Pengalaman PASTI Mengajar Erti Kedewasaan
Permulaan penerimaan tawaran bekerja di PASTI sangat menyakitkan. Semuanya berlaku atas sebab ’terpaksa’. Namun itulah aturan-NYA yang cukup cantik. Teringat perkongsian bersama sahabat2 serumah baru2 ini, kemuncak kesempurnaan redha itu adalah apabila kita menzahirkan keredhaan itu dengan perbuatan kita. Itu adalah tahap yang paling sukar untuk kita buktikan bahawa kita redha dengan segala ketentuan-NYA. Dengan bersungguh2 dan istiqamah, itu adalah petunjuk kita sebenarnya orang yang benar2 redha dengan segala yang telah Allah aturkan untuk kehidupan kita.
Pengalaman yang sukar digambarkan detik mengajar kanak2 seawal usia 4, 5 dan 6 tahun.
A bunyi ayam, kok kok kok
E panggil emak, emak~
I ikan berenang didalam kolam
O otak yang bijak
U ular membelit
Mengajar membaca dalam bahasa melayu, bahasa inggeris dan jawi. Semuanya perlu teknik yang tersendiri. Lebih ramai kanak-kanak, lebih rencam perangai, kelebihan dan kekurangannya. Kadangkala menyebabkan otak tak mampu berfikir bagaimana cara terbaik untuk memudahkan mereka faham apa yang di ajar.
Silibus PASTI sangat tinggi. Saya mengajar kelas 5 tahun seramai 20 orang. Kelas yang cukup padat dek kerana kekurangan ”Muaddibah”. Itu gelaran terbaik yang saya pernah dengar sepanjang pengalaman dalam pendidikan. ”muaddibah” bermaksud orang yang mengajar adab. Jadi di PASTI kita bukan sahaja mengajar membaca dan menulis, malah adab-adab dalam Islam kita terapkan. Itu uniknya PASTI.
Mengajar 12 subjek amat mencabar. Termasuk:
• Bahasa Melayu
• Bahasa Inggeris
• Matematik
• Aktiviti Padang
• Peribadi Muslim
• Hadith & Al-Qur’an
• Amali Solat
• Al-Qur’an
• Bahasa Arab
• Sains Sosial
• Jawi
• Asas Komputer
”Muaddibah paling garang, Muaddibah Faridah la...” (^_^)
Kanak-kanak perlu dididik dengan adab dan kesopanan sejak dari kecil lagi. Namun cara didikan itu yang dipelbagaikan. Didikan pertama yang sangat penting ialah adab sesama kita, muaddibah. Itu adalah pengajaran yang sangat memberi impak kepada anak-anak sekecil ini. Di rumah pula ibu bapa sangat memainkan peranan dalam menunjukkan adab yang baik untuk anak-anak. Apa yang kami buat di PASTI Isbat Al-Imtiyaz:
• Panggilan dan gantinama yang sopan. Contoh – saya, awak, kamu, kita, akak, adik dll.
• Penggunaan bahasa yang sopan dan tidak kasar
• Kata-kata percakapan yang ’beralas’ dan tidak akan menyakitkan telinga sesiap yang mendengarnya
• Sikap dan perbuatan yang baik ditunjukkan. Contoh- toleransi, hormat, rajin, berusaha, suka membantu orang lain dll
• Tidak menonton televisyen dan menayangkan apa-apa gambar yang tidak sopan
Jika semua ibu bapa menerapkan pendidikan awal kanak-kanak yang betul, insyaAllah kita akan melahirkan ganerasi Islam yang bermaruah dan sanggup berjuang untuk Islam.
”alamak, saya terlupa tutup mulut masa menguap. Habislah syaitan masuk dalam mulut. Sekejap saya baca doa”
Gelagat Aliff Irfan sangat memukau. Impak besar dapat dilihat dari setiap ajaran yang kita curahkan pada kanak-kanak. Bagi sesiapa yang berani nak mencuba bakat yang terpendam, curahkanlah khidmat bakti anda di PASTI.
Hakikatnya bukan kita mengajar mereka, tetapi mereka mengajar kita...
Begitulah sedikit rencam kehidupan terkini saya disamping terus memberi komitmen kepada aktiviti luar. Tak dapat buat semua jangan tinggal semua. (^_^)
Sebenarnya masih banyak kekurangan dari diri saya yang langsung tiada pengalaman ber’tadika’. Kekreatifan mereka bahan bantu mengajar, kepelbagaian lagu dan aktiviti, semuanya perlu kepada pengalaman, ilmu dan penambahbaikan.
”senang je Faris jawab, muaddibah kata belasah je...” Mohd Faris Hamzi mengadu kepada ibunya sejurus tamat peperiksaan akhir tahun PASTI... (^_^)

Cukup sekadar perkongsian pengalaman. Bukan mudah mengajar anak-anak kecil rupanya. Namun kajian menunjukkan 80% pertumbuhan otak akan berlaku pada usia ini. Jadi jangan diambil remeh dengan pendidikan awal kanak-kanak. Kerana merekalah pewaris masa hadapan.
Selamat berkhidmat kepada muaddibah-muaddibah yang baru. Setahun pertama PASTI Isbat Al-Imtiyaz menunjukkan prestasi yang baik. Moga prestasi itu akan terus kekal malah meningkat insyaAllah, untuk kepentingan Islam.
”Khidmat itu yang penting” Ungkapan Abi (Ustaz Mohd Nor Omar) sangat-sangat menyedarkan kami yang semakin dilema dengan kehidupan realiti. Semasa mengkehendaki ’begini’ namun realiti perlu ’begini’. Hmmm.... dilema dalam kehidupan tidak akan pernah putus. Kerana itu kita memerlukan Allah yang Maha Esa dan Maha Pencatur setiap sesuatu. Yakin dengan titipan hidayah dari-Nya, insyaAllah ’redha yang hakiki’ akan datang mendampingi. InsyaAllah.
Langkah terus melangkah. Alam baru sempena Maal Hijrah 1432H akan terus ku hadapi. Berkat doa dan sokongan mak, abah, adik beradik dan seluruh sahabat-sahabat, insyaAllah kakiku akan terus pantas bergerak menjejaki redha Ilahi. InsyaAllah... (^_^)