Dilema Program??

0148412489... Ringing again and again.. Saya yang dalam bengkel ni rasa agak terganggu sikit dgn panggilan misteri ini. Saya mesej no td. Lalu die pun membalas "tadi ade mesej akk sal dakwah talk esk. hadir or tak??".. Baru saya tersedar ade 1 mesej yang tak berbalas dr pg td. Bukan sengaja saya tak bls tapi masih dilema nak pegi mana satu program. Esok akan berlangsung 2 program best yang berlangsung serentak. 1 program Dakwah Talk 3 anjuran BPSK MPP sendiri dan 1 lg program Bengkel Penulisan dan Editorial anjuran PTS dgn kerjasama Unit Kaunseling dan Pembangunan Sahsiah USIM. Dilema oh Dilema..


Antara aturcara program Dakwah Talk 3 esk ialah:

Pembentangan Kertas Kerja 1
Oleh : Encik Najib Abdullah
(Jabatan Peguam Negara)
Tajuk : “Krisis Murtad dari Sudut Perundangan
& Isu-isu Terkini”

Pembentangan Kertas Kerja 2
Oleh : Encik Kamaruzaman
(Pensyarah FSU USIM)
Tajuk : “Senario Murtad; Asas Ajaran Hindu Sebagai Perbandingan Agama di Malaysia”

Pembentangan Kertas Kerja 3
Oleh : Y.Bhg. Dr. Ridhuan Tee Abdullah
(Pensyarah Kanan UPNM)
Tajuk : “Senario Murtad; Asas Ajaran Buddha Sebagai Perbandingan Agama di Malaysia”

Pembentangan Kertas Kerja 4
Oleh : Tuan Hj. Muhammad Abdullah Nicholas Silvester
(Pengasas Hidayah Center JIM)
Tajuk : “Senario Murtad; Asas Ajaran Hindu Sebagai Perbandingan Agama di Malaysia”

Best kan?? tp bg saya ini semua teori kerana saya pernah menganjurkan program ini semasa memegang tanggungjwb sebagai exco Pembangunan Insan MPP sesi lepas. Selok beloknya telah saya ketahui namun pendekatan kali ini amat berbeza dan menggunakan ramai pembentang kertas kerja. Itu yang menarik.




Bro Shahkirit sewaktu Dakwah Talk 2.. Best..

Tetapi Bengkel Penulisan dan Editorial masih belum pernah saya ikuti dan ianya berkaitan dengan skill yang tak mungkin saya blh dapat di luar. Nama program pun 'bengkel' yang pastinya akan memberi input tentang skill dan teknik. Ianya bertepatan sekali dengan cita-cita saya.

Macamana ni? Akhirnya saya pun membalas kpd Sekretariat Biro Pembangunan Sahsiah dan Kerohanian (BPSK) sebentar td, "saya sebenarnya baru dipertanggjwbkan utk mmbntu backup sahabat saya (Aida) yang kini di asingkan kerana demam kuat. Aida sepatutnya menguruskan bahagian protokol. Berat untuk mengatakan tidak. Cuma sekarang jika Aida sihat, sy akan ke bengkel PTS namun klu sy lebih diperlukan di Dakwah Talk 3, saya akan ke sana.."
Dilema oh Dilema.. Kenapa la buat program best2?? =)... Semoga Berjaya BPSK MPP USIM!!! Chayok !!!


*Lupa nak ucap ribuan terima kasih kepada semua yang telah memeriahkan majlis Solat Hajat semalam. Ramai... Alhamdulillah. Barakallahufikum..

Read More......

Solat Hajat Elak H1N1


Jom kita beramai-ramai solat Taubat dan Hajat untuk mengelakkan Pedemik Influenza A H1N1. Butiran program seperti berikut:

Tarikh : 7 Ogos 2009 (Jumaat)

Masa : 7.00 petang

Tempat : Dataran Kolej Kediaman Nilam Court

Ajuran : Majlis Perwakilan Pelajar & Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Bas : Dari Kolej Kediaman jam 6.15 petang


Semua Dijemput Hadir

Sama-sama kita berdoa dan berikhtiar berlindung dari wabak yang merbahaya.

