Kini Aku Benar2 Jatuh Cinta

video ini realiti kehidupan alam perkahwinan... bersedialah wahai para bakal suami...



Setelah lama pena tidak mencoret buah fikiran di blog yang usang ini. Banyak peristiwa yang telah silih berganti menerjah ke dalam hidupku. Walaupun sebahagiannya Alhamdulillah telah selamat berlalu, terasa ingin juga dikongsikan agar ianya mampu menjadi pengajaran untuk rakan2 sekalian.


Proses Mengenali

Kami yang dahulunya langsung tidak mengenali perangai dan tabiat masing2 memulakan langkah dengan taaruf yang ringkas. Segalanya pun bermula setelah sedikit perbalahan berlaku hasil kerana salah faham yang sangat kecil. Akhirnya abang telah mengambil keputusan untuk mula bertaaruf secara formal dan itu membuahkan hasil. Salah faham yang berlaku tiada siapa yang dipersalahkan dek kerana kami sangat menyedari bahawa pasangan kami langsung tidak terdedah dengan sikap jenis yang berlainan. Saya tidak memahami sifat lelaki dengan baik dan abang juga tidak memiliki kemahiran itu. Masing2 baru melabuhkan layar untuk sama2 berlayar ke pulau indah yang dijanjikan oleh Allah iaitu syurga. Jadi, ini adalah proses biasa…

Di awal perkahwinan, kita akan mula nampak segalanya tidak seindah yang kita bayangkan dan impikan sebelum berumahtangga. Inilah bisikan syaitan untuk meruntuhkan kreadibiliti seorang suami dihati isteri sehingga mengakibatkan tiada hormat menghormati antara satu sama lain. Berhati-hatilah…

Kita perlu sentiasa bisikkan kedalam hati kita, “inilah suamiku yang bakal menjadi ayah kepada anakku dan suamiku didunia dan diakhirat. Pemimpinku. Dia bukan manusia yang sempurna tetapi dia memerlukan penyempurna dan peneman. Itulah aku. Aku juga bukanlah sempurna seperti yang dia bayangkan tetapi dialah yang akan menyempurnakan aku…”

Apabila kita sentiasa bisikkan itu kedalam diri disamping istighfar tanpa henti, insyaAllah akan diperlihatkan penyelesaian dalam sebarang salah faham dan segalanya akan terus bahagia.

Dia Imamku…

Perkahwinan adalah satu ibadat yang dituntut didalam Islam.

Firman Allah s.w.t. bermaksud:
"Dan, kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui.”
(Surah An-Nur:24)


Firman Allah s.w.t.bermaksud:
"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) daripada diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa) dan yang membiakkan dari kedua-duanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai."
(Surah an-Nisa':1)

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)”
(Hadith riwayat Imam Al-Bukhari)

Hakikat dari 3 nas tersebut adalah galakan perkahwinan yang benar2 dijalankan kerana Allah. Limpahan kekayaan yang disebutkan oleh Allah s.w.t juga dapat ditafsirkan dengan kaya hati, jiwa, zuriat, kerabat, sahabat dan sebagainya. Penyatuan antara 2 keluarga itu bukan hanya untuk melebarkan ajaran Islam dikalangan manusia didunia ini tetapi sebagai memenuhi fitrah seorang manusia yang memerlukan kasih cinta seseorang. Fitrah bagi seorang wanita juga adalah mencari pelindung dan pemberi sepenuh kasih sayang. Jiwa wanita sangat halus dan menanti untuk disayangi dengan sah tanpa berlaku sebarang kezaliman.

