Patah Hati

Tertarik dengan lagu baru yang menduduki carta ke-5 IKIM minggu lepas. Tersentak seolah2 terkena batang hidung sendiri. Semangat yang pudar entah bila nak pulih. Hobi paling rapat denganku sekarang ni adalah 'tido'. Cara paling mudah untuk tidak memikirkan apa2. Tapi otakku semakin lembab, pergerakanku semakin terbatas, kerja2 Islam tergendala. Semua gara2 tidur. Jika tidak tidur, bayangan masalah membelenggu sekeliling. Kini hanya doa ini yang sering ku panjatkan:

اللّهُمَّ لا سَهْلا إِلا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلا وَأَنْتَ

تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِيئْتَ سَهْلا

"Ya Allah! Tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya mudah. Dan Engkau dapat jadikan susah itu mudah, apabila Engkau menghendakinya"

Kuatkan diriku Ya Allah disamping KAU lembutkanlah hatinya semula. Untuk bersama terus melangkah demi Islam. Banyak agenda yang perlu diteruskan. Kuatkan semangatku....

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
RUPA HILANG SERI
MANAKAH MANISNYA

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU
MANAKAH GIRANGNYA

PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI

BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG

NYANYIAN: SAUJANA
LAGU: HAFIZ HAMIDUN
LIRIK: FEDTRI YAHYA

Read More......

Ayam sosial..=)

Saje nak melepaskan stress di tempat kerja buat tesis. Kisah ni dipetik dari tulisan siapa saya pun tak tahu. Dah lama. Semoga boleh memberi manfaat dalam mengatur strategi menentang musuh..=)

Kisah ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati..

*pastikan anda di tempat yang kedap suara dan pastikan suara anda tidak mengganggu yang lain..=)


Al-kisah...


Di sebuah ladang ternakan ayam... Kelihatan seekor ayam jantan yang tua duduk termenung... Masih terngiang-ngiang di telinganya perbualan tuannya untuk membeli ayam jantan yang masih muda... Apa tidaknya... Di kawasan yang mempunyai 25 ekor ayam betina itu... Hanya dirinya sahaja yang jantan dan diharapkan untuk memastikan ayam betina yang lain mampu bertelur... Sedangkan dirinya sudah semakin tua... Mana la larat kan...


Suatu hari seekor ayam jantan yang muda mula berada disitu... Pastinya dibeli oleh tuannya... Si ayam muda begitu angkuh membawa ayam2 betina di hadapan si ayam tua... Ayam tua hanya mampu menahan marah... Tersenyum sinis... Dia tahu itu bukannya satu-satu ayam jantan muda yang pernah hadir dikawasan itu... Namun kerana kepintarannyalah dia berjaya mengusir semua ayam2 jantan yang lain...


"Apa kata kalau kau beri aku 10 ekor ayam betina... Kau ambillah lagi 15 ekor..." Kata ayam tua...


"Mana boleh... Kau tu dah tua... Bagila can kat aku yang muda ni..." Kata ayam muda dengan angkuh...


Lantas ayam tua mencadangkan agar satu perlumbaan diadakan dan pemenangnya berhak mendapat semua ayam betina yang ada... Si ayam muda bersetuju...


Pertandingan yang ditetapkan adalah lumba lari 400m... Tetapi ayam tua meminta supaya dia dibenarkan berlari dahulu kerana dirinya sudah tua... Ayam muda bersetuju... Ayam tua mula berlari... Nun dihujung sana ayam muda mula mengejar... Semakin hampir... .


...dan tiba2... DOOM...!!! Tuannya menembak si ayam muda... Dengan kesal mulut tuan itu membebel... . "AKU TAK TAU KENAPA SEMUA AYAM JANTAN MUDA YANG AKU BELI NI GAY... TAUNYA KEJAR AYAM JANTAN JUGAK... DAH LA TU... NGAN AYAM TUA PUN DIA LAYAN JUGAK!!!


... ayam tua tersenyum kemenangan...=)


- tamat -

Read More......

Apa Salahku???

Kali ini saya akan membawa satu isu yang selalu terjadi di kalangan kita. Amat menyedihkan yang melakukannya bukan orang lain, tetapi orang yang se Agama dengan kita. Orang yang keimanannya sama seperti kita. Orang MUSLIM.