Read More......

Rendang kayu kerana daunnya, Terpandang Melayu kerana pantunnya.


Kalau berladang kurang tekun
Lesap padi ditelan belukar
Kalaulah hilang tukang pantun
Senyap sunyi bandar yang besar.

Kapal belayar dari Arakan
Selit besi jadi kemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati “ambo” kerana budi

Tuan Puteri ke Tanjung Keling
Bilah mengkuang dianyam tenang
Biar isteri benci menjeling
Tetaplah abang terkenang-kenang.

Naik bertamu di Pulau Tawar
Singgah menjala di Kg. Bantal
Pahit jeling jadi penawar
Abang simpan di bawah bantal.

Ujung rusuk patah tulang
Kena tindih kayu rasak
Kalau sungguh rindukan bulan
Tunggu dulu lepas Isya’.

Tebuk kayu dengan pahat
Kelek mangkuk pakai topi
Kata mahu keluar jihad
Nampak tersangkut di kedai kopi?

Anak ayam turun lapan
Mati seekor tinggal tujuh
Harap berdoa kepada Tuhan
Supaya terang jalan bersuluh.

Tiang sehasta dibuat galah
Berpanjang lengan kait melati
Berjuang kita ke jalan Allah
Biar dengan sepenuh hati.

Manis sungguh dokong tuan
Malam resah pelita mati
Payah apa sokong bulan
Mungkin susah tapi tak mati.

Apa dirisau hantu jembalang
Quran dibaca berhari-hari
Tubuh besar janggut panjang
Bunyi wisel kenapa lari?

Dayung sambil pasir kemudi
Air deras di Ulu Tersat
Jangan diambil jalan Yahudi
Itu sah menuju sesat.

Ikan belanak ditutup saji
Saji dianyam oleh Pak Mahat
Orang khianat jangan dipuji
Makin dipuji makinlah jahat.

Sejak kera masuk negeri
Anak merbah mati tersepak
Sejak ketua sibuk mencuri
Anak buah jadi perompak.

Burung punai burung kelicap
Hinggap berkawan di hujung dahan
Tiada guna lawa dan kacak
Jika melawan hukum Tuhan.

Tanam halia tumbuh lengkuas
Semak daun si api-api
Apa guna kaya rasuah
Esok dipanggang di atas api.

Terbang kunang di tengah malam
Hinggap masuk di tiang seri
Tangan kanan ajak bersalam
Apa maksud pisau di kiri.

Hujung kota patik menanti
Orang Kaya Laksamana Bentan
Tuan berkata sesuka hati
Karamlah saya tujuh lautan.

Tuanku umpama emas segetus
Segak bertempat indah seorang
Hamba umpama selipar yang putus
Tiba bertempat dilupa orang

Bermamah sirih di tengah pelita
Pahit mulut sampai ke pagi
Terbit suluh batilpun pergi.

Biar bersambung bedilan ferenggi
Takku tinggal ini kota
Islam berbumbung di awan tinggi
Mengatasi segala mainan kata

Gua Bama sungai hulu
Kuala Damak berbatu karang
Hamba umpama dagang lalu
Nasi ditanak milik orang.

Rata lapang gunung Tahan
Bukit Rapat Bukit Cekati
Kita menumpang bumi Tuhan
Jangan dibuat sesuka hati.

Daun palas ikan kelah
Mari diikat dengan tali
Niat ikhlas kerana Allah
Syirik tidak sekali-kali.

Papan tualang mari diukir
Buat tongkat sikayu jati
Siang malam hidup berzikir
Kuat ibadat sebelum mati.

Akar tersat jambu batu
Ikat kolek bertali kain
Resam ibadat niat bertentu
Bukan boleh dibuat main.

Jalan bengkok terkial-kial
Sambil mengupas limau langkap
Tengokkan songkok bagaikan kiyai
Kenapa membaca tergagap-gagap?

Apa guna berkain batik
Jika labuh berbayang-bayang
Apa guna beristeri cantik
Jika Subuh tidak sembahyang.

