Ada ketika tiba-tiba anda berasa tidak bermaya sekali. Hidup terasa tiada erti. Nyata anda telah kehilangan motivasi diri. Apa yang harus anda lakukan?


Sebelum mengambil sebarang langkah seterusnya. Seperti yang biasa saya sarankan, duduk sejenak. dan tarik nafas panjang kemudian lepaskan sekali gus. Bukan niat untuk mengeluh tetapi mengeluarkan sediri ketenangan. Kemudian pejamkan mata. Beri salam kepada diri sendiri sambil memegang dada dan katakan, “Hai diri, engkau dijadikan bukan untuk berkeluh-kesah.”


Kemudian bangkitlah dan cuba lakukan perkara-perkara berikut:


1. Perbaiki imej anda


Cuba lakukan sedikit perubahan. Kalau selama ini anda tidak kisah kalau seluar yang dipakai sehingga seminggu dan tidak bergosok, cuba kali ini menukarnya selalu dan pelbagaikan warnanya.


Kalau selama ini jarang mengenakan tali leher, kenakan tali leher, tukar gaya menyikat rambut dan sangkutkan pen mahal dan berjenama di poket. Ubah gaya jalan anda, sesuai dengan attire baru yang anda kenakan.


Jika anda wanita, tukar imej kusam kepada kemas, elegen dan aktif. Perkemaskan pakaian dan kenakan sedikit wangi wangian supaya anda berasa segar. Kenakan warna-warna ceria pada tubuh anda, pada baju dan tudung. Hiasi jari dengan sebentuk cincin untuk menambah seri.


Jangan terlalu pendiam tetapi jangan pula terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringan mulut jika orang minta pendapat dan diam ketika orang bercakap hal-hal yang sensitif dan mengumpat.


2. Lakukan senaman ringan


Tubuh yang lemah, lembik dan lembam boleh dipulihkan dengan melakukan sedikit gerakan tubuh. Tubuh tidak perlu melakukan senaman2 yang berat kerana itu akan menyebabkan tubuh anda letih. Keletihan menyebabkan anda kembali tidak bermaya. Malah mengikut kajian, bukan semua orang sesuai melakukan senaman berat. Ada sesetengah orang, atas sebab kesihatan dan fizikal semulajadinya lebih digalakkan supaya tidak bersenam dengan berat. Senamkan juga minda anda dengan membaca atau mencuba sesuatu yang berhalangan. Bermain computer game mungkin salah satunya tetapi untuk lebih santai senamkan minda dengan membaca, merenung, mempersepsi dan juga membuat ta'akulan.


3. Senyum


Senyum boleh mengubah segala-galanya. Dalam mood yang tidak baik, memang sukar untuk melakukan ini, tapi ingat jika anda senyum pulangannya serupa. Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang insyaAlllah anda akan mendapat senyumannya semula. "Senyumlah jika ingin orang senyum kepada kita"


Sifir kehidupan ini mudah, anda berbuat baik kepada orang lain anda akan dibalas kebaikan yang sama atau mungkin lebih baik. Cepat atau lambat itu bukan persoalannya. Namun yang penting kita bahagia dengan berbuat amal kebaikan.


4. Berfikiran positif


Berfikiran positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insya-ALLAH rezeki pun akan meluas. Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah ia menjadi pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH.


Berfikiran positif bakal melahirkan idea-idea positif. Idea-idea positif melahirkan tindakan-tindakan yang positif. Tindakan-tindakan positif selalunya membuahkan kejayaan dan kecemerlangan.


5. Dapat tidur yang mencukupi


Runsing, marah-marah mahupun berbentak2 kadangkala disebabkan keletihan akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi. Berehatlah seenaknya dan jika perlu, tidur.


