Sudah-sudah la...


“sepatutnya die kene buat begini…”
“sy cakap dah dulu sepatutnya macamni…”
“tak dengar nasihat orang langsung...payah…”
“cikai gile idea die…macam budak tadika…”
“tengok, idea sy semua orang setuju…”
“tak terima idea sy pun tak pe, sy akan terus jugak dengan idea ni. Nak gaduh gaduh la…”
“entah apa-apalah dieorang ni buat kerja. Tu la tak tanya pendapat sy dulu…”
“ijtihad konon, tapi bile jadi perkara buruk nanti kite jugak yang kene bantu…”
“memang tak boleh cakap dah dengan die tu. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Keras kepala!” “memang orang-orang tarbiyah macamni. Tak boleh terbuka langsung…”
“tengok la klu jadi ape2 jangan harap sy nak tolong…”
“sejak dulu lagi sy rasa sangsi. Tengok2 betul2 jadi. Instinct sy selalu betul…”
“budak baru ape tau? Darah muda. Asik2 nak buat perubahan je…”
“idea sy tu. Dieorang ciplak je…”
“zaman sy dulu…”
“dulu tak pernah ade orang macam ni…”
“sy dah dulu makan garam dr awk…”
“sape kau? Saya ada kuasa dalam membuat keputusan. Itu hak sy…”
“baru setahun jagung dah pandai nak ajar orang…”

Bla… bla… bla…


Sudah-sudah la... Tak luak pun kalau mengalah dan cari persefahaman dengan perbincangan... Nampak macam simple, tp kesan die pasti ada... Elakkanlah...




Read More......

DIPERCAYAI lebih utama daripada DICINTAI

Sesuatu yang menarik saya temui. Banyak memberi iktibar buat diri saya yang kerdil. Moga dapat menjadi iktibar untuk semua.


Mudah-mudahan Allah izinkan kita semua memainkan peranan untuk Islam walau di mana, di bidang apa dan sebagai apa jua pun peranan kita dalam masyarakat. Kecil sekalipun jika ikhlas pasti berbekas. Insya-Allah.

Kita perlu akui bahawa semakin sukar mencari pemimpin yang boleh dipercayai. Padahal kalau ditanyakan apakah syarat utama untuk menjadi seorang pemimpin? Jawabnya ialah kepercayaan. Itulah yang cabarannya. Terlalu sukar untuk mempercayai seseorang pada masakini. Di Amerika, dengan nada sindiran ada yang mengungkapkan:

“We thought we could trust the military,
but then came Vietnam;
We thought we could trust the politicans,
But then came Watergate;
We thought we could trust the engineers,
But then came the Challenger disaster..
Tanpa kepercayaan, kita hilang segala-galanya. Kepercayaan adalah faktor paling utama yang menentukan kejayaan dalam satu-satu perhubungan, samada yang berbentuk personal mahupun profesional. Bila ada kepercayaan, prasangka, cemburu, marah, hasad dengki dan lain-lain sifat mazmumah yang boleh menggugat perhubungan akan dapat diatasi.

Bagaimana membina kepercayaan? Jawabnya, cakap dan sikap kita mesti selari. Itulah integriti – sifat amanah, jujur dan tulus yang dipraktikkan dalam apa jua keadaan dan masa. Itulah asas untuk orang mempercayai kita atau sebaliknya. Pengikut mesti percayakan pemimpinnya. Bila orang mempercayai kita, pengaruh kita akan meningkat. Bila pengaruh kita meningkat, kita akan berjaya dalam memimpin.

Ingat, kepimpinan adalah pengaruh. Inilah rahsia kejayaan kepimpinan Rasulullah s.a.w. Keunggulan kepimpinannya diawali oleh kepercayaan masyarakatnya sehingga bagainda digelar Al Amin sebelum kerasulannya dan diperkukuhkan lagi dengan sifat siddiq (benar) dan amanah selepas itu.

Kata bijak-pandai, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Kita selalunya merasa bertuah apabila dicintai – samada oleh isteri, ibu-bapa atau sahabat-sahabat. Tetapi percayalah, jika kurang dipercayai, lama kelamaan cinta orang kepada kita akan terhakis. Lihatlah betapa banyaknya perhubungan yang terputus antara ibu-bapa dengan anak, suami dengan isteri, pemimpin dengan pengikut, justeru hilangnya kepercayaan.

Bila hilang kepercayaan, rasa cinta, hormat, kasih dan taat akan musnah. Sampai bilapun manusia lebih mempercayai mata berbanding telinganya. Maksudnya, apa yang dilihat (perbuatan) lebih berkesan untuk meraih kepercayaan berbanding apa yang didengar (percakapan) – action speaks louder than words.

