C-Fest 7 Cipta Rekod!!!



Tahniah diucapkan kepada urustia Pesta Konvokesyen ke-7 dibawah seliaan Exco Keushawanan dan Kerjaya bersama Exco Sukan dan Kebudayaan Majlis Perwakilan Pelajar USIM kerana telah berjaya membuktikan kemampuan menjayakan target kali ini seramai lebih 1450 orang menyertai karangan B.Arab paling ramai di Malaysia sekaligus memecahkan rekod The Malaysian Book of Records yang diumumkan oleh Encik Ricky Yap tepat jam 5.45ptg.

Penyertaan terdiri dari semua mahasiswa USIM yang mengarang sekurang-kurangnya 200 patah perkataan dalam masa kurang dari 1jam 30min di Dewan Kuliah Pusat 2, 3 dan 4 bermula pada pukul 2.30ptg-4ptg. Penyertaan luar jangkaan diberikan oleh mahasiswa USIM membuktikan bahawa kita mampu untuk menguasai Bahasa Al-Qur'an Insya-Allah.



Walaupun pelbagai 'kesukaran' disebalik kejayaan itu, C-Fest 7 sememangnya telah mencatatkan nama baik USIM dipersada Malaysia setelah C-Fest ke 5 dan 6 tidak berjaya melakukannya. Tahniah kepada semua mahasiswa USIM yang memberi kerjasama khususnya Sekretariat C-Fest 7 yang bertungkus lumus sejak dari bulan 5 lagi. Tahniah. Menitis juga airmata ini bila menggambarkan kejayaan yang besar bagi MPP kali ini. Semuanya dengan kerjasama sahabat-sahabat Sekretariat C-Fest 7. Saya bangga dengan semua. Saya bangga menjadi warga USIM.

Kepada semua warga USIM, teruskan memberi komitmen kepada program-program yang bakal berlangsung sepanjang Pesta Konvokesyen ke-7 ini dan memeriahkan majlis kami. Kerjasama yang kami pinta untuk menghilangkan rasa penat di kaki, badan, fizikal dan semuanya. Teringat pula dengan sahabat MPP yang terpaksa tidur di stadium pada malam ini untuk menjaga barang-barang jualan. Semoga Allah memberkati segala usaha antum. Saya bangga dengan komitmen semua MPP dan Skretariat C-Fest 7. Doakan kesihatan seorang sahabat seperjuangan C-Fest 7 yang ditahan wad malam tadi. Semoga beliau cepat sembuh dan tiada perkara-perkara yang buruk berlaku. Amin...

Jom join C-Fest 7...! Mai jangan tak mai...!=)

Read More......

Dilema

“Diri awak adalah racun dan diri awak jugalah ubatnya”
"Lepaskan ia jika tidak mampu"
akanku ingat bait pesananmu sahabat… Terima kasih… Dilema ini masih belum berakhir...

Read More......

Doa Seorang Sahabat



Terdapat sebuah kapal karam di tengah laut kerana dipukul badai dan ombak hebat. Hanya dua orang lelaki yang berjaya menyelamatkan diri dan berenang ke sebuah pulau kecil yang gersang. Dua orang yang selamat itu tak tahu apa yang harus dilakukan.

Namun, mereka berdua yakin bahwa tidak ada yang dapat dilakukan kecuali berdoa. Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat untuk membahagikan pulau kecil itu menjadi dua wilayah. Dan mereka tinggal sendiri sendiri berseberangan di dua sisi pulau tersebut.

Doa pertama mereka panjatkan, mereka memohon agar diturunkan makanan. Esok harinya, lelaki A melihat sebuah pohon penuh dengan buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki B tetap kosong. Seminggu kemudian, lelaki yang ke satu merasa kesepian dan memutuskan untuk berdoa agar diberikan seorang isteri. Keesokan harinya, ada kapal yang karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang berenang dan terdampar di sisi tempat lelaki A itu tinggal.

Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki B tetap saja tidak ada apa-apa. Segera saja, lelaki ke satu ini berdoa memohon rumah, pakaian dan makanan. Keesokan harinya, seperti keajaiban saja, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki B tetap saja tidak mendapatkan apa-apa. Akhirnya, lelaki ke satu ini berdoa meminta kapal agar dia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu.

Pagi harinya mereka menemukan sebuah kapal tertambat disisi pantainya. Segera saja lelaki A tersebut dan isterinya naik ke atas kapal dan siap-siap untuk berlayar meninggalkan pulau itu. Ia pun memutuskan untuk meninggalkan lelaki B yang tinggal di sisi lain pulau. Menurutnya, memang lelaki kedua itu tidak layak menerima barkah tersebut kerana doa-doanya tak pernah terkabulkan. Begitu kapal siap berangkat, lelaki A ini mendengar suara dari langit menggema,

“Hai, mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi lain pulau ini?”

“Barkahku hanyalah milikku sendiri, kerana hanya doa akulah yang dikabulkan,” jawab lelaki A ini. “Doa lelaki temanku itu tak satupun dikabulkan. Maka, ia tak layak mendapatkan apa-apa.”

"Kau salah !” suara itu membentak tinggi. “Tahukah kau bahawa rakanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan, semua doanya terkabulkan. Bila tidak, maka kau takkan mendapatkan apa-apa.”

“Katakan padaku” tanya lelaki A itu. “Doa macam apa yang ia panjatkan sehingga saya harus merasa berhutang atas semua ini padanya?”

“Ia berdoa agar semua doamu dikabulkan!”



*Saya tertarik dengan kisah ini. Mungkin fiction tapi kita boleh ambil menjadi iktibar dan ingatan untukku dan kita semua.

Read More......

Ikhlaskah Hatiku??



Baru-baru ini saya telah mendengar kuliah yang menyentuh pelbagai aspek dan tajuk yang paling menyentuh hati saya mengenai keikhlasan. Masih terngiang-ngiang kata-kata ustaz, ustaz kata kenapa orang-orang berjuang kadang-kadang tidak mendapat pertolongan dari Allah s.w.t sedangkan Allah telah menjanjikannya melalui ayat-ayat Al-Qur’an? Bukankah janji Allah itu benar belaka??

Surah Al-Hajj [40]……dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. [41] Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.

Surah Muhammad [7] Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

Tersentak saya dengan jawapan ustaz. Antara sebab yang paling nyata ialah niat. Benarkah niat kita benar-benar untuk berjuang kerana Allah? Benarkah kita membantu Agama Allah s.w.t adalah kerana tanggungjawab kita atau ada maksud dan harapan selain dari keredhaan Allah? Atau itu semua retorik semata-mata? Disebabkan kita berjuang bukan kerana Allah s.w.t, maka pertolongan Allah itu tidak layak untuk kita. Janji Allah s.w.t itu Maha Benar dan tepat.

Ada betulnya apa yang ustaz katakan. Sebab itu didalam hadith 40 pun disusun hadith tentang niat diawal dek kerana kepentingannya. Saya juga pernah dengar Allahyarham Ustaz Khairul Azhar Kamaruddin (yg pernah sy nukilkan di article yang terdahulu) berkata tidak mustahil seseorang pejuang itu beralih arah dek kerana niat dan keikhlasan di hatinya diragukan. Ketetapan kita berjuang dijalan Allah ini bergantung kepada niat asal kita. Jika betul niatnya, maka betullah caranya. Ada kaitan diantara kedua2 pendapat yang saya telah dengar. Sememangnya pertolongan Allah itu hanya kepada orang yang berjuang sebenar-benarnya kerana Allah bukan kerana yang lain.

