Nota Hati



Sayu terdengar alunan bacaan surah Yassin mengiringi terbitnya fajar pada hari ini. Hati yang gundah sedikit terubat seketika. Namun perasaan gundah terus melemahkan diriku. Apa yang harus kulakukan? Hari yang paling bermakna didalam hidup bakal menjelma. Ada orang menggelarkannya sebagai hari bahagia. Betul ke hari itu bahagia? Hmmm…

Perasaanku kecamuk dikala ini. Memikirkan persediaan fizikal dan rohani. Hakikatnya bukan persediaan fizikal yang ku runsingkan tapi persediaan dalaman yang masih belum kukuh.


"K.ainul ni cuba jadi matang sikit. Dah nak kawin” ujar adik2 di rumah sewa Taman Desa Anggerik.


"Ko ajOr sikit die masak. Nanti susah dah kahwin tak pandai-pandai masak” pesan makcik ku yang baru keluar dari Hospital Selayang akibat sakit didalam pankreas.


"Persediaan luaran tu tak pe. Persediaan dalaman itu yang kene betul2 kuat” pesanan Ustazah Suhailiza dengan begitu ikhlas.


Pesanan yang ketiga itu sangat memberi kesan sehingga ke hari ini. Ianya menggabungkan ketiga2 pesanan tadi. Persediaan diri.


"Kalau akak kata nak tangguh majlis, korang nak kata apa?” soalanku dibalas dengan gelak tawa. Tapi itu lah yang saya rasa dikala ini kerana diri tiada persediaan yang cukup baik.


Entah batul atau tidak apa yang saya rasakan ini. Saya cuba luahkan kepada sahabat2 yang telah berkahwin namun jawapannya sangat tidak memuaskan hati. Tiada jawapan yang boleh menenangkan diri dengan menyatakan,


"Tak pe. Tu perasaan biasa. Akak pun macam tu dulu. Semua orang berperasaan begitu ketika saat genting ini. Tapi sekarang akak bahagia dengan suami. Alhamdulillah...”


Tidak ada jawapan seperti itu. Hanya yang ada,


"Masa nak kahwin ni perasaan nerves akan bercampur dengan excited. Tapi bila nerves tu dapat dilenyapkan, awak akan excited. Jangan risau, excited la. Tapi jangan sampai melampau” teori yang dikemukakan oleh salah seorang pegawai Majlis Agama Islam Muar.


Excited? Errr... jujur saya tidak merasakan itu. Apa yang saya rasakan hanyalah nevers. Sangat banyak perkara yang dirunsingkan diantaranya:


  • Mampukah menjadi isteri yang solehah? Tanggungjawab seorang isteri sangat besar.
  • Mampukah redha jika jagaannya tidak sebaik jagaan ibu bapa, keluarga dan sahabat2 ku?
  • Mampukah memenuhi segala permintaannya bagi mengelakkan diri menjadi isteri derhaka?
  • Saya sangat terkenal dengan orang yang membawa masalah. Terasa tidak sanggup untuk menambah beban kepadanya jika saya sentiasa disisinya.
  • Mampukah dia bersabar dengan kerenahku yang pelbagai?
  • Mampukah realisasikan baitul muslim sebagai contoh kepada semua yang mengimpikan baitul muslim?


Bisikan kata2 ingatan buatku disaat2 genting ini. "hati2 dgn ’dia’. Ko nak kahwin. Macam2 usaha pasti dilakukan...”


Panggilan telefon kepada akakku membuatkan kami gusar. Mungkinkah 'penyakit’ lama akan berulang? Atau hanya ingauan ngeri? Atau mungkin perkara yang lebih buruk bakal berlaku? Hmmm... saya mengeluh sendirian diatas tikar sejadah.


Teringat saat sepupuku histeria ketika majlis persandingannya. Habis hancur punah majlis itu dek kerana perkara tersebut. Bayangan negatif sering membelenggu diriku kini. Kuatkan diriku Ya Allah. Diriku sedang berjihad kerana-MU Ya Allah. Jihad paling besar iaitu jihad melawan syaitan...


Tekanan demi tekanan kurasakan sekarang. Pemikiran negatif yang telah begitu lama kutinggalkan kembali menjengah. "Kau berilah pinjaman kekuatan buatku menempuh semua ini Ya Allah. Aku memohon perlindungan hanya dari-MU Ya Allah...” doaku setiap hari mencipta kekuatan mengharungi masa yang berbaki 12 hari sahaja lagi.

قَالَ إِنَّمَا أَشْكُو بَثِّي وَحُزْنِي إِلَى اللَّـهِ وَأَعْلَمُ مِنَ اللَّـهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ ﴿٨٦﴾

(Nabi Yaakub) menjawab: "Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya.

(Surah Yusuf: 86)


Ayat ini dan ayat selepasnya menggetarkan hatiku mengembalikan semangat menempuh segala macam dugaan dan cabaran yang bakal ku hadapi. “fida ada banyak pengalaman sahabat yang menempuh dugaan sebelum walimah. Semoga akak diberi kekuatan.” Doa sahabat2 juga tak lekang untuk memberi semangat kepadaku. Alhamdulillah…


Di dalam shahih Muslim disebutkan dari Jabir r.a, dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :


“Allah azza wa jalla berfirman,’Aku berada pada persangkaan hamba-KU kepada KU. Maka hendaklah dia membuat persangkaan kepada-KU menurut kehendaknya.”


Juga dari Jabir r.a disebutkan di dalam As-Shahi, Rasulullah s.a.w. bersabda, tiga hari sebelum beliau wafat ;


“Janganlah salah seorang diantara kalian meninggal, melainkan dia berbaik sangka terhadap Rabbnya.”


Sebuah syair arab , mengatakan :


Sabarlah dengan kesabaran yang indah , alangkah dekat jalan keluarnya. Barangsiapa yang selalu muraqobah dengan Allah dalam semua urusan pastilah selamat . Siapa yang membenarkan Allah niscaya segala rintangan tidak akan mengenainya. Barangsiapa yang berharap kepada Allah, niscaya akan terjadi sesuai dengan yang diharapkan.”


Moga kelebihan berbaik sangka ini menyerap masuk ke dalam jiwaku dan membantu memberi kekuatan buatku menempuh segala tekanan kiri dan kanan, depan dan belakang. Jika harini Allah membantuku, ku juga yakin hari esok dan seterusnya Allah s.w.t pasti akan membantuku jua... insyaAllah...



1 comments:

Cukuplah dengan firman Allah:

...لا يكلف ألله نفسا إلا وسعها
hingga akhir ayat.

ولا تهنوا ولا تحزنوا وأنتم الأعلون إن كنتم مؤمنين

ini jaminan Allah
Hatta andai benar berlaku kesusahan,kekecohan,dan apa jua y dibimbangi cukuplah dgn kita mengingati sabda Rasulullah , tidak akan ada sebarang kesakitan y menimpa seorang hamba hatta dicucuk duri sekalipun melainkan dihapuskan dosanya jika dia sabar(lebih kurang),x igt matan. Allah ma'ak

Related Posts with Thumbnails