Pengalaman PASTI Mengajar Erti Kedewasaan


http://pastiisbat.blogspot.com/

Setelah 5 bulan berkhidmat di PASTI Isbat Al-Imtiyaz, esok adalah hari terakhir memberi khidmat dan bakti secara langsung dengan PASTI. Macam-macam pengalaman yang telah ditimba. Pengamalan menjadi seorang guru mengajarku untuk lebih tabah menghadapi masa hadapan. Masa hadapan yang masih tidak terbayang dipemikiranku. Menghadapi bakal suami yang ’mungkin’ seorang pendidik, anak-anak yang ’mungkin’ banyak kerenahnya, menghadapi bidang akademik yang ’mungkin’ akan sebati dalam hidupku dan macam-macam cabaran lagi yang berkait rapat dengan didikan dan pendidikan.

Permulaan penerimaan tawaran bekerja di PASTI sangat menyakitkan. Semuanya berlaku atas sebab ’terpaksa’. Namun itulah aturan-NYA yang cukup cantik. Teringat perkongsian bersama sahabat2 serumah baru2 ini, kemuncak kesempurnaan redha itu adalah apabila kita menzahirkan keredhaan itu dengan perbuatan kita. Itu adalah tahap yang paling sukar untuk kita buktikan bahawa kita redha dengan segala ketentuan-NYA. Dengan bersungguh2 dan istiqamah, itu adalah petunjuk kita sebenarnya orang yang benar2 redha dengan segala yang telah Allah aturkan untuk kehidupan kita.

Pengalaman yang sukar digambarkan detik mengajar kanak2 seawal usia 4, 5 dan 6 tahun.

A bunyi ayam, kok kok kok
E panggil emak, emak~
I ikan berenang didalam kolam
O otak yang bijak
U ular membelit

Mengajar membaca dalam bahasa melayu, bahasa inggeris dan jawi. Semuanya perlu teknik yang tersendiri. Lebih ramai kanak-kanak, lebih rencam perangai, kelebihan dan kekurangannya. Kadangkala menyebabkan otak tak mampu berfikir bagaimana cara terbaik untuk memudahkan mereka faham apa yang di ajar.

Silibus PASTI sangat tinggi. Saya mengajar kelas 5 tahun seramai 20 orang. Kelas yang cukup padat dek kerana kekurangan ”Muaddibah”. Itu gelaran terbaik yang saya pernah dengar sepanjang pengalaman dalam pendidikan. ”muaddibah” bermaksud orang yang mengajar adab. Jadi di PASTI kita bukan sahaja mengajar membaca dan menulis, malah adab-adab dalam Islam kita terapkan. Itu uniknya PASTI.

Mengajar 12 subjek amat mencabar. Termasuk:
• Bahasa Melayu
• Bahasa Inggeris
• Matematik
• Aktiviti Padang
• Peribadi Muslim
• Hadith & Al-Qur’an
• Amali Solat
• Al-Qur’an
• Bahasa Arab
• Sains Sosial
• Jawi
• Asas Komputer

”Muaddibah paling garang, Muaddibah Faridah la...” (^_^)

Hehehe... Itu ungkapan biasa oleh anak-anak PASTI Isbat Al-Imtiyaz. Bukan garang yang nak saya ketengahkan. Tetapi teknik dan kerjasama antara muaddibah sangat penting. Bukan semua mesti berlembut dan tak kisah, dan bukan semua yang mesti garang. Garang bukan membabi buta. Tetapi garang berasas namun selepas solat atau dimana-mana ada kesempatan, peluklah mereka semula dan bisiklah sesuatu yang tenang ditelinga mereka. Supaya mereka tahu kita sayang pada mereka dan ’garang’ itu mendidik bukan menjatuhkan.

Kanak-kanak perlu dididik dengan adab dan kesopanan sejak dari kecil lagi. Namun cara didikan itu yang dipelbagaikan. Didikan pertama yang sangat penting ialah adab sesama kita, muaddibah. Itu adalah pengajaran yang sangat memberi impak kepada anak-anak sekecil ini. Di rumah pula ibu bapa sangat memainkan peranan dalam menunjukkan adab yang baik untuk anak-anak. Apa yang kami buat di PASTI Isbat Al-Imtiyaz:

• Panggilan dan gantinama yang sopan. Contoh – saya, awak, kamu, kita, akak, adik dll.
• Penggunaan bahasa yang sopan dan tidak kasar
• Kata-kata percakapan yang ’beralas’ dan tidak akan menyakitkan telinga sesiap yang mendengarnya
• Sikap dan perbuatan yang baik ditunjukkan. Contoh- toleransi, hormat, rajin, berusaha, suka membantu orang lain dll
• Tidak menonton televisyen dan menayangkan apa-apa gambar yang tidak sopan

Jika semua ibu bapa menerapkan pendidikan awal kanak-kanak yang betul, insyaAllah kita akan melahirkan ganerasi Islam yang bermaruah dan sanggup berjuang untuk Islam.

