Tarbiyyah Allah Berhikmah...

Setelah lama tidak mencoret di blog ini. Terpanggil untuk berkongsi sedikit pengalaman moga berguna buat semua. InsyaAllah akan kembali aktif blog ini selepas ini. Terima kasih atas kunjugan yang tidak pernah putus. (^^,)


>

"Alhamdulillah… Terasa mendapat tarbiyyah terus dariMU Ya Allah... Alhamdulillah…" sambil meraup wajahku yang penuh dengan airmata ku insafi segala apa yang ku alami..


Baru kini ku sedar bagaimana perasaan seorang ibu yang sangat menyayangi anak2nya. Ku sedar betapa sayangnya ibu bapa ku padaku. Rupanya perangaiku saling tak tumpah dengan perangai ibu bapaku yang tidak pernah langsung pandai menghuraikan betapa sayangnya mereka padaku.


Foto ku dilekat di setiap pelusuk rumah. Didinding, di atas almari, di bilik tidurnya. Allahuakbar... baru kini ku tahu berapa rindunya mereka padaku setiap hari. Mengharapkan anaknya sentiasa dihadapan mata. Dapat kurasakan setelah diriku sendiri mengalaminya.


Bukan mesti menjadi seorang ibu sahaja Allah bagi hidayah ini. Allah tunjukkan direct bagaimana sayangku pada seorang adik yang saya anggap seperti sayangnya ibu kepada anaknya. Yang takkan membiarkan anaknya sakit, penat, kecewa, dihina, jatuh dan hanya mahu melihat anaknya berjaya dan menjadi seorang yang berguna.


Ketika ku kecil, mak abah tatang ku bagai minyak yang penuh. Diriku diandaikan orang terpenting didalam keluarga sedang hanya anak kecil yang degil dan tidak mendengar kata. Mak abah sentiasa bimbang dengan sikapku, pergaulanku, pergerakanku. Tidak pernah dibiarkan kaki ku bergerak canggung, tempang dan tidak bermaya. Sentiasa disokong padu. Rimas dan terkongkong yang kurasakan selama ini. Apa sahaja keputusan yang ingin dilakukan mesti mengikut kehendak mereka. Protes anak muda melahirkan sikap yang sangat jijik. Tekad untuk keluar dan duduk jauh dari mak abah sejurus menjejak kaki ke sekolah menengah. Rela berjauhan dengan mereka kerana inginkan kebebasan. Apabila disuruh belajar berdekatan rumah (maahad Muar), dengan pantas ku menolak. Disebabkan bimbang diri hilang kebebasan. Kemudian mak abah memaksaku masuk ke KUSZA. Terpaksa akur dengan arahan itu. Yang ku fikirkan hanyalah mak abah tidak faham kehendakku, saya inginkan belajar di matrik, universiti, bukan di KUSZA dgn hanya mengambil diploma. Tapi tak pernahku memikirkan kegusaran mereka membiarkan anak mereka berjauhan. Rela mereka korbankan tatapan melihat anaknya hari2 hanya kerana ingin melihat anaknya berjaya menjadi insan solehah. Itulah mujahadah !!!


Baru kini ku sedar betapa mereka risau dengan pemergianku ke KUSZA. Patut la setiap kali ingin balik ke KUSZA mak abah akan pastikanku duduk ditempat yang selesa didalam bas, duduk bersebelahan dengan orang yang tidak membimbangkan. Saya tak pernah rasa perasaan mak abah ketika itu. Yang saya rasa hanyalah keseronokan ingin kembali bebas bersama rakan2.


Begitulah seterusnya sehingga ke USIM. Mak abah tetap mendiamkan diri dan hanya berkongsi perasaan sesama mereka. Sedang diriku? Hanya memikirkan "aku nak berjaya dalam hidupku..." tak pernah diriku mengungkapkan, "aku nak bahagiakan mak abah dengan melihat aku berjaya..."


Seringkali saya meluahkan perasaan gusar, risau dan sebagainya kepada rakan2. Tak pernah terfikir bahawa mak abah mengharapkan anaknya bercerita dengannya. Menghargai jerit perih yang mereka lalui dengan kembali dan memeluk mereka. Sentiasa berhubung dengannya untuk bertanya khabar dan meminta pendapat. Yang ada hanyalah meninggi diri, bercakap seolah2 lebih pandai dari mereka dan membanggakan kejayaan dengan nada yang tidak manis. Berpaling seolah2 mereka tiada apa2 dalam garis lingkungan perjalanan kehidupan. Seolah2 tiada mereka pun tidak mengapa!!!!!


Allahu rabbi... Astaghfirullahal’azim... ampunkan hamba-MU Ya Allah yang melukai mereka...


Mereka tidak pernah berbunyi walau sedikit pun dengan apa yang mereka lalui. Anaknya sangat degil dengan membawa idealisme darah muda sendiri. Walau ditegur untuk mengingat, anaknya tetap mengatakan dalam diri, "jangan kongkongku..!!". Akhirnya mereka diam seribu bahasa hanya kerana ingin melihat anaknya berjaya, anaknya bahagia. Mereka lepaskan anaknya ke mana pun yang anaknya kehendaki. Walau hati terluka, mereka berkorban. Walau tahu kemungkinan anaknya tak kembali, mereka redha. Mereka serahkan anaknya di bawah jagaan Allah. Hanya berdoa setiap hari dalam sujud dan rukuknya agar anak2 mereka menjadi orang yang berjaya didunia dan diakhirat.


Kini ku rasai semuanya. Alhamdulillah... bersyukur kerana Allah telah memberikan pengalaman ini sebelum layak diriku bergelar seorang ibu. Mudah2han ia berguna dalam mendidik anak2ku nanti. Begitu juga Allah bagi hidayah ketika DIA menetapkanku untuk mengajar di PASTI. Allah tarbiyyah diriku untuk bersedia menjadi seorang ibu kepada anak2 kecil dan kemungkinan isteri kepada seorang pendidik mujahid mujahidah. Kini ku faham maksud aturan-MU Ya Allah...


Jika mengikut pencaturan yang mak abah buat kepada ku ketika ini, mereka membiarkanku menebar sayap sendiri setelah mereka melihat kekuatanku mengharungi alam kehidupan ini. Mereka telah membina urat2 daging dan tulangku dengan kuat ketika didalam kepompong suatu masa dulu, dan kini mereka biarkanku terbang dengan sayap berwarna-warni (rama-rama) melihat alam dunia menuju ke akhirat 'sana'. Namun doa tak pernah putus dari mulut mereka mengharapkan diriku menjadi insan solehah. Hanya tinggal saya sahaja menghargai atau tidak pengorbanan mereka. Insya-Allah... setelah diberi tarbiyyah ini, selagi hayat dikandung badan akanku cuba buat sebaiknya untuk menghargai mereka. Kerana ku tahu betapa peritnya mujahadah itu.


Buat adikku, terbanglah... terbanglah... Kini doa yang sentiasa ku kirim agar kau sentiasa bahagia dan berjaya didunia dan diakhirat. Walau diri bukanlah ibu bagimu, namun bagiku inilah tarbiyyah Allah. Telah ku jumpa hikmahnya. Tarbiyyah Allah berhikmah...


Alhamdulillah...

Read More......
Related Posts with Thumbnails