Apa yang berlaku dewasa ini ramai remaja dan dewasa yang tersalah tafsir tentang cinta sehingga mereka mendahulukan cinta sebelum bernikah. Bukankah sesuatu yang tanpa ikatan yang jelas itu mampu menjebakkan diri kekancah kebinasaan? Bila2 masa lelaki bakal meninggalkan kita dek kerana tiada ikatan yang jelas menjadi tanggungjawab lelaki itu untuk menjaga kita sepanjang hayat. Sedangkan ada manusia yang mengabaikan tanggungjawab sedangkan dia tahu tentang hukumannya di akhirat, inikan pula lelaki yang tiada ikatan tanggungjawab itu? Fikir2kan lah bagi yang kemaruk bercinta. Lelaki tidak kurangnya dalam hal ini. Ada yang syok bercinta sehingga mengumpul segala memori2 dalam ingatan dan simpanannya. Bayangkan jika ditakdirkan kekasih itu bukan isteri anda, isteri bakal mengetahui segala memori2 simpanan yang anda abadikan kononnya sebagai kenang2an. Hancur luluh hati seorang isteri (yang mungkin seorang yang menjaga hati) dengan membayangkan kisah cinta suaminya. Sudah pasti bayangan negatif bakal menerjah ke ruang minda seorang isteri yang suci. Jangan disalahkan isteri kerana terlalu cemburu sedang itu fitrahnya, tetapi salahkanlah diri anda kerana tidak menjaga hati.

Kehidupan berdua sangat berbeza dengan hidup bersendirian. Kita tidak akan putus2 mengingati Allah s.w.t. kerana kita sentiasa melihat wajah pasangan kita yang dinaungi nur Ilahi. Alangkah indahnya punya imam di waktu2 dia tidak mampu untuk ke masjid/surau. Lebih indah bila melihat suami berkejar2 setiap pagi untuk menyertai jemaah Subuh di surau. Indahnya Alhamdulillah... Moga sikapnya bakal diwarisi oleh anakku.

Jadi carilah pasangan yang benar2 menjaga Islam dan menjaga imannya. InsyaAllah kita akan bahagia. Tetapi jika ditakdirkan kita tidak mendapat pasangan seperti itu, terimalah seadanya dan berusahalah dengan sabar. InsyaAllah usaha itu juga dikira sebagai ibadat extra melebihi pahala orang2 yang dikurniakan pasangan yang sedia ada menjaga imannya.

Pengikat Kasih Sayang

Anak sering disifatkan sebagai pengikat kasih sayang diantara suami dan isteri. Namun rupa2nya bukan mudah untuk melahirkan seorang anak.

”Cikdah beria nak dapat baby siap ringtone pun lagu dodoian ibu. baru berapa bulan...esok2 dah jadi mak tau laaaa..” usik kakak iparku sambil tergelak kecil. Saya tersenyum melihat gelagat mereka.

Ya, tidak dapat dinafikan bahawa ada wanita yang sangat menginginkan seorang anak dan ada pula yang masih belum bersedia untuk menjalankan tanggungjawab tersebut.

”aku bernikah kerana Allah. Aku ingin melahirkan pejuang2 Agama Allah. Jadi apa yang digusarkan?” bisik hatiku setelah diusik oleh sepupu2 yang sememangnya sangat nakal.

Saya sedar bahawa ramai dikalangan keluarga dan sanak saudaraku yang tidak dapat menerima berita kehamilan ku. Membayangkan berita itu disambut sebagai berita gembira buat mereka hanyalah sia2. Mak termenung kaku bila kami khabarkan berita tersebut. Jauh disudut hati sedikit kecewa dengan reaksi mereka tetapi itu keputusan kami iaitu untuk meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w. Kami berusaha untuk mempertahankan bayi ini dengan sebaik mungkin walau dugaan demi dugaan silih berganti.

"abang, ada darah..." bisikku kepada suami dengan penuh tenang bimbang jika dia panik. Perutku mula sakit dan morning sickness kembali menjenguk.

Allahurabbi... bantulah hamba-MU...

Minggu demi minggu berlalu. Doktor bersilih ganti telah ku temui. Ubat pemulihan pendarahan dan injection telah ku ambil. Alhamdulillah kini ku telah kembali segar seperti biasa meneruskan kehidupan bersama kehidupan mujahid baru yang bakal ku lahirkan.