Amat-amat berbeza orang yang berjuang kerana ingin mendapatkan jawatan. Juga berbeza bagi orang yang berjuang kerana mengikut kawan-kawan dan sekadar suka kegiatan Islamic. Orang yang belajar hanya untuk lulus peperiksaan juga berbeza. Saya dapat rasainya perbezaannya sendiri. Mungkin kerana niat saya belajar sekarang ini sudah tersalah. Dulu, sewaktu belajar di KUSZA, saya dapat rasakan apa yang saya belajar itu adalah ilmu dan bukan hanya untuk peperiksaan. Banyak ilmu yang masih saya ingat sehingga hari ini. Namun, apabila masuk USIM, sesuatu kepelikan yang saya rasa iaitu saya tidak dapat mengingati apa yang saya belajar. Bukan tidak ingat semua tetapi banyak yang tidak ingat dari ingat. Itu yang saya runsingkan kerana saya hanya menyedarinya selepas saya masuk tahun yang ke-4. Atau mungkin ada sebab-sebab lain yang saya kurang pasti. Mugkin hati yang banyak melakukan dosa menjadikan gelapnya hati. Ya Rabbi, ighfir zunubi Ya Allah..

Saya berpesan kepada diri saya dan semua yang membaca article ini, betulkan niat kita bersama. Niat kita untuk belajar kerana Allah. Belajar untuk sama2 membantu menyebarkan Agama Allah s.w.t. Allah tidak memandang berjaya atau tidak apa yang kita usahakan. Tetapi Allah menilai keikhlasan dan kesungguhan yang kita lakukan. Ada pula yang membantah dan mengatakan bagaimana kita hendak memenangkan Islam sedangkan kita sering menyatakan Allah tidak memandang berjaya atau tidak. Pada saya, keikhlasan itu melangkaui keberjayaan. Seringkali saya mendengar, yakinlah bahawa Islam itu pasti akan menang cuma tidak tahu bila. Seperti juga kita menyebarkan Dakwah kepada orang lain, belum pasti kita dapat membawa mad’u kita kembali kepada Allah s.w.t kerana hidayah itu dari Allah dan hanya Dia yang berhak untuk menentukan siapa yang terpilih untuk mendapat hidayah dariNya.

Dan bagi pejuang-pejuang Islam, sama-sama kita betulkan niat dan keikhlasan kita. Tidak ada faedahnya jika kita berjuang kerana mengharapkan hal-hal duniawi. Pangkat, darjat, harta, populariti, kasih sayang manusia, itu semua duniawi. Keikhlasan melagkaui segala-galanya. Keselamatan diakhirat dan kebahagiaan disana jualah yang abadi. Niatkan semoga syahid itu dikurniakan kepada kita kerana kita berjuang kerana Allah. Selalu saya membayangkan jika saya berhadapan dengan musuh dimedan perang yang sebenar. Adakah saya mampu mempertahankan Islam dengan sesungguh-sungguhnya dan merelakan diri ditusuk pisau. Seringkali bayangan ini yang memotivasikan diri saya untuk terus menerus berjuang, belajar, mencari ilmu untuk menyebarkan Islam yang sebenar. Susahnya berjuang dimedan perang yang sebenar berbanding dengan jalan yang kita ambil sekarang. Semoga kita semua akan terus istiqamah dalam perjuangan dan rahmat Allah sentiasa mengiringi perjuangan kita. Ikhlaskan hatiku Ya Allah..

Read More......

Etika Pemakaian Siswi USIM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ETIKA PEMAKAIAN SISWI

Perhatian kepada semua mahasiswi USIM, adalah disarankan agar anda sentiasa mematuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan mengikut Etika Pemakaian Mahasiswa/I USIM dan juga menjaga adab-adab pemakaian sebagai seorang Muslimah.

Ini kerana terdapat sebilangan pelajar yang masih gagal memahami dan mematuhi etika pemakaian ini seperti:

  1. Memakai pakaian yang ketat (body shirt) di kampus, Kolej kediaman & luar kampus.
  2. Memakai tudung selempang (yang tidak menutupi bahagian dada)
  3. Memakai baju yang berlengan tiga suku @ menyinsing lengan baju yang panjang (yang menampakkan sebahagian lengan)
  4. Memakai kain belah (yang menampakkan betis)
  5. Memakai pakaian yang jarang.
  6. Tidak memakai anak tudung/scarf kepala sehingga menampakkan rambut dan tengkuk.

