Ramadhan Kareem

Kehadiranmu dinanti
Kegembiraan bukan kepalang
Semua insan menyambutnya
Masjid surau kembali imarah
Bulan yang penuh barakah
Bulan turunnya Al-Qur’an petunjuk sepanjang zaman
Didalammu penuh kisah gembira
Panduan buat kita insan terkemudian
Allah s.w.t mengurniakanmu sebagai penawar
Penawar bagi segala penyakit
Rohani dan jasmani direpair
Mencari lesen berjumpa-Mu Ya Allah

Ramadhan…
Amalan diganda syaitan dibelenggu
Peluang untuk mendidik nafsu
Yang semakin hari semakin mengganas
Peluang ini tidak akan kusiakan
Harapanku semoga segala amalanku diterima
Semoga aku dapat manfaatkanmu kali ini
Kecuaian yang lalu cuba kuhindar
Bimbang ini Ramadhan yang terakhir

* Salam Ramadhan buat semua. Salam kemaafan dari saya.
Posted by Sebutir Permata Yang Berharga | Permalink | 0 comments
Labels: Santai
"Pergi Tak Kembali"
Read More......
Posted by Sebutir Permata Yang Berharga | Permalink | 0 comments
Dilema Program??
Antara aturcara program Dakwah Talk 3 esk ialah:
Pembentangan Kertas Kerja 1
Oleh : Encik Najib Abdullah
(Jabatan Peguam Negara)
Tajuk : “Krisis Murtad dari Sudut Perundangan
& Isu-isu Terkini”
Pembentangan Kertas Kerja 2
Oleh : Encik Kamaruzaman
(Pensyarah FSU USIM)
Tajuk : “Senario Murtad; Asas Ajaran Hindu Sebagai Perbandingan Agama di Malaysia”
Pembentangan Kertas Kerja 3
Oleh : Y.Bhg. Dr. Ridhuan Tee Abdullah
(Pensyarah Kanan UPNM)
Tajuk : “Senario Murtad; Asas Ajaran Buddha Sebagai Perbandingan Agama di Malaysia”
Pembentangan Kertas Kerja 4
Oleh : Tuan Hj. Muhammad Abdullah Nicholas Silvester
(Pengasas Hidayah Center JIM)
Tajuk : “Senario Murtad; Asas Ajaran Hindu Sebagai Perbandingan Agama di Malaysia”
Best kan?? tp bg saya ini semua teori kerana saya pernah menganjurkan program ini semasa memegang tanggungjwb sebagai exco Pembangunan Insan MPP sesi lepas. Selok beloknya telah saya ketahui namun pendekatan kali ini amat berbeza dan menggunakan ramai pembentang kertas kerja. Itu yang menarik.
Bro Shahkirit sewaktu Dakwah Talk 2.. Best..
Tetapi Bengkel Penulisan dan Editorial masih belum pernah saya ikuti dan ianya berkaitan dengan skill yang tak mungkin saya blh dapat di luar. Nama program pun 'bengkel' yang pastinya akan memberi input tentang skill dan teknik. Ianya bertepatan sekali dengan cita-cita saya.
Posted by Sebutir Permata Yang Berharga | Permalink | 4 comments
Labels: Iklan
Solat Hajat Elak H1N1


Posted by Sebutir Permata Yang Berharga | Permalink | 2 comments
Labels: Iklan
Rendang kayu kerana daunnya, Terpandang Melayu kerana pantunnya.