Minggu2 duka itu ku lalui dengan sedih bertandang dihati. Sedih melihat abang bertungkus lumus menyediakan makanan berkhasiat secukupnya untukku mengikut masanya, membasuh pinggan mangkuk pakaian, mengemas rumah, menggosok baju sendiri, membuat segalanya sendiri. Sehingga dia membeli buku panduan memasak untuk ibu hamil. Saya tidak dibenarkan bergerak dari katil dan sepenuhnya perlu berehat jika sayangkan bayi dalam kandungan. Siapa yang tidak sayangkan anak? Jauh disudut hati ingin ku katakan kepadamu abang, "diri ini sangat kagum dengan ketabahan abang”. Saya sangat faham bahawa jiwa seorang lelaki bukan itu. Bukan memasak, mencuci dan menghidangkan kepada isteri. Tetapi jiwa lelaki lebih kepada keluar rumah bersama masyarakat mencari nafkah dan membuat gerak kerja untuk Islam. Tetapi segala yang berlaku membuka mataku dan mengatakan bahawa
"saya kini benar2 jatuh cinta kepada suami ku...!!!"

Kini Berjauhan

ÙˆَÙ…َÙƒَرُوا ÙˆَÙ…َÙƒَرَ اللَّـهُ ۖ Ùˆَاللَّـهُ Ø®َÙŠْرُ الْÙ…َاكِرِينَ
(سورة آل عمران:54)

Ditakdirkan oleh Allah, saya tidak mampu menghabiskan dengan baik semester lepas dan terpaksa kembali memasuki kuliah master seperti biasa. Maka kini kami berdepan dengan PJJ (perkahwinan jarak jauh) yang biasa suami isteri muda mudi sekarang lakukan. Atas tuntutan itu kami pasrah dengan keadaan dan rindu merindu mula berputik. Sekali lagi, semuanya pasti ada hikmahnya. Manis perkahwinan itu bukan dengan kehidupan senada tetapi dengan kehidupan yang pelbagai.

Pesanan

Sebagai ingatan buat sahabat2 yang bakal melangsungkan perkahwinan:

• Bersedialah mental dan fizikal. Kuasailah ilmu alam perkahwinan sebaik mungkin dengan mendengar nasihat2 dari orang2 yang berpengalaman selain membaca buku2 berfaedah. Dulu saya sering mengabaikan hal ini dengan mengatakan belum masanya, geli nak baca buku2 tu, banyak lagi kerja Islam yang nak difikirkan. Saya boleh katakan bahawa saya silap dengan segala tanggapan itu. Persediaan perlu ada khususnya kepada yang memang sudah umur dan keadaan hampir berkahwin.

• Belilah buku2 fiqh yang berkaitan sebagai persediaan jika memerlukan rujukan. Pengamalan membuktikan buku2 ini mampu membantu merungkai persoalan yang malu untuk kita tanya kepada ustaz, ustazah mahupun rakan karib kita sendiri. Jadi, belilah buku sebagai persediaan. Tidak rugi insyaAllah kerana ilmu fiqh sangat penting bagi membantu menjalani kehidupan seharian.

• Bersedialah untuk memberi dan menerima. Persediaan itu kita boleh jana dengan sentiasa berfikiran positif disamping meningkatkan amalan ibadat kepada Allah s.w.t. hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita dan hanya dengan menyebut nama Allah hati kita akan tenang menghadapi segalanya.

• Perbanyakkanlah solat malam kerana solat malam akan melahirkan diri seorang yang kuat menempuh ranjau dan duri kehidupan.

• Buatlah persediaan majlis dengan teratur dengan menggunakan segala skill management yang kita ada. Perancangan yang baik boleh mengelakkan pengantin menjadi stress menjelang majlis perkahwinan. Ingat, yang penting adalah akad nikah bukan majlisnya. Bahagia kita bukan terlihat pada gah nya majlis, tapi bahagia kita adalah ketika dalam kapal pelayaran itu sendiri.

• Tidak salah untuk mengimpikan rumahtangga yang sempurna dan indah belaka tetapi biarlah berpada2. Jangan sampai ada perasaan menyesal nanti. Teropong dalam diri, siapalah kita untuk mendapat semua itu tanpa izin-NYA. Maka bersedialah untuk menerima kelemahan pasangan kita dan sama2 perbaiki diri.