Adalah diharapkan agar kita dapat memahami dan mematuhi etika pemakaian sebagai seorang Muslimah dan juga Etika Pemakaian USIM yang telah ditetapkan.

Bertindaklah dengan pertimbangan iman&akal agar selamat di dunia & akhirat.
Sekian, wassalam...

TRY TO BE A GOOD MUSLIMAH…INSYAALLAH
BARAKALLHU ALAIK…

Read More......

Sekilas Majlis Konvokesyen UDM kali pertama



Adikku Muhammad Khairi Abdullah bersama Ayahanda dan Bondaku


Terkenang sewaktu Majlis konvokesyen KUSZA yang terakhir yang dilakukan 2 or 3thn lepas. Itu lah konvokesyen terakhir yg dilakukan atas nama KUSZA dan menggunakan lambang KUSZA sepenuhnya. Sedih dan pilu mengenangkan KUSZA yang tertubuh sekian lama kini hanya tinggal sbg cawangan. KUSZA dahulunya adalah antara institusi yang amat disegani. Di situ lah lahirnya cendiakawan dan cerdik pandai dalam Islam. Bermula dengan hanya sebuah pondok kecil sehingga menjadi intitusi tersohor. Namun semuanya hanya tinggal kenangan. Segala penat lelah pejuang2 masa lampau ditinggalkan begitu sahaja.


Buktinya baru2 ini saya ke KUSZA setelah lama tidak menjejakkan kaki ke tempat ilmu itu dengan harapan yang cukup berbunga. Mengharapkan KUSZA dan ahlinya tidak berubah dan masih mengekalkan imej Islam yang dulu diwarisi. Namun semuanya hampa. Jejaknya saya disana disambut dengan dentuman konsert yang menggegarkan. Melihat pemakaian Mahasiswa UDM amat2 menyedihkan. Pergaulan tidak terbatas. Tidak dapat dinafikan masih ada yang mengekalkan imej sebagai muslimah namun yang ramainya sudah hilang imej berjubah dan berbaju kurung.


Dulu saya ditarbiyah di KUSZA dengan diwajibkan turun dari bilik (wlupun dlm hostel/blog) hanya dibenarkan memakai jubah or baju kurung. Tak kira la dalam jubah tu baju kelawar ke, baju tido ke, yang pasti mesti memakai jubah dan stokin. Bi'ah itu yang mengajarku apa itu pemakaian Muslimah. Saya yang berasal dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mamat, amat2 terkesan dengan perubahan yang terpaksa saya lakukan namun keterpaksaan itulah yang menghasilkan muslim yang sejati.


Itu baru cerita tentang pemakaian. Belum lagi tentang Ikhtilat muslimin dan muslimat. Hanya berjumpa muslimin jika ada hal pembelajaran atau kerja persatuan. Itu pun berbatu2 jauhnya bercakap. Bimbang timbul fitnah. Pernah sekali saya berjumpa dengan adik (Khairi). Waktu tu saya tahun 3 dan die tahun 1. Disebabkan adik beradik, kami pun jumpa la dekat2. Tak perasan yang orang lain tak tahu itu adik saya. Semua pakat jeling bila lalu depan saya. Bisik seorang sahabat baik saya (shahirah said) "jauh sikit, orang tengok. Sheikh Hassan Basri tengok macam nak makan". Baru la saya tersedar bahawa saya dikawasan umum bukan dirumah. Dek kerana takut fitnah, cepat2 saya menghabiskan cerita dengan adik dan bg duit sikit (tujuan biasa adik jumpa saya).


Itu lah kenangan yang tidak dapat dilupakan di KUSZA. Suasana itu juga tidak wujud di USIM. bila kita akan sama2 wujudkan suasana itu??kurindukan bi'ah solehah..