”mata saya dah mengantuk. Mesti ada syaitan kat mata saya ni kan muaddibah. Kejap saya nak berdoa.”

”alamak, saya terlupa tutup mulut masa menguap. Habislah syaitan masuk dalam mulut. Sekejap saya baca doa”

Gelagat Aliff Irfan sangat memukau. Impak besar dapat dilihat dari setiap ajaran yang kita curahkan pada kanak-kanak. Bagi sesiapa yang berani nak mencuba bakat yang terpendam, curahkanlah khidmat bakti anda di PASTI.

Hakikatnya bukan kita mengajar mereka, tetapi mereka mengajar kita...

Begitulah sedikit rencam kehidupan terkini saya disamping terus memberi komitmen kepada aktiviti luar. Tak dapat buat semua jangan tinggal semua. (^_^)

Sebenarnya masih banyak kekurangan dari diri saya yang langsung tiada pengalaman ber’tadika’. Kekreatifan mereka bahan bantu mengajar, kepelbagaian lagu dan aktiviti, semuanya perlu kepada pengalaman, ilmu dan penambahbaikan.

”senang je Faris jawab, muaddibah kata belasah je...” Mohd Faris Hamzi mengadu kepada ibunya sejurus tamat peperiksaan akhir tahun PASTI... (^_^)

Itulah yang selalu saya buat untuk mereka. Belasah je... hehehe... Tapi insyaAllah belasah yang terbaik kot... (^_^)

Cukup sekadar perkongsian pengalaman. Bukan mudah mengajar anak-anak kecil rupanya. Namun kajian menunjukkan 80% pertumbuhan otak akan berlaku pada usia ini. Jadi jangan diambil remeh dengan pendidikan awal kanak-kanak. Kerana merekalah pewaris masa hadapan.

Selamat berkhidmat kepada muaddibah-muaddibah yang baru. Setahun pertama PASTI Isbat Al-Imtiyaz menunjukkan prestasi yang baik. Moga prestasi itu akan terus kekal malah meningkat insyaAllah, untuk kepentingan Islam.

”Khidmat itu yang penting” Ungkapan Abi (Ustaz Mohd Nor Omar) sangat-sangat menyedarkan kami yang semakin dilema dengan kehidupan realiti. Semasa mengkehendaki ’begini’ namun realiti perlu ’begini’. Hmmm.... dilema dalam kehidupan tidak akan pernah putus. Kerana itu kita memerlukan Allah yang Maha Esa dan Maha Pencatur setiap sesuatu. Yakin dengan titipan hidayah dari-Nya, insyaAllah ’redha yang hakiki’ akan datang mendampingi. InsyaAllah.


Langkah terus melangkah. Alam baru sempena Maal Hijrah 1432H akan terus ku hadapi. Berkat doa dan sokongan mak, abah, adik beradik dan seluruh sahabat-sahabat, insyaAllah kakiku akan terus pantas bergerak menjejaki redha Ilahi. InsyaAllah... (^_^)

Pinjam video klip... dengar lagu jek... (^_^)

Read More......

Shicida Methods


Pelbagai pendekatan kita boleh gunakan untuk merangsang pemikiran disamping mendidik anak-anak kita dizaman yang mencabar ini. Ini diantara cara yang dikira berkesan yang ingin saya kongsikan kepada semua. Untuk keperluan diri saya juga nanti... hehe.. (^_^)

Sichida adalah satu kelas yang di uruskan oleh masyarakat Jepun untuk melatih anak-anak berfikir dengan menggunakan otak sebelah kanan. Tahukah anda bahawa otak sebelah kanan ini sebenarnya lebih efektif dari otak sebelah kiri? Namun penggunaan otak sebelah kanan ini perlulah lebih dipraktikkan, lebih2 lagi setelah membaca artikel ini.

1. Sebutan2 dan usapan kasih sayang sewaktu anak2 hampir melelapkan mata:
Sewaktu anak2 kita nak tidur atau ketika tidur2 ayam, cakap kat anak2 sepenuh hati dan sejujurnya bahawa kita sayangkan dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Lakukan dengan seikhlas hati anda. Pastikan perasaan anda juga tidak terganggu seperti perasaan marah ataupun tidak puas hati.