Penutup

"pesan dekat Ainul jangan la tunjuk sangat bahagia tu. Orang lain bahagia jugak." sindir seorang sahabat kepadaku.

Mungkin kata2 itu sekadar gurauan atau mungkin benar2 teguran. Mula insafi diri, "bila masa saya tunjuk sangat saya bahagia?". tapi teguran tetap saya ambil sebagai teguran. Mungkin benar ada saya terlafaz perkara2 sensitif bagi orang lain. Mungkin benar itulah salah satu keburukan Facebook yang boleh menyebabkan kreadibiliti seseorang tercalar.

Perkongsian kali ini hanya sebagai perkongsian untuk semua khususnya sahabat2 yang bakal menempuh alam perkahwinan. Moga ianya memberi manfaat dan bukan menjadi fitnah pula pada diri. Moga dijauhkan daripada hasad dengki dan iri hati manusia. Diri bukan sempurna dan masih perlukan teguran serta panduan. Usia perkahwinan baru setahun jagung dan banyak lagi yang bakal ditempuh. Moga redha Allah bersama kita semua. InsyaAllah...

Wallahua’lam...

Read More......

Pesanan Buat Diri (Isteri)


Ummu Hakim berpesan kepada puterinya pada malam pertama perkahwinannya sebagai berikut:


”Anakku, engkau akan meninggalkan suasana tempat engkau dilahirkan, engkau akan meninggalkan sarang tempat engkau dibesarkan dan berpindah ke sarang lain yang belum pernah kau kenal. Engkau memperoleh teman hidup yang belum biasa menemanimu. Ia menjadi berkuasa ke atas dirimu dan menjaga kehidupanmu. Kerana itu, hendaklah engkau dapat menempatkan dirimu sebagai hamba sahaya baginya, dan dengan demikian ia akan menjadi budak bagimu. Anakku, perhatikanlah beberapa sifat utama yang kupesankan kepadamu, kerana hal itu akan menjadi bekal atau simpanan yang baik bagimu...


1. Temanilah suamimu dengan cara hidup bersederhana, merasa cukup dengan apa yang ada dan bergaullah dengan baik dan patuh.


2. Jagalah dirimu di hadapan matanya dan hidungnya, agar engkau tidak kelihatan buruk dalam pandangannya dan jangan sampai dia mencium bau yang tidak sedap dari badanmu. Bercelaklah, karena celak merupakan hiasan terbaik. Ketahuilah bahawa air adalah pengganti terbaik minyak yang tidak kau punyai


3. Perhatikanlah dengan baik waktu makan suamimu dan jagalah ketenangan di waktu dia sedang tidur, kerana rasa lapar dapat menimbulkan kemarahan, dan tidur yang terganggu biasanya juga membangkitkan kemarahan.


4. Jagalah keamanan rumahnya dan keselamatan hartanya serta peliharalah kehormatan suamimu dan hormatilah anggota-anggota keluarganya. Sebab dengan menjaga keselamatan harta bendanya engkau akan mendapat penghargaan, dan dengan menghormati anggota-anggota keluarganya, engkau akan mendapat perhatian yang baik.


5. Jangan sekali-sekali membicarakan rahsia suamimu kepada orang lain dan jangan pula engkau menentang perintahnya, kerana jika menyebarkan rahsianya engkau tidak akan jujur terhadap dirimu, dan jika menentang perintahnya dia akan marah kepadamu.


6. Janganlah engkau gembira di saat dia sedang sedih, jangan pula engkau kelihatan sedih bila dia sedang bergembira. Sebab, yang pertama itu menunjukkan kependekan fikiranmu, sedang yang kedua dapat mengeruhkan fikirannya.


7. Jadilah engkau orang yang paling menghormati suamimu, dia pasti akan menjadi orang yang paling besar memberikan penghargaan kepada dirimu. Jadilah engkau orang yang paling mudah menyetujui pendapatnya, dia tentu akan menjadi orang yang paling lama menemani hidupmu.