Kita memang memerlukan tidur yang berkualiti untuk mendapat kesegaran tubuh yang betul. Kalau telur ayam pun boleh digredkan mengikut kualitinya, bersasakan berkualiti atau tidaknya ayam itu, demikianlah hal-hal yang berkaitan dengan manusia, termasuklah tidur. Tidur-tidur ayam adalah tidur yang tidak berkualiti dan menyebabkan minda anda terdera serta tidak mendapat kerehatan yang secukupnya. Tidur yang tidak berkualiti akan mencetuskan arus theta atau arus delta, dua arus kemunduran


6. Luahkan pada seseorang


Anda memerlukan seorang sahabat ketika anda berasa tidak stabil seperti ini, bahkan dalam suasana yang biasa pun anda memerlukan seorang sahabat. Sahabat adalah sahabat yang amat memahami anda dan sedia menjadi sahabat biar dalam keadaan apa sekalipun.


Seorang kawan boleh meninggalkan anda dalam keadaan demikian tetapi tidak jika 'dia' bernama 'sahabat'. Seorang sahabat adalah seseorang yang sudi berkongsi masalah anda serta sentiasa berdiri di sisi anda dengan nasihat2nya. Pilihlah sahabat yang baik, berbudi dan beriman kerana ciri2 yang ada pada dirinya itu adalah cermin keperibadian anda juga.


7. Curah semua di kertas


Curahkan semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala2nya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar dan hanyutkan ke sungai. InsyaAllah anda akan berasa lega.


8. Bersedia untuk berubah


Jangan teragak2 untuk melakukan perubahan Jika orang lain boleh, mengapa anda tidak? Apa istimewanya orang lain, sedangkan anda juga makhluk Allah yang dikurniakan dengan pelbagai keistimewaan dan kelebihan tersendiri.


Bulatkan hati, kuatkan tekad dan oraklah langkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Tanpa berkalau2 lagi. Lakukan perubahan sepenuh hati dan lihatlah hasilnya nanti.


Kejayaan selalu berkait rapat dengan kesungguhan. Kesungguhan bermula daripada hati yang bulat dan tekad yang padu. Semuanya ini hanya akan menjadi jika benar2 ada kesediaan untuk melakukan perubahan. Semuanya berkait dan bertimbal balik.


9. Cari kegemaran baru


Sesetengah daripada kesukaan kita akan sampai kepada penghujungnya. Dalam perkataan lain, setiap kegemaran kita ada jangka hayatnya. Kalau dahulu sewaktu kecil kita sangat suka bermain bola sepak, sekarang tidak lagi. Mungkin sewaktu di di sekolah atau di universiti dulukita cukup gemar berpersatuan, sekarang tidak lagi. Mungkin juga sewaktu remaja kita galak bercinta sekarang nurani itu sudah tiada lagi, berganti dengan matlamat membina kecemerlangan keluarga.


Semuanya dalam hidup kita ada jangka hayatnya yang tersendiri. Begitu juga dengan usia kita. Apabila sampai pada penghujung hayat, kita akan meninggalkan alam ini. Hobi juga begitu. Maka apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong carilah kegemaran-kegemaran baru. Tidak salah bermain game misalnya, untuk melihat apakah minat anda boleh tumbuh di sini. Begitu juga tidak salah memelihara ikan hiasan untuk melihat apakah hobi baru ini boleh memberi ketenangan kepada anda.


10. Bertegaslah


Bertegaslah dengan diri anda sendiri. Apabila anda mengambil satu-satu keputusan anda berpegang teguh dengan keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa anda akan berjaya. Apabila mengatakan pada diri sendiri untuk kembali ceria, bertegaslah untuk terus berkata begitu biarpun kadang kala perasaan anda seperti dibuai-buai untuk mengatakan anda sedang bad mood sekarang.


Bertegas pada diri bukan ertinya anda tidak boleh memanjakan diri sendiri. Sekali-sekala layanlah diri anda sendiri sebagaimana anda melayani tetamu. Pergi makan di tempat-tempat mewah dan berikan hadiah untuk diri sendiri. Itu pun salah satu cara menghargai diri anda sendiri dan ini dari sudut motivasi dipanggil HDT iaitu Hormat Diri Tinggi. Lawan bagi sifat ini ialah HDR iaitu Hormat Diri Rendah.


Jika anda sendiri tidak selesa untuk menghormati diri anda, apakah wajar anda mengharap demikian daripada orang lain?


~ Wadah Insan Synergy Training & Consultancy~ ::WINNER T&C::


Read More......
Related Posts with Thumbnails