Teluk Rokan tempat memancing
Angkat raga berisi gelas
Jika ikan umpannya cacing
Syarat Syurga ialah ikhlas

Tunas selasih dibuat rebung
Asah belati diasap damar
Bercerai kasih boleh disambung
Berpisah mati putuslah amal.

Putus amal jika mati
Itu muktamad dari Allah
Cuma ada 3 kecuali
Anak soleh, ilmu dan sedaqah

Lantang bersahut burung bebarau
Kayu jati dibuat sarang
Adab hidup kita bergurau
Sudah mati terguling seorang.

Dari Demak ke Mekasar
Bergalah perahu tidak berbaju
Maafkan hamba jika terkasar
Allah jua tempat dituju.

Pinang dusun kacip cekati
Sirih dibilas luar rumah
Saya berpantun dari hati
Tuan balas tiba dirumah.

Indah sungguh Tanjung Sedeli
Pulau Seratus dilambai NyonyaS
epanjang mana seutas tali
Akan ada tirus hujungnya.

*Pengalaman yang luas dan ilmu yang banyak menyebabkan saya menghormatinya..

Read More......

C-Fest 7 Cipta Rekod!!!



Tahniah diucapkan kepada urustia Pesta Konvokesyen ke-7 dibawah seliaan Exco Keushawanan dan Kerjaya bersama Exco Sukan dan Kebudayaan Majlis Perwakilan Pelajar USIM kerana telah berjaya membuktikan kemampuan menjayakan target kali ini seramai lebih 1450 orang menyertai karangan B.Arab paling ramai di Malaysia sekaligus memecahkan rekod The Malaysian Book of Records yang diumumkan oleh Encik Ricky Yap tepat jam 5.45ptg.

Penyertaan terdiri dari semua mahasiswa USIM yang mengarang sekurang-kurangnya 200 patah perkataan dalam masa kurang dari 1jam 30min di Dewan Kuliah Pusat 2, 3 dan 4 bermula pada pukul 2.30ptg-4ptg. Penyertaan luar jangkaan diberikan oleh mahasiswa USIM membuktikan bahawa kita mampu untuk menguasai Bahasa Al-Qur'an Insya-Allah.



Walaupun pelbagai 'kesukaran' disebalik kejayaan itu, C-Fest 7 sememangnya telah mencatatkan nama baik USIM dipersada Malaysia setelah C-Fest ke 5 dan 6 tidak berjaya melakukannya. Tahniah kepada semua mahasiswa USIM yang memberi kerjasama khususnya Sekretariat C-Fest 7 yang bertungkus lumus sejak dari bulan 5 lagi. Tahniah. Menitis juga airmata ini bila menggambarkan kejayaan yang besar bagi MPP kali ini. Semuanya dengan kerjasama sahabat-sahabat Sekretariat C-Fest 7. Saya bangga dengan semua. Saya bangga menjadi warga USIM.

Kepada semua warga USIM, teruskan memberi komitmen kepada program-program yang bakal berlangsung sepanjang Pesta Konvokesyen ke-7 ini dan memeriahkan majlis kami. Kerjasama yang kami pinta untuk menghilangkan rasa penat di kaki, badan, fizikal dan semuanya. Teringat pula dengan sahabat MPP yang terpaksa tidur di stadium pada malam ini untuk menjaga barang-barang jualan. Semoga Allah memberkati segala usaha antum. Saya bangga dengan komitmen semua MPP dan Skretariat C-Fest 7. Doakan kesihatan seorang sahabat seperjuangan C-Fest 7 yang ditahan wad malam tadi. Semoga beliau cepat sembuh dan tiada perkara-perkara yang buruk berlaku. Amin...

Jom join C-Fest 7...! Mai jangan tak mai...!=)

Read More......

Dilema

“Diri awak adalah racun dan diri awak jugalah ubatnya”
"Lepaskan ia jika tidak mampu"
akanku ingat bait pesananmu sahabat… Terima kasih… Dilema ini masih belum berakhir...

Read More......

