Peti Sejuk 1 : Kekuasaan Allah


Sedar tidak sedar sudah 24 hari saya meninggalkan pengalaman berada di dalam peti sejuk. Maha Suci Allah yang menciptakan sesuatu sesuai pada tempatnya. Dengan suhu yang mencecah -3°C berbanding suhu di Malaysia ketika itu kira2 29°C membuatkan saya dan rakan2 MPP seramai 18 orang termasuk Pegawai HEP, Puan Al-Uyuna tidak akan lupa pengalaman yang pertama itu. Pengalaman yang amat menarik yang ingin saya kongsi dengan sahabat2 sekalian. Mungkin saya tidak ulas dari pertama kali saya jejak kaki ke Beijing, Cina tetapi saya akan buat sedikit kesimpulan pengalaman dan berdasarkan pemerhatian saya.


Kekuasaan Allah


DIA lah Tuhan yang Maha Berkuasa. Menjadikan Nabi Adam a.s. dari tanah, menjadikan Hawa sebagai pasangan hidup, menghamparkan dunia untuk kemudahan manusia. Pasti semua mengetahui tentang teori big bang yang telah Allah s.w.t sebut di dalam kitab suci Al-Qur’an melalui wahyu yang diturunkan kepada kekasih Allah s.w.t, Nabi Muhammad s.a.w. Allahuakbar. Allah Maha Besar.


Sejak kecil saya mengimpikan untuk menaiki kapal terbang. Setiap kali saya kapal terbang melintasi atas kepala saya, saya menanam harapan supaya saya akan menaiki kenderaan itu. Kawan2 saya menyifatkan saya sebagai seorang yang berangan2 tinggi. Sehingga setiap kali kapal terbang melintas, rakan2 pasti memanggil saya. Pernah juga dihadiahkan dengan kapal terbang yang diperbuat daripada kayu oleh kawan saya, Ridzuan sewaktu di Sek. Men. Kebangsaan Tun Mamat, Tangkak. Angan-angan dan impian saya itu akhirnya tercapai. Berlinang air mata apabila pertama kali menjejak kaki ke dalam kapal terbang MAS MH370 penerbangan dari Malaysia ke Beijing. Alhamdulillah, akhirnya Allah s.w.t memakbulkan doa saya. Kenapa saya beria sangat nak naik kapal terbang? Bagi orang yang berduit pasti mengatakan, “Ah, flight murah sekarang. Boleh ulang alik Kelantan-KL bila2 je” “Same je naik kapal terbang ke, bas ke, keretapi ke, same je rase die”. Pada saya yang mungkin berfikiran kolot, ianya tidak sama. Bas biasanya melalui kawasan kampung, keretapi biasanya melalui kawasan hutan, kapal terbang sudah semestinya melalui udara. 3 keadaan yang berbeza. Saya selalu teringat kata2 ustaz, “tolong tunjukkan ustaz di mana Allah letak tongkat untuk menongkat langit??”. Sejak itu saya berkeinginan untuk melihat ciptaan Allah yang Maha Agung. Tidak ada walau sebatang pun tongkat yang menongkat langit. Maha suci Allah. Sebab itu didalam ilmu Tauhid, dalil untuk menunjukkan Allah itu wujud salah satunya ialah ayat


اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ

(Surah Qaff : 38)


Allah s.w.t menciptakan langit dan bumi menunjukkan semua itu ada pencipta dan pencipta itu adalah Allah s.w.t maka Allah itu ada.


Tercari2 mungkin terdapat kalimah Allah di awan2 yang terbentuk, mungkin belum rezki untuk melihat keajaiban itu. Tempoh 6 jam dalam kapal terbang mengubah suhu dari panas kepada sejuk. Allah Maha Pencipta segala apa pun di bumi. Jangan kita pernah lupa bahawa Allah s.w.t mampu membolak balik bumi ini dan seluruh planet apabila tiba waktu yang dikehendaki-Nya. Walaupun ketika itu salji telah berhenti di Beijing, tetapi kesejukkannya sampai ke tulang. Mujur persediaan rapi untuk menghadapinya telah kami semua lakukan sebelum sampai ke Beijing. Semua orang jadi macam beruang yang sangat comel =), Ustaz Alif yang kecil tiba2 jadi gemuk. Yang berisi apatah lagi. Hehe..


Sama2 kita mensyukuri apa yang Allah telah sediakan dan Allah tidak menciptakan manusia dengan sia2. Apabila ditanya oleh Saidatina ‘Aisyah kepada Rasulullah kenapa Baginda masih bertungkus lumus beribadat kepada Allah sedangkan Baginda telah dijanjikan syurga. Baginda menjawab dengan mudah, adakah Baginda tidak boleh mensyukuri segala nikmat yang Allah telah beri kepada Baginda? Baginda menunjukkan kesyukuran dengan tunduk syukur beribadat kepada Allah s.w.t. Bagaimana kita sahabat2 sekalian?

Read More......
Related Posts with Thumbnails