Kepada adik2 di UDM, tolonglah berjuang untuk mengekalkan apa yang kita dah ada sejak dulu. KUSZA akan terus jadi bumi barakah insya-Allah. Tegur-menegur lah sesama sendiri.


Kepada warga USIM seluruhnya. Bukan niat utk banding2. Tetapi kita lebih teruk dari UDM. Ayuh kita bangunkan bersama2 bi'ah solehah dan tegur menegur antara satu sama lain. Itu adalah tanggungjawab kita bersama. Setiap manusia ada tanggungjawab berdakwah setelah dia melafazkan kalimah 'azim kalimah shahadah. Ayuh kita bina generasi pendukung Islam. Islam akan menang, yakinlah...


* Kemaafan dipinta jika ada yang terguris. Hanya meluahkan apa yang terbuku dihati.


Read More......

Persahabatan






Teringat kisah yg terjadi baru2 ini. Kisah yang sukar untukku lupakan. Menyedari bahawa diri ini sepatutnya HANYA bergantung kepada Allah s.w.t dan bukan meminta2 batuan dari manusia. Biarpun manusia itu boleh digelar sebagai sahabat.

Alangkah susah mendapat kawan
Bukan kenalan di zaman ini
Berpunca dari hati yang rosak
Kerana dunia memautnya


Alangkah susah mencari kawan
Kebaikan kita disoroknya
Bahkan didengkinya pula
Kejahatan dicanang merata

Salah yang sikit dibesarkan
Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi dunia ini
Walaupun hidup di tengah ramai

Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan
Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan
(Lirik Lagu Hijjaz)

Namun apakah erti sebenar persahabatan?

“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)


“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..”


Seorang sahabat itu ialah:
Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;

  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat

  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.


Orang yang tidak layak digelar sahabat:

  • Selain dari apa yang telah ditakrifkan diatas
  • Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.


Namun tidak dapatku nafikan, orang disekelilingku layak untuk bergelar sahabat. Hanya mungkin diri yang lemah ini melakukan sesuatu yang tidak layak dilakukan oleh seorang sahabat. Semoga semua yang disekelilingku dirahmati Allah s.w.t dan dapat memberikan kemaafan yang ikhlas dek kerana diri ini yang lemah dan hina. Untuk mendapatkan sahabat yang sejati perlu bermula dari keikhlasan dan kejujuran diriku sendiri.



Salam persahabatan buat semua.

Read More......

Bicara Wanita 2

SETIAP HARI JUMAAT

Minggu ini

Tarikh : 17 Julai 2009
Masa : 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Kuliah Pusat 3

Tajuk : Bersuci
Penceramah : Ustazah Nabilah Yusuf @ Abdul Rahman

SEMUA DIJEMPUT HADIR UNTUK MEMERIAHKAN MAJLIS ILMU

Read More......

Cara Bersangka Baik

Oleh : Syeikh Abdul kadir Al Jailani

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih daik darimu.
Ucapkan dalam hatimu :"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil,
maka ucapkanlah (dalam hatimu) :"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku".

Jika bertemu orang tua,
maka ucapkanlah (dalam hatimu):"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu,
maka ucapkanlah (dalam hatimu):"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan ku perolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah ku capai, mengetahui apa yang tidak ku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh,
maka katakanlah (dalam hatimu) :"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir,
maka katakanlah (dalamhatimu) :"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Read More......

Al-Wala' v/s Al-Bara'


Al Wala’ dan Al Bara’ Adalah Sebuah Keharusan !
Al Ustadz Abu Hamzah Yusuf Al Atsari