Doa Seorang Sahabat



Terdapat sebuah kapal karam di tengah laut kerana dipukul badai dan ombak hebat. Hanya dua orang lelaki yang berjaya menyelamatkan diri dan berenang ke sebuah pulau kecil yang gersang. Dua orang yang selamat itu tak tahu apa yang harus dilakukan.

Namun, mereka berdua yakin bahwa tidak ada yang dapat dilakukan kecuali berdoa. Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat untuk membahagikan pulau kecil itu menjadi dua wilayah. Dan mereka tinggal sendiri sendiri berseberangan di dua sisi pulau tersebut.

Doa pertama mereka panjatkan, mereka memohon agar diturunkan makanan. Esok harinya, lelaki A melihat sebuah pohon penuh dengan buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki B tetap kosong. Seminggu kemudian, lelaki yang ke satu merasa kesepian dan memutuskan untuk berdoa agar diberikan seorang isteri. Keesokan harinya, ada kapal yang karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang berenang dan terdampar di sisi tempat lelaki A itu tinggal.

Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki B tetap saja tidak ada apa-apa. Segera saja, lelaki ke satu ini berdoa memohon rumah, pakaian dan makanan. Keesokan harinya, seperti keajaiban saja, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki B tetap saja tidak mendapatkan apa-apa. Akhirnya, lelaki ke satu ini berdoa meminta kapal agar dia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu.

Pagi harinya mereka menemukan sebuah kapal tertambat disisi pantainya. Segera saja lelaki A tersebut dan isterinya naik ke atas kapal dan siap-siap untuk berlayar meninggalkan pulau itu. Ia pun memutuskan untuk meninggalkan lelaki B yang tinggal di sisi lain pulau. Menurutnya, memang lelaki kedua itu tidak layak menerima barkah tersebut kerana doa-doanya tak pernah terkabulkan. Begitu kapal siap berangkat, lelaki A ini mendengar suara dari langit menggema,

“Hai, mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi lain pulau ini?”

“Barkahku hanyalah milikku sendiri, kerana hanya doa akulah yang dikabulkan,” jawab lelaki A ini. “Doa lelaki temanku itu tak satupun dikabulkan. Maka, ia tak layak mendapatkan apa-apa.”

"Kau salah !” suara itu membentak tinggi. “Tahukah kau bahawa rakanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan, semua doanya terkabulkan. Bila tidak, maka kau takkan mendapatkan apa-apa.”

“Katakan padaku” tanya lelaki A itu. “Doa macam apa yang ia panjatkan sehingga saya harus merasa berhutang atas semua ini padanya?”

“Ia berdoa agar semua doamu dikabulkan!”



*Saya tertarik dengan kisah ini. Mungkin fiction tapi kita boleh ambil menjadi iktibar dan ingatan untukku dan kita semua.

Read More......

Ikhlaskah Hatiku??



Baru-baru ini saya telah mendengar kuliah yang menyentuh pelbagai aspek dan tajuk yang paling menyentuh hati saya mengenai keikhlasan. Masih terngiang-ngiang kata-kata ustaz, ustaz kata kenapa orang-orang berjuang kadang-kadang tidak mendapat pertolongan dari Allah s.w.t sedangkan Allah telah menjanjikannya melalui ayat-ayat Al-Qur’an? Bukankah janji Allah itu benar belaka??

Surah Al-Hajj [40]……dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. [41] Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.

Surah Muhammad [7] Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

Tersentak saya dengan jawapan ustaz. Antara sebab yang paling nyata ialah niat. Benarkah niat kita benar-benar untuk berjuang kerana Allah? Benarkah kita membantu Agama Allah s.w.t adalah kerana tanggungjawab kita atau ada maksud dan harapan selain dari keredhaan Allah? Atau itu semua retorik semata-mata? Disebabkan kita berjuang bukan kerana Allah s.w.t, maka pertolongan Allah itu tidak layak untuk kita. Janji Allah s.w.t itu Maha Benar dan tepat.

