Pemuda Kesayangan



Dakwah menjadi kewajipan kepada kita sebagai ummat Islam. Pemuda...!!! Pemuda kesayangan Islam yang paling bertanggungjawab membela Islam.

Allah berfirman:

إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى
Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka (Surah Al-Kahfi: 13)

Di sini saya kongsikan ulasan buku tulisan Imam Hasan Al-Banna, tokoh yang semua gerakan Islam kagumi. Beliau memberi peringatan yang tegas dan ulasan yang cukup cantik mengenai Pemuda Islam. Semoga sama2 kita dapat mengambil sedikit pengajaran dan ingatan.

Pemuda adalah harapan semua ummat untuk mengembalikan ummat. Perlukan:

  • Fikir tentang ummat lebih banyak dari fikir diri sendiri.
  • Faham dakwah yang betul

Dakwah kurun ke 15 Hijrah:

  • Hanya satu dakwah yang boleh menyelamat manusia - ISLAM (5:3) manusia sedang menunggu-nunggu.
  • Ianya perlukan pengorbanan (Kisah Sirah Nabi dan Sahabat)
  • Fikrah Islam hendaklah tulen (tanpa seleweng , tambah atau kurang). (3:85) Musuh telah cuba merosakkan Islam beberapa lama.

Tugas kita:

  • Menceritakan hakikat Islam dengan jelas (teori).
  • Mengajak beramal dengan Islam yang syumul (amali).
  • Menjadikan Al-Quran & Sunnah rujukan utama.
  • Berjuang terus hingga mati.
  • Slogan kita : ‘Allah matlamat - Rasul Ikutan - Quran perlembagaan - Jihad jalan & Mati syahid cita-cita tertinggi’.
  • Berkeyakinan diri ; kita adalah 'tuan' di bumi ini. Kemenangan adalah milik kita.

Titik kekuatan:

  • Iman
  • Ukhuwwah
  • Zahir (Tubuh badan, senjata, peralatan, pengurusan dsb)

Program kita:

  • Individu Muslim
  • Rumahtangga Muslim
  • Ummat Islam
  • Kerajaan Islam
  • Watan Islam (Tanahair)
  • Menawan balik negeri Islam yang dirampas.
  • Menjadi pemerintah dunia.

Lain-lain

  • Disangka angan-angan oleh manusia. Siapa tidak bekerja kearah ini maka sila cari cara lain.
  • Kita bukan lemah (3:173)
  • Kita tidak akan memisahkan agama dan negara, solat dan masyarakat dll.
  • Islam adalah sistem yang sempurna.
  • Mengapa orang sangat memperelokkan solat tetapi melalaikan bidang Islam yang lain?
  • Orang Islam ialah: Pendita dimalam hari dan satria disiangnya.
  • Kita tidak mengabaikan negara dan bangsa kita tapi semua kerana Iman.
  • Kebangsaan kita adalah semua negara Islam.
  • Kita hendaklah maju dalam semua perkara kerana kemunduran akan merosakkan kita.
  • Hendaklah melepaskan dari sebarang fahaman lain selain Islam.
  • Hendaklah menguntukkan seluruh tenaga dan masa untuk Akidah ini.
  • Kita akan capai antara 2 kebaikan: Menang atau Syahid.
  • Siapa yang masih teragak-teragak dan berdolak dalih, Tentera Allah akan terus berjalan meninggalkannya tanpa mengira sedikit atau ramai (3:126)


Read More......

Let's Avoid


Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yg. menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yg. mendatangkan keburukan kepada kita.


Di bawah ini terdapat 24 perkara-perkara yg. jangan dilakukan yg. seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri:


1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.


2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.


3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.


4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.


5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)


6. Jangan makan tanpa membaca بسم الله الرحمن الرحيم dan doa makan. Nanti makanan yg dimakan adalah dari muntah syaitan.


7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.


8. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.


9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.


11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.


12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.


13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim.


14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.


15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.


16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.


17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.


18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.


19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.


20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.


21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.


22. Jangan lupa membaca بسم الله الرحمن الرحيم dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.


23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepada-NYA.


24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui.

Read More......