Jadi apabila kita merasakan orang bawahan (subordinate) kita samada isteri, anak, pekerja mahupun pengikut, semakin sukar memberi ketaatan, kerjasama dan kesetiaan itu adalah petanda kita sudah hilang pengaruh. Hilang pengaruh, kerana hilangnya kepercayaan dan hilangnya kepercayaan bila tidak ada integriti.

Tegasnya, kita tidak boleh memimpin hanya berbekalkan cinta, apatah lagi harta atau kuasa… kepercayaan lebih utama!



Petikan dari http://genta-rasa.com/2009/11/06/dipercayai-lebih-utama-daripada-dicintai/#comment-1422

Read More......

Nukilan hatiku


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Pengasihani


Hening pg ini menyusuk sehingga ke tulangku. Ku hamparkan tikar sejadah untuk kembali menginsafi diri menghapuskan dosa yg sentiasa ku lakukan. Aku lemah Ya Allah. Aku insan hina Ya Allah. Janganlah KAU palingkan muka-MU dari melihatku. Walau aku tak layak langsung digelar pejuang. Aku tak buat ape pun untuk Islam.

Dengan penuh rasa rendah diri nukilan ini hanya untuk menyedapkan hati yg kian gusar. Semoga tiada sesiapapun dikalangan pembaca yg slh sangka dgn apa jua ucapanku.

Pakcik2, Makcik2, Abang2, Kakak2, Adik2, sahabat2 seperjuanganku. Mari sama2 kita ingat bahawa kita adalah sama. Perjuangan kita sama. Tujuan hidup kita sama. Mengapa perlu ada pertelagahan sesama kita? Kenapa perlu ada rendah merendah antara satu sama lain? Kenapa perlu ada yg tak sggup nk berpimpin tgn utk sama2 bergerak? Kenapa perlu kita balas membalas keperitan yang telah kita lalaui? Sistem tarbiyah yg bagaimana yg perlu kite utamakan?

Ya.. Saya bukan seorang yg berjiwa kental. Itulah kelemahan saya yg saya lindungi selama ini. Kerana saya yakin saya boleh atasi kelemahan ini suatu hari nanti. Sebab itu blog ini dinamakan Hati Kering kerana ingin memotivasikan diri supaya menjadi lebih kental. Supaya saya benar2 tekad untuk menjadi pejuang Agama Allah. Kerana saya tahu untuk berjuang itu perlukan jiwa yg kental. Allah telah janjikan bahawa setiap org yg beriman itu pasti akan diuji. Kubimbangi diri ini termasuk dalam orang2 yg tidak tahan dgn ujian lalu berundur dari perjuangan. Na’uzubillahiminzalik.

Sahabat2 sekalian, saya sering mendengar masalah dalam pelbagai organisasi dan gerakan yg tidak mengiktiraf pandangan dan pendekatan orang lain. Contohnya apa yg berlaku kepada Wahabi dan Al-Ahbasy. Contoh yg lain seperti yg dikisahkn oleh Saifulislam.com tentang sahabatnya Dr. Maza yg dikatakan byk memberi hujjah berdasarkan dalil yg cukup mantap tetapi mengapa masih lg beliau menimbulkan kontrovosi di Malaysia? Begitu juga dengan apa yg berlaku didunia kampus yg masing2 menyalahkan gerakan lain kerana merasakan pendekatan yg dibawa itu lah yg terbaik. Sebenarnya siapa pemilik yg TERBAIK? Hanya Allah yg mengetahui apa yg terbaik utk hambanya. Waqi’iyyah juga satu sebab kenapa kita berkhilaf. Tetapi adakah waqi’yyah itu alasan sehingga menyebabkan tidak boleh bersatu dengan yg lain? Matlamat? JIM, ABIM, PKPIM, GAMIS, Isma, Pembina, PMI, Ma’ruf Club, adakah semuanya mempunyai matlamat sama? Saya pasti pelbagai jawapan akan timbul tetapi persoalannya ialah adakah tidak ada titik persamaan? Jawapannya ialah ada. Islam. Itu lah persamaan yg paling nyata.

Salahkah kita beikhtilaf? Dua hari yang lepas saya baru selesai menjawab peperiksaan untuk madah Adab Al-Ikhtilaf. Prof. Madya Dr. Syamsul Andi Galigo banyak memberi tunjuk ajar tentang bagaimana caranya untuk beradab semasa berikhtilaf. Tidak salah untuk berikhtilaf diatas perkara2 furu’ dan perkara2 ijtihadiyyah supaya manusia sama2 mencari kebenaran yg terselindung. Namun begitu ikhtilaf tidak boleh sehingga kita memutuskan tali persaudaraan dan mewujudkan perpecahan. Antara perkara yg paling penting ketika berikhtilaf ialah niat, persaan insaf dan keterbukaan. Mungkin saya hanya pandai berteori tetapi ini yg saya pelajari.