Teringat ketika saya memberi ceramah ringkas sempena Sambutan Maulidur Rasul di perkarangan Masjid Kg. Sg. Rambut, Parit Raja, saya membawakan sepotong hadith yang bermaksud:

Dari Sahl bin Saad, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, “Siapa yang bisa menjamin untuk menjaga lisan yang ada di antara dua tulang rahangnya dan kemaluan yang ada di antara kedua kakinya, maka aku jamin dia akan masuk surga.” (HR. Bukhari no 6109).

Kebanyakan orang kita yang tidak menjaga apa yang keluar dari mulutnya. Samada sengaja atau tidak sengaja. Sehingga orang dahulu kala membuat pepatah "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa". Tidak dapat dinafikan, pegangan Agama Islam nenek moyang kita sangat2 kuat sehingga penyebab kebangkitan melayu menentang kezaliman penjajah adalah golongan ulama' yang cukup mantap. Oleh sebab itu banyak peribahasa dan kata pepatah yang sukar kita tafsirkan maknanya tetapi setelah di kaji memang bertepatan dengan ajaran Agama kita, Islam.

Orang melayu yang sinonimnya beragama Islam SEBAHAGIANNYA gemar mengumpat dan mengadu domba selain daripada menuding kesalahan kepada orang tanpa menyelidik terlebih dahulu. Saya kira kita semua pernah dituduh, diumpat, dihina, dikeji, difitnah "dan jugak lain2.." (mcm husna..=)..) Disebabkan mulut orang itu, sesetengah dari kita tewas dengan sedikit cubaan itu sehingga ada yang lari dari masalah, pindah sana sini, berasa sangat takut sehingga menjejas prestasi kerja dan belajar dan sehingga ada yang berdendam untuk membalas segala perbuatan buruk orang itu. Na'uzubillahi minzalik...

Puncanya apa??? Mulut...

Tak payah la kite tuding jari kepada orang lain. Jom renung2 sama, pernah tak kita buat macam tu pada orang lain. Pastinya pernah. Kenapa kita buat begitu??? Kerana ego, nak menang, takut malu, kononnya nak betulkan kesalahan orang tu, kononnya memberi didikan disebabkan orang itu masih 'mentah', kononnya nak tunjukkan kita betul (walau kadang2 hakikatnya mmg kita betul).

Aaaaarrrrrrggggghhhhh... Alasan semua tu... Ade Rasulullah pesan untuk menghina orang lain? Ade Rasulullah pesan untuk tinggikan suara sewenang2 tanpa selidik untuk mendidik? Ade???

Cisss, malang lah kalau ade yang terdetik menjawab, "ada..."

Memang, Rasulullah s.a.w menyebut tentang dibolehkan mengumpat pada sesetengah keadaan, dibolehkan mengutuk pelaku2 maksiat, dibolehkan menipu didalam hal2 tertentu umpanya ketika berhadapan dengan musuh Islam. Tapi keadaan2 itu kita panggil 'special case'. Yang bukan kita hadapi hari2. Yang kita hadapi hari2 adalah percakapan biasa, perbualan biasa antara manusia. Banyak larangan2 yang Rasulullah pesan kepada kita berkenaan dengan 'mulut' / 'percakapan'.

Antaranya:
Larangan mengumpat, Larangan mendengar umpatan, Larangan menghasut, Larangan 'talam dua muka' (mengadu domba), Larangan menipu, Larangan melaknat manusia ataupun haiwan, Larangan mencaci orang muslim, Larangan saling membenci, Larangan menyakiti orang lain, Larangan bersangka buruk, Larangan bersikap angkuh, Larangan tidak bertegur sapa, Larangan berbisik dan macam2 lagi panduan kehidupan yang telah Rasulullah s.a.w ajarkan kepada kita bagi menempuh kehidupan sebagai masyarakat Islam yang harmoni.