Termasuk ke dalam pokok aqidah al Islamiyyah, bahwa seorang muslim wajib berpegang teguh dengan aqidah ini, memberikan wala’ ( loyalitas kecintaan kepada ahlinya) dan memberikan sikap bara’ (antipati kebencian terhadap musuh-musuhnya). Maka wajib mencintai ahli tauhid dan ikhlas dan menolong mereka serta membenci ahli syirik dan memusuhinya. Yang demikian itu adalah milahnya Ibrohim dan orang-orang yang bersamanya di mana kita diperintah untuk mengikutinya. Allah berfirman (yang artinya), "Sesungguhnya telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada Ibrohim dan orang-orang yang bersama dengan dia, ketika mereka berkata kepada kaum mereka: Sesungguhnya kami berlepas diri dari kamu dan dari apa yang kamu sembah selain Allah, kami ingkari kekafiranmu dan telah nyata antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada Allah saja." (QS Al Mumtahanah: 4). Ia juga sebagai diennya Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Allah berfirman (yang artinya), "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpinmu, sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka." (QS Al Maidah: 51).

Dan Allah juga berfirman (yang artinya), "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuhku dan musuhmu menjadi teman-teman setia." (QS Al Mumtahanah: 1).

Bahkan Allah telah mengaharamkan kaum muslimin berloyalitas kepada orang-orang kafir walaupun mereka kerabat dekatnya. Allah berfirman (yang artinya), "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan bapak-bapak dan saudaramu pemimpin-pemimpinmu. Jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang zholim." (QS At Taubah: 23).

Allah berfirman (yang artinya), "Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan rasul-Nya sekalipun orang-orang itu bapak-bapaknya atau anak-anaknya atau saudara-saudaranya ataupun keluarganya." (QS Al Mujaadilah: 22).

Sungguh telah banyak dari kaum muslimin yang bodoh akan prinsip yang agung ini, bahkan sebagian yang menisbatkan dirinya pada ilmu dan da’wah sekalipun! Dengan alasan kemaslahatan agama dan persamaan kemanusiaan serta segudang alasan-alasan lainnya mulai terjerumus untuk menyerukan persamaan dan penyatuan agama, innalillahi wa inna ilaihi roji’un. Perhatikanlah beberapa bahaya yang akan menimpa kaum muslimin dari seruan syaithon ini:
  • Menghalalkan persaudaraan dengan Yahudi dan Nashrani.
  • Menahan tulisan-tulisannya kaum muslimin dan lisan-lisannya dari mengkafirkan Yahudi dan Nashrani dan yang lainnya yang telah dikafirkan Allah dan Rasul-Nya.
  • Menggugurkan hukum-hukum Islam yang diwajibkan atas kaum muslimin di hadapan kaum kafirin dan yang lainnya yang tidak beriman dengan Islam.
  • Meninggalkan jihad yang ia sebagai puncak ketinggian Islam.
  • Menghancurkan akidah Islam dan pondasinya yakni al wala’ dan al bara’ serta masih banyak lagi yang lainnya.

Oleh karena itu dengan bahayanya seruan ini bagi Islam dan muslimin, maka Lembaga Fatwa dari kalangan para ulama yang diketuai ketika itu oleh Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz rahimahullah mengeluarkan fatwa bernomor 19402 pada tanggal 25/1/1418 H. Yang isinya kurang lebih,

"Sesungguhnya seruan kepada penyatuan agama jika muncul dari seorang muslim maka berarti ia telah murtad dengan kemurtadan yang jelas karena telah melabrak pokok-pokok aqidah, ridlo dengan kekufuran terhadap Allah dan menggugurkan kebenaran Al Quran serta menolak bahwa Al Quran telah menghapus seluruh syariat dan ajaran sebelumnya, berdasarkan atas hal itu maka ia adalah fikroh (pemikiran) tertolak secara syariat, diharamkan secara pasti dengan seluruh dalil-dalil baik Al Quran, Sunnah, maupun ijma’."

Seperti halnya Allah telah mengharamkan memberikan loyalitas kepada orang-orang kafir, Allah juga mewajibkan memberikan loyalitas kepada orang-orang mu’min. Allah berfirman (yang artinya), "Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman yang mendirikan sholat dan menunaikan zakat seraya mereka tunduk kepada Allah. Dan barangsiapa mengambil Allah, rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut agama Allah itulah yang pasti menang." (QS Al Maidah: 55-56).

"Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka." (QS Al Fath: 29).

"Sesunggunya orang-orang mu’min adalah bersaudara." (QS Al Hujuraat: 10).

Maka orang-orang yang beriman adalah bersaudara dalam agama dan aqidah walaupun berjauhan nasab, tempat, dan zaman. Allah berfirman (yang artinya), "Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshor), mereka berdoa: Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang." (QS Al Hasyr: 10).
Wal hamdulillahi robbil ‘alamin.

Judul asli: Al Wala dan Al Bara’ Sebuah Keharusan
Sumber: Buletin Dakwah Al Wala’ Wal Bara’ BandungEdisi ke-12 Tahun ke-1 / 07 Maret 2003 M / 04 Muharrom 1424 H

Read More......

Tazkirah Jumaat: Manusia tidak lekang daripada ujian

Ustaz Zainudin Hashim
Fri | Jul 03, 09 | 11:16:30 am MYT

Dalam al-Quran, ada dijelaskan beberapa bentuk ujian yang mesti dilalui oleh setiap individu Muslim, sama ada ia berbentuk ujian kebuluran, ketakutan, ujian dengan sedikit sumber pemakanan, harta benda, ujian dalam kehidupan adalah untuk Allah ketahui siapakah di kalangan hamba-hamba-Nya yang paling bertakwa kepada-Nya.

Kesemua itu adalah bertujuan supaya orang Islam semakin matang dalam menempuh perjuangan hidup. Allah SWT tidak memberi mereka meraba-raba dengan ujian yang didatangkan kepada mereka, akan tetapi Dia mengajar mereka untuk berlindung dan bermohon kepada-Nya melalui program ibadat solat dan sabar dalam menghadapi ujian.

Firman Allah SWT menerusi ayat 45 surah al-Baqarah, bermaksud: "Jadikanlah sifat sabar dan solat sebagai penolong kamu. Dan sesungguhnya yang demikian itu amat berat, melainkan kepada orang-orang yang khusyuk."

Dalam ayat 153 pula, Allah menjelaskan maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sifat sabar dan solat sebagai penolong kamu, sesungguhnya Allah beserta dengan orang-orang yang sabar."

Kedua-dua ayat tersebut di atas, memberi penjelasan bahawa Allah SWT telah meletakkan syarat terpenting dalam menghadapi ujian-Nya ialah dengan berbanyak sabar dan melakukan solat, sama ada yang wajib atau sunat, kerana dengannya kita boleh bermohon kepada-Nya untuk menyelamatkan kita daripada sebarang bentuk marabahaya yang boleh menimpa kita pada bila-bila masa.

Sifat sabar itu lahir apabila manusia ditimpa ujian getir daripada Allah SWT, ia bertujuan untuk memperkasa diri Muslim untuk terus berhubungan dengan Allah sebagai tanda penyerahan diri mereka hanya kepada Allah, dan sabar itu pula boleh dikategorikan sebagai berikut;

1. Sabar dalam melaksanakan segenap perintah Allah dengan penuh rasa khusyuk dan pasrah kepada-Nya.

2. Sabar dalam meninggalkan segala larangan dan tegahan-Nya dengan penuh rasa tanggungjawab.

3. Sabar dalam menempuh segala ujian, kerana ia mengandungi kebaikan untuk semua.

4. Sabar ketika berhadapan dengan maksiat.

5. Sabar terhadap ketentuan dan musibah.

Apabila dilihat kepada sirah para anbiya tidak seorang pun daripada mereka yang tidak diuji oleh Allah, namun ujian yang ditimpakan ke atas mereka tidaklah sama antara seorang rasul dengan yang lain, justeru baginda ada menegaskan dalam hadisnya yang bermaksud; "Para anbiya adalah golongan yang paling dahsyat ditimpakan ujian oleh Allah, kemudian golongan yang serupa dengan mereka (para ulama)."