8. Ketahuilah, engkau tidak akan dapat memperolehi keinginanmu sebelum engkau mengutamakan kesukaannya daripada kesukaanmu sendiri atau lebih mengutamakan kesenangannya daripada kesenanganmu sendiri, baik dalam hal-hal yang engkau sukai mahupun yang tidak engkau sukai. Semoga Allah s.w.t menunjukkan pilihan yang baik bagimu.


* Petikan disunting dari buku Mutiara Perkahwinan Menurut Ajaran Islam. Moga terpahat kukuh didalam jiwa dan ingatanku agar menjadi pedoman menjadi seorang isteri solehah kepada seorang suami yang soleh, Zulhadi Mohamad...

(http://www.chegupk.blogspot.com/)

Read More......

Nota Hati



Sayu terdengar alunan bacaan surah Yassin mengiringi terbitnya fajar pada hari ini. Hati yang gundah sedikit terubat seketika. Namun perasaan gundah terus melemahkan diriku. Apa yang harus kulakukan? Hari yang paling bermakna didalam hidup bakal menjelma. Ada orang menggelarkannya sebagai hari bahagia. Betul ke hari itu bahagia? Hmmm…

Perasaanku kecamuk dikala ini. Memikirkan persediaan fizikal dan rohani. Hakikatnya bukan persediaan fizikal yang ku runsingkan tapi persediaan dalaman yang masih belum kukuh.


"K.ainul ni cuba jadi matang sikit. Dah nak kawin” ujar adik2 di rumah sewa Taman Desa Anggerik.


"Ko ajOr sikit die masak. Nanti susah dah kahwin tak pandai-pandai masak” pesan makcik ku yang baru keluar dari Hospital Selayang akibat sakit didalam pankreas.


"Persediaan luaran tu tak pe. Persediaan dalaman itu yang kene betul2 kuat” pesanan Ustazah Suhailiza dengan begitu ikhlas.


Pesanan yang ketiga itu sangat memberi kesan sehingga ke hari ini. Ianya menggabungkan ketiga2 pesanan tadi. Persediaan diri.


"Kalau akak kata nak tangguh majlis, korang nak kata apa?” soalanku dibalas dengan gelak tawa. Tapi itu lah yang saya rasa dikala ini kerana diri tiada persediaan yang cukup baik.


Entah batul atau tidak apa yang saya rasakan ini. Saya cuba luahkan kepada sahabat2 yang telah berkahwin namun jawapannya sangat tidak memuaskan hati. Tiada jawapan yang boleh menenangkan diri dengan menyatakan,


"Tak pe. Tu perasaan biasa. Akak pun macam tu dulu. Semua orang berperasaan begitu ketika saat genting ini. Tapi sekarang akak bahagia dengan suami. Alhamdulillah...”


Tidak ada jawapan seperti itu. Hanya yang ada,


"Masa nak kahwin ni perasaan nerves akan bercampur dengan excited. Tapi bila nerves tu dapat dilenyapkan, awak akan excited. Jangan risau, excited la. Tapi jangan sampai melampau” teori yang dikemukakan oleh salah seorang pegawai Majlis Agama Islam Muar.


Excited? Errr... jujur saya tidak merasakan itu. Apa yang saya rasakan hanyalah nevers. Sangat banyak perkara yang dirunsingkan diantaranya:


  • Mampukah menjadi isteri yang solehah? Tanggungjawab seorang isteri sangat besar.
  • Mampukah redha jika jagaannya tidak sebaik jagaan ibu bapa, keluarga dan sahabat2 ku?
  • Mampukah memenuhi segala permintaannya bagi mengelakkan diri menjadi isteri derhaka?
  • Saya sangat terkenal dengan orang yang membawa masalah. Terasa tidak sanggup untuk menambah beban kepadanya jika saya sentiasa disisinya.
  • Mampukah dia bersabar dengan kerenahku yang pelbagai?
  • Mampukah realisasikan baitul muslim sebagai contoh kepada semua yang mengimpikan baitul muslim?