Walaupun kita sudah lali dengan keadaan ini, namun keadaan ini mesti kita usaha untuk perbetulkannya. Kita sudah seringkali membicarakan tentang hal ini, sehingga segala ayat2 nasihat telah berada dalam otak kita. Tapi bila perkara itu kembali menjengah dalam diri kita, menitis juga air mata di sebabkan bahana 'mulut'. Susah sangat ke nak maafkan orang? Susah sangat ke nak berfikiran positif? Susah sangat ke nak lupakan sesuatu yang langsung tidak ada faedah dalam kehidupan kita? Susah sangat ke???

Sebenarnya lagi susah kita nak fikirkan tentang kesalahan orang lain. Lagi susah nak tengking orang berbanding senyap. Lagi susah kita nak memikirkan cara untuk menipu. Lagi susah kalau kita akhirnya di benci oleh semua orang. Lagi susah...

Kepada sesiapa yang merasakan sifatnya seperti apa yang telah saya sebutkan tadi, marilah kita sama2 perbetulkan sedikit demi sedikit apa yang telah kita lakukan sebelum ini. Yang sudah tu sudah. Sekarang masanya kita kembali kepada fitrah insan yang sebenar. Suka kepada persaudaraan, suka kepada keamanan dan suka kepada kasih sayang. Itu lah fitrah kita sebagai insan. Seperti waktu kita kecil2 dahulu, tiada istilah musuh pada orang sekeliling kita. Tiada istilah buruk sangka pada kawan kita. Gaduh sekejap kerana berebut anak patung, tetapi akhirnya anak patung kita lupakan dan kita main permainan yang baru bersama2.

Tidak sah rasanya kalau mengkritik tanpa sedikit cadangan penyelesaian. Sedikit penyelesaian yang saya rasa sedikit sebanyak mampu memberi manfaat kepada kita semua.

  1. Sentiasa berasa rendah diri dengan orang lain. Tanamkan dalam pemikiran dan hati, "Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Mana tahu yang aku nampak itu hanya kekurangan, tetapi kelebihan dia lebih banyak dari itu. Atau siapa tahu esok lusa dia akan berubah dan menjadi lebih hebat dari aku? Masa tu aku nak letak muka kat mana?"
  2. Apabila kita nampak seseorang buat kurang beribadah atau membuat dosa, terus tegur. Tapi tegur dengan niat untuk memperbetulkan kesalahannya. Menegur adalah tanggungjawab kita. Kita mesti laksanakan. Jangan mengumpat di belakang. Setelah memperbetulkan, monolog dalam hati, "Semoga jika aku berbuat salah, akan ade orang yang memperbetulkan aku sehingga aku tidak pernah lalai dan alpa oleh buaian dunia". Dan rasakan rendah diri, "Ibadat ku belum tentu lagi di terima oleh Allah, mana tahu kalau2 ibadahnya telah di terima Allah. Alangkah beruntungnya dia".
  3. Apabila seseorang berbuat salah, menghina dan berbuat buruk kepada kita, katakan pada diri, "Penerimaan Allah lebih utama, apalah sangat penghinaan manusia..". Tetapi ingat, jika benar itu adalah salah kita, kita mesti memperbetulkannya secepat mungkin jika keadaan sesuai, jika sememangnya keadaan sudah tidak mengizinkan untuk kita perbetulkan, biarlah masa mengubatnya. Kerana tak semua hal kita mampu atasi kerana kita hanya manusia biasa...
  4. Jika kita ditimpa musibah disebabkan orang lain, anggaplah itu sebagai ujian buat kita. Urutlah dada dengan belaian yang cukup lembut, "Bersabarlah wahai hati, Allah bersamamu. Jangan diikut amarahmu. Kelak kita sama2 yang akan binasa. Besabarlah wahai hati, bayangkan kalau Allah dah tak sudi untuk menguji kita, adakah ketika itu kita dikatakan orang yang beriman?"
  5. Jika kita terdengar orang mengumpat, berbisik lah pada Allah, "Ya Allah, Kau sibukkan lah diriku dengan hal lain sehingga aku tidak rasa berminat untuk mendengar umpatan ini Ya Allah.. Sibukkanlah aku..."
Sekadar itu yang mampu saya kongsikan. Semoga ia bermanfaat kepada semua dan menjadi ingatan buat diri yang lemah. Sama2 kita perbetulkan ukhuwah kita sesama muslim untuk terus 'wehdatul fikr' dan 'wehdatul 'amal' dalam menegakkan kalimah ALLAH. Pinggirkan halangan2 ini bersama2 untuk terus memikirkan hal yang lebih besar lagi. Matlamat menegakkan Islam dan matlamat mengucup cinta Ilahi...