Membina Motivasi Diri ::WINNER::




Dah berapa lama kita hidup didunia ini? Mustahil jika tidak ada sekalipun kita terasa lemah dan memerlukan semangat yang baru... Rasulullah s.a.w yang mempunyai peribadi terunggul juga punya perasaan sedih dan kecewa. Kadang2 terdetik dihatinya namun Allah s.w.t tetap memelihara kekasihnya dengan menurunkan ayat2 Al-Qur'an sebagai wahyu untuk memotivasikan Rasulullah s.a.w. Apatahlagi kita hamba yang hina dan punya 1001 kesalahan sudah pasti memerlukan motivasi diri di satu2 masa.


Ada ketika tiba-tiba anda berasa tidak bermaya sekali. Hidup terasa tiada erti. Nyata anda telah kehilangan motivasi diri. Apa yang harus anda lakukan?


Sebelum mengambil sebarang langkah seterusnya. Seperti yang biasa saya sarankan, duduk sejenak. dan tarik nafas panjang kemudian lepaskan sekali gus. Bukan niat untuk mengeluh tetapi mengeluarkan sediri ketenangan. Kemudian pejamkan mata. Beri salam kepada diri sendiri sambil memegang dada dan katakan, “Hai diri, engkau dijadikan bukan untuk berkeluh-kesah.”


Kemudian bangkitlah dan cuba lakukan perkara-perkara berikut:


1. Perbaiki imej anda


Cuba lakukan sedikit perubahan. Kalau selama ini anda tidak kisah kalau seluar yang dipakai sehingga seminggu dan tidak bergosok, cuba kali ini menukarnya selalu dan pelbagaikan warnanya.


Kalau selama ini jarang mengenakan tali leher, kenakan tali leher, tukar gaya menyikat rambut dan sangkutkan pen mahal dan berjenama di poket. Ubah gaya jalan anda, sesuai dengan attire baru yang anda kenakan.


Jika anda wanita, tukar imej kusam kepada kemas, elegen dan aktif. Perkemaskan pakaian dan kenakan sedikit wangi wangian supaya anda berasa segar. Kenakan warna-warna ceria pada tubuh anda, pada baju dan tudung. Hiasi jari dengan sebentuk cincin untuk menambah seri.


Jangan terlalu pendiam tetapi jangan pula terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringan mulut jika orang minta pendapat dan diam ketika orang bercakap hal-hal yang sensitif dan mengumpat.


2. Lakukan senaman ringan


Tubuh yang lemah, lembik dan lembam boleh dipulihkan dengan melakukan sedikit gerakan tubuh. Tubuh tidak perlu melakukan senaman2 yang berat kerana itu akan menyebabkan tubuh anda letih. Keletihan menyebabkan anda kembali tidak bermaya. Malah mengikut kajian, bukan semua orang sesuai melakukan senaman berat. Ada sesetengah orang, atas sebab kesihatan dan fizikal semulajadinya lebih digalakkan supaya tidak bersenam dengan berat. Senamkan juga minda anda dengan membaca atau mencuba sesuatu yang berhalangan. Bermain computer game mungkin salah satunya tetapi untuk lebih santai senamkan minda dengan membaca, merenung, mempersepsi dan juga membuat ta'akulan.


3. Senyum


Senyum boleh mengubah segala-galanya. Dalam mood yang tidak baik, memang sukar untuk melakukan ini, tapi ingat jika anda senyum pulangannya serupa. Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang insyaAlllah anda akan mendapat senyumannya semula. "Senyumlah jika ingin orang senyum kepada kita"


Sifir kehidupan ini mudah, anda berbuat baik kepada orang lain anda akan dibalas kebaikan yang sama atau mungkin lebih baik. Cepat atau lambat itu bukan persoalannya. Namun yang penting kita bahagia dengan berbuat amal kebaikan.


4. Berfikiran positif


Berfikiran positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insya-ALLAH rezeki pun akan meluas. Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah ia menjadi pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH.


Berfikiran positif bakal melahirkan idea-idea positif. Idea-idea positif melahirkan tindakan-tindakan yang positif. Tindakan-tindakan positif selalunya membuahkan kejayaan dan kecemerlangan.


5. Dapat tidur yang mencukupi


Runsing, marah-marah mahupun berbentak2 kadangkala disebabkan keletihan akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi. Berehatlah seenaknya dan jika perlu, tidur.