Ada betulnya apa yang ustaz katakan. Sebab itu didalam hadith 40 pun disusun hadith tentang niat diawal dek kerana kepentingannya. Saya juga pernah dengar Allahyarham Ustaz Khairul Azhar Kamaruddin (yg pernah sy nukilkan di article yang terdahulu) berkata tidak mustahil seseorang pejuang itu beralih arah dek kerana niat dan keikhlasan di hatinya diragukan. Ketetapan kita berjuang dijalan Allah ini bergantung kepada niat asal kita. Jika betul niatnya, maka betullah caranya. Ada kaitan diantara kedua2 pendapat yang saya telah dengar. Sememangnya pertolongan Allah itu hanya kepada orang yang berjuang sebenar-benarnya kerana Allah bukan kerana yang lain.

Amat-amat berbeza orang yang berjuang kerana ingin mendapatkan jawatan. Juga berbeza bagi orang yang berjuang kerana mengikut kawan-kawan dan sekadar suka kegiatan Islamic. Orang yang belajar hanya untuk lulus peperiksaan juga berbeza. Saya dapat rasainya perbezaannya sendiri. Mungkin kerana niat saya belajar sekarang ini sudah tersalah. Dulu, sewaktu belajar di KUSZA, saya dapat rasakan apa yang saya belajar itu adalah ilmu dan bukan hanya untuk peperiksaan. Banyak ilmu yang masih saya ingat sehingga hari ini. Namun, apabila masuk USIM, sesuatu kepelikan yang saya rasa iaitu saya tidak dapat mengingati apa yang saya belajar. Bukan tidak ingat semua tetapi banyak yang tidak ingat dari ingat. Itu yang saya runsingkan kerana saya hanya menyedarinya selepas saya masuk tahun yang ke-4. Atau mungkin ada sebab-sebab lain yang saya kurang pasti. Mugkin hati yang banyak melakukan dosa menjadikan gelapnya hati. Ya Rabbi, ighfir zunubi Ya Allah..

Saya berpesan kepada diri saya dan semua yang membaca article ini, betulkan niat kita bersama. Niat kita untuk belajar kerana Allah. Belajar untuk sama2 membantu menyebarkan Agama Allah s.w.t. Allah tidak memandang berjaya atau tidak apa yang kita usahakan. Tetapi Allah menilai keikhlasan dan kesungguhan yang kita lakukan. Ada pula yang membantah dan mengatakan bagaimana kita hendak memenangkan Islam sedangkan kita sering menyatakan Allah tidak memandang berjaya atau tidak. Pada saya, keikhlasan itu melangkaui keberjayaan. Seringkali saya mendengar, yakinlah bahawa Islam itu pasti akan menang cuma tidak tahu bila. Seperti juga kita menyebarkan Dakwah kepada orang lain, belum pasti kita dapat membawa mad’u kita kembali kepada Allah s.w.t kerana hidayah itu dari Allah dan hanya Dia yang berhak untuk menentukan siapa yang terpilih untuk mendapat hidayah dariNya.

Dan bagi pejuang-pejuang Islam, sama-sama kita betulkan niat dan keikhlasan kita. Tidak ada faedahnya jika kita berjuang kerana mengharapkan hal-hal duniawi. Pangkat, darjat, harta, populariti, kasih sayang manusia, itu semua duniawi. Keikhlasan melagkaui segala-galanya. Keselamatan diakhirat dan kebahagiaan disana jualah yang abadi. Niatkan semoga syahid itu dikurniakan kepada kita kerana kita berjuang kerana Allah. Selalu saya membayangkan jika saya berhadapan dengan musuh dimedan perang yang sebenar. Adakah saya mampu mempertahankan Islam dengan sesungguh-sungguhnya dan merelakan diri ditusuk pisau. Seringkali bayangan ini yang memotivasikan diri saya untuk terus menerus berjuang, belajar, mencari ilmu untuk menyebarkan Islam yang sebenar. Susahnya berjuang dimedan perang yang sebenar berbanding dengan jalan yang kita ambil sekarang. Semoga kita semua akan terus istiqamah dalam perjuangan dan rahmat Allah sentiasa mengiringi perjuangan kita. Ikhlaskan hatiku Ya Allah..

Read More......
Related Posts with Thumbnails