Mengadu Domba Sesama Muslim
Petikan dari : http://ustadzaris.com/wp-content/uploads/2009/12/Mengadu-Domba-Sesama-Muslim.pdf

Pengertian Namimah

Secara etimologi, dalam bahasa Arab, namimah bermakna suara pelan atau gerakan.

Secara istilah pada dasarnya namimah adalah menceritakan perkataan seseorang kepada orang yang menjadi bahan pembicaraan. Namun bentuk namimah tidak harus seperti itu. Tolak ukur namimah adalah setiap pembeberan perkara yang tidak disukai untuk diungkapkan, baik yang tidak suka itu orang yang menjadi sumber berita atau orang yang diberi tahu atau yang lain, baik isi berita berupa ucapan ataupun perbuatan, baik isi pembicaraan itu sebuah aib ataukah bukan.

Sedangkan an-Nawawi mengatakan bahwa para ulama mendefinisikan namimah dengan menyampaikan perkataan seseorang kepada orang lain dengan tujuan merusak hubungan di antara mereka (Syarh Nawawi untuk Shahih Muslim 1/214, Syamilah).

Keharaman Namimah

Namimah adalah suatu yang diharamkan berdasarkan al Qur‟an, sunnah dan kesepakatan seluruh umat Islam.

Allah Ta'ala berfirman,

“Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang kian ke mari menghambur fitnah, yang banyak menghalangi perbuatan baik, yang melampaui batas lagi banyak dosa” (QS al Qalam:10-12).

Dari Hammam, Kami sedang duduk-duduk bersama Hudzaifah lalu ada yang berkata kepada Hudzaifah, “Sungguh ada orang yang melaporkan perkataan orang lain kepada Khalifah Utsman”. Hudzaifah lantas berkata, aku mendengar Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, “Qattat itu tidak akan masuk surga” (HR Bukhari no 5709 dan Muslim no 304).

Dari Hudzaifah, beliau mendapatkan laporan tentang adanya seseorang yang suka melakukan namimah maka beliau mengatakan bahwa beliau mendengar Rasulullah bersabda, “Nammam (orang yang melakukan namimah) itu tidak akan masuk surga” (HR Muslim no 303).

Namam adalah orang yang mendengar langsung sebuah berita kemudian menyampaikannya. Sedangkan qattat adalah orang yang mendengar berita dari sumber yang tidak jelas kemudian menyampaikannya.

Dari Abdullah bin Mas‟ud, sesungguhnya Muhammad Shallallahu „alaihi wasallam berkata, “Maukah kuberitahukan kepada kalian apa itu al‟adhhu? Itulah namimah, perbuatan menyebarkan berita untuk merusak hubungan di antara sesama manusia” (HR Muslim no 6802).

Ibnu Abdil Barr menyebutan dari Yahya bin Abi Katsir bahwa beliau mengatakan, “Tukang mengadu domba dan tukang bohong dalam waktu sesaat itu bisa merusak masyarakat yang jika dilakukan tukang sihir memerlukan waktu setahun”.

Abul Khattab dalam „Uyun al Masail mengatakan, “Termasuk sihir adalah melakukan namimah dan merusak hubungan di antara manusia” [Fathul Majid Syarh Kitab at Tauhid hal 350, terbitan Dar al Fikr Beirut].

Namimah termasuk sihir karena memiliki kesamaan dalam hal mampu memecah belah manusia, merubah hati dua orang yang semula saling mencintai dan juga dalam kemampuan menimbulkan kejahatan.