Kita memang memerlukan tidur yang berkualiti untuk mendapat kesegaran tubuh yang betul. Kalau telur ayam pun boleh digredkan mengikut kualitinya, bersasakan berkualiti atau tidaknya ayam itu, demikianlah hal-hal yang berkaitan dengan manusia, termasuklah tidur. Tidur-tidur ayam adalah tidur yang tidak berkualiti dan menyebabkan minda anda terdera serta tidak mendapat kerehatan yang secukupnya. Tidur yang tidak berkualiti akan mencetuskan arus theta atau arus delta, dua arus kemunduran


6. Luahkan pada seseorang


Anda memerlukan seorang sahabat ketika anda berasa tidak stabil seperti ini, bahkan dalam suasana yang biasa pun anda memerlukan seorang sahabat. Sahabat adalah sahabat yang amat memahami anda dan sedia menjadi sahabat biar dalam keadaan apa sekalipun.


Seorang kawan boleh meninggalkan anda dalam keadaan demikian tetapi tidak jika 'dia' bernama 'sahabat'. Seorang sahabat adalah seseorang yang sudi berkongsi masalah anda serta sentiasa berdiri di sisi anda dengan nasihat2nya. Pilihlah sahabat yang baik, berbudi dan beriman kerana ciri2 yang ada pada dirinya itu adalah cermin keperibadian anda juga.


7. Curah semua di kertas


Curahkan semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala2nya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar dan hanyutkan ke sungai. InsyaAllah anda akan berasa lega.


8. Bersedia untuk berubah


Jangan teragak2 untuk melakukan perubahan Jika orang lain boleh, mengapa anda tidak? Apa istimewanya orang lain, sedangkan anda juga makhluk Allah yang dikurniakan dengan pelbagai keistimewaan dan kelebihan tersendiri.


Bulatkan hati, kuatkan tekad dan oraklah langkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Tanpa berkalau2 lagi. Lakukan perubahan sepenuh hati dan lihatlah hasilnya nanti.


Kejayaan selalu berkait rapat dengan kesungguhan. Kesungguhan bermula daripada hati yang bulat dan tekad yang padu. Semuanya ini hanya akan menjadi jika benar2 ada kesediaan untuk melakukan perubahan. Semuanya berkait dan bertimbal balik.


9. Cari kegemaran baru


Sesetengah daripada kesukaan kita akan sampai kepada penghujungnya. Dalam perkataan lain, setiap kegemaran kita ada jangka hayatnya. Kalau dahulu sewaktu kecil kita sangat suka bermain bola sepak, sekarang tidak lagi. Mungkin sewaktu di di sekolah atau di universiti dulukita cukup gemar berpersatuan, sekarang tidak lagi. Mungkin juga sewaktu remaja kita galak bercinta sekarang nurani itu sudah tiada lagi, berganti dengan matlamat membina kecemerlangan keluarga.


Semuanya dalam hidup kita ada jangka hayatnya yang tersendiri. Begitu juga dengan usia kita. Apabila sampai pada penghujung hayat, kita akan meninggalkan alam ini. Hobi juga begitu. Maka apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong carilah kegemaran-kegemaran baru. Tidak salah bermain game misalnya, untuk melihat apakah minat anda boleh tumbuh di sini. Begitu juga tidak salah memelihara ikan hiasan untuk melihat apakah hobi baru ini boleh memberi ketenangan kepada anda.


10. Bertegaslah


Bertegaslah dengan diri anda sendiri. Apabila anda mengambil satu-satu keputusan anda berpegang teguh dengan keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa anda akan berjaya. Apabila mengatakan pada diri sendiri untuk kembali ceria, bertegaslah untuk terus berkata begitu biarpun kadang kala perasaan anda seperti dibuai-buai untuk mengatakan anda sedang bad mood sekarang.


Bertegas pada diri bukan ertinya anda tidak boleh memanjakan diri sendiri. Sekali-sekala layanlah diri anda sendiri sebagaimana anda melayani tetamu. Pergi makan di tempat-tempat mewah dan berikan hadiah untuk diri sendiri. Itu pun salah satu cara menghargai diri anda sendiri dan ini dari sudut motivasi dipanggil HDT iaitu Hormat Diri Tinggi. Lawan bagi sifat ini ialah HDR iaitu Hormat Diri Rendah.


Jika anda sendiri tidak selesa untuk menghormati diri anda, apakah wajar anda mengharap demikian daripada orang lain?