Kalau berladang kurang tekun
Lesap padi ditelan belukar
Kalaulah hilang tukang pantun
Senyap sunyi bandar yang besar.
Kapal belayar dari Arakan
Selit besi jadi kemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati “ambo” kerana budi
Tuan Puteri ke Tanjung Keling
Bilah mengkuang dianyam tenang
Biar isteri benci menjeling
Tetaplah abang terkenang-kenang.
Naik bertamu di Pulau Tawar
Singgah menjala di Kg. Bantal
Pahit jeling jadi penawar
Abang simpan di bawah bantal.
Ujung rusuk patah tulang
Kena tindih kayu rasak
Kalau sungguh rindukan bulan
Tunggu dulu lepas Isya’.
Tebuk kayu dengan pahat
Kelek mangkuk pakai topi
Kata mahu keluar jihad
Nampak tersangkut di kedai kopi?
Anak ayam turun lapan
Mati seekor tinggal tujuh
Harap berdoa kepada Tuhan
Supaya terang jalan bersuluh.
Tiang sehasta dibuat galah
Berpanjang lengan kait melati
Berjuang kita ke jalan Allah
Biar dengan sepenuh hati.
Manis sungguh dokong tuan
Malam resah pelita mati
Payah apa sokong bulan
Mungkin susah tapi tak mati.
Apa dirisau hantu jembalang
Quran dibaca berhari-hari
Tubuh besar janggut panjang
Bunyi wisel kenapa lari?
Dayung sambil pasir kemudi
Air deras di Ulu Tersat
Jangan diambil jalan Yahudi
Itu sah menuju sesat.
Ikan belanak ditutup saji
Saji dianyam oleh Pak Mahat
Orang khianat jangan dipuji
Makin dipuji makinlah jahat.
Sejak kera masuk negeri
Anak merbah mati tersepak
Sejak ketua sibuk mencuri
Anak buah jadi perompak.
Burung punai burung kelicap
Hinggap berkawan di hujung dahan
Tiada guna lawa dan kacak
Jika melawan hukum Tuhan.
Tanam halia tumbuh lengkuas
Semak daun si api-api
Apa guna kaya rasuah
Esok dipanggang di atas api.
Terbang kunang di tengah malam
Hinggap masuk di tiang seri
Tangan kanan ajak bersalam
Apa maksud pisau di kiri.
Hujung kota patik menanti
Orang Kaya Laksamana Bentan
Tuan berkata sesuka hati
Karamlah saya tujuh lautan.
Tuanku umpama emas segetus
Segak bertempat indah seorang
Hamba umpama selipar yang putus
Tiba bertempat dilupa orang
Bermamah sirih di tengah pelita
Pahit mulut sampai ke pagi
Terbit suluh batilpun pergi.
Biar bersambung bedilan ferenggi
Takku tinggal ini kota
Islam berbumbung di awan tinggi
Mengatasi segala mainan kata
Gua Bama sungai hulu
Kuala Damak berbatu karang
Hamba umpama dagang lalu
Nasi ditanak milik orang.
Rata lapang gunung Tahan
Bukit Rapat Bukit Cekati
Kita menumpang bumi Tuhan
Jangan dibuat sesuka hati.
Daun palas ikan kelah
Mari diikat dengan tali
Niat ikhlas kerana Allah
Syirik tidak sekali-kali.
Papan tualang mari diukir
Buat tongkat sikayu jati
Siang malam hidup berzikir
Kuat ibadat sebelum mati.
Akar tersat jambu batu
Ikat kolek bertali kain
Resam ibadat niat bertentu
Bukan boleh dibuat main.
Jalan bengkok terkial-kial
Sambil mengupas limau langkap
Tengokkan songkok bagaikan kiyai
Kenapa membaca tergagap-gagap?
Apa guna berkain batik
Jika labuh berbayang-bayang
Apa guna beristeri cantik
Jika Subuh tidak sembahyang.
Teluk Rokan tempat memancing
Angkat raga berisi gelas
Jika ikan umpannya cacing
Syarat Syurga ialah ikhlas
Tunas selasih dibuat rebung
Asah belati diasap damar
Bercerai kasih boleh disambung
Berpisah mati putuslah amal.
Putus amal jika mati
Itu muktamad dari Allah
Cuma ada 3 kecuali
Anak soleh, ilmu dan sedaqah
Lantang bersahut burung bebarau
Kayu jati dibuat sarang
Adab hidup kita bergurau
Sudah mati terguling seorang.
Dari Demak ke Mekasar
Bergalah perahu tidak berbaju
Maafkan hamba jika terkasar
Allah jua tempat dituju.
Pinang dusun kacip cekati
Sirih dibilas luar rumah
Saya berpantun dari hati
Tuan balas tiba dirumah.
Indah sungguh Tanjung Sedeli
Pulau Seratus dilambai NyonyaS
epanjang mana seutas tali
Akan ada tirus hujungnya.
*Pengalaman yang luas dan ilmu yang banyak menyebabkan saya menghormatinya..
Posted by Sebutir Permata Yang Berharga | Permalink | 3 comments
Labels: Santai