Dari Ibnu Abbas, ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam melewati sebuah kebun di Madinah atau Mekah beliau mendengar suara dua orang yang sedang disiksa dalam kuburnya. Nabi bersabda,
“Keduanya sedang disiksa dan tidaklah keduanya disiksa karena masalah yang sulit untuk ditinggalkan”.
Kemudian beliau kembali bersabda, “Memang masalah mereka adalah dosa besar. Orang yang pertama tidak menjaga diri dari percikan air kencingnya sendiri. Sedangkan orang kedua suka melakukan namimah” (HR Bukhari no 213)

Setiap orang yang diadu domba dengan ada orang yang mengatakan kepada dirinya, “Si A telah mencelamu atau telah melakukan demikian dan demikian untuk menyakitimu” itu memiliki kewajiban untuk melakukan enam hal berikut ini:

1. Tidak langsung menerima ucapan orang itu karena tukang adu domba adalah orang fasik yang omongannya tidak boleh dipercaya.
2. Melarangnya melakukan perbuatan tersebut, memberikan nasihat dan mencela perbuatannya.
3. Membencinya karena Allah. Hal ini disebabkan dia adalah orang yang Allah benci. Sedangkan membenci orang yang Allah benci adalah suatu kewajiban.
4. Tidak berburuk sangka kepada sia A.
E-Artikel dari UstadzAris.com
5. Tidak boleh memata-matai dan mencari-cari kebenaran berita yang baru saja dia terima.
6. Namimah yang dia dengar tidak boleh menyebabkannya membalas dengan namimah pula. Dia tidak rela dengan namimah yang dilakukan oleh tukang adu domba itu. Karenanya seharusnya dia tidak menceritakan namimah yang dilakukan oleh tukang adu domba tersebut. Misalnya dengan mengatakan, “Si B bercerita bahwa si A berkata demikian dan demikian”. Jika hal ini dia lakukan berarti dia juga menjadi tukang adu domba dan sama saja melakukan perkara yang dia larang sendiri.

Namimah yang diperbolehkan

Jika namimah dilakukan karena suatu keperluan maka hukumnya diperbolehkan. Sebagai contoh ada orang yang memberi tahu si B bahwa si A akan membunuhnya, salah satu anggota keluarga atau hendak merampas hartanya.

Contoh yang lain adalah orang yang melapor kepada pemerintah atau pihak yang berwenang dengan mengatakan bahwa ada seseorang yang telah melakukan suatu tindakan yang berbahaya dan menjadi kewajiban penguasa untuk menangani dan menumpasnya. Semua perkara ini hukumnya tidaklah haram. Begitu pula perkara-perkara serupa bahkan terkadang hukumnya menjadi wajib atau sunnah tergantung situasi dan kondisi.
Penyampaian berita yang tercela adalah jika bertujuan untuk merusak hubungan. Sedangkan orang yang bermaksud baik dengan perkataan yang apa adanya dan berusaha untuk tidak menyakiti pihak manapun maka hukumnya tidaklah mengapa. Namun sedikit sekali orang yang memiliki kemampuan untuk bisa membedakan namimah yang diperbolehkan dengan namimah yang terlarang.

Oleh karena itu, jalan selamat bagi orang yang belum bisa membedakan dua hal ini adalah dengan diam.

Samakah Ghibah dan Namimah ?

Terdapat perbedaan pendapat tentang apakah Ghibah (menggunjing) itu sama dengan namimah ataukah kedua istilah tersebut adalah dua hal yang berbeda. Pendapat yang paling kuat dua istilah tersebut berbeda. Di satu sisi, namimah itu lebih luas dibandingkan Ghibah. Di sisi lain, Ghibah itu lebih luas dari pada namimah. Namimah adalah menceritakan perkataan atau perbuatan A kepada B dengan tujuan merusak hubungan baik di antara kedua. Cerita ini diceritakan tanpa kerelaan A baik A tahu ataukah tidak tahu.

Sedangkan Ghibah adalah menceritakan orang lain pada saat dia tidak ada mengenai hal-hal yang tidak dia sukai seandainya dicerita-ceritakan.

Ciri khas namimah adalah ada tujuan untuk merusak hubungan baik namun tidak disyaratkan orang yang menjadi objek pembicaraan tersebut tidak ada di tempat.

Ciri khas Ghibah adalah objek yang dibicarakan tidak ada di tempat pembicaraan. Selain hal di atas, Ghibah dengan namimah itu sama. [Lihat Fathul Bari Ibnu Hajar 17/216, Syamilah].

Read More......

Proud to be your Cik Dah =)

Read More......
Related Posts with Thumbnails