~ Wadah Insan Synergy Training & Consultancy~ ::WINNER T&C::


Read More......

Let's Become A WINNER


Seronok saya nak berkongsi semangat WINNER yang saya dapat dari kata2 ini... Walaupun sukar di laksanakan... Namun ayuh kita sahut cabaran mengambil sedikit kata2 ini sebagai suntikan motivasi diri... To be a WINNER...!!!

  1. Saya adalah juara... Juara tidak pernas berputus asa... Orang yang berputus asa tidak pernah menjadi juara... "To get the best... I always give my very best"
  2. Mengaku kalah adalah mudah, yang sukar ialah bangun semula selepas kalah, dua kali jatuh, tiga kali jatuh bangun, lima kali jatuh, enam kali bangun... Itulah sifat seorang Juara...
  3. Untuk keadaan berubah... Saya mesti berubah terlebih dahulu... "for things to change I must change first"... "The secret of success is just two words... it's 'try harder'"
  4. Bukan gunung yang hendak ditawan, tetapi diri sendiri... Maknanya sebelum kita dapat mencapai kejayaan cemerlang, kita perlu menawan diri kita terlebih dahulu... "It's not the mountain that we conquer but ourself"
  5. Ruang yang paling besar di dunia ialah ruang untuk memperbaiki diri sendiri. Bermakna usaha untuk perbaiki diri sendiri tidak ada sempadan... "The largest roon in the world is room for self-improvement"
  6. "To be the best... I must be crazy... Crazy to be the best..." Untuk menjadi yang terbaik, saya mesti gila-gila sedikit... Gila-gila untuk menjadi yang terbaik...!!!
  7. Kita sebenarnya jauh lebih hebat dari apa yang kita sangkakan... Allah menganugerahkan kita kehebatan yang menakjubkan...
  8. Kita tidak perlu membandingkan pencapaian kita dengan pencapaian orang lain... Kita hanya perlu membandingkan pencapaian kita dengan matlamat yang kita sendiri telah tetapkan.

Akan datang nantikan kemunculan WINNER Training & Consultancy... Kami membantu anda untuk menjadi ummat Islam yang cemerlang...

Bersama kita jayakan misi menjadi ummat Islam cemerlang dan menegakkan Islam seluruhnya...

Ayuh kita bangunkan ummat Islam yang sememangnya cemerlang dan ummat yang terbaik... Ummat Islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam... Sama2 kita kuat menguat antara satu sama lain... Allahuakbar...!!!

Read More......

Panggilan Dari Palestin





Assalamu'alaikum w.b.t

Perjalanan sejarah kehidupan di Palestin sekali lagi menguji semangat ukhuwah kita sebagai seorang Muslim. Lifeline 4 Gaza yang disertai oleh kebanyakan orang yang perihatin di atas keperitan yang di alami oleh saudara kita di Palestin. Israel dan sekutunya Yahudi terus menerus memberi tekanan dan membunuh rakyat Palestin sewenang2nya. Israel adalah bangsa yang dimurkai Allah. Bangsa yang angkuh, sombong seolah2 hanya mereka yang layak hidup di muka bumi Allah ini. Walau hakikatnya mereka tidak ada tempat langsung di bumi ini. Darah orang Muslim serta yang lainnya itu adalah halal bagi mereka. Membunuh itu hobi mereka dan membuat Muslim terseksa itu matlamat mereka. Anggapan Muslim lebih hina dari anjing/ binatang membuatkan keturunan mereka sangat keji. Mereka sanggup buat apa sahaja asalkan kita tunduk kepada mereka dan menyerahkan apa yang mereka kehendaki.

TIDAK... TIDAK...TIDAK...!!!

TIDAK sama sekali kami ummat Islam akan menyerahkan Baitulmaqdis dan Palestin kepada kamu wahai Israel LAKNATULLAH... Itu janjiku dan itu janji saudara2 ku. Itu janjiku. Andai sampai darahku memancut keluar dari badan ku, akanku cuba gapai tangan menghunus kembali pedang selagi nyawa masih di badan. Jika ada seruan jihad, dan ibu bapa ku sedia bermujahadah, akanku bungkus kain baju ku untuk terbang ke sana. Rasanya tak sanggup untuk melihat saudara2 ku terus menerus di seksa sebegitu rupa. Rasa sayang ku sangat mendalam kepada mereka.