Sehubungan itu, Almarhum Ustaz Mustafa Masyhur (Mursyidul Am kelima Ikhwan Muslimun menerusi tulisannya 'Bekalan kepada Para Da'ie' ada menyatakan, bahawa mana-mana individu atau jemaah tertentu yang memperjuangkan Islam, jika tidak melalui proses ujian, maka ia masih belum boleh dikatakan berjaya dalam dakwahnya.

Beberapa perkara yang berkaitan dengan ujian

1. Bahawa Allah SWT menjadikan ujian sebagai sunnah-Nya, supaya Dia mengetahui di kalangan hamba-Nya yang jujur dan mana yang berdusta, mana yang benar-benar beriman dan mana yang munafik. Jika sekiranya semua perkara itu mudah dan penuh dengan kesenangan, nescaya semua orang akan mengaku bahawa dia adalah seorang yang jujur, benar dan beriman. Akan tetapi, Allah mengetahui orang-orang yang benar-benar jujur dan orang yang melaksanakan solat lima waktu.

2. Antara pelajaran yang dapat diambil daripada setiap ujian, iaitu membersihkan orang-orang yang komited dalam perjuangan mendaulatkan Islam, supaya Allah mengetahui siapa orang-orang yang menghina orang-orang soleh dengan pelbagai tindakan jahat, termasuk para da'ie, penuntut ilmu, para ulama dan para wali Allah.

3. Antara rahsia daripada ujian dan cubaan yang diturunkan Allah ke atas permukaan bumi ini, iaitu penghapusan pelbagai kesalahan dan dosa yang terdapat pada diri orang-orang pilihan, sehingga Allah akan gugurkannya hingga ke akar umbinya.

4. Bahawa agama Islam ini, meskipun sering diberitakan bahawa ia sudah menang dan berjaya, sebenarnya di tengah-tengah perjalanan, masih penuh pelbagai cabaran dan tentangan, cubaan dan konspirasi jahat yang merintang, sehingga seorang mukmin masih bimbang menghadapi pelbagai konspirasi busuk yang dilancarkan syaitan yang berupa manusia terkutuk dari setiap pintu, jendela dan setiap arah.

5. Kita mampu menyingkap pelbagai konspirasi jahat musuh-musuh Islam, hingga kita mengetahui bahawa konspirasi busuk mereka tidak terbatas pada satu dimensi sahaja, akan tetapi datang dari semua arah dan tempat, pembunuhan, penjara, pengusiran, pencemaran nama baik, pembohongan, tipudaya dan sebagainya. Akan tetapi semua itu akan berakhir dengan kegagalan.

6. Antara pelajaran yang dapat diambil daripada ujian yang ditimpakan, iaitu agar seorang hamba sentiasa berjuang dan bangkit daripada jurang kerendahan dan kehinaan, serta berjuang kembali dengan tenaga dan semangat baru dan mengembalikan aktivitinya setelah keluar daripada ujian ini dengan jayanya.

7. Hendaklah seorang hamba itu merendahkan diri, patuh, tunduk dan berlindung kepada Allah serta bermunajat kepada-Nya, kerana kemenangan hanya ada di tangan-Nya dan kemuliaan hanya wujud dengan merendah diri kepada-Nya.

8. Kejujuran dan keyakinan tauhid hanya kepada Allah SWT. Hal ini dapat diketahui oleh orang yang telah cuba menerapkan kalimah La ilah Ilallah, di mana kejujuran yang kukuh tidak akan nampak kecuali saat hamba itu mendapat ujian, maka itulah ucapan kalimah tauhid yang diungkapkan dengan penuh kejujuran dan keyakinan dari dalam hatinya.

Justeru, tauhid ini akan dapat dilihat dengan jelas pada masa-masa berlakunya krisis, sebagaimana firman Allah SWT menerusi ayat 65 surah al-Ankabut yang bermaksud: "Maka apabila mereka menaiki kapal, mereka berdoa kepada Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-nya." - lanh


Read More......
Related Posts with Thumbnails