Untuk pengetahuan anda, otak kanan sedang bekerja apabila waktu tidur2 ayam. Berbeza dengan otak kiri yang telahpun lama tidur. Apabila anak2 kita sudah tidur , ramas2 jari jemari atau tangannya, buat gerakan memicit2 dengan perlahan2 supaya dia kembali semula berada dalam keadaan tidur2 ayam tadi. Dan lakukannya berulangkali.

2. Mulakan dengan penggunaan cards untuk mengajar anak2: 
Cara penggunaan flash card dapat membantu proses pembelajaran dengan lebih pantas. Apabila menunjukkan kad dengan lebih laju dan pantas, maka otak sebelah kanan akan bekerja dengan lebih kuat lagi untuk memahaminya. Buatlah card 123, card ABC atau card gambar2 sebagai salah satu cara untuk menarik perhatian anak2. Pasti seronok kan? 

3. Buat gerak kerja tangan: 
Gerak kerja tangan adalah hasil otak kanan. Ajar anak2 kita bermain tanah liat, water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. Kita boleh cuba dengan melukis gambar seperti rama2, tapi sebelah sahaja dan minta anak2 kita sambung semula lukisan ikut apa yg kita lukis disebelahnya pula. Ia salah satu cara untuk mengaktifkan penggunaan otak sebelah kanan.

Untuk pengetahuan anda, chopstik yang digunakan oleh masyarakat Jepun dan China itu sebenarnya mengaktifkan kerja tangan dan elok untuk mengerakkan otak sebelah kanan.

4. Bersikap positif dan tidak marah anak2 sesuka hati: 
Jangan bersikap suka marah2 atau tengking anak kerana anak2 kita boleh simpan semuanya dalam otak kiri. Sekiranya kita termarah, kita kembali kepada perkara no.1 tadi dan minta maaf dengan perlahan2. Beritahu kebenaran kepadanya apa punca yang membuatkan kita marah padanya.


5. Develop imaginasi anak2 kita dengan cara bercerita: 
Cuba minta anak2 kita menyambung cerita tersebut walaupun kelihatannya agak merapu tetapi kreatif. Ia lebih merangsang otak sebelah kanan dengan lebih baik lagi.

6. Cuba bermain teka-teki dengan anak2: 
Contohnya, letak satu barang dalam kotak tisu dan minta anak2 teka apa barang tersebut. Kita boleh beri anak2 clue seperti warna dan bunyi. Anak2 akan mula boleh develop six sence by concentrating. Dan akhirnya anak2 dapat meneka barang tersebut. Ini salah satu cara untuk mengaktifkan otak sebelah kanan.

Tapi perlu ingat bahawa setiap permainan itu, hanya boleh dilakukan dalam tempoh setengah jam sehari. Sebelum melakukan exercise ini, sila tarik nafas dalam2 dan kita perlu dalam keadaan relaks. Jangan lakukannya semasa memasak ataupun semasa menonton tv.

Setiap yang kita lakukan itu kenalah ikhlas, merendah diri dan bersyukur. Segalanya adalah datang dari Allah yang Maha Berkuasa Lagi Mengetahui. Kerana keizinan-Nya, maka setiap usaha kita berjaya dan insyaAllah anak2 kita akan jadi orang2 yang cerdik. Mudah2an... 

Nak lebih detail, http://www.shichidamethod.com/ (^_^)

 

Read More......

Dendangan buat diri dikala ini...

Read More......

Asak Diri Melalui Laluan



LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan emas/perak
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berak/kencing)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepda ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah s.a.w
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S.a.w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya

Read More......

Siapa Ayah???



Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-kerut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya. Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya:

"Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok?"
Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.

Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."

Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti".
Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.

Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan:

"Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."

Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan. Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya:

"Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit?"

Ibunya menjawab : "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian." Hanya itu jawapan si ibu. 

Si anak itu pun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?

Hingga pada suatu malam dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali.
Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar. Walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".

"Ku berikan keperkasaan dan mental waja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya."

"Ku berikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah. Walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya".

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga. Walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya. Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka. Walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga (seri/ penyokong), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.

"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."

Itulah ayah... Yang telah berhempas pulas membanting tulang mencari sesuap rezeki halal bagi membesarkan anak-anaknya. Jasa bonda kita tidak nafikan, namun jasa ayah juga sangat-sangat perlu dihargai.

Jadi, bahagiakanlah mereka ketika usia masih dikandung badan. ^_^


Read More......
Related Posts with Thumbnails