Bisikan kata2 ingatan buatku disaat2 genting ini. "hati2 dgn ’dia’. Ko nak kahwin. Macam2 usaha pasti dilakukan...”


Panggilan telefon kepada akakku membuatkan kami gusar. Mungkinkah 'penyakit’ lama akan berulang? Atau hanya ingauan ngeri? Atau mungkin perkara yang lebih buruk bakal berlaku? Hmmm... saya mengeluh sendirian diatas tikar sejadah.


Teringat saat sepupuku histeria ketika majlis persandingannya. Habis hancur punah majlis itu dek kerana perkara tersebut. Bayangan negatif sering membelenggu diriku kini. Kuatkan diriku Ya Allah. Diriku sedang berjihad kerana-MU Ya Allah. Jihad paling besar iaitu jihad melawan syaitan...


Tekanan demi tekanan kurasakan sekarang. Pemikiran negatif yang telah begitu lama kutinggalkan kembali menjengah. "Kau berilah pinjaman kekuatan buatku menempuh semua ini Ya Allah. Aku memohon perlindungan hanya dari-MU Ya Allah...” doaku setiap hari mencipta kekuatan mengharungi masa yang berbaki 12 hari sahaja lagi.

Ù‚َالَ Ø¥ِÙ†َّÙ…َا Ø£َØ´ْÙƒُÙˆ بَØ«ِّÙŠ ÙˆَØ­ُزْÙ†ِÙŠ Ø¥ِÙ„َÙ‰ اللَّـهِ ÙˆَØ£َعْÙ„َÙ…ُ Ù…ِÙ†َ اللَّـهِ Ù…َا Ù„َا تَعْÙ„َÙ…ُونَ ﴿٨٦﴾

(Nabi Yaakub) menjawab: "Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya.

(Surah Yusuf: 86)


Ayat ini dan ayat selepasnya menggetarkan hatiku mengembalikan semangat menempuh segala macam dugaan dan cabaran yang bakal ku hadapi. “fida ada banyak pengalaman sahabat yang menempuh dugaan sebelum walimah. Semoga akak diberi kekuatan.” Doa sahabat2 juga tak lekang untuk memberi semangat kepadaku. Alhamdulillah…


Di dalam shahih Muslim disebutkan dari Jabir r.a, dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :


“Allah azza wa jalla berfirman,’Aku berada pada persangkaan hamba-KU kepada KU. Maka hendaklah dia membuat persangkaan kepada-KU menurut kehendaknya.”


Juga dari Jabir r.a disebutkan di dalam As-Shahi, Rasulullah s.a.w. bersabda, tiga hari sebelum beliau wafat ;


“Janganlah salah seorang diantara kalian meninggal, melainkan dia berbaik sangka terhadap Rabbnya.”


Sebuah syair arab , mengatakan :


Sabarlah dengan kesabaran yang indah , alangkah dekat jalan keluarnya. Barangsiapa yang selalu muraqobah dengan Allah dalam semua urusan pastilah selamat . Siapa yang membenarkan Allah niscaya segala rintangan tidak akan mengenainya. Barangsiapa yang berharap kepada Allah, niscaya akan terjadi sesuai dengan yang diharapkan.”


Moga kelebihan berbaik sangka ini menyerap masuk ke dalam jiwaku dan membantu memberi kekuatan buatku menempuh segala tekanan kiri dan kanan, depan dan belakang. Jika harini Allah membantuku, ku juga yakin hari esok dan seterusnya Allah s.w.t pasti akan membantuku jua... insyaAllah...



Read More......

Mukmin Bagaimana?



Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu 'anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah s.a.w yang mana dia telah menyatakan tujuannya : Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat. Maka Baginda s.a.w telah berkata kepadanya.
Tanyalah apa yang engkau kehendaki :

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim

Baginda s.a.w menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya

Baginda s.a.w menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil

Baginda s.a.w menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik

Baginda s.a.w menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah

Baginda s.a.w menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah

Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku

Baginda s.a.w menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin(baik)

Baginda s.a.w menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat

Baginda s.a.w menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat

Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa

Baginda s.a.w menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa


Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya


Baginda s.a.w menjawab : Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya


Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat


Baginda s.a.w menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat


Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku


Baginda s.a.w menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamu


Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia


Baginda s.a.w menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia


Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia


Baginda s.a.w menjawab : Sentiasa menyerah diri (tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia


Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah


Baginda s.a.w menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu


Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya


Baginda s.a.w menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka


Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat


Baginda s.a.w menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya


Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku


Baginda s.a.w menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya


Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat


Baginda s.a.w menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat


Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?


Baginda s.a.w menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan


Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?


Baginda s.a.w menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala)


Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?


Baginda s.a.w menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan


Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ?


Baginda s.a.w menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang


Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?


Baginda s.a.w menjawab : sabar di dunia dengan bala dan musibah


Telah berkata Imam Mustaghfirin: aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaat selain hadis ini...



Read More......

I Think Of You...

Jatuh cinta dengan lagu ni...walaupun dah lama tapi sangat memberi kesan... jom hayati....^_^






(Mesut Kurtis Featuring Irfan Makki)

When the seasons change
In the monsoon rains
When a newborn cries
In a mother’s eyes
I think of you

ربنا الرحمن|Rabbunar Rahman
مبدع الأكوان|Mubdi’ul akwan
صاحب الجلال|Shahibul jalal
من له الكمال|Manlahul kamal
لا رب سواه|Laa rabba siwah
لا رب سواه|Laa rabba siwah

Miracles
Are everyday
The moon will come
As the sun will fade
Forever this way

When the seasons change
In the monsoon rains
When a newborn cries
In a mother’s eyes
I think of you
I think of you

Chorus:
سبحان الله, سبحان الله| Subhanallah, Subhanallah
سبحان الله, سبحان الله| Subhanallah, Subhanallah


A seed that grows
From a tiny shell
Becomes a tree
Feeding you and me
Here for our needs

هذه الأطيار| Hadzihil athyar
تلكم الأزهار| Tilkumul azhar
ونجوم الليل| Wa Nujumul layl
من صنع الله| Min Shun’illah
لا رب سواه| Laa rabba siwah

When the seasons change
In the monsoon rains
When a newborn cries
In a mother’s eyes
I think of you
I think of you

Back to Chorus


English Lyrics & Melody: Irfan Makki
Arabic Lyric: Salah Galal
Arrangement: Walid Safwat
© Awaking Record 2009

Terjemahan
Aku memikirkanmu
(Mesut Kurtis Featuring Irfan Makki)


Ketika musim telah berganti
Pada musim hujan telah hujan
Ketika (bayi) baru lahir berteriak
Dalam pandangan ibu
Aku memikirkan-Mu

Tuhan kita maha penyayang
Pencipta alam semesta
Pemilik keagungan
Siapa Dia pemilik kesempurnaan
Tidak ada Tuhan selain Dia
Tidak ada Tuhan selain Dia

Keajaiban
Setiap hari
Bulan akan datang
Jika matahari akan memudar
Selamanya (aku) di jalan ini

Ketika musim telah berganti
Pada musim hujan telah hujan
Ketika (bayi) baru lahir berteriak
Dalam pandangan ibu
Aku memikirkan-Mu
Aku memikirkan-Mu

Chorus:
Segala kemuliaan bagi Allah
Segala kemuliaan bagi Allah

Benih akan tumbuh
Dari tempurung kecil
Menjadi sebuah pohon
Memberi makan kamu dan aku
Disinilah (tempat) keinginan kita

Ini adalah seekor burung
Itu semua adalah bunga
Dan bintang malam
Adalah ciptaan Allah
Tidak ada Tuhan selain Dia

Ketika musim telah berganti
Pada musim hujan telah hujan
Ketika (bayi) baru lahir berteriak
Dalam pandangan ibu
Aku memikirkan-Mu
Aku memikirkan-Mu

Back to Chorus

Diterjemahkan oleh Fathurrahman Arabiy

Read More......
Related Posts with Thumbnails