Persahabatan






Teringat kisah yg terjadi baru2 ini. Kisah yang sukar untukku lupakan. Menyedari bahawa diri ini sepatutnya HANYA bergantung kepada Allah s.w.t dan bukan meminta2 batuan dari manusia. Biarpun manusia itu boleh digelar sebagai sahabat.

Alangkah susah mendapat kawan
Bukan kenalan di zaman ini
Berpunca dari hati yang rosak
Kerana dunia memautnya


Alangkah susah mencari kawan
Kebaikan kita disoroknya
Bahkan didengkinya pula
Kejahatan dicanang merata

Salah yang sikit dibesarkan
Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi dunia ini
Walaupun hidup di tengah ramai

Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan
Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan
(Lirik Lagu Hijjaz)

Namun apakah erti sebenar persahabatan?

“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)


“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..”


Seorang sahabat itu ialah:
Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;

  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat

  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.


Orang yang tidak layak digelar sahabat:

  • Selain dari apa yang telah ditakrifkan diatas
  • Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.


Namun tidak dapatku nafikan, orang disekelilingku layak untuk bergelar sahabat. Hanya mungkin diri yang lemah ini melakukan sesuatu yang tidak layak dilakukan oleh seorang sahabat. Semoga semua yang disekelilingku dirahmati Allah s.w.t dan dapat memberikan kemaafan yang ikhlas dek kerana diri ini yang lemah dan hina. Untuk mendapatkan sahabat yang sejati perlu bermula dari keikhlasan dan kejujuran diriku sendiri.



Salam persahabatan buat semua.

Related Posts with Thumbnails