Menyesalku tidak terkira disebabkan tergadai prinsip bagi meraikan sahabat2 yang tidak memboikot barangan2 dari buatan Israel dan sekutunya. Saya memboikot beberapa keluaran dari mereka dan tidak menyokong sesetengah dari perkhidmatan2 yang secara jelas digunakan oleh Israel dan sekutunya Amerika untuk memusnahkan saudara2 Muslim. Pada awalnya saya sangat bertegas dalam hal ini. Isu boikot sangat significant sebenarnya dan sangat memberi kesan kerana ia benar2 akan menggugat ekonomi mereka. Tapi kenapa kita tidak bersungguh2 dalam menjalankan misi boikot ini? Kenapa masih beralasan? Jika ada alternatif lain (selain yahudi & israel) teruslah tinggalkan product tersebut. Rugi? Tak sehebat buatan Yahudi? Tak kisah semua tu. Yang penting ianya afdhal dan boleh digunakan. Kecanggihan takkan boleh di bawa ke mana2 jika kita menyokong penzaliman ke atas saudara2 kita.

Sahabat2 pembaca sekalian, ayuh kita sama2 ambil peduli kisah penderitaan saudara2 kita. Cuba duduk sejenak, pejam mata dan bayangkan anda di tempat mereka. Dikepung kiri dan kanan. Anak2 mati dibunuh. Suami ditembak dihadapan mata. Senjata? Tidak ada sebilah parang pun di tangan untuk membalas tembakan zionis. Senjata apa yang anda akan gunakan? Doa... Doa... Doa... dan mengharap bantuan dari orang luar. Tapi tiba2 orang luar pun menyokong agenda Israel dan Yahudi. Apa perasaan anda? Ibu bapa, Suami, Anak, Saudara-mara habis dibunuh, tiba2 dengar saudara2 se-Islam diluar Palestin bergelak ketawa menyokong Israel dan Yahudi dengan hanya mengatakan, "zalim betul Israel ni". Itu sahaja tindakan dari orang yang berada di luar Palestin. Agak2 la ape akan anda kata pada waktu itu? Agak2 la...? tepuklah dada tanyalah iman.

Sejak semalam saya mengikuti kisah yang melanda sahabat2 kita yang dalam perjalanan menghantar bantuan ke Gaza. Mereka pergi dengan tidak ada sebarang bekalan senjata. Diiringi doa dari seluruh rakyat jelata, mereka pergi tanpa sebarang gentar dan mereka sanggup menghadapi apa jua rintangan yang bakal melanda. Seperti yang dijangka, Israel laknatullah menyelinap masuk seperti lanun dari atas kapal MV Mavi Marmara dan mengakibatkan beberapa orang terbunuh. Antara yang syahid adalah seorang ulama' juga aktivis Islam. Jenayah yang dilakukan oleh Israel sangat2 menimbulkan kemarahan saya dan semua rakyat Malaysia serta dunia. Bagi orang bukan Islam, ini soal ketidakperikemanusiaan oleh Israel dan anggota sekutunya.

Harini berita mengenai kecaman dari presiden Amerika, Barack Obama melahirkan rasa sedihnya di atas kematian dan apa yang berlaku semalam. Beliau menyifatkan tindakan Israel itu terburu2 namun tidak menyalahkan Israel sepenuhnya di atas apa yang berlaku. (Yahudi tetap yahudi. Kawan die buat salah tak nak blame lebih2). Namun lebih menyedihkan saya, saya menunggu kenyataan media oleh PM yang kita sayangi Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak sejak tengahari semalam namun tidak ada sebarang kenyataan media sehinggalah lewat malam semalam. Tindakan yang saya kira sangat lambat kerana serangan ini juga mengaitkan rakyat Malaysia dan sepatutnya beliau bertindak lebih pantas dalam mengutuk rejim zionis. Kenyataan media nya di ulang sebentar tadi dalam Buletin 1.30 di TV3. Lebih membengangkan saya apabila gaya kutukan yang di buat itu tidak seperti yang saya bayang dan harapkan. Sangat lemah lembut. Jika kita belajar dalam Bahasa Melayu pun ada intonasi2 yang sewajarnya digunakan dalam sesuatu ayat bagi menyampaikan makna perkataan itu. Contohnya: jika berbentuk soalan (?), nada nya menaik namun agak lembut. jika berbentuk ayat penegasan (!), nadanya agak keras. Tapi kenyataan PM itu tidak menggambarkan kemarahan yang membuak2. Hanya media yang mengulas mengatakan PM sangat tegas dalam mengecam tindakan zionis itu. Saya sangat kecewa dengan kenyataan media oleh PM kesayangan saya.