Teringat pula kepada slogan 1 malaysia. Islam telah lama menggunakan istilah wehdatul fikr dan wehdatul ‘amal. Inilah kunci kepada penyatuan ummat Islam zaman ini dan kita terus bersama2 seiringan memperkukuhkan Islam didunia ini. Seorang ustaz yg saya kagumi bertanya kenapa Ukhuwah diletakkan diakhir arkanul bai’ah dalam buku Syeikh Fathi Yakan “Kenapa saya memeluk Islam”. Terkebil2 saya kerana tidak pernah terfikir untuk menyelidiki kenapa strukturnya begitu. Syeikh Imam Hassan Al-Banna mengatakan bahawa ukhuwah sebenarnya tidak begitu penting dlm arkanul bai’ah itu tetapi tanpa ukhuwah kepincangan dan ketidaksepaduan akan berlaku sehingga mengganggu yg lain. Ini menunjukkan ukhuwah juga penting sehingga dimasukkan juga dalam rukun bai’ah.

Tanpa kita sedari, banyak permasalahan yg berlaku dewasa ini berkisar tentang ukhuwah dan kesepaduan diantara kita ummat Islam. Tidak hairan lah jika UMNO berpuak2 dan PAS bermasalah. Berbalik kepada kunci yg saya nyatakan td iaitu persefahaman dan persepaduan.

Syeikh Imam Hassan Al-Banna pernah memberikan ucapan kepada ahli2 Ikhwanul muslimin semasa muktamar keenam tentang matlamat Ikhwanul Muslimin:

Pertama-
ialah melibatkan diri dengan kerja-kerja kebajikan umum walau apapun bentuknya dan memberikan khidmat kemasyarakatan apabila peluang tersedia. Apabila seorang saudara berhubung dengan Ikhwan, dia dituntut supaya membersihkan jiwanya, memperbaiki akhlaknya, mempersiapkan roh, akal dan jasmaninya untuk mengharungi jihad yang lama yang akan ditempuhinya satu masa nanti. Setelah itu dia diminta pula untuk mengembangkan semangat itu kepada ahli keluarganya, sahabat-sahabatnya dan orang-orang di sekelilingnya. Seorang akh akan hanya menjadi seorang muslim yang sebenar jika dia melaksanakan hukum dan akhlak Islam. Dia juga perlu berpegang kuat dengan segala perintah dan larangan yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. daripada Tuhannya.

Kedua-
Ikhwan al-Muslimin bekerja supaya sistem ini disokong oleh pemerintah supaya sebuah Negara Islam yang baru akan muncul, supaya segala hukum-hakam Islam ini dilaksanakan sepenuhnya, supaya muncul sebuah kerajaan Islam di tengah masyarakat yang akan didokong oleh umat Islam. di mana kehidupan masyarakat ini akan diatur menurut syariat Islam sepertimana perintah Allah yang disampaikan kepada Nabi s.a.w. di dalam kitabNya. Firman Allah:

Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar). Sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkanmu sedikitpun dari (azab) Allah (kalau engkau menurut mereka); dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu setengahnya menjadi penolong dan penyokong bagi setengahnya yang lain (dalam perkara yang salah); dan (sebaliknya) Allah menjadi penolong dan pelindung bagi orang-orang yang bertaqwa (yang engkaulah pemimpinnya). (Al-Jathiyah: 18-19)

Petikan ucapan ini saya bawakan kerana dilihat gerakan Islam dewasa ini pincang dan menjadi tanggungjawab kita bersama2 tautkan hati dan segala sendi menolak segala sentimen untuk mengukuhkan pergerakan. Suka saya menyatakan bahawa matlamat yg sama tidak membezakan kita. Mungkin berbeza cara dan gaya tetapi matlamatnya sama. Kualiti atau tidak itu yg boleh dipersoal tetapi cara dan gaya tidak perlu diperlekeh. Raikan sahaja org yg ingin berjuang dengan gaya yang tersendiri. Kita tidak tahu gaya mana yg terbaik selagi tidak bertentangan dengan syariat Allah.

Namun saya amat2 bimbang dengan hati2 yg ingin berjuang. Seperti saya sendiri contohnya yg sering lalai dan alpa tentang kewajipan kepada Al-Baasit Yang Maha Agung. Sehingga menyebabkan hubungan saya dan sahabat2 seperjuangan terjejas dek kerana hubungan dengan Allah yg tidak terjaga. Semoga sahabat2 diluar sana dapat menegur dan memberi peringatan. Jangan ada yg mengadu domba. Seringkali sampai dicuping telinga saya tentang umpatan2, kutukan2, hinaan2, dan sebagainya yg tidak sepatutnya kita lakukan sebagai ummat Islam. Cukuplah... Ayuh kita sama2 bantu-membantu bergerak demi Islam.

