Etika Pemakaian Siswi USIM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ETIKA PEMAKAIAN SISWI

Perhatian kepada semua mahasiswi USIM, adalah disarankan agar anda sentiasa mematuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan mengikut Etika Pemakaian Mahasiswa/I USIM dan juga menjaga adab-adab pemakaian sebagai seorang Muslimah.

Ini kerana terdapat sebilangan pelajar yang masih gagal memahami dan mematuhi etika pemakaian ini seperti:

  1. Memakai pakaian yang ketat (body shirt) di kampus, Kolej kediaman & luar kampus.
  2. Memakai tudung selempang (yang tidak menutupi bahagian dada)
  3. Memakai baju yang berlengan tiga suku @ menyinsing lengan baju yang panjang (yang menampakkan sebahagian lengan)
  4. Memakai kain belah (yang menampakkan betis)
  5. Memakai pakaian yang jarang.
  6. Tidak memakai anak tudung/scarf kepala sehingga menampakkan rambut dan tengkuk.

Adalah diharapkan agar kita dapat memahami dan mematuhi etika pemakaian sebagai seorang Muslimah dan juga Etika Pemakaian USIM yang telah ditetapkan.

Bertindaklah dengan pertimbangan iman&akal agar selamat di dunia & akhirat.
Sekian, wassalam...

TRY TO BE A GOOD MUSLIMAH…INSYAALLAH
BARAKALLHU ALAIK…

3 comments:

jom!sama praktikkan etika pemakaian ni...wujudkan bi'ah solehah!

Alhmdllh, ana sangat bersyukur belajar di Usim. Cuma, saranan ana, agar pihak MPP atau yg berkenaan agar membuat sesuatu agar etika ini terlaksana oleh semua pelajar USIM sendiri. Mungkin boleh denda pelajar yang tidak mengikut etika pemakaian Usim , tidak hanya pada minggu integriti sahaja :)

erm..btul..kami dh cuba..n kami akn cuba usulkan lg yer..sama2 kita bgunkan bi'ah solehah di bumi USIM..=)

Related Posts with Thumbnails