Ya, soal bagaiman PM mengecam itu bukanlah soal yang penting sangat bagi orang lain. Namun bagi saya, ia sangat penting kerana ia mencerminkan sikap dan ketegasan pemimpin dalam menyatakan pendiriannya. Atau PM kita ada takut kepada sesuatu??? Saya cuba berandaian sahaja. Sebenarnya seorang pemimpin boleh menaikkan semangat kepekaan rakyat dalam menangani sesuatu isu. Rakyat yang peka isu, itu adalah aspek yang sangat penting dalam mencapai tahap negara maju. Lihat sahaja Amerika, Britain, Itali, Australia, France, semua rakyatnya sudah turun untuk mendemonstrasi aman menunjukkan perasaan benci kepada tindakan zionis. Palestin telah mengisytihar 3 hari berkabung akibat serangan jahat zionis ini. Menunjukkan betapa beratnya isu ini. Pas memberikan tempoh 48 jam kepada PM untuk panggil semua dewan Rakyat bagi membentangkan pelan menyelamatkan rakyat Malaysia yang ditawan dan menghentikan segera sebarang urusan yang rasmi dan tak rasmi dengan negara Israel. Itu hal pepimpin negara kita, namun apa tindakan kita sebagai rakyat Malaysia?

Emm... tepuk dada tanya Iman... Dah sudah ke solat hajat? Doa Qunut Nazilah macamane? Dah buat? Dah start semula ke boikot barang2 Israel dan sekutunya? Nak turun demonstrasi tak lepas Jumaat minggu ini? (bagi yang di sekitar lembah kelang). Ade lahirkan kutukan atau tidak? (walaupun sedikit). Ade tak kita menitiskan air mata kesedihan melihat saudara2 kita di sana di seksa sebegitu rupa? (entry yang lalu ada sedikit doa dan bacaan qunut nazilah untuk kita amalkan). Ayuh kita berdoa beramai2 sambil bertaubat. Mungkin dosa yang kita buat menyebabkan saudara2 kita di sana yang mengalami penderitaan. Ayuh kita bergerak melangkah bersama menuju redha Ilahi.

Yakinlah dengan janji ALLAH. Islam PASTI akan tertegak. Allahuakbar...!!!

Read More......

Pembunuhan Terbuka Di Laut Lepas

Dunia Menjadi Saksi Atas Kekejaman Dan Sikap Keganasan Israel Di Perairan Antarabangsa Laut Mediterranean


KUALA LUMPUR, Mei 31: PERBUATAN jijik dan amat memalukan yang dilakukan oleh rejim Israel pada hari ini dengan mengarahkan komando tentera lautnya menyerang kapal misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) “MV Mavi Marmara” sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang yang tidak bersenjata cedera terkena tembakan telah menzahirkan betapa kejam dan ganasnya rejim Israel yang terkutuk itu.


HALUAN Malaysia selaku ketua NGO delegasi Malaysia ke LL4G dengan ini mengajak seluruh lapisan masyarakat, tidak kira kaum ataupun agama, agar segera mengutuk dan mencela Israel atas sikap kurang ajar mereka ke atas pelayaran damai (Freedom Flotilla) yang membawa barangan keperluan hidup harian kepada penduduk Gaza yang semakin terhimpit dek tekanan ketenteraan, ekonomi dan kemanusiaan oleh rejim Israel di bawah pemimpin-pemimpin mereka yang mendapat dokongan kuat Amerika Syarikat dan Britain.


“Kami ingin menegaskan bahawa penindasan Israel ke atas rakyat Palestin dan kini pembunuhan terbuka di atas kapal penumpang “MV Mavi Marmara” dengan penggunaan peluru hidup ke atas penumpang yang sedang tidur telah menzahirkan sikap ganas Israel yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi kemanusiaan mahupun undang-undang maritim antarabangsa yang menegaskan bahawa tiada suatu negara pun berhak bertindak sewenang-wenangnya di perairan antarabangsa. Jelaslah Israel telah bertindak ala samseng dunia. Kini satu dunia mengutuk Israel dan konco-konconya,” tegas Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman, Presiden HALUAN Malaysia.