Hamba yg naïf ini menyusun 10 jari memohon kemaafan diatas segala kekhilafan yg berlaku. Entah apa yg bermain difikiran. Sebelum ini saya sering bermonolog dalam diri menyatakan bahawa “saya BENCI dgn diri saya” namun 1 mggu 2 ini saya sering bermonolog bahawa “saya BANGGA menjadi diri saya”. Tetapi pg ini saya kembali bermonolog “Saya BENCI diri saya. Sememangnya saya tidak layak menjadi pejuang Agama Allah. Bimbang merosakkan gerakan.”

Entah kenapa semua ini tidak menyebabkan jiwa saya kental lagi? Malah saya lebih jatuh. Mungkin masih kurang keikhlasan dalam diri dan hati yang kotor. Ampunkan ku Ya Allah…

Kepada sahabat yg saya kira dia akan baca post ini 1 hari nanti, salam kemaafan dari ana. Terima kasih kerana telah banyak membantu ana dan memberi secebis kenangan yg cukup indah buat ana. Bukan mudah untuk mengubah sikap ana ini. Maafkan ana. Bukan layaknya ana untuk menjadi sahabat sesiapapun kerana bimbang diri akan merosakkan orang sekeliling. Teruskan melangkah berjuang menegakkan kalimah Allah. Ana akan memerhati dari jauh. Mungkin itu yang terbaik bg ana. Ana masih berjiwa besar tetapi dengan kadar kemampuan ana. Ana mengaku ana tidak elok seperti yg disangka. Hanya indah luaran kerana niat utk membantu sekeliling. Jangan bimbang, ana tidak akan lama dalam ini.

Syukran atas semua yg membaca post ini. Sekadar membuat luahan hati. Doakan hati saya kental dan tabah seperti anda semua dan kekal kental sehingga mati. Kalau ade kaunselor boleh la tawar diri untuk saya buat temujanji dengan anda. Sedikit sebanyak mungkin membantu meningkatkan semangat diri. Ini masalah psychology saya tahu. Tetapi masih memerlukan orang untuk disisi. Ibu bapaku lah yg paling pantas saya dampingi.

Salam perjuangan untuk semua.

~Ainul Faridah Abdullah~
7 November 2009
4.55 pagi

Read More......

Palpitasi


Pengenalan

Berdebar-debar juga dikenali sebagai satu keadaan di mana degupan jantung menjadi laju atau tidak teratur. Ia adalah satu keadaan biasa yang kebanyakannya disebabkan faktor seperti tekanan tetapi biasanya tidak teruk/serius. Kebanyakan pengidapnya mengalami keadaan ini sekali sekala dan tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun sekiranya serangan menjadi kerap dapatkan nasihat dan rawatan doktor. Degupan jantung yang cepat dan deras yang biasanya dirasai oleh pesakit sebagai denyutan jantung yang tidak normal.


Tanda dan Gejala

Gejala utama berdebar-debar ialah keadaan di mana kita mengalami perasaan degupan jantung menjadi terlalu laju/kencang hingga menimbulkan rasa tidak selesa di bahagian depan dada. Pesakit juga mengalami rasa degupan jantung menjadi kuat, laju dan berulang-ulang. Berdebar-debar juga boleh terjadi bersama gejala lain seperti pengsan, gangguan emosi, kerap berpeluh, tangan dan kaki menjadi sejuk dan keletihan.


Sebab-Sebab

Faktor penyebab antaranya:

Kefina (Caffein)
Terlalu teruja
Takut
Tekanan perasaan
Bimbang ( panic attack, panic disorder, generalized anxiety disorder)
Masalah
Selepas senaman berat
Bernafas dengan cepat (Hyperventilation)
Hyperthyrodism (satu pengeluaran hormon tiriod yang berlebihan berpunca dari kelenjar tiriod yang terlalu aktif)
Penyakit jantung
Hypoglycaemia (kekurangan gula dalam darah)
Arrhythmia (Degupan jantun yang tidak teratur)
Anemia
Sebelum putus haid/tempoh masa pra-menopos
Ubatan tertentu


Rawatan

Rawatan bergantung kepada faktor penyebab.


Pencegahan

Pesakit yang mengalami masalah berdebar-debar dinasihatkan mengelakkan pengambilan minuman seperti kopi, teh, coklat, minuman ringan, alkohol dan pewarna makanan. Pesakit perlu diajar bertenang/rehat. Melakukan senaman seperti berjalan pantas, berenang, skiping dan mengayuh basikal.


Pemulihan

Pemulihan bergantung kepada faktor penyebab.

Semakan akhir: 22 April 2008
* terima kasih kepada yang tolong mencari web ini

Read More......
Related Posts with Thumbnails