“Kami ingin menegaskan bahawa seluruh penduduk dunia yang diwakili oleh para sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dari lebih 50 buah negara yang berada di atas kapal tersebut itu, mengutuk sikap Apartheid yang ditunjukkan Israel itu sebagai satu tindakan yang amat kejam. Israel telah sedar bahawa modus operandinya selama ini untuk decimate ataupun meluluhkan bilangan rakyat sah warga Palestin daripada tanah tumpah darah mereka sendiri sebagai suatu tindakan bangsa yang bangkrap adab, akhlak, idea dan tamadun.


Israel sudah tahu bahawa sudah ada gerakan antarabangsa yang kini sedang menjadi arus penentangan ke atas polisi luarnya yang amat menindas dan amat tidak berperikemanusiaan. Dakwaan mereka sebagai negara “underdog” yang dikepungi negara-negara Islam sudahpun lapuk dan kini Israel mahu mempamerkan yang ia mampu berlagak samseng di mata dunia untuk melangsungkan agenda kejinya itu. Ketahuilah, bahawa warga dunia tidak akan berpeluk tubuh terhadap sikap Apartheid Israel itu. Dunia TIDAK akan memaafkan Israel,” ujarnya lagi.


Pada bulan April yang lepas, Dr Abdullah Sudin Abd Rahman menegaskan di dalam suatu sidang akhbar bahawa penglibatan HALUAN di dalam misi LL4G ini adalah untuk “expose to the public the crimes which is being inflicted by the Zionist Israel regime and its allies upon the citizens of Gaza and the Palestinian Nation as a whole”. Kini, buktinya telahpun jelas lagi nyata.


Rejim Israel mengisytiharkan bahawa permusuhan mereka bukan hanya kepada orang Islam tetapi semua bangsa dan agama yang menentang agenda zionisnya. Sebab itulah tanpa rasa malu mereka telah memusnahkan masjid, gereja, hospital, sekolah, universiti, kompleks pentadbiran, stesen janakuasa elektrik, tadahan air minuman dan semua yang diperlukan untuk kelangsungan hidup.


Rejim ganas ini PERLU disekat oleh kita semua, rakyat Malaysia.


HALUAN dengan ini menegaskan bahawa kami melalui gabungan semua NGO dan badan-badan lain yang menentang sikap degil dan kejam Zionis Israel akan “Bersatu Untuk Palestin”. Kami menyeru semua lapisan rakyat Malaysia agar menulis surat atau emel kepada Duta Besar Amerika, Britain dan Mesir di Malaysia untuk menyatakan solidariti kita menentang sikap mereka yang menyokong bangsa dan negara Israel yang terang-terangan amat keji itu.


Akhirnya kami memohon dan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya berdoa dan bermunajat kepada Allah agar menyelamatkan semua sukarelawan yang menyertai LL4G dan menghancurkan Israel laknatullah.


Siaran Media
Hubungi: Encik Amran Baharum
Telefon: (+6) 019-225 4105 /251 4105
Web : www.lifeline4gaza.org
Emel : media@lifeline4gaza.orgmedia@lifeline4gaza.org This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Mei 31, 2010

Sumber: www.haluan.org.my

Read More......

Sendayu Tinggi Kecapi Nikmat Kekayaan Abadi


Kak, bace nih... saya ingat ape la... maklum la... jam dah menganjak ke pukul 2 pagi, tibe2 disuruh membaca... saya gagah membaca... tp saya sangat kagum... dan terasa nk post di blog ni... supaya lebih ramai blh baca dan teladani... juga ingatan buat saya yg juga penuh dugaan... pernah saya mengadu pada seseorang, ana nak pakai purdah bila ana dah kawin... hehehe.. impian... impian... tak salah pasang impian kn??? jom kite bace nukilan dari Jutawan Sendayu Tinggi... Kak Rozita...

Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.


Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.


Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.



Nilai sepuluh sen


Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.


Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.


Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.


Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.


Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.



Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.


Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.


Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.


Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.


Kini mula berpurdah


Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.


Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.


“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .


Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?


Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.


Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.

Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.


http://beautifulnara.com/jutawan-sendayu-tinggi-pakai-purdah/





Read More......
Related Posts with Thumbnails